Hello!!!

Thursday, July 23, 2009

Berita Tertusuk Jiwa

Sila maafkan saya. Sudahlah anda diberikan entry bertalu-talu semalam. Entry pula berbaur kesedihan dan kegembiraan. Dijangka, entry kali ini juga penuh tipu muslihat bersifat kesedihan.

Err. Maafkan juga kalau ada kesilapan pentaipan perkataan kerana saya mempakai oversized sunshade untuk mengcover bengkak di mata perasan Paris Hilton ah kau ni.Nampak sangat mentipu anda. Malam hari mana adakah orang yang mempakai sunshade. Bukankah namanya sunshade harus dipakai untuk shades sun bukan shades sinaran radioaktif laptop sendiri? Hah. Kantoi mentipu anda.

Beberapa kawan mula mententeramkan saya selepas saya seolah-olah mengalami kemayoran. Maksud saya kemeroyanan kerana terpilih ke Negeri Ssabah. Kemayoran tu name hotel di Indonesia. Ah. Menangis sebanyak 12 jam tanpa henti. Ok. Tipu lagi. Menangis 12 jam henti-henti. Memang hebat ah. Big applause for me. Err. Dengar je orang sebut Sabah, tiket kapal terbang tak kiralah di FB, blog mahupun radio juga bisa mengalirkan air mata. Membawak kereta pun boleh menangis mengenangkan kereta bakal ditinggal di sini. Membeli nasi kerabu pun boleh mencetuskan tangis bila emak kata ' Kat Sabah nanti takde nasik kerabu'. Ah. Emak memang comel lah cakap macam tu. Bikin saya gusar. Ayah telefon tanya dapat mana pun nangis dulu sambil sedu-sedu nak bagitahu jugak dapat mana. HAHA. Sumpah rasa macam umur 5 tahun hari ni.HAHA.

Tapi itu tadi. Sekarang I dah steady. Sebut ah Sabah banyak kali depan I, memang tak gentar ahh. Siap boleh buat joke lagi pasal Sabah. Siap macam nak tempah tiket sekarang je. Siap nak buat Enrich Card sekarang jugak lah dengan harapan boleh naik MAS selalu. Siap nak google rumah sewa murah di Sabah. Siap dah nak buat list dah baju ape kena bawak kasut ape kena tinggal. Ok. Ini boleh menimbulkan sebak. Siapa yang nak jaga kebajikan kasut-kasut I nanti? Ok. Tinggalkan wasiat untuk ALong dan Uda.

Heh. Sekarang mahu merancang masa depan. Rancangan pertama: Err. Belum rancang lagi.

Ah. Sudahlah. Tiada pedoman nak buat entry. Ok. Entry habis.







0 Words from you: