Hello!!!

Saturday, December 31, 2011

Last day

Today is the last day of 2011. Remember how this year started with for me? Oncall, diarrhea, vomiting, food poisoning. Bad start,isn't? But I guess end of year will be about the same.

Bad ending.


Nasib baik Irfan ada.

To recap what happen this year.

January
1. Food poisoning

February
1. Bought a sofa set so tak payah bersila atas tikar lagi

March
1. Last movie marathon before delivered, or i can say for this year.

April
1. The birth of my son, akikah and cukur jambul.

May
1. End of confinement period.
2. Irfan smiled for the first time.

June
1. EF's tranfer application was approved.

July
1. Back to work after 3 months of maternity leave.
2. Irfan went bald.
3. First time separated from Irfan due to induksi.

August
1. Lost 375 oz of frozen EBM.
2. First raya for three of us.

September
1. First family vacation turned to most unforgetable family vacation.

October
1. I cant remember anything. Oh gosh.

November
1. Audit. Too tired to think.

December
1. An anniversary gift also a birthday gift from husband.



These are things that has come inro my mind when I'm typing this post. Till then.

Thursday, December 29, 2011

Off day

Baki time off yang lebih kurang 17 jam dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan menyebabkan saya mengambil time off hari ni. Tapi hujung bulan kan banyak report perlu dihantar, komputer di farmasi pulak tak boleh digunakan hari ni. Jadi nak xnak terpaksa la bekerja dari rumah. Hai la komputer . Banyak2 hari kenapa hari ni yang nak buat hal.

Oh,ingatkan nak ajak EF tengok wayang, hantar Irfan ke rumah bs dulu,tapi macam malas pulak sebab semalam pump susu tak dapat banyak pun, karang esok tak cukup pulak nak bawak ke rumah bs. Emm tengok la nanti.

Banyak cerita yang pending nak diceritakan kat sini. Tapi itulah. Sejak jadi mummy, masa banyak habis kat anak je. Husband pun jatuh tempat kedua. Kemudian rumah, barula diri sendiri. Oh. Kasihan diri.

Thursday, December 22, 2011

End of year

Penghujung tahun. Untuk orang yang terlibat dengan duit macam saya ni,memang akan sibuk dengan stok penutup dan sebagainya. Nanti sekejap lagi ada yang mintak berapa perbealanjaan untuk ap la.lp berapa la. Antibiotil berapa banyak yang tinggal. Ubat sampai january cukup x.eh memang macam-macam la. Antara cepat dengan lambat je nak siapkan. Ni tinggal seminggu nak turunkan tirai 2011. Entah apala yang akan berlaku nanti. hmm.. -Surya Rahman-

Monday, December 12, 2011

2 Years and Counting

Happy 2 years honey. I love you forever.


-Surya Rahman-

Sunday, December 4, 2011

8 Months Old Irfan

Phew. 8 bulan lalu saya melahirkan Irfan. Dan setelah 8 bulan, rasanya Irfan dah banyak berubah.

Setakat ni saya masih breastfeed Irfan. Walaupun kadang-kadnag struggle nak dapatkan 24oz sehari (kadang-kadang cuma hantar 21 oz ke rumah BS), tapi saya masih berusaha dan berusaha untuk menyusukan Irfan. Selagi mampu, saya akan susukan Irfan seadanya.

Irfan masih belum pandai merangkak. Agak lambat. Saya tahu. Tak payah ulang banyak kali. Setakat ni dia dah mula angkat punggung dan tangan ke posisi merangkak. Tapi bila nak step ke depan je terus jatuh. Takpe. Biar dia jatuh. Kerana nanti dia akan belajar. Dan terus belajar.

Oh, ada perkara yang memeranjatkan berlaku semalam. Dan mendebarkan jantung dan hati seorang ibu. Serta membuatkan seorang ibu tersenyum tapi tak lah sampai menangis. Irfan cuba ambik remote control atas meja. Dia dengan bersusah payah menggapai tepi meja dan mengangkat punggungnya dan terus berdiri. Eh eh. Awak biar betul, anak. Takkan nak skip part merangkak tu. Tapi takpe. Mungkin kebetulan. Tak lama lepas tu, masa suapkan bubur  + prune, dia cuba ambik penutup thermos atas sofa. Lagi sekali dia baut perkara yang sama. Ok memang excited. Nasib baik saya bukan kaki ambil gambar atau rekod video. Lagipun handphone cikai selalu kena ketuk dengan anak, memang kualiti gambar tak meyakinkan lah.

Berat Irfan sekarang ni 8kg++. Tak tau lah berapa. Minggu depan baru nak check up. Setakat ni Irfan dah menjamah prune, labu, keledek, avokado, ayam, kentang, brokoli, lobak merah, cauliflower, kurma, mangga, betik dan honey dew. Oh. Pisang juga. Nampak macam banyak. Tapi setiap hari nak masak bubur, saya jadi buntu. Macam eh tak tahu lah nak masukkan apa dalam bubur Irfan.

Sekarang Irfan tengah mengalami selesama dan batuk sikit. Puncanya minggu lepas kami ke Desaru. Cuaca yang panas bersulam bilik beraircond yang sejuk. Kemudian terkena hujan pula di Kluang. Serta bilik sejuk lagi. Kasihan dia. Nak susu pun susah sebab hidung tersumbat. Saya spray hidung dia dengan Sterimar, barulah tak tersumbat tapi lepas tu hingus mengalir laju la kan.Tapi nak spray hidung dia memang super susah la kan. Bunyi nangis dia macam kena dera je padahal orang nak sembur hidung dia supaya hingus kat dalam tu boleh mengalir keluar.

Saya sedang mencari mainan baru untuk Irfan sebab dia dah mula bosan dengan rattle, squeaker dan teether dia. Hurm. Tengoklah nanti.



-Surya Rahman-

Saturday, December 3, 2011

6 Hari Tanpanya

6 hari EF pergi kursus.
Maksudnya 6 hari saya tak makan malam.
6 hari tidur pukul 8.30 malam dengan tv masih on tapi lampu dah siap-siap off.
6 hari bangun pukul 5.30 pagi masak bubur, siapkan susu, mandi, pump dan susukan anak dan pergi kerja.
6 hari menjawab kepada anak 'Ayah takde. Pergi kerja. Mummy je yang ada' bila anak macam menyebut 'Aya' atau 'Ayeh' atau bunyi yang seangkatan.
6 hari takde orang yang saya boleh bebelkan tentang apa-apa sahaja yang boleh dibebelkan.
6 hari takde orang yang saya boleh naik angin sebab cakap lagi 15 minit sampai rumah tapi sebenarnya lagi 2jam 15minit baru sampai rumah.
6 hari kebosanan dahlah hujan tak boleh bawak anak pergi playground tengok orang main. Haih.


Sudahlah. Memang 6 hari ni tidak mendatangkan hasil kepada saya.




-Surya Rahman-

Friday, November 25, 2011

Occupied Weekends

Yeah. Seperti diberitahu, bulan ini adalah bulan yang sibuk buat kami sekeluarga. Rasanya bulan ni belum buat morning walk lagi. Biasanya weekend kalau tak kerja, pagi-pagi akan berjalan sekeliling taman membawa anak dalam stroller menikmati pemandangan pagi sambil membakar lemak. ok takde lah bakar sangat sebab lepas tu pergi sarapan nasi lemak pula. Morning walk ini juga bertujuan untuk melatih jantung supaya bersedia jika tiba-tiba tuan dia ni nak pergi berjoging mana lah tau terbukak pintu hati nanti kan.

First weekend bulan ni, saya oncall. Next, ke Perak menghadiri kenduri kahwin. Next, ke Shah Alam berkursus pula. Dan esok pula ke Desaru untuk berhari keluarga. Jadi bilakah nak buat morning walk memang tak tahu la bila. Untuk Disember, masih belum keluar jadual oncall. Tapi apa yang pasti first weekend tu memang takde morning walk sebab EF tiada kerana ke Rompin. Sigh.

Oh sekarang sudah mula musim banjir. Jadi harus berjaga-jaga kalau tiba-tiba nurses mintak ubat yang bukan-bukan untuk diberikan kepada mangsa banjir. Teringat lagi pada musim banjir sebelum ni, mereka minta Acyclovir untuk diberikan kepada pregnant woman yang chicken pox yang berada di pusat pemindahan banjir. Menggagau aku mencari Acyclovir sampai mengemis. Mana pernah simpan sebelum ni.

Oh hujung tahun juga maksudnya duit dah takde. Sigh. Bosan betul kerja asyik minta maaf kat pesakit suruh makan ubat untuk 10 hari dan nanti datang balik untuk collect remaining ubat. Hai. Bila lah nak berakhir kesakitan ini.

Sekian. Bye. Oh rasanya macam dah hilang skill untuk menulis dan mengarut.




-Surya Rahman-

Sunday, November 13, 2011

Down with fever

4 days with long journey. Phew. Back to JB and work. But Irfan is down with fever. Quite high. 38.5. Been giving him PCM and I was about to cry whenever he screamed and cried begging me not to force him to swallow the med. My baby, I am sooo sorry. It just that I want you to get well soon. Very very soon. Since I am going to be audited in 2 days time. I cant afford to take leave and I cant send you to be taken care by babysitter in this condition. Oh. I hope that the auditor will cancel all the auditing process and I can cuddle my son whenever he needs me.  Oh. I am so in dilemma. Tuhan, please help me. 


-Surya Rahman-

Thursday, November 10, 2011

Away

Away for four days. See ya later.


-Surya Rahman-

Thursday, November 3, 2011

7 months old Irfan

Irfan sudah 7 bulan. Oh memang cepat masa berlalu. Apa yang sudah berlaku pada Irfan sebulan yang lalu? Macam-macam. Irfan dah pandai bergerak ke hadapan, pusing ke kiri jap lagi belok kanan pulak eh ada mainan lah kat sini ok pusing sini lah eh mana mummy ni, tengok belakang oh mummy kat belakang. Memang laju betul lah dia memusing-musing rumah sekarang ni. Kalau masuk dalam walker lagi lah laju. Sampai ke dapur dia mengejar mummy. Lepas tu langgar-langgar mummy dia. Hai la anak,

Dah sebulan Irfan makan bubur nasi. Paling suka labu dan carrot. Broccoli dan cauliflower so-so. Sweet potato, avocado and spinach paling tak suka. Sweet potato tu dia pakai buang balik daripada mulut. Yang lagi 2 tu sampai nangis-nangis tak nak makan. Nasib baik ada spare rusk biscuit kat rumah babysitter. Masih minum banyak susu lagi. 7.30 am-5.30 pm = 24 oz. Mummy tak kisah. Mummy sanggup pump untuk awak Irfan.

Sekarang Irfan dah pandai hulur tangan ke arah orang yang dia nak. Kalau tak nak tu, dia paling muka terus. Kalau pagi-pagi bangun tidur tengok mummy takde mulalah dia nangis. Ayah lah yang dukung dia nanti. Nak pakaikan diapers atau baju sekarang memang azab kau. Tak boleh duduk diam. Nak pusing je. Dalam kereta pun sama. Memang taknak diam. Ikut suka dia nak pusing kat mana.

Bila balik kerja, ambil Irfan kat rumah babysitter, nanti bila kita berdiri depan pintu dia dah siap jerit-jerit dah. Dah tau mummy dia nak ambik dia. Kadang-kadang tu, dia boleh menangis bila saya patah balik ke kereta untuk hantar beg sebelum dukung dia. Ingat mummy dia nak tinggalkan dia la tu. Nasib baik pagi-pagi tak nangis.

Dah beberapa kali tinggal berdua je dengan Irfan. Oh sungguh mencabar. Tapi berjaya mengharungi. Irfan pun kebelakangan ni sangat baik. Tidur pukul 9 malam sampai la 6 pagi esok. Tapi ada masa dia bangun nak susu je. Lepas tu tidur balik. Takde lah nak main sampai pukul 11.30-12 malam macam bulan lepas.

Ok lah. Habis.


-Surya Rahman-

Tuesday, November 1, 2011

November

Bulan ni macam agak sibuk. Awal bulan macam sekarang ni biasalah sibuk dengan report, reten, emtah apa-apa lagi lah tu. 5hb oncall pula. 6hb Raya haji. 7hb mungkin akan bawa Irfan berjalan. 9-11hb akan bercuti. Tapi 9hb tu akan datang ke tempat kerja juga untuk membuat kerja yang tertangguh tapi bukan untuk buat kerja di kaunter. 10 hb akan ke Selangor. 12hb akan ke Perak kerana 3 undangan perkahwinan. 13hb bertolak balik ke JB (ada 2 lagi undangan). 14-15 hb ada audit dalaman pula. Ok ini memang pengsan. Kemudian weekend tu oncall methadone lagi. Kemudian dah nak hujung bulan sibuk lagi buat reten report apa benda lagi lah. Ok bila nak rehat ni? Aiseh.


Pertanyaan: Kalau bekas kekasih suami and amenjemput untuk menghadiri majlis perkahwinannya,adakah anda akan pergi? Kang takut orang lain makan nasi beriani, kau makan hati pulak kan. HAHAHAHA.


-Surya Rahman-

Sunday, October 30, 2011

End of the Year and Nota Minta

Its reaching end of the year. Hati dah mula risau. Pengalaman tahun lepas menyebabkan saya gusar. Apa lagi kalau bukan kerana ubat. Hujung tahun biasanya bajet dah habis. Nak tunggu bajet tahun depan, memang sengsara lah nak menghadap pesakit nak bagitahu ubat ni takde, ubat tu takde. Haih. Kenapa lah aku kena kerja macam ni.

Sekarang tengah sibuk nak buat nota minta dan cps untuk 3 bulan. Hujung tahun. Memang macam ni lah keadannya. Sengsara mak. Tapi nak buat macammana. Kerja makan gaji. Gitulah.

Eh, kalau kerja tempat yang kecik kan, maksudnya adalah dalam 4,5 staff. Tiba-tiba kau tak ngam dengan sorang staff. Apa kau nak buat eh. Pening kepala aku fikirkannya.


-Surya Rahman-

Wednesday, October 26, 2011

Breastfeeding Journey

Dulu masa pregnant, saya ada niat mahu menyusukan bayi saya selagi mampu, jika diizinkan Allah. Tapi takdelah determine sampai cakap 'Aku mesti susukan anak aku sendiri nanti. Kalau tak aku kena bunuh diri'. Takdelah macam tu kan. Itu namanya obsess kot. Dan dulu saya ingat breastfeed tu senang je. Selak baju dan sumbat. Tapi sebenarnya lebih daripada itu.

First day Irfan lahir, dekat hospital nurse ajar cara untuk latching. Oh boy. Susah kot. Dengan baby nak belajar latching. Dengan mummy nak belajar cara yang betul untuk pegang baby. Dengan baby nangis sebab lapar. Dengan mummy nak nangis sebab baby nangis. Dengan baby tak boleh hisap lagi. Dengan mummy yang nak putus asa dah. Dengan ayah yang takde kat sisi. Hoi. Macam chaotic ke apa. Padahal orang lain rileks je.

Walaupun berjaya jugak akhirnya untuk latching secara paksaan, tapi ada masalah lain yang timbul. Flat nipple. Dua-dua pulak tu. Oh boy. Malam tu, Irfan mengamuk sakan sebab lapar. Pukul 1 pagi. Yang mummy dah ngantuk habis sebab semalaman tak tidur. Yang Irfan mengamuk habis. Last sekali emak saya suruh beli susu.  Baru lah dia tidur. Okay. Ini lah dia hari yang Irfan diperkenalkan dengan susu formula.

Hari kedua lahir, selepas berurut bagai, susu mulai keluar. Tapi masalahnya tetap sama. Flat nipple. Tukang urut tarik-tarik nipple hoi sumpah sakit kot. Tapi sebab anak kan mak tahan kan je lah. Tapi Irfan tetap jugak tak boleh hisap. Solution? Beli puting botol susu, letak kat breast dan bagi Irfan minum. Believe me, it works.

Dalam pada masa yang sama, saya selalu pump untuk keluarkan susu. Dah lah masa tu guna pump manual kan. Sakit tangan mak, nak. Tapi teruskan jelah. Disebabkan pump dan baby hisap guna puting botol susu tu, lama-lama flat nipple dah tak flat lagi. Jadi Irfan boleh menyusu directly. Mula-mula tu dia taknak jugak. Mungkin dah biasa dnegan puting botol susu. Maklumlah dah 22 hari gunakan puting tu. Lama-lama dia nak jugak direct feeding.

Bila dah start kerja, cabaran bertambah lagi. Mana nak jaga masa menunngu, mana nak pump susu lagi. Kadang-kadang rasa give up. Lebih-lebih lagi bila pump dapat sikit je. Masa tu, satu hari Irfan dibekalkan 17.5 oz. Sekarang pulak 24 oz. Kadang-kadang cakap dengan EF 'Hari ni I dapat pump susu sikit je. You bersedia je lah kalau-kalau kena beli susu tepung.' Tapi Alhamdulillah sampai hari ni masih mampu menyusukan Irfan.

Cabaran paling besar bila stok susu dalam freezer mencair sebab tak tutup pintu rapat. Blame on you, Surya. Memang menangis bila stok susu sebanyak 375 oz mencair dan dibuang macam tu je. Kau tahu berapa bulan aku mengepam untuk dapat banyak tu? 2 bulan okey. Tapi dah ditakdirkan itu bukan untuk mengalas perut anak aku. Masa ni lah aku rasa betul-betul nak give up dan bagi anak aku minum susu tepung je.

Tapi Tuhan tu masih kuatkan semangat aku. Walaupun aku pump tak dapat sebanyak dulu. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa mencuri stok untuk bekalan esok hari, tapi aku tetap semangatkan diri untuk mengepam. Kau cakap je lah apa milk booster yang aku tak pernah cuba. Sedap atau tak sedap, murah atau mahal. Semua aku telan untuk dapatkan susu. Ais memang dah lama tinggal. Kadang-kadang je sesedut dua aku minum. Itupun sebab coolblog. Nama nak buat sendiri, memang tak la.

Bila dah capai usia 6 bulan, aku rasa lega sangat-sangat. Sebab Irfan dah start on solid food jadi mungkin keperluan susu dia akan berkurangan. Dan aku juga tak perlu sentiasa risau susu aku tak cukup untuk bekalan esok hari.

Aku kira bertuah kerana EF menyokong aku menyusukan Irfan (mungkin kerana dia tak perlu mengeluarkan duit untuk beli susu). Emak aku pun menggalakkan aku menyusukan anak. Dia takde masalah pun nak cairkan frozen EBM dan bagi anak aku minum pukul 2,3 pagi (oh emak I love you). Mertua aku pun takde bagi bantahan atau kata-kata kurang menyenangkan seperti yang dihadapi sesetengah ibu di KIM. Staff di tempat kerja pun tiada mnyuarakan rasa tidak puas hati. Kadang-kadnag mereka yang mengingatkan untuk pump. Kawan aku pun ibu bekerja yang menyusukan anak. Kakak aku pun sama. Jiran sebelah rumah aku pun sama, Jadi aku kira aku memang bertuah dikelilingi mereka ini.

Apa yang aku dapat simpulkan, breastfeeding bukan perkara yang mudah. Kau harus kuat semangat. Orang sekeliling perlu beri sokongan bukan sindiran. Ketepikan rasa malu untuk nursing in public. Tapi jangan sampai tak malu langsung sehingga kan selamba menayangkan breast di khalayak ramai. Eh aku selalu nampak okey dekat klinik.

Perjalanan aku masih jauh. Baru 7 bulan aku menyusukan anak aku. Untuk sampai 2 tahun aku berharap aku dapat bertahan. Dan susu juga dapat bertahan. InsyaAllah.


-Surya Rahman-

Thursday, October 20, 2011

Busy mode

Yeah. A busy mummy. Please excuse me. Hectic life as a pharmacist in a never ending busy clinic. Chaotic life as a mummy of 6 and half month baby who wants his mummy to be around no matter what, and no one else. Daily house chores. Weekly house chores. Oh boy. Do I need to elaborate more?

And that is why this blog has been abandoned for about 2 weeks. Aigoo. Nak cerita semua pun dah basi. Ni nak taip apa pun dah tak tahu.

Rasa nak sangat bercuti panjang. Rasa badan penat sangat. Nak rehat. Tak nak fikir baju tak lipat lagi, tak gosok lagi, bubur Irfan tak masak lagi, susu tak pump lagi. Dalam fikiran ni nak bawak Irfan jalan-jalan. Biar dia tak faham lagi. Takpe. Yang penting, mummy dia faham. HAHA. Tapi sejak EF kerja kat Johor ni, macam dah susah dia nak dapat cuti. Lagilah kalau nak cuti panjang.  Hurmm. Perlu fikirkan alternatif.

Oh, rupanya dah setahun kerja kat JB ni. Setahun mengerjakan farmasi tu. Entahlah ada perubahan ke tidak. Harapnya ada perubahan ke arah yang baik lah. Walaupun selalu bergaduh dengan patient, ada jugak patient yang baik. Bersabar. Tunggu giliran. Hari ni pula dapat khabar berita, seorang patient yang baik hati tu dah kembali ke Rahmatullah. Rasa sebak pun ada juga. Baru 7 hari. Al-fatihah untuk pakcik itu.

Ok entry habis mendadak tanpa penutup. Baby boy sudah bunyi siren mahu susu.


-Surya Rahman-

Sunday, October 9, 2011

Irfan and Solid Food

Memandangkan Irfan sudah menginjak ke usia 6 bulan, maka saya telah membenarkan Irfan menjamah makanan pejal (read: milk supply crisis). 

Oh boy. Ingatkan senang je nak bagi makan kat anak. Rupanya aduhai. Susah. Faham saja. Dia kan abru pertama kali diperkenalkan dengan solid food. Mestilah tak tahu nak buat apa dengan solid food tu. Last-last dia keluarkan dari mulut. Hai la anak. Mummy masak penat-penat, awak buang je.

Takpe. Takpe. Kita bagi peluang kat dia. Sebab dia baru nak kenal makanan. Dah seminggu bagi dia makanan. Alhamdulillah. Sekarang dah ok sikit. Dah nak makan. Kadang-kadang masak segenggam nasi menjadi bubur tu dia boleh habiskan. Kadang-kadang tak habis. Takpe Irfan. Mummy tak kisah pun.

Setakat ni saya berpegang kepada prinsip 4 days rule. Satu jenis makanan diperkenalkan pada satu-satu masa dan di beri selama 4 hari. Tujuannya untuk mengetahui kalau ada allergi, makanan apa yang memberikan kesan tersebut. Jadi setakat ni saya baru bagi potato dan carrot sahaja. Tapi hari ni dah boleh start makanan baru. Err. Broccoli? Banana? Sweet potato? Emm. Nanti mummy fikir eh Irfan.

Sekarang bangun pagi-pagi terus masak bubur Irfan. Barulah siapkan susu untuk di bawa ke rumah babysitter. Lepas tu baru lah siapkan air dan beg pump. Lepas tu kejut EF mintak dia tukarkan diaper Irfan sementara saya mandi dan bersiap. Lepas tu tengk bubur, blend kasik hancur lagi, masuk thermos kemudian masuk dalam beg. Kemudian sedia untuk pump susu sambil susukan Irfan. Penat tapi getting used to it. Perhaps.

Thinking of making puree so that I dont have to find, wash and cut vegetables every single day.

So I left you with this :p




-Surya Rahman-

Saturday, October 1, 2011

6 months old Irfan

Oh boy. You are 6 months in 2 more days. It is a big turnover for you and me. Mummy can start solid feed you. You can start eating solid food. Mummy has breastfeed you for 6 months, with breastmilk and no other than breastmilk. Mummy breastfeed you through the day and night for the wonderful 6 months. And mummy will continue to breastfeed you as long as Allah give this rezeki to you. Mummy loves you, Irfan.



Oh well well well. Kasik drama sikit pagi-pagi ni kan. Irfan dah 6 bulan. Setakat ni irfan masih belum pandai bergerak ke depan. Dia pandai meniarap, berpuisng-pusing, angkat kaki dan tangan as if nak terbang, dan bergolek sehingga terjatuh daripada tilam. Mind you, saya letak tilam di hall untuk Irfan bermain. Dan dia bermain sehingga terkeluar daripada tilam (read: jatuh). Menangislah dia tu apa lagi kan. Kesian anak mummy.

Sekarang ni dia tengah gatal gusi. Asyik meleleh je air liur. Tangan pun asyik sangat masukkan dalam mulut dan dia macam gigit-gigit tangan dia. Kalau dapat tangan orang lain pun dia gigit jugak. Bagi teether tak nak gigit pulak.

Malam susah nak tidur dah. Pukul 11.30 pun masih main lagi. Yang mummy dia ni dah separuh nyawa tahan ngantuk.Kalau bawak jalan takde makna dia nak tidur. Dah pukul 12 malam pun tak tidur. Tapi masuk je kereta nanti dia tidur lah tu. Tidur pulak masih dengan gaya bebas. Sekejap tendang mummy. Kejap tendang ayah. Kejap lagi pusing kat mummy. Kejap lagi pusing kat ayah.

Rambut dia dah nampak banyak sikit dah sekarang. Tapi botak lagi cute. HEHE. Mata masih sepet. Kuku cepat panjang

Thinking of buying a babycarrier for him. Aiseh. Dah tak larat nak dukung dia. I dont favor RS but SSC is too expensive. Jadi kita tunggu budget next week. Kalau PM kata naik gaji, nanti mummy suruh ayah belikan eh. HAHA.


-Surya Rahman-

Friday, September 23, 2011

Been Away

Hujung minggu lepas, bersempena kedatangan cuti Hari Malaysia, maka kami habiskan dengan bercuti secara pendek. Nama pun bercuti secara pendek. Jadi memang tak prepare sangat walaupun tiket dah beli daripada tahun lepas lagi. Cuma tiket Irfan je lah beli sebelum terbang. Dulu masa beli, Irfan masih dalam perut.

Hari Khamis malam dalam pukul 10 bertolak ke Klang. Kau tahu pukul berapa aku sampai Klang? 7 lebih okey. Gila la.Drive setengah jam, berhenti tidur satu jam. Drive lagi setengah jam, berhenti tidur satu jam. Itu EF la. Yang aku ni dari pukul 11 tidur terus menerus sampai pukul 5. HAHA. Kejam gila EF suruh teman drive aku pergi layan mata. Ngantuk weh. Last sekali dah dekat KLIA, berhenti tukar driver. Nasib baik lah Irfan tidur je. Rasakan aku kena drive setelah sekian lama tak drive mengharungi PLUS. Hoi bangga habis huuf huuf kembang hidung. HAHA.

