Hello!!!

Tuesday, November 30, 2010

Hey, you make my day!

1. Pagi-pagi lagi EF dah call. Agak pelik lah. Biasanya, saya yang akan call dia untuk kejut bangun pagi. Rupa-rupanya beliau balik daripada kedai mamak tengok bola. See. Kalau pilih bantal dengan bola, mesti EF akan pilih bola. Tak berani pulak nak suruh EF pilih antara isteri atau bola. HAHAHA. Okay. Okay. Saya bukan fan bola. Nak suruh saya tengok 1 jam setengah bola diikuti highlight semasa break, tolong lah. Lebih rela aku berzapin. Tapi tapi tapi, saya sangat seronok bila Barcelona menang ke atas Real Madrid (hoi hoi skemanya ayat). Entah kenapa saya seronok pun saya tak tahu. Padahal takde kaitan pun. Oh mungkin keriakan Ronaldo menyebabkan saya gembira bila Real kalah. Loser. Sama macam saya.

2. Pergi kerja dengan penuh perasaan. Semangat. Sebab hari ni hari Selasa, jadi kena Semangat. Kalau hari Rabu, kena Remangat. Kalau Khamis, kena Kemangat. Ok. Dah dah. Hari ni rasa semangat walaupun nasi lemak yang dibeli untuk sarapan terpaksa dijadikan makanan tengah hari. Kemudian, kerja-kerja yang tak pernah habis, dispens.

3. Tiba-tiba semangat hilang bila teringat bulan 12 tak dapat gaji. Sob sob sob. Macam mana nak bayar kereta, rumah, astro, streamyx. Macam mana nak bagi emak ayah duit. Terpaksa korek tabungan. Sob sob sob.

4. Sudah la. Tak bermaya dah.


-Surya Rahman-

Sunday, November 28, 2010

Bercinta





Dulu masa bercinta pun takde lah ketagih chatting sampai macam ni.



-Surya Rahman-

Saturday, November 27, 2010

A story of obsessive-compulsive of me

I have a regular menstrual (minus few times of apasal tah dia jadi gila). Setiap bulan, memang dia akan datang plus minus satu hari. Seminggu sebelum datang pun saya dah tau dia akan datang. Mula dengan perubahan fizikal kemudian sakit perut. Tanda-tanda nak period. Memang kecewa bila dah dapat tanda ni.

Bulan Ogos lepas, saya pun mengalami tanda-tanda tersebut. Dah siap nangis-nangis kat EF. Seperti biasa, EF cuma layan je dan cakap 'takpe, belum rezeki kita lagi'. Lagilah perempuan ni nangis kan.

I supposed to have my period on 7th. Tapi it didnt come on that day. Or the next day. Kebetulan ada pregnancy test kat rumah. Jadi saya cuba je lah. Lagipun dah boleh agak dah memang negatif sebab dah ada sign nak period.

Midstream of first urine in morning. Nak lebih accurate kan. Bila dah test, it turned out negative. Expected. Tapi tetap kecewa. Terus takde mood. Mandi pun macam tak bermood. Lepas siap mandi, tengok lagi sekali kat UPT tu. Macam ada faint line kat bahagian test tu. Oh my. Masa ni dah senyum-senyum sorang diri. Tapi tak bagitau EF lagi sebab tak yakin dengan result tu.

The next day on 10th, saya try lagi. Sama jugak macam semalam. Senyum lagi. Tapi tak bagitau EF lagi. Ingat nak try 3 kali baru bagitau. Tapi hari tu saya call KKM untuk tanya posting. Dan saya dapat Johor. Jadi saya pun bagitahu EF tentang dua perkara ni (ingat lagi entry ini bila saya cakap double happiness today? Ini lah maksudnya). Saya tunjukkan EF 2 UPT yang saya dah buat. Dan EF tanya saya 'Apa maksudnya?' Grrrrrr. Dia kata dia tau tu UPT tapi apa maksud line tu. Geram tapi rasa comel tengok dia macam tu. HAHA.

