Hello!!!

Friday, December 31, 2010

2010: A year of..

Today is the last day of 2010. Let's go through what had happen this year.

January
1. My in laws came over to our house in KK. A first visit. I was super damn nervous. Dah lah tengah demam masa tu.

February
1. My cousin's wedding at Pontian. First time naik flight dari KK ke Changi. A nice trip.

March
1. Dapat kunci rumah. Super duper happy.

April
1. Celebrate birthday dengan keadaan tidak sihat

May
1. Its my family's turn to came over to KK.
2. Being reunite with friends walaupun tak dapat masuk Universal Studio. HAHA.

June
1. Time for house renovation which cause a big hole in our saving.

July
1. EF's birthday. Saya rasa saya belum beli hadiah untuk beliau. HAHA.
2. A trip to Kudat, panas dan cantik.

August
1. 2 lines appeared on the pregnancy test
2. Being transferred to Johor.

September
1. Left KK for JB
2. A first raya celebrated as husband and wife.
3. Masuk rumah di JB.

October
1. First time managing a Klinik Kesihatan. Experience = zero. Damn.

November
1. My sister's wedding. Tinggal 2 orang je anak mak yang belum kahwin.
2. First time tengok heart beat, kaki, tangan, tulang belakang anak sendiri. Hai anak!

December
1. A trip to Kelantan and Terengganu. Again, a big hole in our pocket. But hey, never mind.
2. Went to Singapore for KFC, then balik.
3. A detailed scan. Urged by EF. Nak tengok sendiri kan. Tengok lah.


This year's resolutions?
I forgot it already. HAHA.
Next year's resolutions?
Haven't think yet.HAHA.


A new year is not a new start. It is just a new year.

p/s: I will start 2011 with oncall on 1st Jan. Best kan.


-Surya Rahman-

Tag

1. Adakah anda rasa anda HOT ?

Saya rasa hot bila saya hot dengan orang, hot dengan cuaca dan hot dengan kucing emak yang suka suki lompat atas perut orang.

2. Upload wallpaper anda guna sekarang


3. Cerita tentang wallpaper tersebut
Feeling masih bercinta. Terpaksa letak gambar sedang bercinta. Okey. Muntah cepat

4. Kali terakhir makan pizza
Pizza tu apa. Okey tak kelakar. Last sekali makan pada bulan 10 iaitu sebelum EF dijangka balik Sabah. Itupun dah berhabis merayu nak makan. HAHA.

5. Lagu terakhir anda dengar ?
Ninja Boy Nintama kerana sedang menonton 611.


6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini ?

Memikirkan adakah EF akan balik bersama burger yang dipesan atau balik dengan tangan kosong sambil berkata 'Alah sayang, sorry I terlupa'.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa ?
Angah

8. Tag lagi lima orang
Ckin-Tangle of Thought
Ziha-Saya Mahu Hidup Gembira
Tapak Kaki-Blog Syok Sendiri
Tak tahu siapa
Azwan-Pensil Kayu
9. Siapa orang pertama dengan anda ?
She is my ex.
Scandal.
Ex-housemate la.
10. Katakan sesuatu pada orang kelima
Banyak suatu nak cakap.
-Padan muka kena tagged balik
-Kasik tambah berat badan sikit boleh?
-Bila mahu belanja aku makan nasik minyak?
11. Orang ketiga ada hubungan dengan sapa ?
Dengan EF. Tak tahulah hubungan sebenar mereka tu apa. HAHA.
12. Bagaimana pula dengan orang kedua ?
Dengan suami dia ah. Takkan nak berhubungan dengan suami orang lain pulak.
13. Kata-kata cinta kepada orang keempat ?
I love you, anon.
14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag ?
Takde fakta yang diketahui secara jelas tentang mereka.



Naahh. Soalan tak mencabar langsung. Ada lain yang lebih mencabar?

p/s: Dah buat sejak seminggu lepas, tapi lupa nak publish. Jadi sila baca seminggu lepas.

-Surya Rahman-

Sunday, December 26, 2010

JB at last

Arrived at home safe and sound. Finally. 5 days of trip to the east coast ended just now. And tomorrow will be the 'bluesest' Monday I will have.


-Surya Rahman-

Saturday, December 25, 2010

my sister's wedding

manir,25 december 2010.baiti n eddy.menjadi pengantin baru lagi.

