Hello!!!

Monday, August 30, 2010

8 bulan 8 hari

Hari ini sudah 8 bulan 18 hari berkahwin. Membawa maksud sudah 8 bulan 8 hari menetap di rumah ini. Di Putatan ini.

Dan malam ini adalah malam terakhir saya di sini. Memang sayu dan sedih. Lebih-lebih lagi EF akan masih tinggal di sini. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya saya meninggalkan rumah ini untuk ke rumah sendiri pula.

Sudahlah. Selamat malam.


Saturday, August 28, 2010

Almost Empty

Sejak 2,3 hari lepas, setiap petang mesti saya akan bawa balik kotak semampu yang boleh diangkat dengan tangan. macam-macam jenis kotak diangkat. Malahan sanggup bersifat rajin menyusun inhaler, omeprazole, ceftriaxone, multivitamin dan enoxaparin hanya kerana kotak.

Mengemas barang atau rumah adalah kelemahan saya yang paling ketara. Kerana allergy akan lebih menjadi-jadi sewaktu dan selepas mengemas. Jadi, please excuse me. Tapi kali ni terpaksa lah mengetepikan allergy sementara waktu. Kerana masa yang suntuk dan barang yang banyak menyebabkan kerja harus dilakukan tanpa mengambil kira keadaan fizikal (Rasanya dulu datang Sabah bawak satu trolley bag dengan laptop bag je. Tiba-tiba bila nak pindah balik ni macam berkotak-kotak-kotak pun masih tak cukup)

Forwarding agent akan datang mengambil barang Isnin ni. Tapi sekarang masih belum siap kemas. Menurut kata agent tu, takpe dia boleh tolong kemas dan pack barang. Tapi hell no. Takkan nak suruh orang kemas barang sendiri kan. Takpelah. Sekarang ni macam dah 50% siap kemas.

p/s: Baju dah siap packing masuk kotak. Lepas tu baru teringat baju kurung hari Isnin takde. Terpaksala pakai baju semalam yang dibasuh tadi. Jadi, kalau ada sesiapa yang nampak tu, tak payahlah tegur eh bukan ke minggu lepas pakai baju ni jugak.


Wednesday, August 25, 2010

15th Ramadhan

Dah Setengah bulan berpuasa. Biasanya masa berlalu dengan cepat. Sedar tak sedar dah nak raya. Tapi kali ni saya rasa masa berlalu dengan lambat. Saya asyik mengira hari. Untuk sampai ke 15 Ramadhan macam satu perjalanan yang panjang.

Hari-hari dilalui seperti biasa. Masih pergi ward round. Masih clerk case. Masih buat counselling. Masih buat research. Cuma sekarang ini mudah penat bila membuat round waktu pagi. Untuk cover 2 wad dalam satu masa, round pada masa yang sama memang memenatkan. Tambah lagi sekarang ialah Ramadhan. Penat. Tapi perkara ini akan dirindui nanti.Memang.

Tapi barang-barang masih belum kemas lagi. Belum pasti lagi cara pengangkutan barang macammana. Banyak perkara tertunda.


Makin sayu bila fikir tentang perkara ni.


Monday, August 23, 2010

A Long Day

Semalam tidak sihat. Membawa kepada hari ini. Haip. Jangan fikir bukan-bukan. Semalam mengalami diarrhhea sehingga ke hari ini. Tidak perlu lah Lomotil tu. Tiada kesan kepada saya. Immodium bolehlah. Malangnya tiada dalam tangan pula. Blame the food sebab saya rasa saya mengalami food poisoning. But again I dont know which food that cause me the poisoning.

Jadi hari ini mungkin saya akan memasak. Hoyeah. Baiklah. Mungkin akan memasak menandakan belum pasti lagi akan memasak. Namun begitu, kalaupun saya tidak memasak, ini mungkin berpunca daripada EF yang tergoda dengan nasi beryani dekat bazar ramadhan lantas mengeluarkan ayat 'You tak payahlah masak. Kesian you penat balik kerja nak masak lagi'.

4 hari berturut-turut saya tidur pada pukul 8 malam bangun pukul 12 tidur balik 12.30 kemudian bangun pukul 5. Pelik. Macam kena ganja. Mata tak boleh bukak. Kemudian bangun pagi masih mengantuk lagi. Apakah yang berlaku? Alarm sahur pun tidak dengar.

Sudahlah. Tiada perkembangan lain dalam kehidupan. Mungkin hanya pencarian kotak untuk berkemas sahaja.





Thursday, August 19, 2010

A New Chapter

Seperti dimaklumkan sebelum ni, saya berjaya mendapat posting di Johor. Yang mana memang pilihan saya. Ada satu alasan paling utama kenapa saya mahu sangat balik Johor walaupun suami di KK. Alasan itu ialah BDO yang sebelum ni saya pernah cerita sikit-sikit. Jadi, apabila saya mendapat posting di Johor, saya sepatutnya bergembira. Tetapi sebenarnya ia adalah mixed feeling.

Percaya? Ye. Memang mixed feeling. Saya rasa berat hati nak tinggalkan Sabah. Walaupun di sini saya selalu merungut tidak jumpa makanan pedas, sizzling mahupun gardenia, tapi saya tetap rasa berat hati nak tinggalkan Sabah. Jangan tanya kenapa. Sebab memang saya rasa begitu.

Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Dan next chapter saya adalah di Johor. Di Johor Bahru. Di Klinik Kesihatan daerah Johor Bahru. Klinik Kesihatan. Walaupun saya berharap saya mendapat hospital (kalau dicampak ke nephro ward pun saya redha), tapi apakan daya, post kosong hanya di klinik kesihatan.

Sekarang saya di Sabah. Menghabiskan sisa kehiduoan di Sabah. Serius. Saya akan rindu kehidupan saya di sini.


Tapi, sepatah kata EF, kat Sabah, untuk cari makan boleh, tapi untuk mendiami tak sesuai untuk kita.


So long.


Friday, August 13, 2010

Its time to move on

Johor
16 Ogos 2010.






Berharap yang terbaik untuk kami.


Thursday, August 12, 2010

Keindahan Sabah Yang Engkau Mungkin Tidak Tahu

Kredit kepada Sabah Travel Guide



Entry ini adalah dedikasi khas kepada Hazwan, Reza dan Maryam Jamilah.




Masih ingat kisah aku menangis sesungai? Atau kisah aku hampir menyeludup Chirit ke Sabah? Ingat pula kisah dilema aku sebelum pergi?

Kalau tidak ingat, sila baca semula kisah-kisah tersebut. Siap baik hati tolong korekkan blog ni untuk kau.


Ya. Mungkin kau rasa Sabah tu jauh. Tapi sebenarnya keinginan hati boleh mengatasi segala-galanya. Seperti contoh, walaupun belum bergaji, membeli air ticket secara bundle termasuk tiket untuk lawatan muhibah keluarga ke Sabah. Semuanya boleh dilakukan dengan keinginan hati yang membara-bara-bara-yang-panas-membara.
Tips: Gaji kau nanti kan RM4K++, spend RM500 untuk beli airticket, jadi bolehlah balik barang setiap 2 minggu (kalau ada promotion la).

Kalau di Sabah, kau mungkin berpeluang memanjat Gunung Kinabalu yang berpuncak landai. Eh yang ni pun aku belum buat tahu. Nampak sangat kau orang lebih berpeluang untuk mendaki. Nampak tak keindahannya?

Nampak menarik bukan? Teringin untuk mendaki tapi fizikal macam tidak mengizinkan.

Jika sudah sampai di Gunung, mungkin kau boleh terus ke Kundasang untuk merasa angin gunung dan kehidupan di sana. Kau juga boleh pergi ke Ladang Lembu Desa yang boleh feeling ala-ala kau kat New Zealand. Ini pun aku belum sempat pergi lagi. Huhu.


Menarik kan kan.


Kalau pakai baju yang matching pasti orang ingat di New Zealand.

Kredit gambar kepada Murni

Kemudian kau boleh pergi ke Tunku Abdul Rahman Reservation Park yang mempunyai beberapa pulau terpelihara sumpah air laut cantik, batu karang cantik, ikan cantik, wanita cantik err..Tak macam Sungai Melaka atau Sunagi Seget. Betul. Aku tak tipu.

Pulau dengan air cantik pasir cantik

Serta ikan cantik

Serta wanita cantik phewwwittt


Kalau mahu jauh sikit, kau pergilah Tips of Borneo. Ini juga kategori indah. Memang indah.

Selain itu kau boleh menikmati seafood secara gagah dan berleluasa tanpa halangan ibu bapa. HAHA. Macam lah ibu bapa menghalang.
Ketam dan ikan beradu tenaga. Akhirnya ketam kalah. Terjatuh pinggan.


Kemudian kau boleh pergi ke Water rafting. Baiklah. Ini ada 2 pilihan. Kiulu water rafting atau Padas water rafting. Ini pun aku tak pernah buat sebab tengah trying untuk conceive tak mahu merosakkan uterus dengan hentakan keras. HEHE.

Kredit kepada EndemicGuide

Kalau mahu mentukar angin, nah pergilah ke Labuan. Walaupun tidak ada pape, tapi hey pergilah. Sekurang-kurang nya bila orang cakap, kau boleh bagitahu dengan bangga kau dah pergi Labuan.
Gambar recycle. Mestila kan.


Jadi, marilah ke Sabah. HEHE.


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Ramadhan tahun ini disambut dengan berbeza sedikit daripada tahun-tahun sebelum ni. Ini kali pertama berpuasa sebagai isteri. Mungkin akan terkocoh kacah mensiapkan juadah berbuka (nampak perkataan mungkin? Memang mingkin lah maksudnya tu. HAHA). Sahur pula tidak berapa pasti suasananya macam mana. Mungkin masih seperti dahulu kala kalau bangun makan, kalau tak bangun lapar je lah nanti. HAHA. Nasib jugak EF bukan jenis yang bersahur berat. Cukup dengan susu. Erk. Susu?