Jumaat tu bertolak ke Jakarta dalam pukul 1 lebih. Sampai dalam pukul 2 lebih waktu sana. Oh boy, Irfan diarrhea ke ape tah masa tu. Sampai habis semua diapers dalam hand luggage. Sampai last sekali dia poo-poo dah takde diapers dah. Kena tunggu luggage keluar. Nasib baik masa tu dah landing.

Tapi, rupa-rupanya luggage kitorang tak sampai ke Jakarta. Boleh tak? Hai la Air Asia apasal la kau ni tinggalkan beg aku kat KL. Chait. Dahla semua baju aku dalam tu. Baju Irfan cuma ada sepasang je dalam hand luggage. Baju EF memang dalam hand luggage. Kau bayangkan macam mana hidup aku suffer masa holiday tu.

Air Asia cakap dia akan hantar luggage ke hotel sebaik dijumpai. Tapi takde maknanya. Haram jadah. Last day sebelum balik, kitorang tanya kaunter dia kata beg dah dijumpai tapi telefon contact number, tak di jawab. Come on weh. Aku kat Jakarta. memang lah tak dapat kalau kau call no Malaysia. Sot. Common sense kot.Kau kata nak hantar ke hotel. Nama hotel pun aku dah bagi. Apahal kau tak hantar. Ni aku nak buat complaint kat customer service pun sampai sekarang terbantut. Apa ke halnya kau punya customer service takde email address. Come on weh.

Aku tak kisah luggage hilang. Aku faham. Out of thousands of bags, mesti ada yang tercicir ke salah destinantion ke. Takpe. Aku faham. TAPI KAU JANJI NAK HANTAR BEG AKU KE HOTEL SEBAIK DIJUMPAI. TAPI KAU TAK HANTAR. TU YANG BUAT AKU MARAH SANGAT TU. KAN DAH AKU GUNA CAPSLOCK NAK TUNJUK MARAH NI.

Jadiknya short holiday tu jadi longest holiday. Most duit spent dekat baju Irfan, diapers, toilettries. Kau bayangkan aku pakai baju yang sama untuk 2 hari tu. Hari nak balik baru tukar pakai baju baru beli. Dahlah aku ni pesen yang baju baru beli mesti nak basuh dulu baru pakai. Ni keluar dari plastik terus pakai. Eh macam meremang lah bulu roma aku.

Mood memang down la sepanjang cuti. Nak ambik gambar pun tak de mood. Nak berjalan pun takde mood. Last sekali lepak dalam hotel tidur macam beruang. Loser weh.

Inilah pertama kali holiday yang aku tak sabar-sabar nak balik. Gila. Tak pernah dibuat aku.

Jadi, kalau kau ada email address Tony Fernandes, sila bagitahu aku.


-Surya Rahman-

Wednesday, September 14, 2011

What A Day...

Hari ini bermula dengan terjaga pukul 5.15 minit. 15 minit sebelum alarm berbunyi. Oh no. Rugi masa tidur 15 minit.

Keluar bilik, nampak atas meja ada botol susu hasil perahan malam tadi. Oh no. Baru teringat tak masukkan dalam peti ais sebab Irfan mengamuk nak tidur semalam. EF pun tak masukkan dalam peti ais jugak. Rugi 2oz.

Kemudian nampak pulak burger beli malam tadi. Oh no. Tak masuk peti ais jugak. Rugi. Rugi.

Kemudian buat air panas dan masukkan dalam tumbler. Masa bawak tu terkena air panas sebab tutup tak rapat. Oh no.

Sampai rumah babysitter, tengok-tengok beg susu takde. Oh no. EF terlupa masukkan dalam kereta. Patah balik ke rumah ~25km one way.

Sampai tempat kerja, staff pulak sound sedas. Pergh. Siaplah kau nanti. SKT bagi sikit baru tau.

Lepas tu gaduh dengan patient. Sebab biasa. Belum sampai due date dah nak amik. Dengan patient schizo carik pasal.

Lunch time, baru sedar sedang mengalami menses. 5bulan 11 hari. Oh no.

Petang mengalami menstrual cramp. Oi. Lagi sakit daripada sebelum pregnant apahal ni.

Ambik Irfan, BS kate dia ada masukkan Irfan dalam buai. Oh no. Jangaaannn.




Haih. What a day.




-Surya Rahman-

Tuesday, September 13, 2011

Subsidi

Hidup kita seharian banyak bergantung kepada subsidi kerajaan. Minyak, tepung, minyak masak, gula. Macam-macam lah.

Kadang-kadang kerana harga pasaran dunia yang meningkat, kerajaan terpaksa menaikkan harga barang-barang tersebut. Masa tu mulalah kita sebagai pengguna melenting-lenting marahkan kerajaan naikkan harga.

Oh kenapa serius sangat ni. Baiklah.


Minggu lepas datang seorang nurse ke tempat saya bekerja meminta amlodipine, perindopril dan atenolol stat kerana seorang blood pressure patient terlalu tinggi. 220/150. Kenapa ubat-ubat ini pula? Bukankah kita sudah supply nifedipine untuk stat? Kata nurse tersebut doktor yang arahkan demikian. Kerana patient stabil dengan ubat tersebut. Kalau stabil, kenapa bp nya tinggi yang amat hari ni? Sebab defaulter. Kenapa defaulter? Sebab patiet bukan warganegara Malaysia. Warganegara negara jiran. Susah nak masuk tambak selalu.



What?


What are you doing in my clinic?



Dan bila pesakit tersebut datang untuk mengambil bekalan ubatnya, saya bertanya kenapa tak check di negara sendiri.


Sana ubat mahal.



Yeah right.


Dahlah ubat kau yang canggih manggih. Bayar RM15 je kot.



Berapa banyak duit kerajaan habis kat orang-orang yang tak sepatutnya ni.



Belum lagi minyak petrol. Kerajaan cakap kenderaan asing tak boleh isi minyak penuh 25km daripada sempadan (correct me if I'm wrong). Bila kenderaan asing ni masuk stesen minyak, dia park jauh daripada cashier, so that dia boleh isi minyak penuh. Eh ini bukan cerita orang tau. Ini depan mata aku berlaku.



Habiskan duit orang je. Yang bagusnya jual minyak tu dengan harga tanpa subsidi. Baru diorang sedar sikit. Ni asyik nak ngambik subsidi orang je ape kes. Haih. Marah betul ni.




-Surya Rahman-

Friday, September 9, 2011

5 months old Irfan

Oh boy. 5 bulan dah kamu ni Irfan. Cepatnya kamu membesar. Sekarang dia dah 7.9 kg dengan ketinggian 66.5 cm. Milestone untuk 5 bulan, Irfan dah pandai meniarap dan tarik tangan sendiri. Oh. Dalam playpen pun dia nak meniarap padahal tempat tak luas pun. Lepas dah meniarap dia pun berpusing-pusing. Yang ni dia memang pakar. Kalau tidur pun boleh buat. Sekarang ni kalau tinggal Irfan sekejap je, nanti dia akan berpusing entah ke mana hala nya pulak.

Tangan dah semakin kuat. Kalau dapat duit raya tu dia pegang duit raya sendiri. Saya nak ambik pun susah sebab dia genggam kuat sangat. Kalau dia tarik rambut, aduhai. Meraung la mummy kau ni Irfan. Memang hobi dia menarik rambut atau tudung.

Irfan dah mula kenal orang. Kalau dengan saya atau EF, cepat je dia senyum. Kalau orang lain, ambik masa sikit la. Tak kenal kan. Dan dia dah boleh tahu rutin harian kami. Kalau pagi nak tukar pampers dia, dia akan senyum dulu dengan mata sepet dia tu. Lepas tu kalau orang bukak pintu grill nak keluar, dia akan pandang je kat kita macam cakap 'Bring me as well. Dont leave me here. I'm so bored inside this house'. HAHA.

Irfan masih suka masukkan jari dalam mulut. Kadang-kadang dia kemam mulut dia. Kalau bagi teeter dia buat macam pacifier pulak. Dia pergi hisap, instead of gigit. Toys yang dia boleh ngan hanyalah yang mengeluarkan bunyi. Squeaker, rattle dengan yang keluarkan bunyi bila tarik tali nya tu. Apalah nama dia tak ingat betul. Itu je yang ok. Yang lain, kasik simpan diam-diam dulu. HAHA.

Diapers Irfan yang Huggies size M macma dah ketat-ketat ayam. Tapi Mamy Poko yang saiz M ok je lagi. Masa untuk mengubah saiz? Oh boy.


-Surya Rahman-

Friday, September 2, 2011

Quoted from...

Tak ingat pulak mana jumpa ni. Credit untuk penulisnya.

Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai



-Surya Rahman-

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Njaluk ngopuro seng akeh-akeh. Kosong kosong yo.
Yuk mampir rumah kue.


Enjoy!


-Surya Rahman-

Saturday, August 27, 2011

Dugaan buatku.



Sebagai seorang ibu bekerja yang sedaya upaya mahu menyusukan anaknya dengan susu ibu, saya dengan sedaya upaya juga memerah keringat untuk memerah susu untuk dijadikan santapan harian Irfan dan sebahagian dijadikan stok untuk kegunaan kecemasan seperti berkursus, terpaksa meninggalkan Irfan di tangan EF atau keluarga mertua.

Dan sebagai seorang ibu bekerja, saya tahu bukan mudah untuk mengumpul stok susu bagi kegunaan anak. Bayangkan, satu hari saya bekalkan baby sitter 17.5 oz susu. Jumlah yang sama, atau lebih lagi bagus, diperlukan dalam sesi mengepam waktu bekerja. Dan setelah berhempas pulas mengepam, emmerah dan menyimpan, hati seorang ibu bekerja akan luruh bila balik daripada kerja, tengok peti ais, semua frozen EBM dah mencair dan tidak boleh digunakan lagi.


Jumlah kerugian adalah 375 oz. Termenung sejenak aku memikirkan macam manalah nanti ni nak berkursus bulan 9 ni. Termenung jugak aku memikirkan punca. Mungkin tutup pintu tak rapat. Tapi peti sejuk tu ada alarm. Tutup tak rapat, dia akan bunyi. Mungkin takde elektrik. Termenung aku memikirkan macam mana aku nak menggantikan stok yang dah rosak ni.




Menangis dalam hati siapa tahu.



EF cakap ' Dah la, benda dah jadi. Nak buat macam mana. You pump lagilah lepas ni'



Easier said than done, sayang.





Come fenugreek. Come to mama. You too red dates and longan. Ah dont forget bring your friend radish and milo. Oh oh. How I wish I could turned back the time....




p/s: Pasti ada rahmat di sebalik setiap yang berlaku.



-Surya Rahman-

Tuesday, August 23, 2011

Baju Raya Irfan

Did I mention baby's apparels are more expensive? Pheeewwwww.


Dua minggu lepas, ibu bapa muda ini (ehem ehem) telah membeli belah sempena kedatangan bonus. Ye. Ye. Bonus belum masuk, tapi duit dah keluar dulu. Macam mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan tapi ini mendengar bonus nak masuk, duit cepat-cepat dilaburkan. HAHA.

Oh boy. Walaupun puasa, tapi nafsu memang sumpah tak puasa hari tu. Lepas nampak baju ni, nampak pulak baju tu. Eh tambah sehelai lagi. Lepas tu nampak pulak stokin lepas tu seluar pulak lepas tu baju lagi eh ade overall la eh eh eh. See. Nampak tak macam mana nafsu tak dikawal pada hari itu. Memang menggoda okey. Nasib baik anak aku lelaki. Kalau perempuan, mungkin naik juling mata aku nak memilih baju. Too cute to resist.

Setelah habiskan kebanyakan bonus di situ, adakah kau ingat aku akan bertaubat. Tidak mungkin. Seorang penshopping tegar macam aku ni, kat kedai runcit pun boleh berhabis duit ini kan lagi kat shopping complex yang menjual baju bayi secara berleluasa. Oh tidaaakk. Mak tak mungkin menyerah.

Minggu lepas lunch hour hari Jumaat, sempat lagi menerjah shopping complex. Kan dah tergadai cincin kahwin. Eh tak tak cincin kahwin tak boleh gadai. Ni gadai baki bonus. Pun baju Irfan yang jadi sasaran. Terpusing-pusing aku dalam shopping complex seorang diri. Masuk keluar kedai. Buat macam tak bersalah. Memang tak bersalah pun menshopping kan.


Kesimpulannya, anak memang serba baru. Emak dengan ayah relax je baju raya tahun lepas pun ada apa. Mak okey je.




-Surya Rahman-

Saturday, August 20, 2011

Kenapa Muhammad Irfan?

Kenapa saya (kami sebenarnya) memilih nama Muhammad Irfan untuk anak lelaki ini.




Pertama: Muhammad adalah sebaik-baik nama. Kerana ia adalah nama Nabi SAW junjungan kita.

Kedua: Muhammad untuk bagi rhythm yang sama seperti bapanya, Muhammad Fitri.

Ketiga: Irfan bermaksud kebijaksanaan, kesyukuran.