Friday, December 24, 2010

kuala terengganu

arrived at kuala terengganu at 11.45am.unfortunately,the room is not ready yet.check in time is 2 pm.blerghh.bosan.the hotel is nice.me likey.especially the bathroom.baik.tidur dulu.penat!

Thursday, December 23, 2010

kelantan

Kelantan will be nicer if I have plenty of money to be spent. Major damage done today. Phewww!

Wednesday, December 22, 2010

terengganu

on my way to kelantan.have been travelled for 9 hours already.Now at paka,enjoying the scenery of loji petronas.kelantan is hundreds km away.pheww!

Sunday, December 19, 2010

Kalah Lagi

Semalam kalah lagi. Bukan. Bukan kalah rebut laptop lagi. Itu memang sentiasa kalah. Tapi yang ni kalah lain.

Semalam dengan berat hati telah menelefon Astro untuk tambah Sports package. Kalah dengan suami.

Malam ni ada game Liverpool. I nak pergi mamak tau. If ada sports kat rumah, I tak keluar malam-malam pergi mamak. I tengok kat rumah je

Akibatnya, semalam EF tidur entah pukul berapa. Bangun entah pukul berapa. Tidur balik. Lepas tu bangun lagi. Kerana bola.

Sabar je lah. Lepas telefon Astro tu, dapat tahu game Liverpool tunda pulak sebab salji. Terima kasih lah. Saya dah hilang kebebasan memegang remote control.



-Surya Rahman-

Thursday, December 16, 2010

Rebut dan Kalah

Err. Macam dah berhari-hari-hari-hari tak online ooh. Macam sibuk tak beringat dunia lah sampai tak jenguk alam maya ni. Entry sebelum ni pun sebenarnya auto publish. HAHA.

Sebab paling utama kenapa saya tak berblogging bukanlah kerana Streamyx jadi Screamyx. Atau tak bayar bil internet ( Eh baru teringat, tak pernah dapat bil internet lagi walaupun dah 2 bulan dipindahkan daripada Sabah ke JB. TM nak bagi guna free je kah?) Sebab yang paling utama adalah kerana EF ada di JB!

Okey okey. Jangan salah faham. Saya tak berblogging bukan sebab sibuk berdating dengan EF. Atau sibuk menanam rumput dengan EF. Atau sibuk bershopping dengan EF. Atau sibuk ukur kedai perabot dengan EF. Saya tak berblogging sebab berebut laptop dengan EF. Dan selalunya saya yang kalah. Sob sob sob. Padahal masing-masing ada laptop sendiri. Tapi nak jugak guna satu laptop je. Kan dah kena rebut.

Alasan yang sering diberikan isteri dalam pertandingan rebut laptop

1. I balik kerja barulah boleh online. You dah online sepanjang hari. Bagilah I pulak.
2. I nak main game sekejap je kat FB
3. I nak tengok blog. Tengok je.

Alasan yang sering digunakan suami untuk mengalahkan isteri
1. You pergi kerja, tapi I takde online pun eh. I pergi jogging, basuh baju, tanam rumput. Mana sempat nak online.
2. I nak tengok Livescore ni. Nak tengok bola, takde ESPN kat rumah.
3. I nak tengok score team I minggu ni.
Alasan yang diberikan suami selalu sangat tak logik. Sebab
1. You jogging sepanjang hari eh? You basuh baju tak guna mesin basuh eh? You tanam rumput sebesar padang golf eh?
2. Livescores tak perlu tengok setiap minit. Tunggu je habis game baru tengok.
3. You punya team minggu ni tak perform. I boleh bagitahu score dia berapa.
Habis, kenapa isteri kalah dalam pertandingan ni?
Malas dah nak rebut.

Habis, kenapa sekarang boleh online pulak?
Sebab EF takde. Beliau pergi merayap. Laptop ini ana yang punya. HEHE.


p/s: Saya tahu EF makan pun di depan laptop. Terdapat titisan sos di button F9 dan 9. Kan dah kantoi!



-Surya Rahman-

Sunday, December 12, 2010

1 wonderful year

Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah setahun dah kahwin. Nasib baik sedar dah setahun. Atau lebih baik, nasib baik sedar dah kahwin. HAHAHA. Okey okey. Tak kelakar.

Setahun pertama boleh saya simpulkan sebagai tahun perkenalan. Walaupun dah berkawan selama berbelas tahun, dah bercinta selama 3 tahun, tapi semua tu belum cukup untuk saya kenal EF seluruhnya. Banyak perkara baru yang saya belajar mengenai beliau selepas berkahwin.

