Hello!!!

Sunday, December 12, 2010

1 wonderful year

Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah setahun dah kahwin. Nasib baik sedar dah setahun. Atau lebih baik, nasib baik sedar dah kahwin. HAHAHA. Okey okey. Tak kelakar.

Setahun pertama boleh saya simpulkan sebagai tahun perkenalan. Walaupun dah berkawan selama berbelas tahun, dah bercinta selama 3 tahun, tapi semua tu belum cukup untuk saya kenal EF seluruhnya. Banyak perkara baru yang saya belajar mengenai beliau selepas berkahwin.

Saya tak tahu dia begitu ringkas tentang makanan.
Saya tak tahu dia layan hindustan.
Saya tak tahu dia suka koko krunch + susu segar.
Saya tak tahu dia boleh cooperate tentang house chores.
Saya tak tahu dia sanggup bangun pukul 3 untuk tengok bola pada hari bekerja.
Saya tak tahu dia boleh nyanyi lagu melayu.
Saya tak tahu dia seperti saya tahu dia sekarang.

Tahun pertama perkahwinan kami lebih bermakna bila dapat masuk rumah sendiri. Banyak dah berhabis buat tu lah buat ni lah. Akhirnya, dapat jugak menginap kat sini. Apa yang boleh saya simpulkan, walaupun rumah ni masih kosong, tak ada kerusi meja sofa bla bla bla, tapi ini rumah kami. Biar ia masih tak sempurna isi dalamnya, tapi dapat menginap di sini dah seribu syukur. Biar ada yang mengata TV dah boleh masuk muzium, saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada TV untuk menghilangkan bosan. Biar ada yang mengata kenapa kau buat macam ni, kenapa tak buat macam tu. Ada kami kisah? Setiap orang ada citarasa masing-masing.

Berita gembira paling menggembirakan tentulah tentang anak. Berita yang dinanti berbulan-bulan. Anggap saja baru kini Tuhan bagi rezeki ini. Sekarang setiap hari mengikuti perkembangannya. Apa terjadi pada minggu ni, berapa panjang, berat berat, apa yang terbentuk minggu ni. Syukur dengan rezeki ini melebihi dari segala-galanya.

Itu tentang kemanisan tahun pertama. Ada jugak tentang kepahitan tahun pertama. Obviously, terpaksa berpisah dengan EF. Bukan perkara senang bila dari start berkahwin, tinggal bersama, kemudian tiba-tiba kena berpisah kerana tuntutan kerja. Sesak dada. Terutama masa tu masih di peringkat early pregnancy. Nasib juga saya tak mengalami morning sickness atau alahan. Kalau tak, mungkin lebih parah keadaannya. Sekarang pun rasa dah kebosanan tinggal sorang-sorang. Dah banyak kali pergi shopping seorang diri. Tinggal lagi belum gagahkan diri tengok wayang seorang diri. HAHAHA.

Samapi sekarang kami masih belum pergi honeymoon. HAHA. Ada pergi bercuti, tapi kami tak kategorikan sebagai honeymoon. Tak tahulah kenapa. Tapi selepas setahun ni saya fikir, honeymoon is just a word. Depends to you to define it. Bagi saya, sebelum kahwin, honeymoon adalah pergi bercuti ke tempat tempat terpilih secara berduet. Tapi sekarang, saya tafsirkan honeymoon sebagai precious time with him.

Setiap rumah tangga saya pasti ada pasang surutnya. Kami juga begitu. Tapi bukan saya untuk cerita perkara sebegitu. Cukup disimpan antara kami. Apa yang boleh saya cerita, selepas surut, saya akan lebih menyayangi EF. Kerana dia suami saya.

Baiklah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama untuk suami Muhammad Fitri. I love you forever. Cepat balik JB. I tunggu you.


-Surya Rahman-

3 Words from you:

Tapak Kaki said...

hehe.. suka tengok korang.. moga bahagia ke anak cucu yep.. cucu tu mungkin lambat lagi laa.hehe

hEarTLeSs said...

happy anniversary!!!smoge bhgia hingga akhir hayat

SuryaRahman said...

TK: Haha. Anak pun belum sampai. Cucu apatah lagi.

Ziha: Thank you!Macam sekejap kan setahun.