Kebijaksanaan: Dengan harapan semoga anakku ini menjadi anak yang bijaksana. Bijak dalam mencatur kehidupan sendiri, bijak dalam memilih two roads diverged in a yellow wood, but sorry I could not travel both, bijak segala-galanya.

Kesyukuran: Anak ini hadir dalam rahimku selepas 7 bulan berkahwin. Anak ini hadir ke duniaku selepas 9 bulan dikandungkan. Anak ini memberiku gelaran ibu. Anak ini mewarnai hidupku. Apa lagi yang saya perlu terangkan dengan kesyukuran ini?

Keempat: Have I told you that I want my child to be named with a simple yet meaningful name? Tak nak anak bawak nama panjang-panjang penat nanti nak tulis masa exam.

Kelima: Kerana Irfan boleh dipanggil dengan begitu sahaja. Tak perlu disingkatkan lagi menjadi nama yang tidak bermaksud.



Muhammad Irfan Muhammad Fitri, bintang hati mummy.




-Surya Rahman-

Friday, August 19, 2011

To you (You know who you are)

I am tired. Damn tired. Daammnn tired. Please.





-Surya Rahman-

Thursday, August 18, 2011

What A Day.

Hari Selasa dan Rabu adalah hari yang paling memenatkan dalam seminggu. Kepada saya. Mana taknya, hari tersebut lah hari paling sibuk kat klinik. Macam pasar minggu pun ada rupanya. Penat tak terhingga. Selasa lepas saya punch out 5.59 pm. Tak azab ke tu. Baru nak ambik Irfan, baru hegeh-hegeh nak balik rumah. Pukul 6.40pm baru sampai. Agak-agak kau sempat ke nak masak?


Terima kasih lah kepada suami kerana sudi menggorengkan telur siap letak minced beef lagik, memasak udang goreng jaundis dan menggoreng ikan masin. Eh cop cop. Ikan masin saya goreng sendiri, tapi suami tolong rendam. Walaupun balik rumah pukul 6.40 pm nasik suami belum masak, tapi sempat jugak makan on time. Eh eh tak on time sebab Irfan cengeng masa ni. Tak nak letak. Jadi EF makan dulu. Eh tak lupa kepada makcik sebelah atas kurniaan makaroni goreng ada brokoli itu. Lazat. Hari ni hantar lagi ye. Mungkin lasagna atau masak lemak cili padi. Lempaaang sedas.

Baiklah. Harap-harap hari ni boleh balik awal dan boleh masak daging masak kicap permintaan suami. Berdebar.



-Surya Rahman-

Monday, August 15, 2011

Botak

Antara tanggungjawab ibu bapa kepada anak yang baru dilahirkan ialah mencukur rambut anak dan menyedekahkan timbangannya senilai dengan harga emas atau perak.

Lepas Irfan lahir, merata saya mencari orang yang berani mencukur kepala Irfan. Sampailah umur Irfan 3 bulan, baru saya berjumpa. Maka botaklah Irfan pada usia 3 bulan.

Dan sehingga kini pada usia 4 bulan setengah, Irfan masih botak lagi. HAHA. Comel jugak tengok dia botak. Tapi macam risau sikit lah. Zara anak Ziha dah lebat dah rambut nya. Irfan rambut tubuh macam malu-malu je. Nampaknya Irfan beraya dengan kepala botak la. HAHA.




p/s: Sampai sekarang pun masih belum sedekahkan nilai timbangan rambut Irfan. HEHE. Asyik terlupa je nak bawak rambut Irfan ke kedai emas untuk ditimbang.


-Surya Rahman-

Wednesday, August 10, 2011

A Looonnngg Yesterday

Haih.


Penat. Kerja masih macam dulu. Orang ramai tak terhingga. Sehingga pada satu-satu masa, waiting queue ialah 60 orang. Pengsan. Was expecting people will be lesser after the opening of nearby Klinik Kesihatan. But oh boy. Oh boy. 500++ per day. Sama macam dulu. Mungkin kurang 50 orang je daripada dulu. Hopefully next month akan lebih berkurangan. Pergilah kamu semua ke KK Taman U. Bukankah KK tersebut cantik bersih enak dipandang besar tidak seperti KK saya itu. Pergilah. Pergilah.

Balik rumah, sampai lebih kurang pukul 6. Bersilat pula di dapur dan dengan Irfan. Poor my lil baby. Sakit dan tak sedap badan menyebabkan dia merengek sepanjang malam. Kesabaran. Itu saja yang diperlukan. Oops. Susu juga.

Sakit tekak semakin pulih. Suara nyah dah takde kedengaran. Mungkin hari ni dah boleh dispense semula. Thanks Augmentin.



-Surya Rahman-

Sunday, August 7, 2011

Pheww. Macam mana nak balas ni.

Setiap kali saya berbuka puasa di rumah (read: tak berbuka dengan mertua), setiap kali itu lah pakcik sebelah ni bagi makanan berbuka. Dah naik segan muka aku ni ha. Mana taknya, pinggan dia yang semalam belum sempat aku pulang, dah datang pinggan baru. Ni dah berderet-deret dah pinggan mangkuk dulang dia dalam simpanan aku.

Nak masak canggih-canggih, memang tak reti la. Setakat mee goreng boleh lagi aku hentam bagi kat dia. Tapi amsak masa bulan puasa. Bukannya boleh rasa cukup garam cukup gula ke tak. Pakcik makcik sebelah ni dah lah tukang masak okey. Takkan amatur macam aku ni sanggup memperjudikan air muka dengan menghantar makanan tak seindah rupa.

Fikir nak balas makanan apa pun boleh buat stress tahu. Hari tu aku pulang pakai Domino's pizza je. Jadi la tu. Asal aku tak pulang kosong walaupun makcik tu cakap takpe pulang je kosong. Makcik faham awak ada anak kecik. Kang kalau aku pulang pinggan kosong kang, aku bagi sekali pinggan aku jugak. Kot-kot nanti dia nak masak lebih pastu nak hantar kat rumah aku, tak payah pakai pinggan dia lagi. Jadi aku tak pening kepala nak mereply nya nanti. HAHA. Genius jugak idea aku ni.

Jadi aku masih menyimpan 4 mangkuk, 1 pinggan dan 1 dulang yang entah apa aku nak balas pun tak tahu. Harap-harap nanti aku dapat pencerahan agung untuk membalas pemberian makcik sebelah ni.


Oh. Lupa pula, sebelum puasa hari tu jatuh sakit. Demam. Kemudian start batuk. Sehingga hari ni masih batuk lagi. Rasanya ini batuk yang paling teruk. Voiceless daripada Rabu sampai Sabtu. Oh boy. Seksanya nak berkomunikasi dengan orang. Orang asyik la 'Ha?' 'Come again?' Tak kurang jugak yang make fool of my condition. Nevermind. But thanks to the voiceless condition as I gt MC for 2 days.

The worst is Irfan pun dah start batuk-batuk semalam. And suspecting him with low grade fever. Not subside with koolfever or tepid sponging. To start with antibiotic? Let MO decide on it tomorrow.


Till then.



-Surya Rahman-

Friday, August 5, 2011

Keguguran

Orang kata bila anak dah pandai main air liur, mak punya rambut akan gugur. Dengan banyak.


Its true!!!

Irfan punya kegemaran sekarang ialah bermain dengan air liur. Buat bubble lah. Hisap jari orang sampai basah lah. Hisap tangan sendiri sampai basah jugak. Hisap bahu saya bila dukung. Pun sampai basah.

Mula-mula saya tak perasan tentang keguguran rambut ni. Tapi bila sapu lantai, ambik kau. Punya lah banyak rambut gugur. Kalau sikat rambut lagi lah. Tak payah cerita lah gugurnya banyak mana. Ni cara-cara dah gunting rambut. Kalau ikut rambut lepas bersalin dulu, agaknya botak dah kot sekarang ni.



EF siap cakap 'pergi Yun Nam lah you'.



Pergi Yun Nam kalau bayar rm30 pastu dijamin berkesanbolehlah. Ni kalau dah nak kena bayar ribu-riban, takde kerja aku nak membayarnya. Shopping baju Irfan lagi bagus.


Jadi mari gunakan medium internet sebagai penyelesaian masalah.


Menurut apa yang saya baca, semasa mengandung hormon estrogen yang memuncak menyebabkan rambut tumbuh dengan baik dan sihat. Mungkin ada yang perasan, rambut mereka menjadi lebih lebat dan berkilat semasa mengandung. Tapi sebaik sahaja bersalin, hormon estrogen akan kembali kepada paras normal, menyebabkan ibu-ibu keguguran rambut.

Apa yang boleh dilakukan ialah BERSABAR. Kerana ianya akan menjadi normal semula dalam masa 6-9 bulan.




Bersabar untuk 6 bulan? Masa tu aku dah botak agaknya :(




-Surya Rahman-

Thursday, August 4, 2011

4 am and pumping

Milk supply has not been good these two days. Probably due to dehydration because of fasting. Just so you know I was damn worried of Irfan's daily intake. Can I fulfill the high demand from Irfan? Though EBM is considered a lot in my fridge + those I left in Selangor (estimated: 300++ 0z) but hey, those are stocks. Not meant to be used daily. Jadi harus buat sesuatu.

Makan kurma badam waktu sahur - checked
Drink pleeenty of plain water - checked.
Do not skip sahur - checked.
Keep pumping - checked.
Drink galactagogues - checked.
Power pumping - errr...


It is quite hard for me to do power pumping as I sleep quite early at night. Morning I have to struggle with pan, fish, anchovies and time to prepare for sahur. So now that I wake up quite early, lets do power pumping.




-Surya Rahman-

Wednesday, August 3, 2011

4 Months Old Irfan


Nama: Muhammad Irfan Muhammad Fitri

Berat: 7kg +++. Memang banyak plus sebab hari tu 3 bulan je dah 7 kg. Jadik 4 bulan pasti lebih lagi.

Tinggi: Yang ni masih tak mengerti. Tak pernah mengukur selepas dikeluarkan daripada hospital.


Kejayaan: Meniarap. Tapi gagal menarik tangan lalu berteriak sekuat mungkin meminta bantuan. Lepas tu kemaruk sangat nak meniarap, sampai waktu tidur pun dia meniarap.

Kegagalan: Seperti dimaklumkan di atas.

Hobi: Menghisap jari-jari. Mind you, Irfan bukan thumb sucker. Tapi FINGERS sucker. Semua jari dia masukkan dalam mulut. Jangan kau masukkan jari kaki sudah lah.

Cita-cita: Mengempeng sepenuh masa.



Makanan kegemaran: Belum dibenarkan makan oleh mummy

Minuman kegemaran: Mummy's milk.

Kegemaran: Membuat suara pelik-pelik, kadang-kadang dengan nada yang tinggi seolah-olah macam memberitahu 'Mummy, I have voice. I can say this. I can say that. I can scream. I can cry.'





-Surya Rahman-

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Semoga Ramadhan ini lebih diberkati. Amin.




-Surya Rahman-

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Last year, 2 hari sebelum puasa, saya buat UPT. This year 2 hari sebelum puasa, saya demam dan sakit tekak.

Last year, sehari sebelum puasa, saya dapat berita penempatan di Johor. This year sehari sebelum puasa mungkin saya hanya di rumah melayan anak.

Last year, bulan puasa banyak dihabiskan dengan tidur (read: my morning sickness). This year entahlah apa yang berlaku.

Last year, bulan puasa bermulalah menginap di rumah sekarang. Masa tu rumah kosong je takde apa-apa barang. This year, bulan puasa ni kira setahun dah menginap di sini. Alhamdulillah. Kalau orang datang rumah takde lah duduk bersila hidang air atas surat khabar.

Last year, dapat berpuasa penuh sebulan. This year macam ada harapan.



Tuhan, permudahkan Ramadhanku tahun ini. Semoga anakku masih mendapat rezekinya walaupun aku berpuasa.



-Surya Rahman-

Wednesday, July 27, 2011

Serve you right.

Kerana menzalimi kucing (read: menendang, memijak), didenda RM400 atau dipenjara 7 hari. Bukan di luar negara, tapi di Malaysia.



Bagi saya kucing adalah binatang yang manja. Kau tanya lah siapa-siapa yang ada bela kucing. Mesti dia akan jawab begini. Manja. Kalau tengok rumah mak saya, Si Cirit memang diva. Dia makan tak nak kongsi dengan orang lain. Malam nak tidur dalam rumah je. Si Comot dengan Bundel suka-suka hati menjadikan bilik emak aku sebagai ruang peraduan. Lebih tepat lagi di hujung katil emak. Si Tam pun kalau kena marah buat muka tak tahu je. Nanti sibuk berlari satu rumah sambil buat bunyi pelik. Si putih berekor-ekor aku lupa nak tanya nama dia apa tu lagilah manja. Semua kucing-kucing ni memang pantang nampak mak aku. Memang menggelupur nak ikut.

Kalau orang kata kucing suka mencuri, aku nak bagitahu ni. Dia mungkin mencuri. Kerana dia lapar. Kalau kau tak nak dia mencuri, bagi dia makanan. Maka dia tak mencuri. Kau fikir kucing boleh kerja ke nak carik duit untuk beli makanan. Kalau kau yang jadik kucing tu apa kau rasa kena pijak, tendang oleh manusia yang konon berakal dan bertamadun tu.



Kucing tu kan ke binatang kesayangan Rasulullah.