Saya tak tahu dia begitu ringkas tentang makanan.
Saya tak tahu dia layan hindustan.
Saya tak tahu dia suka koko krunch + susu segar.
Saya tak tahu dia boleh cooperate tentang house chores.
Saya tak tahu dia sanggup bangun pukul 3 untuk tengok bola pada hari bekerja.
Saya tak tahu dia boleh nyanyi lagu melayu.
Saya tak tahu dia seperti saya tahu dia sekarang.

Tahun pertama perkahwinan kami lebih bermakna bila dapat masuk rumah sendiri. Banyak dah berhabis buat tu lah buat ni lah. Akhirnya, dapat jugak menginap kat sini. Apa yang boleh saya simpulkan, walaupun rumah ni masih kosong, tak ada kerusi meja sofa bla bla bla, tapi ini rumah kami. Biar ia masih tak sempurna isi dalamnya, tapi dapat menginap di sini dah seribu syukur. Biar ada yang mengata TV dah boleh masuk muzium, saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada TV untuk menghilangkan bosan. Biar ada yang mengata kenapa kau buat macam ni, kenapa tak buat macam tu. Ada kami kisah? Setiap orang ada citarasa masing-masing.

Berita gembira paling menggembirakan tentulah tentang anak. Berita yang dinanti berbulan-bulan. Anggap saja baru kini Tuhan bagi rezeki ini. Sekarang setiap hari mengikuti perkembangannya. Apa terjadi pada minggu ni, berapa panjang, berat berat, apa yang terbentuk minggu ni. Syukur dengan rezeki ini melebihi dari segala-galanya.

Itu tentang kemanisan tahun pertama. Ada jugak tentang kepahitan tahun pertama. Obviously, terpaksa berpisah dengan EF. Bukan perkara senang bila dari start berkahwin, tinggal bersama, kemudian tiba-tiba kena berpisah kerana tuntutan kerja. Sesak dada. Terutama masa tu masih di peringkat early pregnancy. Nasib juga saya tak mengalami morning sickness atau alahan. Kalau tak, mungkin lebih parah keadaannya. Sekarang pun rasa dah kebosanan tinggal sorang-sorang. Dah banyak kali pergi shopping seorang diri. Tinggal lagi belum gagahkan diri tengok wayang seorang diri. HAHAHA.

Samapi sekarang kami masih belum pergi honeymoon. HAHA. Ada pergi bercuti, tapi kami tak kategorikan sebagai honeymoon. Tak tahulah kenapa. Tapi selepas setahun ni saya fikir, honeymoon is just a word. Depends to you to define it. Bagi saya, sebelum kahwin, honeymoon adalah pergi bercuti ke tempat tempat terpilih secara berduet. Tapi sekarang, saya tafsirkan honeymoon sebagai precious time with him.

Setiap rumah tangga saya pasti ada pasang surutnya. Kami juga begitu. Tapi bukan saya untuk cerita perkara sebegitu. Cukup disimpan antara kami. Apa yang boleh saya cerita, selepas surut, saya akan lebih menyayangi EF. Kerana dia suami saya.

Baiklah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama untuk suami Muhammad Fitri. I love you forever. Cepat balik JB. I tunggu you.


-Surya Rahman-

Friday, December 10, 2010

Boleh fikir guna kewarasan akal tak?

Beberapa hari lepas (ok, sebenarnya beberapa minggu lepas) saya terdengar di radio perbualan antara sepasang juruhebah dan seorang pendengar wanita. Entahlah topik apa yang diperkatakan. Apa yang saya dengar tu cuma sedutan daripada siaran pagi tersebut (ketika itu waktu petang). Antara yang dibualkan:

Pendengar: Saya tengah runsing ni. Boss saya asyik ajak saya keluar je.
Juruhebah: Boss awak tu suka awak kot.
Pendengar: Memang pun. Dia dah ajak saya kahwin.
Juruhebah: Ok lah tu. Apa awak tunggu lagi?
Pendengar: Saya memang ok. Tapi masalahnya dia takut nak bagitahu isteri dia.
Juruhebah: Eh awak ni tak takut ke dipanggil perampas?
Pendengar: Eh. Tolong sikit eh. Saya bukan rampas. Kalau rampas tu, ambik bawak lari. Ni sharing eh. Sharing is caring.