Because the line is very faint, so I try again the next day. And same result with previous days. As I'm going to take a flight for lapor diri the coming weekend, saya sangat anxious and nervous. Boleh ke naik. Betul ke aku pregnant. Tapi kenapa aku sakit-sakit perut macam nak period. Threatened abortion kah? Hey. Risau okey. So I decide to go to GP. And he asked me to do the UPT again. The result still same. Sakit-sakit perut tu adalah disebabkan uterus nak mengembang as preparation. Ok. That makes me a bit comfort.

The next week I try again with UPT. Nasib baiklah beli kat kedai hospital murah gila RM 3 je. Kat luar, the same UPT was sell at RM8-10.

Selepas pindah ke JB, saya ada try lagi guna UPT. Saya rasa adalah 2 kali lagi saya try. Semuanya disebabkan oleh takde tanda yang saya pregnant melainkan menses tak datang. I have no morning sickness at all. Takde rasa pening, muntah, lemah badan. Cuma selalu tidur awal waktu malam, dan muka ada pucat-pucat tu pun EF dan sorang kawan tu bagitau. So, memang patutlah saya curious betul ke aku pregannt ni.

And I was really sure that I am pregnant last 2 weeks as I, myself saw a picture of the baby inside my uterus, its heart beeping, its tiny leg, its spine. Speechless. And at the same time I want EF to be together with us at that moment :<

Okey. I used at least 10 UPT because of my kind of OCD behaviour. Selalu tak yakin. Sampai EF selalu jadi mangsa terpaksa meyakinkan saya yang saya pregnant.


P/s: I waited for months. Sebab tu saya taknak letakkan harapan tinggi, tapi lepas tu tak kesampaian. Please excuse me for being that.

P/s: My estimated due date is 3 days before my birthday!




-Surya Rahman-

12 years.

Semalam, lunch break kan panjang. Jadi saya berhajat nak menghabiskan masa kat Jusco berdekatan. Sebelum habiskan masa, kena isi perut dulu baru lah larat nak angkat kaki mengelilingi Jusco. Entah kenapa semalam saya tergerak hati nak masuk ke dalam RasaMas yang asik sibuk promote Roaster Lada dia tu. Eh ye ke. Tak ingat lah apa nama promotion die tu.

Masa tengah menikmati makanan tengah hari secara loser (sebab makan sorang-sorang), ada dua orang makcik masuk dan duduk meja depan saya. Tak lah straight depan saya,ada sudut serong sikit. Lama saya perhatikan mereka. Dalam hati berulang kali saya cakap 'Macam familiar orang ni. Saudara aku ke?'. Tak lama lepas tu, ting!! Medulla oblongata saya dah dapat recall siapa mereka berdua.

Jadi selepas siap makan, saya menegur mereka. To my suprise, mereka masih kenal saya. Oh my. Tak payah kenalkan diri pun mereka dah kenal. Jadi, saya dijemput duduk bergosip bersama mereka. There goes my lunch break. Bergosip.

Saya rasa berbaloi dengan pertemuan tu, walaupun singkat. Tapi saya sedikit terkilan sebab mereka tak dijemput ke majlis perkahwinan saya, walaupun saya tak pernah lupakan mereka. Lost contact. lagipun dulu-dulu, manalah ada orang pakai handphone sangat.


Oh. Lupa nak bagitahu. Mereka adalah cikgu saya semasa sekolah rendah. 12 tahun kot tak berjumpa. Tapi kami masih kenal satu sama lain. ALhamdulillah atas pertemuan itu.




-Surya Rahman-

Thursday, November 25, 2010

Secret No 1

I had my last menstrual on July. That makes me 20 weeks without girl's best friend. Yes people. I'm pregnant ;)


-Surya Rahman-

Tuesday, November 23, 2010

Long Day

Jumlah pesakit hari ni = 653.