-Surya Rahman-

Monday, July 25, 2011

Post Induksi

Setelah ditinggalkan selama 5 hari 4 malam, yang macam sengsara gila lebih baik berjauhan dengan suami daripada dengan anak sebab rindu yang tak tertanggung, balik je ke pangkuan Irfan, dia dah tak nak direct feeding. Luluh hati aku tengok anak menangis-nangis nak susu tapi tak nak direct feeding.

Nasib baik la sekejap je. Lepas tu dia dah nak semula. Kalau tak mungkin aku mengalami serangan panik kot.

Tapi perkara yang membimbangkan, productivity macam dah berkurangan lepas balik induksi ni. Pagi biasa dapat 6-8 oz. Hari ni dapat 4 1/2 oz je. Working hours biasa dapat 15 oz. Hari ni dapat 9 1/2 oz je. Sob sob. Tak tahu apa punca. Apa pun, kena cuba yang terbaik untuk Irfan.


-Surya Rahman-

Friday, July 15, 2011

A Day of A Working Mummy

5.30 am: Bangun dan pump susu. Setiap hari akan buat. Kadang-kadang dengan mata terpisat-pisat carik pump sebab dah sakit sangat. Biasanya pump waktu pagi dapat 5-8 oz. Paling banyak sebab waktu malam tak pump.

5.45 am: Siap pump. Simpan susu. kemudian ambil susu untuk dibawa ke rumah BS. Start agih-agihkan susu ke dalam 7 botol termasuk thawed EBM. Selebihnya, masuk dalam storage bag untuk dibekukan. Kemudian botol-botol tersebut dimasukkan ke dalam cooler bag.

6.00 am: Bersiram dan tunaikan tanggungjawab lain.

6.15 am: Kalau Irfan tak bangun lagi, kejutkan Irfan. Salinkan pampers and breastfeed Irfan.

6.45 am: Bersiap-siap untuk masuk kereta. Masukkan beg Irfan, beg susu, toiletries bag, beg kerja, beg pump danb botol air ke dalam kereta. Panaskan enjin kereta. Kalau ada masa main-main dengan Irfan sekejap.

7.00 am: Ayah Irfan akan masukkan Irfan dalam car seat. Lepas dia berbual-bual dengan anak dia, baru lah salam-salam, morning kiss, terus reverse kereta dan keluar rumah. Pagar biar EF yang tutup.

7.30 am: Sampai rumah BS. Hantar bag dulu kemudian baru ambik Irfan dari car seat. Lepas kiss-kiss Irfan, cakap dengan dia behave kat rumah BS, baru lah jalan ke klinik.

7.40 am: Sampai klinik, punch card, on computer, letak beg pump, beg kerja, botol air apa lagi semua tu. Lepas tu beli breakfast. Kalau sempat, sebelum pukul 8 makan breakfast.

8.00 am:Kerja

10.30 am: Pump susu. Sambil breakfast kalau masih belum makan.

11.00 am: Kerja.

1.30 pm: Pump susu.

2.00 pm: Lunch time.

2.30 pm: Kerja.

4.30 pm: Pump susu.

5.30 pm: Punch out. Ambik Irfan. Jalan balik.

6.00 pm: Sampai rumah. Kalau cuaca elok, jalan-jalan dengan Irfan kat luar atau playground. Kalau tak balik ngempeng. Masak kalau perlu. Kalau EF ajak keluar, selamat tinggal dapur.

9.00 pm: Pump lagi. Tapi kalau sempat. Kalau tak direct feeding je. Masa air untuk buat air masak.

10.00 pm: Basuh botol-botol Irfan. Kena betul-betul kering untuk guna esok pagi. Tukarkan pampers Irfan. Breastfeed bagi tidur.

11.00 pm: Gosok baju. Sepasang baju sendiri + sepasang baju suami+ sehelai tudung.

11.30 pm: Tengok pintu dah kunci belum, handphone bateri cukup tak kot nanti alarm tak bunyi sebab bateri takde, tengok Irfan ok tak. Kalau ok semua baru tidur.

2.00 am: Breast feed.

5.00 am: Breast feed.

5.30 am: Baca daripada atas.






Well, semua berjalan lancar kalau Irfan tidur dan tak ngempeng. Kalau tidak, merasalah kau mandi pukul 7 pagi, EF kena gosok baju sendiri, botol-botol EF basuh, susu EF siapkan, bawak kereta 110 km/j walaupun jalan bandar (mind you, saya tak bawak lebih 100 km/j kalau ada Irfan). Mesti EF suka kalau Irfan tidur je bila masa mummy dia buat kerja. HAHA.




-Surya Rahman-

Wednesday, July 13, 2011

More and more please

I wish I had more and more and more no-iron-needed-baju kurung.

Pfffttt.

Balik rumah Irfan dah ngempeng. Kalau bernasib baik, sampai masa dia lepaskan. Kalau tak, walau mata dah terpejam, mulut mesti masih menyonyot. Nak buat kerja rumah memang susah. Kadang-kadang boleh bawak gaduh dengan Irfan nak suruh dia tak ngempeng. Anak, anak.

Gosok baju pagi-pagi hari dah biasa dah. Tengah-tengah malam pun biasa dah. EF gosok baju sendiri pun biasa dah. Kain berhari tak berlipat pun biasa dah. Ni buat entry kat blog pun samada sambil breastfeed Irfan atau pump susu untuk esok. Kalau tak, memang tak berupdate lah blog ni. Life, live the way it is.




-Surya Rahman-

Sunday, July 10, 2011

Induksi

After 2 years of working baeulah hegeh-hegeh nak pergi induksi kan. Tertinggal setahun dengan rakan-rakan seangkatan masa belajar dulu. What to do. Nama saya sepatutnya di JKN Sabah. Tapi sebab dah berpindah negeri, itu yang jadi masalah sampai lewat ke induksi.

Apa-apa pun, I am going to Induksi from 19th to 22th July. Oh my. 4 hari ye kena tinggalkan Irfan. Yang lebih merisaukan, cukup ke susu untuk Irfan sepanjang saya induksi tu?

Dah lah jauh di Kelantan, nak suruh EF cuti so that boleh bawak Irfan sekali ke sana pun macam masalah juga. EF baru masuk kerja di tempata baru, takkan nak cuti lama-lama. Siapa nak jaga Irfan pun masalah jugak ni. Nak hantar ke emak Johor, kesian pulak nanti dia tak boleh meniaga. Nak hantar ke emak Selangor, jauh pulak tu nak angkut susu semua. Pening.

Yang lebih risau,boleh tahan ke aku ni berjauhan dengan Irfan...




-Surya Rahman-

Friday, July 8, 2011

3 months old Irfan

Oh boy. Cepatnye Irfan membesar. Dah 3 bulan sekarang. Apa milestone Irfan sekarang? Emm. Rasanya tak banyak berubah daripada bulan lepas. Suka berbual dengan kita bila dia ada mood. Entah apa lah yang dia cakap tapi layankan je lah. Bila ketawa nanti mata mesti tak nampak dah. HAHA. Sepetlah katakan.

Sekarang Irfan tinggal dengan babysitter bila saya pergi kerja. Daripada 7.30 pagi sampai 5.30 petang, saya bekalkan 8 botol 2.5 oz susu. Biasanya balance sebotol je. Fuuhh. Semput-semput jugak saya nak cater peminuman susu Irfan. Tapi berusaha selagi terdaya. Pastinya.

Waktu kerja, selalu terbayang-bayang Irfan. Dulu duduk berjauhan dengan EF, takde pulak aku terbayang muka dia masa kerja. HAHA. Bila dah pukul 5 petang, tapi patient masih ada di klinik, hati mesti resah gelisah. Sebab, lambat patient habis, lambatlah dapat jumpa Irfan semula. Patient habis je, terus berdesup angkat beg punch card start enjin kemudian ke rumah BS. Ini lah dia penangan anak kepada emak.

Irfan sekarang berberat sebanyak 7kg. Oh my. Terlebih sudah. Tapi disebabkan dia minum susu badan, maka tiada masalah di situ. Nak dukung lama-lama pun dah tak larat sekarang. Rasa macam nak carik kain batik lepas pastu ikat untuk dukung dia. HAHA. Memang macam bibik.

Balik daripada rumah BS, sampai je kat rumah Irfan mesti mengempeng. Kadang-kadang mata dah pejam pun masih menghisap lagi. Aduhai. Nak buat kerja rumah mesti tertangguh. Takpelah. Demi anak. Tak makan pun sanggup.



-Surya Rahman-

Sunday, July 3, 2011

Oh macam mana la ni...

Esok, dah mula kerja semula. Sigh. Malas betul. Takde hati nak masuk kerja.

Hari Jumaat lepas hantar Irfan ke rumah baby sitter. Sekejap je hantar. Pukul 12-4 pm. Alasan: Nak tengok macam mana Irfan kat rumah BS. Dah lah pagi tu Irfan macam cengeng sikit. Asyik nak ngempeng je. Lepas tu bila dah sampai rumah BS, dia menangis-nangis pulak. Aduhai. Yang aku ni pun terus sebak sejenak. Dah nak mengalir dah airmata masa tu. Lepas pujuk-pujuk Irfan sikit, dia dah okey, keluar rumah BS, terus menangis teresak-esak. Ni memang menangis habis lah masa ni. Call EF, sia-sia je kena gelakkan dengan suami sendiri.

Lepas hantar Irfan, buat sikit urusan di bank dan salun. Sepanjang-panjang masa membuat urusan tu, asyik teringat-ingat je pada Irfan. Risau dia menangis tak henti, risau dia tidur lena ke tak, risau dia dengan orang asing. Risau lah.


Sigh. Macam mana lah nak hantar esok ni.




-Surya Rahman-

Saturday, July 2, 2011

Happy Birthday, Hubster!

25 today. And you still hawt with 1 pack and 1 son. Hehe. I love you, husband.


-Surya Rahman-

Wednesday, June 29, 2011

Back for Good

We reached KLIA 9.25pm, Monday. Headed back to JB at 11pm after having supper with family at McD. Reached Ayer Keroh at 12.30am and decided to take a nap. Continue the journey at 2.30 am and reached safe and sound at 5am. Pheww.



Oh boy. Long journey.



EF was posted to Kota Tinggi which is 33km from our house and takes only 30mins with car. Eventhough not posted in JB, but we were glad enough he is not posted to Mersing.


EF once said that he will definitely come back to Sabah, either for holiday or for working there again.



Well, me too.




-Surya Rahman-

Monday, June 27, 2011

Old you. New you.

Perempuan memang selalu concern pasal berat badan kan. Haha. What to do. Nature of women.

Sedang asyik melihat gambar-gambar kawan di Facebook. Kebanyakannya dah nampak berisi. Which is for some of them, it is good (read: dulu kurus melidi) but not for others.

And now I wonder what people will say when seeing my photos. Fact: I am 20kgs heavier than me after matriculation and married with a son. Depressed. Duduk diam-diam dalam bilik.


-Surya Rahman-

Sunday, June 26, 2011

I Feel Bad

Facebook is one of the way to stay connected with and keep updated about your friends. Well, it does for me. But sometimes it makes me feel bad.

To see they uploaded wedding pictures makes me feel bad. No. No. Of course me not envy their wedding picture or their super gorgeous make up or dress whatsoever. But it is because I cant attend their wedding when actually being invited. Especially when the bride or groom attended my wedding last 2 years.

Yeah. I feel bad.



So to all my friends who were married but I didn't come,getting married but probably I can't come, married without letting me know or getting married with someone I won't, ever to come to the wedding, I wish you all 'Selamat Pengantin Baru. Semoga perkahwinan anda kekal ke akhir hayat. Jalani kehidupan berumahtangga sebaiknya. Maruah dan rahsia harus dijaga. Dan kasik Irfan kawan cepat sikit okey :>'





Love.
-Surya Rahman-

Thursday, June 23, 2011

Diapers Dilemma

Kat pasaran memang melambak diapers untuk dipilih. Yang mahal, yang murah, yang berjenama, yang tak berjenama, yang pakai buang, yang boleh pakai balik. Macam-macam ada. Disebabkan banyak pilihan, sebagai seorang ibu yang tidak berpengalaman, maka mari kita mencuba diapers mana yang sesuai.

1. MamyPoko
To admit, memang MamyPoko ni yang terbaik lah. Texture lembut,magic tape, takde bocor, takde bau, tak bagi merah-merah atau alahan pada Irfan. Tapi yang tak tahan nya mahal. Untuk newborn ok lagi. Tapi kalau dah pakai S atau M, memang menangis lah wallet aku hujung bulan. Harga paling murah dapat kat Giant Rm29.99 size M 44 keping.

2. Huggies
Alternatif kepada Si Mahal MamyPoko, bagi saya Huggies adalah yang terbaik. Macam MamyPoko, texture lembut (walaupun tak selembut MamyPoko), magic tape, takde bocor, takde bau. Huggies pun takde bagi alahan kat Irfan. Cawat dia agak tinggi. Harga paling murah dapat kat Giant Rm29.99 size M 80 keping (Huggies biru) dan size M 66 keping (Huggies merah).

3. Drypers
Yang pernah aku try Drypers Soft untuk newborn dan Drypers Wee Wee Dry. Yang Drypers Soft tu aku tak berkenan sangat. Asyik bocor je. Malas nak layan. Yang Drypers Wee Wee Dry ni, aku rasa ok jugak. Cuma kadang-kadang ada bau dan bocor walaupun baru ganti. Tapi Drypers ni tak pakai magic tape. So far tak bagi alahan pada Irfan. Harga paling murah kat Giant aku jumpa Rm32.89 untuk 84 keping.