Okey. Kau salah konsep kat situ. Sharing is caring, but not this type of sharing. Syuuhh jauh jauh.


Lagi satu. Beberapa hari lepas (yang ni memang beberapa hari lepas), saya terdengar di radio jugak. Tentang pengakuan seorang wanita yang sudah bersuami. Wanita tersebut mendakwa semua teman di facebooknya adalah lelaki. Dia lebih suka berkawan dengan lelaki daripada perempuan. Terutama yang boleh melayan dia (Ok saya tak tau apa maksud dia dengan melayan tu. Scary kot). Bila juruhebah bertanya, suami dia tahu tak kegiatan dia ni. Dia menjawab, suami dia tak tahu. Pernah jugak keluar bersama kawan facebook dia (LELAKI) setelah asyik berbalas komen di facebook.


Nak pengsan saya dengar kisah mereka ini.



p/s: I warned you.

This man is mine!


p/s 2: Selalu emosional kebelakangan ini. Eh, bukan memang selalu emosional ke? HAHA.


-Surya Rahman-

Wednesday, December 8, 2010

Dengan Hanya RM1

Berada dalam bidang kesihatan yang berkaitan dengan orang awam, saya banyak menyaksikan berbagai jenis ragam manusia. Saya pernah mengkategorikan jenis-jenis pesakit seperti dalam entry ini. Tapi hari ini saya taknak cerita tentang jenis pesakit. Saya nak cerita susah payah kehidupan sebagai pendispens.

Berdepan dengan berbagai jenis ragam manusia sepanjang hari, kadang-kadang saya mudah menaik angin. Belum pun pukul 8 pagi, dah ada yang mengutuk mengata. Macam-macam lah yang cuba dicarik kesalahannya. 'Datang awal tu bukak je lah. Nak duduk-duduk lagi. Nanti kau bagi ubat, duduk jugak sepanjang hari'. Mulut sedap mengata. Nak je aku tarik dia masuk dalam kau buat kerja aku, aku tolong kau ambikkan ubat kau.

Belum lagi yang nampak saya bercakap menggunakan handphone. Memang lagi panjang lah dia punya mengata. Tak tau pulak saya tengah adjust dengan klinik lain nak pinjam ubat sebab ubat klinik sendiri dah habis.

Belum lagi yang lebih bijak daripada doktor. 'Saya dah suruh dia tulis ubat mata. Kenapa takde bagi?' Kau nampak ayat dia tu. Suruh doktor tulis. Tak boleh tahan. Bijak yang amat.

Belum lagi yang berdegil umur anak baru setahun habis semua ubat dia nak padahal ubat tu tak elok untuk bayi.

Belum lagi yang mengamuk ubat takde stok, kita supply untuk sepuluh hari je. Dia punya mengamuk naik angin, mengalahkan lembu yang huuf huuf kejar kain merah yang orang kibar tu (tak tau apa nama dia).

Belum lagi yang menaikkan suara sebab tak nak ikut prosedur. Tak nak ambik nombor. Kita tanya nama, dengan angkuh menjawab, 'Situ kan ada tulis. Tak reti baca?' Orang tanya ada sebab. Kenapa kau tak nak jawab? Tak ingat nama sendiri?

Belum lagi yang nak pergi luar negara, sibuk nak mintak ubat untuk 2 bulan. Bila kita cakap takde stok (read: klinik kesihatan hanya menyimpan stok untuk sebulan sahaja), dia punya melenting, macam nak pecah cermin penghadang depan kaunter tu. Kau ada duit nak pergi melancong, nak beli ubat takde duit ke?

Belum lagi yang warganegara asing (read: Indonesian) yang demand mengalahkan rakyat sendiri. Baru ambik ubat 2 hari, dah nak ambik ubat lagi untuk bulan depan punya. Alasan, nak balik Indon. Nanti takde ubat. Meruap-ruap hati aku ni. Pergi balik check kat negara kau lah.


Sudahlah. Hari ini memang emosional. Tapi sebagai kesimpulan, dengan hanya RM 1, kau dapat full package of treatment. Consultation, lab investigation, medication. Apa lagi yang kau nak? Kau bawak RM 1 pergi kedai runcit, dapat tak beli panadol sepapan? Kau bawak RM1 pergi klinik swasta, dapat ubat batuk selesema demam antibiotik tu?


p/s: Hargailah apa yang dah diberikan. Berapa banyak kerajaan dah spend budget untuk kesihatan, tapi berapa banyak yang faham tentang itu.
p/s 2: Ini tiada kaitan dengan politik.