Mengkagumkan. Sangat mengkagumkan. Selepas cuti agak panjang (semalam PH kat Johor, hari keputeraan Sultan Johor), hari ni diasak dengan pesakit datang bertubi-tubi sampai Sausage McMuffin jadi makananan tengah hari.

Oh. Saya baru pulang dari Klang semalam. Sakit pinggang duduk dalam kereta 4 jam setengah. Balik Klang adalah fun kerana dapat makan siput secara banyak.

Baiklah itu saja. Tak berapa bermood hari ni kerana sakit tekak.


-Surya Rahman-

Friday, November 19, 2010

Day Off

Finally. After days of days of oncall, approved other's leave or day off, then tomorrow I got mine. A day off. Finally. Hey, its worth it ok.

So my plan is, tomorrow head to Melaka, then Saturday head to port Klang. Then Monday head back to JB. Did I mention Monday is Johor's PH? Yeah. PH okay. Perfect time!

But then we will be sseparated again as EF had to attend a course at KL from Sunday afternoon till Wednesday. After this, he dont know yet when he will come back to JB. Sigh. Going to miss him. Badly.


-Surya Rahman-

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha

Pakcik sebelah rumah dengan baik hati menyorongkan sedulang makanan yang terdiri daripada:

1. Nasi beriani
2. Nasi himpit
3. Ayam rendang
4. Ayam masak merah
5. Acar
6. Serunding
7. Dalca

Enak bukan? Ohh. Pakcik ni memang hantar dengan dulang. Kau tahu dulang besar bulat yang ada gambar bunga kat tengah selalu guna kalau kat kampung? Dulang tu lah.

Dulang ni banyak kegunaannya. Lain kali baru saya cerita kalau teringat. Sekarang nak pergi bersiap sebelum EF membebel.

Bye.

P/s: Macam mana nak balas ni. Dulang tu je ada 7 mangkuk. Kalau saya kasik pizza saiz besar aci tak? Saya kan muda lagi pakcik. Mana handal nak masak nasi berperisa seperti pakcik. Bolehlah pakcik eh...


-Surya Rahman-

Sunday, November 14, 2010

Weekend Getaway

I really need a weekend getaway. Really really like never before.

I am tired of working here.
I am pissed off with something here.
I am tired.
I just need it.

Desaru would be ok, but current weather suggested no Desaru.
Melaka would also be ok. But, Melaka again?
PD would also be ok. But then I need to drive back alone to JB.
Norther than Selangor would be a big no. Hell on the road, will not enjoy the getaway then.
Other places?
Your own lawn. Find a good nursery. Buy some rumput. Tanam on the lawn. Lepas tu tidur sampai lebam.

I need a weekend getaway. I just need it. Oh..

-Surya Rahman-

Saturday, November 13, 2010

This is my Saturday

I started today with leg cramping around 6 am.

And then the B-complex issue around 9 am, complicated by the complex 'SHE'.

And then scramble eggs-baked beans-hotdogs breakfast at 10 am (did you see the plural I use describing each?). Yeah I called it breakfast when someone might consider it as brunch.

And then water supply is being suspended for a while around 11 am when I planned to wash clothes.

At the same time, someone is drilling something somewhere around my house. Drilling on Saturday? Not a good idea. I guess it is related to the water supply.

I want to cook something for lunch (read: maggi, as no water supply, just use the cooked water) when the stove is fooling with me.

And now the water supply is back, I have my lunch (read: rice, sea bass and kailan yummy), and planning to do laundry (again) but found out the water is not in good condition. Karat okey.

And now it is raining. With thunder. Perfect sleepmates.


-Surya Rahman-

Friday, November 12, 2010

Married? Yes.

Hei. 11 bulan okey hari ni. Sekejap je. Bulan depan dah setahun. Macam sekejap. Tapi sebenarnya dah lama. Eh tapi bukan lama mana pun. Setahun je. Kalau dah ada anak paing-paling pun pandai jalan atau cakap sikit-sikit je. Belum boleh bersyarah tentang ekonomi dan kesan rumah hijau. Lainlah kalau bela kucing. Mungkin dah bercucu kucing pada masa ni. Ok ok. Dah.

