Hello!!!

Friday, July 30, 2010

Debar

Semua benda nak berdebar kalau perempuan ni. HAHA.

Berdebar nak tengok bagaimana rupa cat yang dibeli EF. Berdebar nak tengok muka buah hati BDO. Berdebar nak tunggu masa yang sesuai untuk tidur di situ. Oh. Setelah banyak berhabis untuk kau, harapnya kau dapat hilangkan debaran ni.

Lepas ni tentu kau semua akan dihiburkan dengan entry bersifat surirumahtangga membeli lampu dan kipas. Itupun nak kecoh. HAHA.


p/s: JB, I'll come to you. EF, please pick me up at airport ye.


Thursday, July 29, 2010

Nazar

Ada orang bernazar: kalau Argentina menang World Cup aku botakkan kepala.
Ada orang bernazar: kalau aku dapat keuntungan saham, aku sedekah separuh kat rumah anak yatim.
Ada orang bernazar: kalau dapat straight A masa SPM, aku belanja satu sekolah makan KFC.
Ada orang bernazar: kalau aku dapat isteri cantik violin shape, aku buat kenduri tiga hari tiga malam.
Ada orang bernazar: kalau aku dapat anak perempuan aku bagi nama Suryahani. HAHAHAHA. Ok tak kelakar.


Hari ni sudah selesai nazar saya. Puasa nazar. Kerana mendapat posting di KK. Gila dah dekat setahun baru nak buat (Isnin ni cukup setahun). Kalau mati sebelum tunaikan, tak pasal-pasal kena tuntut kat akhirat nanti.

Kira-kira setahun yang lalu, masa tu saya ada bernazar nak berpuasa 3 hari kalau dapat posting di KK. Masa tu dahlah new comer kat Sabah ni, pastu dah nak kahwin. Kalau lah dia campak ke Tawau ke, tak menangis setempayan ke apa.

Jadi lepas dapat KK, haruslah tunaikan nazar tersebut. First few months kat Sabah, saya sibuk dengan persiapan nak kahwin (ceh nampak sangat alasan menipu padahal bukan prepare sangat pun). Selepas berkahwin, cuaca di Sabah amat panas menyebabkan tertunda nait nak berpuasa. Akhirnya baru sekarang lah berpuasa. Alasan baik kan. Padahal 3 hari je. Bukanlah 3 bulan. Kalau sebulan puasa sehari pun, dah lepas sangat. Tapi saja carik alasan.

Dugaan betul berpuasa di OPD. Nak bergaduh dengan patient, tapi sabarkan aje. Bau nasi lemak, pisang goreng dan cempedak goreng memang menggugat iman. Tekak kering tak payah cakap lah. Dah satu hari sampai 600 lebih pesakit. Tu pun kira sikit. Kalau datang musim dia, sampai 800 lebih satu hari.

Jadi usahlah pesakit-pesakit komplen staff yang bagi nombor tu muka ketat je tak nak senyum. Orang tu tekak kering bibir kering. Kalau senyum, nescaya tertarik kulit kering tu dan mengakibatkan pendarahan. Lepas tu rasa karat kat mulut.

Ok dah. Habis.


p/s: Anda ada nazar apa-apa?



Wednesday, July 28, 2010

It takes the whole hall to wakka wakka

Marriage is not about you and your partner only.


It is about you and your partner
And your families and your partner's families
And your friends and your partner's friends
And your colleagues and your partner's colleagues
And your neighbours and your partner's neighbours (jiran tetap tak tinggal ;P)
And your pets and your partner's pets (if any)
And the list goes on and on.


It takes two to tango. And to tango, you need more than two. The music, the hall, the pianist, the dress, the tux, the steps.....




Tuesday, July 27, 2010

Colour does mater

EF: Sayang, I rasa kita cat rumah colour grey nak tak. Light grey and dark grey.
SR: Ok ke? Nanti nak mix match dengan furniture ok ke? Tak takut nampak dull ke nanti?
EF: Tak. I dah try tadi. Dinding mana yang nak di cat pun I dah tengok.
SR: If grey dengan merah boleh masuk ke? (Nak jugak merah perempuan ni)Dengan Colour lain ke? Boleh masuk ke?
EF: Boleh lah. Dinding besar tu light grey.
SR: If touch up je tak boleh?
EF: You nak touch up je?
SR: I know kalau I cakap macam mana sekali pun, kalau you dah nak cat, you akan buat apa saja untuk cat kan.
EF: HAHAHA. Habis you tak setuju la ni.
SR: You are the one who will be going to buy the paint. If anything happen like the light grey is too light or the dark grey is too dark, its all your fault. Think wisely okey.
EF: HAHAHA. Salah I lah ni nanti.
SR: You tak cat rumah like hari ni tak suka, esok cat lain. This is about life or death. I ugut you ni. HAHAHA.
EF: HAHAHA.