4. Pet Pet
Yang ni aku pernah try sekeping je. Sebab dapat sample dalam New Mom Bag. Not much comment. Lembut jugak, magic tape. Tapi tak berapa ingat ada bocor ke tak ke. Lupa dah.

5. Cloth Diaper
Sorry yang ni memang aku tak boleh review, sebab aku tak pakai. Panggillah aku tak sayangkan bumi ke apa ke. Mintak maaf. Aku rasa aku tak mampu nak mencucinya.

Jadi, sekarang ni buat masa ini aku stick pada Huggies. Tapi lain padang lain belalang. Ini hanyalah pendapat aku. Mungkin kalau kau menjadi ibu nanti, kau sendiri lah try and error.

-Surya Rahman-

Wednesday, June 22, 2011

Sentap Mak!

SR: Orang kata minum Horlicks boleh banyakkan susu. I minum dah lah nak termuntah-muntah, pastu susu pun tak banyak.

EF: Baru sekali minum. Macam buat work out la. Buat sehari, dah tengok cermin. Mana nampak hasil.

SR: Haih. Mendalam maksudnya tu.


-Surya Rahman-

Tuesday, June 21, 2011

Random





Bersiaran secara langsung daripada Kota Kinabalu (now you know why I did not have much post in this month).

1. Taking care of Irfan is much easier nowadays. Dah boleh agak apa dia nak. Cuma sekarang dia dah tak berak setiap hari. I wonder wether it is normal or not. Kadang-kadang dah 2,3 hari tak berak tu, nampak Irfan macam meneran-neran. Mungkin nak berak tapi tak dapat. Option: enema. Tapi takkan lah nak bagi enema je baru nak berak kan.

2. June is coming to the end. Maksudnya dah nak naik kerja. Malas. Boleh tak sambung cuti lagi sebulan? Hehe.

3. Susu yang dah disimpan takde la banyak sangat. Mungkin 100++ oz. Takut tak cukup. Tapi kena fikir positif. Pasti cukup!

4. Haih. Bosan yang amat sekarang. Duduk dalam bilik tunggu EF balik kerja. Nak keluar takde kereta. Kalau ada kereta pun, macam mana nak bawak Irfan. Car seat takde.

5. Nak cuba minum horlicks yang kelihatan yucks tu sebab warna seakan-akan susu segar. Orang kata horlicks boleh banyakkan susu.

Dah lah. Nah kasik gambar Irfan sikit.





-Surya Rahman-

Tuesday, June 14, 2011

Orang Kata Rezeki Anak

Alhamdulillah permohonan EF untuk berpindah ke Johor akhirnya diluluskan. Syukur Ya Allah.

Tapi masih belum ditentukan di mana akan ditempatkan. Kalau di Mersing, masih PJJ lagilah nampaknya. Takpelah. Sekurang-kurangnya masih dekat. Takdelah jauh macam kat Sabah tu.

Doa dimakbulkan Allah. Syukur. Berdoa pula EF dapat posting di JB. InsyaAllah.


-Surya Rahman-

Thursday, June 9, 2011

2 months old Irfan

Sebenarnya sekarang ni Irfan dah 2 bulan lebih. Maaf lah Irfan. Mummy baru nak update pasal Irfan.

2 bulan yang macam sekejap je berlalu. Sekarang Irfan dah pandai mengiring. Semalam Irfan mengiring, kemudian try nak angkat kepala. Bila tak dapat pusing, dia menangis-nangis.Hai la Irfan. Kepala awak tu berat lagi. Sabar-sabar lah ye. Nanti awak cuba lagi ye.

Sekarang pun Irfan dah pandai sengih dan ketawa. Tapi dengan syarat kena rajin layan dia. Buat suara pelik-pelik depan dia, agah-agah dia, nyanyi lagu. Cair hati mummy tau.

Oh. Irfan kena jab hari tu. Bila siang tak demam, malam je mula la demam. Nasib baik tak merengek-rengek. Badan panas je. Saya bagi PCM syrup dan tampal Koolfever untuk redakan panas.

Belum pun berusia 2 bulan, Irfan dah sampai ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Belum kira Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Nasib baik mummy tak ikut ayah pergi kursus di Langkawi. Kalau tak lagi panjang lah perjalanan Irfan.

Gambar Irfan? Oh malas nak transfer. Lagipun kamera handphone ni takde flash. Maka gambar banyak yang gelap je.


-Surya Rahman-

Monday, June 6, 2011

Sorry

Sorry 1

Kepada blog sendiri, sorry kerana mengabaikan anda selama berhari hari hari hari. Haih. Internet dan masa tak mengizinkan

Sorry 2

Kepada rakan-rakan yang telah menjemput ke kenduri walimah anda, sorry tak dapat menghadirkan diri. Kudrat badan dan masa juga tidak mengizinkan. Anyway, tahniah dan selamat pengantin baru!

Sorry 3

Kepada rumah di JB, kerana tidak terbela 2 bulan lamanya. Balik nanti, akan ku usahakan mengemas kamu.

Sorry 4

Kepada polet sendiri. Ku tak sengaja merabakkan mu. Huhu.



-Surya Rahman-

Monday, May 23, 2011

Habis tu, I?

Setiap kali call,

'Irfan buat apa?'
'Irfan dah mandi?'
'Irfan dah susu?'
'Irfan meragam tak malam tadi?'
'Irfan dah pandai buat apa?'
'Irfan tidur?'
'Gambar Irfan mana?Tak hantar pun hari ni.'




Semua Irfan.
Habis tu, I? Mak sentap okey.



-Surya Rahman-

Tuesday, May 17, 2011

The After Labor Story

Perempuan memang sanggup mengorbankan diri untuk lelaki. Sila bersetuju dengan saya cepat. Kerana suami (dan diri sendiri jugak), perempuan sanggup mengorbankan bentuk badan semasa mengandung. Come on. Cuba tanya berapa ramai perempuan yang tak naik berat badan semasa hamil. Memang sedikit sahaja bilangan dia.

Tapi bukan pengorbanan menghilangkan bentuk badan yang saya mahu bicarakan. Tetapi masalah lain yang saya hadapi selepas bersalin. Read: yang saya hadapi. Bukan semua orang.

1. Haemorrhoid

Atau nama lainnya buasir. Mungkin sebab syok sangat meneran masa bersalin hari tu, menyebabkan terjadinya kejadian ni. Sakit okey. Barulah aku faham perasaan orang yang buasir ni. Emak cakap dulu masa bersalinkan aku pun dia kena buasir jugak. Lepas tu pulak nak carik annusol supp punya lah susah. dah berhari carik baru jumpa.

2. Urinary bladder hilang kawalan

Sometimes akan hilang kawalan. Tak tau nak cakap macam mana. Tapi macam tu la. Haih. Rasa macam dah tua je.

3. Pelvic bone yang memelik

Yeah. Lepas bersalin ni, bila baring mengiring kemudian nak tukar baring menelentang pulak, mesti pelvic bone akan berbunyi-bunyi. Creepy ok. Bunyi macam tulang-tulang tu bergerak-gerak. Sakit pulak tu. Dah macam takde sinovial fluid pulak.

4. Selera makan bertambah-tambah

Emak kata biasalah tu kalau menyusu anak mesti selera makan bertambah. Kalau tengok saya makan sekarang ni, melebihi gaya makan semasa mengandung dulu. Haih. Bila pulak nak dapat berat badan ideal ni.

Entry habis mendadak. Takde penutup. Bye.

-Surya Rahman-

Thursday, May 12, 2011

Siapa cakap pantang best -Part 2

Okey. Bersempena hari ke 40 berpantang, yang bermaksud hey lalalalala, saya akan meneruskan cerita tentang pantang yang tergantung hari tu. Kali ni saya akan beritahu sisi positif berpantang. HAHA. Ayat tak boleh tahan.

1. Bangun pagi, air mandi dah disiapkan. Masa pantang ni mak suruh mandi air panas. Disebabkan rumah takde water heater, jadi terpaksa buat secara manual. Masak air atas dapur, kemudian bawak ke bilik mandi. Kan best tu orang siapkan air mandi. Kau tinggal adjust air ikut keperluan kulit kau dan mandi je.

2. Tak payah susah-susah nak masak. Semua disediakan. Ni pun best jugak. Walaupun lauk restricted, tapi part yang 'Angah, makan.' memang best. Masa awal-awal pantang dulu, siap makanan dibawak dalam dulang. Nasib baik aku tak makan atas katil kalau tak dapat lah feeling orang putih sikit. HAHA.

3. Kerja rumah tak payah buat. Lepas bersalin tu, kau nak angkat bontot pun fikir banyak kali, apa lagi nak angkat tangan sapu rumah, mop rumah segala bagai tu. Tapi bila dah sihat sikit tu, buat jugak lah kerja rumah. Cuma kadang-kadang tu timing tak betul. Baru je nak buat, bayi dah minta makanannya. Jadi tunaikan tanggungjawab itu dahulu. HEHE.

4. TV dan internet serta game adalah teman baik. Tapi disebabkan emak dah control TV< jadi ikut kan sahaja lah apa yang dia mahu tengok. Pagi, pilihan saya. CSI, leverage, CSI balik lepas tu tengok lah kalau ada movie best kat HBO. Lepas tu kena tengok Wanita Hari Ini (dah start rancangan emak yang pilih). Kemudian Kasih Suci, Buletin 1.30, Marshandah, Mata Ayer, Kamila, Kejora, Bla Bla Bla. Malam, Balik semula kat saya. Tapi ikut keadaan jugak. Tapi memang heaven la. Game pulak kena ikut turn sebab game yang best kat laptop Uda mostly dikuasai Ayah.

Err. Irfan nangis dah ni. Sampai sini sahaja ye.


-Surya Rahman-

Wednesday, May 11, 2011

Mother's day and long silence

Back to blogging. After a week. Well actually EF was here from last Friday till yesterday. But since my FIL was warded last week, we decided to pay him a visit. Pertama kali berjalan jauh secara berkeluarga. Maksudnya bertiga. Challenging.

Nasib baik Irfan behave dalam kereta. Or to be exact, dalam air cond. Nangis bila nak susu je. Lepas tu tidur sehingga ke destinasi. Sampai rumah JB, alahai terkejut tengok rumah. Faham-faham je lah dah sebulan tinggalkan. Hari tu pun tinggalkan rumah dalam keadaan tak berkemas sangat lepas majlis akikah.

Mengendalikan Irfan tanpa profesional seperti emak adalah mencabar. Chaos. Lagi-lagi masa nak mandikan Irfan. Bersilat suami isteri ni. Tapi berjaya. Kemudian malam Irfan taknak tidur pulak. Asyik nak mengempeng je dengan saya *mengempeng tu perkataan jawa. Maksudnya lebih kurang nak bersama-sama saja atau senang cerita nak melekat je*. Ambik kau. 3 jam dia berjaga.

Oh Irfan sekarang dah kurang tidur berbanding Irfan dulu. Ada masa dia akan berjaga lama. Tapi kalau dibiarkan baring sorang-sorang, memang dia akan menangis. Tapi kalau didukung, atau diriba memang diam lah dia. Haih. Pengsan mummy nanti Irfan.

Satu perkara yang saya paling suka, bila setiap kali lepas susu, Irfan mesti akan senyum atau sengih dalam tidur dia. Masa tu memang hati cair betul la. Takpe berjaga malam sekalipun, dapat tengok Irfan senyum macam tu macam say thanks to mummy, dah cukup dah.

Tahun ni, pertama kali saya menyambut hari ibu sebagai ibu dan anak. Sebelum ni hanya sebagai anak. Ucapan hari ibu daripada EF dan emak memang berbekas kat hati saya.

EF belikan satu beg Nike untuk saya. Masa nak beli tu, EF call saya. Dia tanya kalau I belikan you bag Nike you nak tak. Beg tu bla bla bla (he described the bag) dan dia ada tempat nak letak botol Irfan nanti. I was like 'Are you buying this bag for me or for Irfan?' Semua pun Irfan yang lebih :<


-Surya Rahman-

Wednesday, May 4, 2011

Irfan's 1 Month Jab

Bersempena dengan usia anak saya bersamaan dengan 1 bulan semalam, maka kita harus raikan dengan kunjungan ke klinik untuk mendapatkan suntikan hepatitis B dos kedua. Jangan buat-buat lupa. Selain daripada memberi makan pakai yang cukup, tanggungjawab ibu bapa juga adalah memberi kesihatan yang baik.

Dimulakan dengan perasaan malas nak pergi sebab Isnin kan cuti, mesti lah semalam ramai orang kan. Hati rasa malas nak pergi. Malas nak menunggu ramai-ramai macam tu. Nanti kalau Irfan dah berbunyi, lagilah resah hati. Tapi memandangkan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan suntikan, jadi buangkan rasa malas. Ayuh kita ke klinik. Ye. Waktu rasa malas dibuang, jam sudah pun pukul 11. HAHA.

Sampai di klinik, saya pun kehairanan. Eh apasal klinik ni macam tak berpesakit ni. Lengang yang amat. Adalah 4 orang kot yang menunggu. Haih. Kalau lah klinik tempat saya bekerja, jangan harap kau berjumpa dengan keadaan seperti ini.