-Surya Rahman-

Tuesday, December 7, 2010

Cubaan kali keempat

Ini adalah cubaan kali keempat untuk menulis entry bagi hari ini. Daripada pagi lagi, bila tulis separuh jalan je, rasa macam 'Eh takde mood nak sambung tulis. Tak payah lah publish.' Memang loser kan.

Hari ini permulaan tahun baru untuk umat Islam. Tahun baru, azam pun pasti kena baru kan. Masalahnya, azam tahun lepas dah tercapai ke? Kalau tak tercapai tak kisahlah. Sambung lagi lah untuk azam tahun ni. Azam tu kira macam target kita jugak. Kalau tercapai, tahniah kepada diri sendiri. Kalau tak tercapai, lu pikirlah sendiri kan apa sebabnya. Contoh lah. Azam tahun ni kau nak kurus 20 kg daripada tahun lepas. Tapi kau pergi makan macam seminggu tak jumpa nasi. Macam mana azam kau nak tercapai. Cakap tak serupa bikin. Eh eh. Macam cakap depan cermin pulak. HAHAHAHA.

Baiklah, hari ni saya nak mengketengahkan beberapa perkara yang menarik perhatian saya baru-baru ini (atau dah lama, tapi baru nak cerita).

1. Teman kamu bercerita tentang duit simpanannya

Ceh. Ayat tak boleh blah. Macam dalam majalah Remaja pulak. Okey okey dah. Teman kamu itu berdegar degar menceritakan duit simpanannya. Khabarnya sebulan boleh menyimpan Rm1k ++. Siap perli orang lain lagi (yang berjawatan sama dengannya) 'Macam mane lah kau manage duit kau sampai sebulan nak simpan 2,3 ratus pun susah. Aku boleh simpan sampai RM1500 sebulan.' Waahhh. Meh sini aku jawabkan.

Kalau makan, kereta, bil-bil, minyak, entertainment masih mak ayah tanggung lagi, tak payah kata RM1500, RM3000 pun aku boleh simpan setiap bulan.
Mind your words. Kesian kot kat kawan yang diperli oleh kau tu. Dahlah tinggal kat kawasan segitiga emas, minyak, tol, parking, tak payah cakap la. Tanggung adik sekolah lagi. Simpan duit nak kahwin lagi. Kau pulak tinggal kat tempat yang masih boleh jumpe nasi lemak harga lima posen. Nak perli pun tengok sekeliling beb. Makan hati kot kawan tu. Kau dapat saving berapa banyak pun sebulan, zakat ada bayar tak?

2. Seseorang yang kamu kenali meminta bersubahat

Okey. Seseorang yang kamu kenali bersifat beliaulah paling mulia dan menurut ajaran agama dengan sebaiknya (read: tazkirah percuma akan diberikan si dia kalau ada sesuatu tak kena). Satu hari, kamu terjumpa si dia menaiki motosikal bersama boyfriendnya. Sambil lalu di hadapan kamu, sambil itu si dia meletakkan jari di mulutnya, sebagai tanda 'Kalau mak bapak aku tahu, aku jolok mulut kau'. Ok. Ok. Itu macam kasar sangat. Maksud lain ialah 'Shut up.' Okey. Mind your own ass la kalau kantoi ngan mak ayah kau.

3. Teman seusia kamu menggunakan gaya bahasa kanak-kanak riang

Okey. Gaya bahasa kanak-kanak adalah seperti:

ItEw - Itu
Tyt0 - Tidur
CaMAt - Selamat
0t - Kot
Sekadar memberi beberapa contoh. Yang lain saya tak tahu apa maksud nya.

Tolong lah weh. Kau hantar SMS kat aku macam ni, sah-sah lah aku reply ' Bahasa sanskrit mana kau belajar ni. Aku tak paham kot ape kau cakap'. Serius. Kenapa ada yang sanggup guna huruf kecik dan besar secara selang seli? Tak kisah la kat email ke SMS ke. Tak ke itu lebih menyusahkan? Kau cuba terangkan kat aku sini.



Ok dah. EF suruh saya masuk tidur.


-Surya Rahman-

Sunday, December 5, 2010

I'm not good at cooking

Neither suck of it.

Menunggu Dia Pulang

Yang entah bila tak tahu lagi.
Minggu depan ulang tahun pertama. Sambut secara berjauhan.
Mengira hari. Sampai lebam.