Yes, colour does matter.


Monday, July 26, 2010

To sooth me

pregnancy cartoon




Sunday, July 25, 2010

Berikan Aku Ruang



Kerana aku memerlukannya.




Saturday, July 24, 2010

Faktor kebergantungan

Hari keempat tanpa EF. Ah. Jangan tanya EF pergi mana. Kelak boleh menimbulkan ketangisan. Sebelum hantar pun dah siap tangis segala. Tapi bukan sebab bakal ditinggalkan, tapi kerana roti dan sardin. HAHA. Aku memang lame.

Bila dah setiap hari bersama, kalau kena berpisah memang menimbulkan perasaan seperti bercinta jarak jauh dahulu. Yelah. Yelah. Pergi muntah cepat. Aku tak kisah.

Jadi setelah hari keempat baru ada keberanian sikit dan kurang tangis sedikit. Oh. Lagi 8 hari okey. Macam mana kah ni. Setelah berkahwin saya bertukar menjadi perempuan yang bergantung kepada lelaki. Daripada independant kepada dependant. Ok fine sebelum kahwin depend pada bapa untuk wang ringgit dan kasih sayang, tapi yang lain-lain buat sendiri. Ok. Tak semua tapi kebanyakan. Ok dah dah. Malas nak memuji diri sendiri lagi. Sila teruskan pembacaan.


1. Sebelum kahwin, isi minyak kereta, servis kereta, basuh kereta, isi angin tayar semua dilakukan sendiri. Servis tu takdelah buat sendiri. Tapi hantar pergi servis sendiri. Lepas kahwin, semua pun EF yang buat. Paling terbaik saya pernah buat pun isi minyak kereta. Itu pun menggunakan duit EF. Hujung bulan baru nak bayar. Aku memang lame. Cakap saja. Sekarang EF takde, terpaksa bekerja keras memikirkan kat mana car wash yang tak curik duit dalam ashtray kereta. Nasib baik EF dah isik minyak dan angin kereta sebelum pergi.

2. Sebelum kahwin, selalu masak untuk keluarga. Sedap, tak sedap belakang cerita. yang penting makan. Selepas kahwin, kadang-kadang masak untuk EF. Kalau tak masak pun jangan risau, makan tetap makan. Sekarang EF takde, hidup ibarat ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. HAHA. Mungkin lebih tepat masak pagi makan pagi, tak masak petang tak makanlah petang. HAHA.

3. Selepas bekerja di KK, cuma 4 kali sahaja saya bawak kereta ke bandar KK. Itupun sebab kawan sekerja baru masuk kerja emak dia pos barang kena tuntut kat post office (Ayum, kau jangan lupa jasa aku ni HAHA), mengepos borang FRP, EF terseliuh lepas main bola dan sebab EF ngantuk sangat. Selebihnya semua EF yang bawak kereta. Kadang-kadang saya ada offer diri untuk bawak kereta bila tengok EF macam penat sangat, tapi EF kata tak payah biar dia bawak. Senyum sahaja lah HEHE (atau EF tak kasik bawak kereta sebab dia cuak dengan gaya saya bawak kereta kot). Jadi salahkan EF kalau saya tak ingat jalan kat KK mahupun JB.

4. Selepas berkahwin, saya jarang mengeluarkan duit melalui ATM. Most of the time saya mintak EF yang tolong keluarkan duit dari ATM. Atau saya pakai duit EF dulu, kemudian transfer daripada maybank2u. Oh. Jangan risau. Memanglah password tak boleh diberitahu kepada orang lain, tapi Password ATM dan maybank2u tu EF selalu lupa dan selalu tanya saya semula. Jadi sebelum pergi, EF dah siap-siap tinggalkan duit belanja siap bagitahu kalau dah nak habis bagitahu, jangan tunggu dah habis baru bagitahu.
p/s: Saya pernah 2 kali tak makan tengah hari kat hospital sebab lupa bagitahu EF duit dah habis.
p/s 2: Saya tau semua no pin ATM semua ahli keluarga saya kecuali Mamat. HEHE. Hebatkan.



Jadi, boleh bayangkan bagaimana saya menjadi dependant kepada beliau? Walaupun saya tak suka kenyataan perempuan selalu bergantaung kepada suami, tapi dalam diam saya sudah bergantung kepada suami.