Jadi Irfan pun selamat disuntik dengan tangisan. Nasib baiklah sekejap je dia menangis. Balik rumah tidur sahaja SAMPAILAH petang. Kemudian bermulalah episod meragam Irfan. Agaknya badan dia tak sedap. Atau rasa lenguh dekat tempat suntikan. Atau rindu ayah dia. Atau dia memang sengaja nak tarik perhatian mummy dia. Atau dia tak sihat. Tak tahu mana yang betul. Sesungguhnya bayi hanya tahu menangis sahaja untuk mengekspresikan segala yang dia rasa. Takkan nak suruh dia bercakap kan. Ada yang emak dia pengsan nanti.

Oh. Sampai sekarang Irfan masih meragam. Tidur sekejap, kemudian bangun menangis mintak susu. Tidur sekejap lagi, kemudian bangun menangis mintak susu lagi. Dan kitaran bermula sekali lagi.

Semoga Irfan sihat cepat ye.


-Surya Rahman-

Monday, May 2, 2011

Day 30 and Weddings

Irfan is 1 month tomorrow! Sekejap betul masa berlalu. Tengok-tengok dah sebulan dah sejak membersalinkan Irfan. Eh maksudnya cuti tinggal 2 bulan la kan. Alaa. Tak lama lagi dah naik kerja. Alaa...

Ok. Takpe jangan risau sangat 2 bulan tu sempat lagi nak berhibur. HAHA.

Hari ni hari ke 30 berpantang. Maksudnya tinggal 10 hari lagi. Hooyyeah. Tak sabar nak keluar berjalan sekurang-kurangnya menghirup udara shopping mall.

Oh sehingga hari ini saya ada 15 undangan perkahwinan untuk tempoh 2 bulan ni. Pening macam mana nak menghadiri. Dah la kereta takde tinggal kat Johor, husband takde tinggal kat Sabah. Emm. Serba salah pulak.

-Surya Rahman-

Friday, April 29, 2011

Siapa cakap pantang best -Part 1

Pantang 40 hari lepas bersalin bukan lah perkara yang senang. Siapa cakap senang tu memang boleh dipanggil Master of Pantang la. Haih. Pertama kali berpantang saya rasa macam nak menangis pun ada. Macam-macam la yang tak boleh. Macam-macam yang kena makan. Macam-macam yang pantang nya.

Minggu pertama berpantang adalah yang paling seksa. Mungkin sebab masih sakit-sakit lagi, tu yang terasa lebih seksa. Lepas tu pulak mak dengan mak mertua ada. Nak demand lebih, ada kena pelempang dengan emak sendiri. Jadik meh sini saya senaraikan perkara tak best tentang pantang

1. Minum air kunyit + garam. Tak pernah-pernah seumur hidup aku kena minum air kunyit ni. Rasa dia memang enak sih. Macam nak sedut sehingga titisan terakhir. HAHA. Ini hyperbola tak boleh blah. Kau bayangkan je lah minum air yang berbau pahit-pahit ayam tu. Rasa pun macam pahit-pahit ayam. EH tak tahulah nak describe macam mana. Tapi saya berjaya minum dengan sekali nafas beserta hidung yang ditutup dan ketawa dari EF.

2. Pilis dan param, bengkung dan urut. Urut tu memang takde masalah sangat walaupun saya bukan suka orang pegang-pegang badan saya. Tapi disebabkan lepas bersalin tu badan kau sakit-sakit seluruh badan, jadi bila diurut tu alahai macam nak tidur terus. HAHA. Tapi bab pilis dan param tu yang tak tahan. Mungkin jugak saya ni jenis cepat tak tahan ke apa ke, tapi param tu gatal la. Tak tahan betul nak tunggu mandi petang.

3. Home made pencuci wanita. Itu ialah air rebusan daun sirih+daun mengkudu+manjakani. Alasan kenapa perlu dipakai ialah untuk mencepatkan proses penyembuhan luka. Jangan tanya aku macam mana dia sembuhkan, aku cuma mengikut je apa yang orang tua cakap. Masalahnya kan, kadang-kadang aku lupa nak tambah air sejuk sikit, jadi rasakan! Panas gila.

4. Makanan yang terhad. Nasib baik jugak mak saya ni bertimbang rasa. Lauk-lauk yang dimasak at least ada yang berkuah/bersup. Takdelah kena makan kering-kering je. Ada kawan saya tu dia cuma boleh makan nasi dengan ikan kering/ikan bilis goreng je. Air pun kena restrict. Kesian betul. Entah macam mana la dia nak berak. Dulu masa mengandung, mak mertua saya selalu cakap 'Nak makan apa, cakap je. Nanti dalam pantang orang makan apa, kita pandang je. Nah sekarang itulah yang berlaku, Sambal kicap, asam pedas, lemak cili padi, air batu. Semua pun aku tengok je.

5. Ubat periuk + jamu. Yeah. Sedap gila macam nak minta seperiuk lagi. Ok ini memang hyperbola. Selalunya kalau emak tak hidang kat saya ubat periuk ni, takde nye saya nak menyerah diri minum ubat periuk dan makan jamu tu.

Ok itu saja untuk kali ni. Sambung nanti.

-Surya Rahman-

Tuesday, April 26, 2011

Running Man

Cuti bersalin memang heaven. Oh minus part kena bangun malam menyusukan anak dan anak menangis tanpa diketahui punca. Yang lain memang heaven. Mana taknya. Cuti 3 bulan dengan gaji okey.

Sebelum bersalin hari tu, saya sempat download beberapa game baru khusus untuk di main sewaktu cuti bersalin (I am a fan of hidden-objects game). Tapi bila balik Klang, saya tak main pun games tersebut. Sebaliknya saya terjebak dengan variety show daripada Korea, Running Man. Mind you, saya bukan peminat cerita Korea ke lagu Korea ke apa ke. Tapi tiba-tiba kenapa entah berminat betul tengok variety show ni.



Salah satu epsod yang menarik. Menyebabkan saya ketawa seorang diri. HAHA. Inilah cara saya menghabiskan 24 hari berpantang. Hehe.


-Surya Rahman-

Monday, April 25, 2011

Semalam

Semalam Irfan meragam. Daripada tengah hari bawak ke malam. Rupa-rupanya perut kembung. Gripe water pulak takde. Dekat farmasi pun takde stok. Dah macam-macam minyak sapu kat perut. Tapi masih kembung lagi.

Tak tau kenapa Irfan kembung. Nak kata saya makan yang sejuk-sejuk, takde pulak. Apa yang emak bagi makan, tu lah yang saya makan. Nama nak makan sorok-sorok, takde pulak.

Hasilnya, malam tadi entah berapa kali Irfan terjaga. 6 kali rasanya.


Kalaulah tak cukup tidur tu berkadaran terus dengan kurang berat badan...



-Surya Rahman-

Thursday, April 21, 2011

The side stories of labor.

1. Irritated with nurses yang asyik tanya husband mana. Dont get me wrong. Bukan mereka irritating, tapi saya yang emo sebab husband takde untuk temankan dalam labor room. Memang emo gila sebab dah plan nak heret EF masuk sekali samada dia nak atau pun tak. Tu la. Niat tak baik. Kan Allah tak restu. HAHA.

2. Bersalin dengan cincin kahwin masih kat jari. Reason: tak sempat nak bukak sebelum masuk labor room. Nurses pun takde tegur ke apa ke.

3. Sempat berborak dengan doktor yang sambut baby. Rupa-rupanya itu posting dia yang pertama. Senang cerita baru masuk kerja. I was like OMG. Terus tanya dah berapa banyak baby dia sambut. Bila dia jawab dah banyak, ok lega la sikit.

4. Total duration of 1 hour needed to complete the stitches. Reason: doktor tu claimed my skin and inner layer are fragile. Cucuk je berdarah. So setiap kali cucuk, dia terpaksa dab. That's why lama.

5. Luckily it is a medio-lateral episiotomy. Kalau midline, mungkin lagi susah nak buang air besar lepas bersalin. Yang medio-lateral ni pun ambik masa 4 hari jugak baru berani nak buang air besar. itu pun dengan enema. Kalau takde enema, tak tahu lah macam mana.

6. Tersedih sekejap bila nampak ada orang azankan anak dia dalam labor room. Anak aku dalam ward baru diazankan. Itupun ayah yang azankan. EF sampai petang tu dia azankan lagi sekali.

7. Sebelum discharge, doktor buat VE lagi. I was like OMG. Again? Dah la baru kena stitches. Nak buat VE lagi? Pasrah. Masa tu doktor kate ada wound gapping, so nak kena jahit lagi.. Oh boy, no way. Luckily ada seorang Staff nurse yang dah senior sikit datang dan tengok sekali. Dia kata tak payah jahit lagi. Itu cuma dekat skin je. Nanti dia cantum sendiri. Pheeewww. Lega.

8. First time turun katil lepas masuk ward, bila Irfan menangis buang air besar. Masa turun katil tu takut gila okey. Kelam kabut dengar Irfan nangis lepas tu darah pulak meleleh kat kaki. Eh memang chaotic la masa tu.



Itu saja buat masa ni ye. Irfan dah nangis.


-Surya Rahman-

Wednesday, April 20, 2011

A story of labor

Yeah. Finally I make this entry after read lots of others' experiences.

Memang betul orang kata pengalaman setiap orang tu berbeza. Mungkin orang ni tak sakit apa-apa, tiba-tiba je dah 10cm dilated. Yang lain mungkin pecah air dulu. Mungkin jugak sampai ke sudah baby masih dalam breech position, terpaksa LSCS. Ada yang sakit 2,3 malam tak boleh tidur. Memang lain-lain.

And here is the story of mine.

2 April 2011 (Sabtu)

Hari Sabtu adalah hari untuk saya mengemas rumah, membuat laundry dan melakukan groceries shopping kalau ada stok yang kurang. Tapi hari ni saya cuma kemas rumah dan laundry sahaja. Selain itu saya juga merancang untuk mengupdate fail drug information service dan rekod kaunseling yang mana disebabkan fail nya baru sahaja diperolehi, maka data untuk 3 bulan sebelum ni memang bercampur aduk la. Tapi disebabkan baru download game baru, terpaksa main dulu baru buat kerja klinik tu.

Emak ayah dijangka sampai petang ni. Ayah hantar emak untuk tinggal bersama saya sampai bersalin. Disebabkan tiada nafsu nak memasak, maka saya pun mengajak mereka untuk makan luar sahaja. Masa makan tu ada rasa tak sedap perut, tapi saya tidak mempedulikannya sebab dah selalu sangat rasa tak sedap perut ni.

Balik makan sempat la tunjuk ayah jalan nak pergi Toyota Service Centre. Dalam masa yang sama, saja tunjuk hospital yang saya plan nak bersalin sebab dah satu jalan.

Balik rumah dalam pukul 11 malam. Perut rasa tak sedap lagi. Macam rasa nak buang air besar. Pergi tandas dan melakukan proses semula jadi. Lepas buang air besar, baring semula. Tapi lepas tu perut rasa tak sedap lagi. Setiap kali perut tak sedap, setiap kali tu lah call EF. Disebabkan siang nya EF ada program, jadi malam tu dia tidur mati. Tah berpuluh kali saya call, sampai pukul1 kot baru dia angkat. Tu pun macam mamai-mamai suruh saya pergi hospital.

3 April 2011, Ahad

Dalam pukul 12 tengah malam, saya notis ada blood-stained mucus bila pergi tandas. Tapi saya buat-buat macam tak nampak. Tapi bila pukul 2 pagi, saya nampak ada fresh blood, err ni kira emergency ke tak ni. Call EF, dia suruh kejut emak then pergi hospital. Dan saya pun terus tunjuk emak. Emak kata, dah keluar tanda dan terus ke hospital.

Sampai hospital, terus ke dewan bersalin. Bila doktor buat VE (OMG, terkejut masa dia buat VE), dia kata dah 7cm dilated. I was like, are you sure doctor? I am not having any sakit pinggang, back pain, perut mengeras what so ever. Tapi tak sempat tanya, nurse dah suruh tukar baju untuk ke labor room. Sambil tu, saya pun call EF, begging him untuk balik sekarang jugak ( He was at Beaufort, more than 1 hour from KK. Hopefully if dia bertolak sekarang, he managed to get the first flight to JB, tapi dia tak bangun okeh!)

Dalam labor room pun sempat lagi call EF tapi masih hampa. Then datang seorang doktor perempuan muda menjalankan kerja-kerjanya seperti memasang CTG, mengosongkan urinary bladder, memecahkan air ketuban dan case clerking. Haih. Sempat lagi saya mengintai case sendiri. They expect me to deliver on 6 am.

Lepas siap clerk case, doktor tu pun pesan pada saya kalau rasa nak berak jangan teran eh, call button ni. Kemudian dia pun keluar. So I was like err what should I do now. Tiba-tiba ting!! Dapat idea. Tidur lagi bagus. Lepas ni mesti tak dapat tidur yang cukup. HAHA. Boleh fikir macam tu. Jadi dapat lah tidur sejenak. Around 5 am, rasa nak berak tu dah tak dapat tahan. So I pressed the button. Doktor tu pun masuk balik tanya kenapa. Bila dia check, saya dah fullly dilated.