-Surya Rahman-

Saturday, December 4, 2010

Ini adalah khas untuk Uda

Uda atau nama sebenarnya Norazimah Rahman adalah satu-satunya adik perempuan saya. Dah tak ade adik perempuan dah selain dia. Jarak usia kami cuma lah beberapa bulan sahaja. Maksud saya 32 bulan. Atau 2 tahun setengah lebih sikit.

Disebabkan jarak umur yang terpaling dekat antara adik beradik lain, maka kami sering didressed up seakan-akan sama. Saya masih ingat berhelai-helai baju kami yang sama melainkan saiz sahaja. Memang kami selalu kelihatan memakai baju berfesyen dan bercorak sama.

Bila masuk sekolah, kebanyakan sekolah kami adalah sama. Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Saya ingat lagi semasa Uda telah diberitakan mendapat mendapat PTS yang lompat kelas tu, kami membuat tarian kegembiraan iaitu memegang tangan masing-masing kemudian menari dalam bulatan. Apabila frekuensi tarian semakin tinggi, halaju serta kepekatan semakin meningkat, dan apabila tangan terlepas, Uda pun terpelanting ke pintu bilik. Err. Susah nak bayangkan kan. Tapi Uda terpelanting sampai perut kena pintu. Haih. Kena marah dengan emak la lepas tu. Kemudian, drama tangisan pun bermula. Harap-harap Uda tak ingat lagi kisah ini. HAHA.

Selepas meningkat dewasa sikit, kegemaran kami shopping bertiga bersama along memang tak boleh disangkalkan lagi. Samapi sekarang saya tak pernah jumpa shopping mates seperti mereka. Sebab mereka adalah yang terbaik untuk dibawa shopping. Susah nak terangkan sebab apa. Tapi memang itulah yang berlaku.

Bila saya dah kerja di Sabah, Uda terpaksa menggalas beban besar untuk membawa emak dan along pergi shopping. Sebab perkara seperti shopping like a woman tidak akan dilayan oleh ayah lagi. HAHA. Ayah memang malas nak tunggu kitorang habis shopping macam perempuan. Lainlah kalau shopping macam lelaki. Mungkin ayah sanggup teman.

Okey. Entry ini adalah dedikasi khas kepada Uda.

Uda, walaupun aku tak dapat datang konvokesyen kau, tapi aku tetap berbangga dengan kau. Heh. Adik aku dah konvo okey. Baiklah. Walaupun sebak dan sesak kat dada sebab tak dapat datang konvo kau, aku nak bagi hadiah sempena konvo kau. Tapi masalahnya bulan ni aku tak dapat gaji. Jadi hadiah kau terpaksa burn je lah. HAHA.

p/s: Tahniah juga kepada MunaMuni dan Shafiq atas konvokesyen kalian.



-Surya Rahman-

Wednesday, December 1, 2010

This is better than Barcelona wins against Real Madrid

Pagi tadi, masa dalam kereta menuju ke tempat bekerja tiba-tiba terdengar berita sukan tentang kekalahan Man U.

Kalah dengan West Ham je kot. 4-0 pulak tu. Padanlah EF takde call pagi tadi. HAHA. Oh. Dulu selalu bet dengan EF kalau game tu melibatkan Man U. Siapa yang kalah kena basuh kereta lah, basuh pinggan lah, macam-macam lah. Haih. Sekarang, nak bet dengan siapa pun tak tahu lah.

Lebih tragis, tengah hari tadi baca Harian Metro, ada highlight tentang Man U menang 5-0 lawan siapa ke tah hari tu. Blackburn ke? Agaknya kot. Lepas tu player tu siap dibariskan dengan star sebelum ni. Lupa plak player tu siapa nama. Macam wrong timing pulak dia keluarkan artikel tu. Oh baru teringat. Player tu Barbatov kot. Eh. Agaknya lah. Tak ingat sangat lah. Nak tanya EF, dia tengah busy plak sekarang ni. Anggap je lah betul eh.

p/s: EF fan Man U. Tapi pagi tadi tiba-tiba agaknya nak cover kekalahan Man U, EF cakap Man U cap ayam. Adakah EF dah lupa yang cap ayam adalah Liverpool? HAHAHA. Rileks lah you. Bola je kot. Takkan nak emo sampai lupa nak call isteri. HEHE. Peace!

Eh apasal cerita pasal bola ni? Sudah tukar ka?


-Surya Rahman-