Semalam bermesra-mesra dengan JM dan staff nurse kat klinik. Boleh pulak diorang menyangka saya masih belum berkahwin. Apakah. Mustahil lah kan. Padahal ramai je yang panggil saya puan. Takkan itu tak cukup lagi. Err atau mereka saja bagi saya perasan kelihatan seperti gadis remaja lagi. HAHA.

Hari ni bos saya datang melawat klinik. Unexpected visit. Tapi expected jugak. Sebab dia pernah cakap nak datang satu setengah bulan yang lalu. Teguran dan cadangan, semua perlu diambil kira. Perkara yang sama pun berlaku, dia ingat saya belum kahwin padahal segala surat menyurat dan panggilan dalam mesyuarat adalah puan. Err atau beliau team up dengan staff nurse semalam dan saja nak buat saya perasan HAHA.

EF sekarang ada di KL. As usual, something related dengan sukan permotoran. Go kart and mini bike bla bla bla. Dah biasa sangat dengar. But then, hey that is my husband. Pinjamkan telinga untuk didengar dan mencuba memahami lebih dalam.

Habis.

-Surya Rahman-

Thursday, November 11, 2010

Can you keep a secret?

Sekali lagi, takde kaitan dengan Sophie Kinsella.

Keeping a secret or secrets is not easy. I've been holding two major secrets from you. Though, some might know it from my husband (or me, myself), but still it has not being revealed here. Err. Pretty hard for me.

Ooh. Saya berjaya menukar oncall saya untuk minggu depan. So I have 3 days off next week as Monday is PH in Johor. As EF would be around that week, so I determined to change my oncall and try my best to call other colleagues to change with. In my mind, there will be a short holiday for both of us, make it anywhere I dont mind. But hey, holiday siapa yang tak suka. And I was smiling after I managed to change until EF told me

I have a course to be attended at KL starting Sunday afternoon


Dangggg! My short holiday would probably be a weekend getaway at our own house.



Wednesday, November 10, 2010

You will never walk alone

Tak tak. Takde kaitan dengan Liverpool atau Liverfool. Memang takde kaitan. Saya bukan fan bola. Saya cuma penonton.

Hari-hari sekarang macam cepat je berlalu. Mungkin sebab ternanti-nanti Hari isnin depan jadi masa tercepat-cepat berlalu. Eh. Eh. Minggu ni tidak oncall la. Jadi boleh pergi kemas rumah. Err. Basuh baju. Err. Mop lantai. Err yang ni tunggu EF balik. Tengok TV. Err. Yang ni paling baik. Ok dah. Kena rajin sekarang. Tak boleh malas-malas. Rumah sekangkang kingkong, orang sebesar semut merah chaitt. Takde siapa yang bantu macam dulu dekat Sabah. Buat sorang-sorang.

Oohh. Saya mahu water heater secara segera. Tolong belikan sebagai hadiah hari jadi ke 24. Eh. Eh. Bulan depan dapat saguhati kerajaan bagi tu. Macam tu hari jadi bulan depan la.




Tuesday, November 9, 2010

Bila Suami Mintak Izin

Sayang, I nak keluar malam ni tau. Pegi mamak tengok bola. Liverpool main lawan Chelsea. Pukul 11. Balik dalam pukul 1. I bukan sengaja nak keluar malam-malam ni. I pun tak suka keluar malam-malam. Habis kat rumah dah takde sports, I terpaksalah keluar. Ok sayang?




Rasa macam terus nak call Astro suruh upgrade tambah sports untuk satu malam saja.



Monday, November 8, 2010

Minggu lalu saya...

