Hello!!!

Wednesday, September 14, 2011

What A Day...

Hari ini bermula dengan terjaga pukul 5.15 minit. 15 minit sebelum alarm berbunyi. Oh no. Rugi masa tidur 15 minit.

Keluar bilik, nampak atas meja ada botol susu hasil perahan malam tadi. Oh no. Baru teringat tak masukkan dalam peti ais sebab Irfan mengamuk nak tidur semalam. EF pun tak masukkan dalam peti ais jugak. Rugi 2oz.

Kemudian nampak pulak burger beli malam tadi. Oh no. Tak masuk peti ais jugak. Rugi. Rugi.

Kemudian buat air panas dan masukkan dalam tumbler. Masa bawak tu terkena air panas sebab tutup tak rapat. Oh no.

Sampai rumah babysitter, tengok-tengok beg susu takde. Oh no. EF terlupa masukkan dalam kereta. Patah balik ke rumah ~25km one way.

Sampai tempat kerja, staff pulak sound sedas. Pergh. Siaplah kau nanti. SKT bagi sikit baru tau.

Lepas tu gaduh dengan patient. Sebab biasa. Belum sampai due date dah nak amik. Dengan patient schizo carik pasal.

Lunch time, baru sedar sedang mengalami menses. 5bulan 11 hari. Oh no.

Petang mengalami menstrual cramp. Oi. Lagi sakit daripada sebelum pregnant apahal ni.

Ambik Irfan, BS kate dia ada masukkan Irfan dalam buai. Oh no. Jangaaannn.




Haih. What a day.




-Surya Rahman-

3 Words from you:

pari pari syurga said...

morning surya! hehehe.
pasal masuk buai tu kan, insya-allah jangan risau. sama jd mcm saya dulu. pun saya pesan kat babysitter jgn masuk buai. tp kantoi jugak adam masuk buai. itu pun tau sbb bila amik adam, muka dia bekas jaring buaian. hahahaha. tp alhamdulillah,, sampai sekarang adam takde masalah buat perangai nak tido buai bila balik rumah. kira dah setahun adam dok dengan babysitter tu. adam boleh tido kat mana2 saja. kat rumah mmg totally takde buai. so, awak just teruskan je tidokan dia macam biasa. insya-allah ok.

daaaa.

hEarTLeSs said...

wow! what a day! huh mesti tensen gler huhu bese la BS kn kdg2 ikot ske die jer pdhal bdk tu blh jer tido mane2 xtau ape point die nk msukkan dlm buai...zara plak ikot mood tp mostly kt rmh aku xmsuk die dlm buai kalo msuk pun bpk die pny keje n mengamuk gile2 nk tido huhu

SuryaRahman said...

pari pari: harap-harap macam tu jugak lah. takut nanti dia nak tidur berbuai pulak. pengsan mak. thanks ya!

ziha: tension habis kau hari tu. paling tension EF tinggalkan beg susu haih. Sbar je lah hari tu.