So they asked me to push whenever I feel the contractions. Tengok dekat TV, macam senang je orang buat. When it comes to my turn, heck macam mana nak teran ni. Dah lah contraction tak kuat. Between contraction tu adalah dalam 5 minutes apart. Doktor siap nak bagi pitocin lagi. Nasib baik takde line, kalau tak berganda lah sakit aku.

After few attempts and episiotomy (siapa kata bila episiotomy dilakukan, kita takkan rasa sebab sakit contraction tu lebih kuat? Siapa kata? Sakit okey!), berjaya jugak mengeluarkan bayi yang selama ni dibawa ke sana ke mari dalam perut. Itupun lepas berjaya menguasai teknik meneran. HAHA. Ayat memang tak boleh blah.

So, for the total of less than 7 hours of pain, without epidural, laughing gas, inducers, forceps or vacuum, I will conclude that, giving birth is such a joyful moment (minus the part of the need to be stitched).


p/s: I never thought I could stand the pain because I always think I have low threshold towards pain.


Irfan, mummy loves you so much.


Oh, btw EF sampai JB pukul 6 petang. Sampai hospital masa saya nak check out. Jadilah daripada langsung tak dapat datang.



-Surya Rahman-

Monday, April 18, 2011

Gloomy day

Instead of happy, I am absolutely gloomy today.
The only reason because he is back to KK.
Tears drop, Irfan meragam tak nak tidur.
Erhhhh. When will this thing come to the end?
Allah, help us.



-Surya Rahman-

Perfect!

Turning 25 today, married with 1 child.

What a bless. Alhamdulillah.



Semoga berjumpa dengan 26 tahun depan.


-Surya Rahman-

Saturday, April 16, 2011

2 weeks old Irfan


Nangis sampai muka merah padam tu dah macam hobi Irfan. Setiap kali nangis, tak pernah muka tak merah. Buat mummy dia panik mula-mula. Nasib baik sekarang dah biasa tengok macam tu. Bila masa Irfan nangis? Biasa lah untuk bayi. Masa lapar, poo-poo dan mandi. Oh, dia sangat takut dengan sejuk. Kalau bukak baju je start la nak menangis. Kena air tak payah cakap la kan. Lagi tinggi pitch dia. Saya rasa mungkin ada kaitan dengan keadaan semasa baru mengandung dulu. Masa tu kan baru berpindah ke JB. Lepas tu air kat rumah baru tu dia punya sejuk macam tak ingat dunia. Nak mandi pun boleh termenung sejenak dua memikirkan nasib. Sekarang tengok-tengok anak sendiri takut dengan air. HAHA.

Orang kata, anak lelaki kuat menyusu berbanding anak perempuan. Saya kata, err tak tahulah sebab takde anak perempuan lagi untuk dibandingkan. Tapi setakat 2 minggu ni, Irfan bangun malam 2,3 kali je. Minum susu, kemudian tidur. Kadang-kadang ada jugak dia taknak tidur. Dah bermacam-macam cara buat. Rupa-rupanya, dia poo-poo. HAHA. How silly this newly parents ni. Nak embah dia datang tengok jugak baru selesai. HAHA.

Irfan selalu minum susu melebihi kemampuan perut. Nak lagi dan lagi dan lagi. Lepas tu kalau tak bagi menjerit macam kena dera. Kalau bagi, muntah pulak. Emm. Pening. Tak tahu nak buat macam mana. Bagi salah, tak bagi salah. Lepas muntah, dia mintak susu lagi. Pening mummy, Irfan.

Buat masa sekarang, saya breastfeed Irfan. Tapi dengan bantuan sebab masalah sinking nipple. Oh. Irfan taknak direct breastfeed. Sebab dia dah biasa dengan artificial teat. Sedih, tapi nak buat macam mana. At least, dia dapat susu ibu.

Itu saja untuk setakat 2 minggu ini.


Ooh. Nama anak saya Muhammad Irfan bin Muhammad Fitri.



-Surya Rahman-

Wednesday, April 13, 2011

How fast you can fall in love?






With him, it takes only second.



I love you both.




-Surya Rahman-

Tuesday, April 12, 2011

New Status., New Life, New Style

Sepuluh hari selepas mendapat gelaran baru, saya masih cuba untuk membiasakan diri dengan kehidupan baru. Bukan senang. Tapi bukan susah jugak. Cuma sekarang kudrat masih membataskan. Serius. Tertanya-tanya bila sakit ni akan berakhir. Segala perbuatan menjadi terbatas. Tak tahu stitches tu macam mana rupa sampai sekarang masih sakit lagi.

Sekarang, saya berada di Selangor. Terima kasih la emak banyak membantu. Kalau emak takde mungkin boleh huru hara kehidupan saya. Mana nak catch up dengan baby, mana nak tahan sakit, mana nak struggle dengan breastfeeding. Memang boleh huru hara. Emak mertua juga banyak membantu semasa di JB hari tu. Oh. Lupa pulak. EF juga banyak membantu. Nasib baik EF bercuti 2 minggu. Dapatlah membantu terutama waktu malam.

Till then. I am a busy mummy. HAHA. Poyo.

-Surya Rahman-

Sunday, April 10, 2011

Motherhood Rules No 1

Sleep, when your baby is asleep.


-Surya Rahman-

Friday, April 8, 2011

Postnatal 2

EF: Eh apa tu yang 2 lapis?


Shut up.


-Surya Rahman-

Thursday, April 7, 2011

Postnatal 1

Air kunyit + garam.
Pilis dan param.
Makanan orang nampak geram.
Makanan sendiri macam ape tah nak telan.

-Surya Rahman-

Monday, April 4, 2011

Official Announcement



Post 1 hour, still in labour room while mummy being stitched.

A 3.6 kg baby boy, spontaneous vaginal delivery at 5.20 am 3rd April 2011.




Officially, I am a mummy.



-Surya Rahman-

Sunday, April 3, 2011

Injection Buscopan

Khamis lepas, baru tahu tentang kegunaan IM Buscopan dalam labor room. Selain daripada memberikan kesan analgesik, IM buscopan juga boleh menjadi labor accelerant.

Nah baca ni. Tapi abstract je lah. Yang ni pulak dah lama.

p/s: Nak mintak IM buscopan nanti. Epidural? Fikir dulu sebelum mintak. Nak mintak laughing gas jugak. Lepas tu nak mintak MO yang jahit. HAHAHA. Ingat hospital kau ke.



-Surya Rahman-

Friday, April 1, 2011

Dia lagi

Baru-baru ni aku ada berbual dengan seorang rakan lama. Alah. Dulu pun aku ada mengetengahkan isu ni. Mungkin kau dah lupa. Takpe. Ni aku ingatkan balik. Nah.

Rakan lama ni bertanya keadaan aku sekarang. Aku kira dia ikhlas bertanya. Rupa-rupanya...

Dia bertanya macam mana aku sekarang hidup seorang tanpa suami. Aku menjawab, aku menerima keadaan kami seadanya.

Dia berkata lagi "Mesti kau tak biasa kan kena buat semua kerja seorang diri. Yelah, dulu banyak yang laki kau buat. Kemas rumah, basuh baju. Sekarang ni kau kena buat semua". Aku hanya diam.

Dia tambah lagi "Tulah dulu kau tak nak buat kerja-kerja tu sendiri. Sekarang kan dah tak biasa. Ni lagi mengandung. Kalau kau duduk dengan laki kau, mesti lagi banayk alasan kau kan". Aku diam lagi.

Dia sambung lagi "Cuba tengok isteri aku. Semua kerja rumah dia buat. Masak, basuh baju, kemas rumah. Aku balik kerja, goyang kaki je". Aku masih diam.

Dia masih teruskan "Kau patut berubah. Jadik isteri yang mithali untuk laki kau. Ni tak, kau suruh laki kau buat kerja rumah jugak." Aku diam. Tapi telinga panas. Hati panas. Tangan panas. Semua panas.


Kepada lelaki tersebut.

Bersalah ke aku kalau aku minta suami aku sendiri untuk sama-sama membantu menyiapkan kerja rumah setelah kami sama-sama bekerja sepanjang hari.

Berdosa ke aku kalau suami aku sendiri sanggup membantu walaupun kadang-kadang aku tak minta.

Hilang ke kuasa seorang suami bila membantu isteri? Jatuh ke maruah suami kalau membasuh baju? Dah tak macho ke suami kalau mengemas rumah?


Mungkin kalau sepuluh, dua puluh tahun dahulu jawapanya adalah ya. Tapi kalau melihat keadaan sekarang, aku rasa tak.

Bukannya aku tak tahu nak membasuh baju. Bukannya aku tak tahu nak pegang penyapu. Bukannya aku tak tahu nak memasak. Bukannya aku tak tahu.

Memang aku emo dengan apa yang kau cakapkan. Bagi aku kau tidak mengalami apa yang aku alami. Kau hanya membandingkan rumah tangga kau dan aku tanpa memikirkan perkara sampingan lain. Kau hanya menyalahkan aku bila suami aku membantu aku membuat kerja rumah.


Senario aku dan kau ada yang sama, ada yang berbeza. Kau punya isteri berpendidikan yang tidak bekerja hanya tinggal di rumah menguruskan rumah tangga. Tapi aku bekerja, untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Kau punya hutang bulanan, aku juga.

Kau punya rumah tangga, aku juga.

Jadi kenapa kau nak sibuk hal aku?





Aku penat lah nak layan orang macam kau ni.



-Surya Rahman-

Wednesday, March 30, 2011

Dag dig dug

Kadang-kadang rasa tak sabar.
Kadang-kadang rasa takut.
Kadang-kadang rasa cepatlah masa berlalu.
Kadang-kadang rasa tak bersedia.
Kadang-kadang rasa penat sangat nak cuti panjang.



-Surya Rahman-

Sunday, March 27, 2011

9 Months

Oh man. Cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba dah 9 bulan. Ok bukan tiba-tiba sebenarnya. Tapi macam tak berapa sedar dah 9 bulan. 37 minggu dah dikira cukup bulan. Dan waktu sekarang ni dipanggil 'tengah tunggu hari' atau translation nya waiting for the day. The day baybeh. The day which will change my status, once again.

Okey. Apa update kali ni? Emm memang sah kaki dah start membengkak. Edematous ankle. Dekat ankle saja. Tarsus dan metatarsus takde membengkak pulak. Walaupun bengkak di ankle sahaja, tapi ia menyebabkan sandal terasa ketat sedikit. Itupun baru tadi terasa ketat. Semalam takde lagi.

Emm. Perut masih bebas daripada kesan regangan atau stretch mark. Tapi kadang-kadang tu gatal dia Ya Allah, tak tertahan. Orang kata jangan digaru, nanti kesan regangan tu akan timbul dan kelihatan buruk. Err. Tak mahu.

Seperti diberitahu sebelum ni, kepala baby dah engaged. Dah masuk laluan. Yang mana, anytime dia boleh keluar. Okey. Okey. Setiap kali teringat tentang tu mesti terasa takut. Sekarang ni perut selalu keras je. Agak sakit la. Lagi-lagi kalau keras tu agak lama. Rasa macam nak meletup pun ada perut ni. Kebelakangan ni pun, selalu terasa macam sakit perut masa period atau nama lain dia menstrual cramp. Kadang-kadang tengah tidur pun boleh terjaga. Yes, you are right. Braxton Hicks contraction. MO kat klinik bagitau, kalau awak rasa waktu malam, dan sampai pagi tak hilang, tu maksudnya dah tiba masa la tu. Terus pergi hospital. Err. Err. Seram okey.

Oh ramai yang tegur perut saya dah turun. Emak mertua la, akak jual burger la, sales girl la, staff nurse la. Ramai yang cakap macam tu. Yang membawa maksud yang sama, tak lama lagi lah tu.

Sekarang ni selalu rasa senak dekat atas perut. Probably kedudukan bayi yang menyebabkan terasa senak bila dia bergerak. Kadang-kadang tu sampai terpaksa meluruskan tulang belakang untuk hilangkan senak tu (Can you imagine? Can la. HAHA).

Oh. Sekarang pun kaki cepat terasa lenguh. Kadang-kadang masa kerja tengah dispense pun boleh rasa lenguh. Padahal baru pukul 11 pagi. Padahal dispense sambil duduk atas kerusi. Memang pelik. Kalau nak kata shopping jalan satu mall tu, memang logik la kan.

Lepas tu kaki selalu je rasa kebas atau kata orang Johor, semut-semut. Lepas tu kadang-kadang terasa macam muscle twitch dekat quadriceps muscle. Kalau amsa duduk ok lagi. Kadang-kadang tengah drive pun boleh terjadi. Nak tanya MO tapi susah nak describe macam mana muscle twitch tu.

Masih lagi merasakan vaginal pain. MO kata blood vessels are dilating to prepare for the labor. Thats why rasa sakit. Somemore, hormone pun boleh menyebabkan sakit tu. Hemm. Tapi skait tu kira dah kurang la berbanding last month. Bila kedudukan tertentu sahaja dia sakit. Contoh nak bangun dari baring, tukar posisi semasa baring, angkat sebelah kaki dan tak ingat lagi lah.

Itulah sahaja untuk kali ni. Habis.


p/s: EF dah balik ke Sabah tadi. Kembali menjadi lonely loser. Hanya akan balik 2 minggu lagi. Emak, datang la cepat teman I kat sini.


-Surya Rahman-