Banyak perkara yang terjadi sepanjang minggu lalu. Being a leader for a well known 'more-than-1-hour-waiting-time' pharmacy is not an easy task. Menjawab, memberi alasan, menambah baik, Membetulkan, mengubah kebiasaan you name it. Semua kena buat. Walaupun saya selalu mengadu dengan EF betapa penatnya kerja sekarang tak macam dekat hospital dulu, tapi saya selalu memandang dari sudut positif. Hei, kau takkan dapat pengalaman ni kalau kau masih kat tempat lama. Cakap dengan diri sendiri. Penat, memang penat. Mengadu, tetap mengadu. Menangis, tetap menangis. Tapi, mengalah bukan saya. Err, macam bosan bukan perenggan ni.

Baiklah, cerita lain pulak. EF balik JB minggu lepas. Kemudian kami bertolak ke Port Klang. Err. Sekarang ni rasa macam semakin dimamah usia. Kalau dulu Klang-JB boleh bawak 4 jam tanpa henti. Sekarang ni, paling awal 6 jam kot. Berhenti untuk tidur. Haih. Nampak sangat dah tua. Itupun kira ok la berhjenti sekali je untuk tidur. Masa raya hari tu, berhenti 4 kali jugak lah. Klang-JB 12 jam. Memang tua.

Majlis Along dah selamat berlangsung. Walaupun penat, banyak buat kerja sampai sakit-sakit perut, tidur dalam aircond sampai sakit-sakit pinggang, tapi semuanya adalah berbaloi. Cuma terkilan sebab tak dapat tolong banyak. Baik dari segi kewangan mahupun tenaga. Harap-harap dimaafkan. Emm, rasa tak puas balik Klang kali ni. Mungkin sebab tak terasa masa berlalu. Sebab tu rasa tak puas. Tapi yang best sebab dapat makan Char Kuey Tiow pastu orang belanja sebab tak bawak dompet. HAHA. Terima kasih Mamat. Lain kali belanja lagi eh.

EF dah balik KK. Baru tadi hantar beliau pergi airport. Sekarang, kalau hantar EF ke airport macam dah boleh kawal perasaan. Takde buat adegan drama swasta kat situ. Tapi balik rumah nanti dah tinggal sorang mula lah buak aksi tangisan sebabak. Haih. Bilalah nak berubah.

Ok dah lah. Akhir kata Selamat Pengantin Baru untuk Along dan Eddy. Hadiah korang masih kat kedai. Nanti baru aku ambik. HEHE.


Tuesday, November 2, 2010

November

Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah November. Hmm. 11 bulan dah kahwin. Tapi rasa macam baru je. Masih feeling pengantin baru. HAHAHA. Ok abaikan.

Bulan November ni agak sibuk juga bagi saya. Semalam dan hari ni ada kursus di Hospital Sultan Ismail. Kursus yang best sebab jumpa ramai classmate lepas tu masing-masing sibuk cerita pengalaman tempat baru lepas tu sibuk tanya tempat kau ada ubat apa aku nak mintak ni. HAHA. Adat lah tu hujung tahun tak cukup ubat.

Khamis ni ada meeting bulanan. Seperti biasa, saya jangkakan. Perkara biasa akan dibentangkan. Perkara biasa akan berlaku. Eh eh. Mana tau perkara biasa padahal baru kali kedua pergi bulan ni. HAHA.

Hujung minggu ni Along akan berkahwin. Yeayyy. Jadi lepas meeting, mungkin akan terus bergegas pulang ke kampung halaman phewwitt panggil Port Klang kampung halaman pulak. Tak tak. Balik rumah mak. Oh rasa terkilan kat dada sebab tak dapat tolong untuk persiapan Along kahwin walaupun dulu dah berjanji nak tolong. Apakan daya, Methadone...

Bercakap pasal methadone, saya bersyukur tak kena on call pada hujung minggu ni dan Raya Haji. Dan bulan ni cuma oncall 2 kali sahaja. Big hurray la kan. Macam best betul bila fikir perkara tu. Ni yang mula nak balik Port Klang secara kerap. HEHE.

Baiklah, itu saja. Sekarang saya dalam mood untuk melipat baju. Sebelum mood hilang, baik saya lipat dulu.