Ramadhan kali ini juga disambut dengan berita gembira. Namun disebabkan surat masih belum sampai, jadi tidak boleh lah dikhabarkan berita itu di sini. Oh. Double happiness today!

Anyhow, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.



p/s: One of my colleague is leaving today, which means I need to survive alone in Nephro.



Sunday, August 8, 2010

At this point

I just want to go back to my home.
Where emak will entertain my food wishlists.
To hear the high pitch ayah's voice
To 'Girl's Day Out' with Along and Uda
To bully Mamat with delivery of Wan's meal
To play with Chirit, Comot, Bundel and Puteh.
I just want to be there.




Thursday, August 5, 2010

Pergi Berjoli




Tarikh: 17-18 Julai 2010
Tempat: Tip of Borneo
Masa: Matahari menaik
Tourguide: EF
Pelancong: SR
Pengangkutan: Viva Espana
Peniduran: Kudat Marina&Golf Resort (Jangan lupa bawa kad matriks kalau anda kakitangan kerajaan)
Pemakanan: Seimbang. (Sila rujuk dietitician)
Sila tatap laporan bergambar.



Show off dengan isteri konon mampu membuat kuak dada like I care

Gaya untuk majalah Mangga

Isteri tidak berenang, hanya mengambil gambar

Hampir sampai, tapi masih jauh

Dah tak mampu angkat kakitangan. Hampir surrender tapi kembali bersemangat selepas diejek suami.

Part time: Ambik gambar bukak mulut luas-luas sambil tunjuk gigi lubang

Nah. Inilah dia tempatnya. Tip of Borneo.

Gambar berdua oleh tripod bulat-bulat pelik sikit

Feeling masih bercinta. Pheewiiittt.

You, panas ni. Ambik cepat sikit lah. Kata Surya.

Sebelah kiri laut China Selatan, sebelah kanan Laut Sulu. Eh ke terbalik eh. Entah dah lupa. HAHA.

Orang dah jalan baru nak ambik gambar.

Ini tak payah cerita.


Sekian.

p/s: Masa nak check out hotel, baru saya tahu, rupa-rupanya bos saya pun tidur hotel tu jugak. Luckily tak terjumpa masa bersantai di kolam renang mahupun coffee house.

Selamat!

Wednesday, August 4, 2010

Floating

Sana sini kawan-kawan bercakap tentang PRP dan floating. masing-masing bergembira as if lepas ni dah tak paayh kerja. Hey, dah habis PRP kan. Mestilah bergembira. Saya juga bergembira. Walaupun bergembira tak sepenuhnya.

Gembira kerana lepas ni, saya tidak terikat kepada requirement seperti dalam log book.

Gembira kerana saya tidak diancam dengan 'eh kalau aku screw up this thing, mesti log book aku hancur ni'
Gembira kerana nama tiada dalam oncall list lagi.
Gembira kerana saya bukan PRP.

Eh jangan salah sangka pulak. Sebenarnya, PRP kat hospital ni takdelah teruk sangat. Saja je exaggerate lebih sikit supaya nampak macam beban snagat hidup PRP ni.

Part yang tak berapa gembira sepenuhnya ialah saya tak tahu lagi akan diposting ke mana. Harapan nak balik kampung tu macam tinggal harapan je. Takpe lah. Asalkan bukan di Kinabatangan, atau Pitas atau Kota Marudu atau Kunak atau lain lain yang seangkatan.

Oh. Sekarang ni saya tengah floating. Tempoh di antara dah habis PRP dan tunggu surat posting. Ada kawan yang floating di tempat super duper enjoy tahap menggelupur seperti di manufacturing. Ye. Kau la tu Ckin. Ada pulak floating di OPD yang mana sangat mencabar lebih-lebih lagi Ramadhan bakal menjelma. Ada pulak floating di Inpatient. Ini pun kategori relax jugak.

Tapi saya floating di clinical, to be exact, Nephro Ward. Kau percaya? Rasa nak gelakkan bukan? Rasa macam apa hal kau floating kat clinical. Macam takde tempat lain.



Takpelah. Sekurang-kurangnya aku floating masih dapat gaji. Ada kawan tu floating tapi tak dapat gaji. Ini worst to the worst lah. Sabar ye Azie.




Monday, August 2, 2010

I'm not PRP.

Officially, today I end my service as PRP (provisionally registered pharmacist). The name clearly explains that we are actually under provision.

To look back at 52 wonderful weeks (PRP period is 1 year), I wonder how I managed to make it through the weeks.

With the wedding, graduation, forensic exam, and tasks and assignments, I should feel relieve by now.

BTW, I will start floating tomorrow until being reposting again:P



p/s: Will I miss the moment being a PRP?