Sudahlah itu. Saya malas mahu mengkarang lagi. Kelak boleh timbulkan ketangisan. Sekian.



Thursday, July 22, 2010

Jenis-jenis pesakit

Disebabkan setiap hari menghadap perkara yang sama, lantas saya secara tak sengaja mengklasifikasikan pesakit kepada beberapa kategori.

1. Pesakit Tabah

Jenis pesakit ini ialah pesakit yang remain cool walaupun dah tunggu satu jam untuk mendapatkan ubat. Bila bagi penerangan cara penggunaan ubat pun mereka tetap cool dengan muka cool jugak. Memang cool habis siap cakap terima kasih dan bha, bha, bha banyak kali. Takde soalan pun ditanya oleh pesakit ini. Pesakit jenis ini memang sentiasa dinanti kehadirannya.

2. Pesakit Berang

Jenis pesakit ini memang sudah dapat ditebak gaya pengambilan ubatnya. Pesakit berang biasanya melontarkan ayat-ayat syahdu di pendengaran. Muka memang kental datang kat kaunter tanya kenapa tak dapat ubat lagi saya dah tunggu satu jam lapar pulak tu belum makan daripada semalam kalau saya ambil dekat private sekejap saja dah dapat. Ini memang ciri-ciri pesakit berang. Suara dinaikkan setinggi lima ratus desibel. Kadang-kadang lebih tinggi daripada itu. Ok fine tak atu berapa desibel. Yang tau tinggi suara saja. Sebarang penjelasan tidak diterima malahan ubat juga diambil secara rampasan. Kadang-kadang boleh bertengkar dengan pesakit lain dan mengeluarkan perkataan seperti stupid.

3. Pesakit Angkuh

Jenis pesakit ini pula biasanya berketrampilan biasa-biasa sahaja. Tetapi sewaktu penjelasan tentang bagaimana ubat tersebut harus dimakan, dengan pantas menjawab 'Takpe saya dah 15 tahun amkan ubat ni. Sudah tahu semua'. Sekali, ada pulak dos yang dah dinaikkan. Kemudian pesakit ini akan berkata 'Eh dulu saya makan sebiji sahaja, kenapa sekarang 6 biji'. Nah lain kali jangan terlalu angkuh. Saya pun tak tahu kalau dos anda sudah dinaikkan atau diturunkan. Maka lain kali kita check bersama, ok?

4. Pesakit Datuk

Ini ada dua subkategori. Yang pertama pesakit datuk yang berjalan membawak tongkat yang kebanyakannya mengambil ubat kencing manis, darah tinggi, jantung, mata dan tulang. Pesakit seperti ini biasanya tidak mendatangkan masalah cuma kadang-kadang meminta bekalan sebanyak 2 bulan ketika ubat sudah mahu didispens.

Subkategori kedua ialah pesakit datuk kerana anugerah. Oh. Jenis ubat-ubatan pesakit ini sama seperti pesakit datuk subkategori pertama, cuma biasanya, ubat mereka lebih canggih masuk kategori special request item, bukan standard drugs. Pesakit jenis ini kadang-kadang menimbulkan kejelekan kepada saya. Sebagai contoh, pesakit kerap kali memberitahu beliau Yang Berhormat kawasan X, dan bertanya adakah ubat yang diambil di hospital swasta boleh diambil bersama dengan ubat yang diambil di hospital kerajaan (ubat-ubat yang sama). Oh. Jelek ok. First, tak perlu beritahu anda adalah yang berhormat hanya untuk bertanya soalan. Kalau anda adalah bobohizan pun saya akan jawab soalan anda. Tiada diskriminasi jawatan. Kedua, dah review dengan hospital swasta, yang pergi review dekat government buat apa. Dah tu siap bawak prescription dari private hospital supaya doktor prescribe ubat yang sama jugak di government. Oh.

5. Pesakit Bijak Mengalahkan Doktor

Jenis pesakit ini adalah mereka yang sering tidak hadir temujanji, tapi tiba-tiba bila ubat habis dan prescription sudah expired, mereka suruh doktor tulis ubat yang sama tanpa follow up kes mereka. Bijak, bukan?

6. Pesakit Kaya

Kaya kerana keramahan. Kaya dengan senyuman. Kaya dengan ubat. Kaya dengan kayap. Ok. Ok yang last sekali itu tipu saja. Pesakit jenis ini dipercayai menjadi penawar kepada keletihan akibat menghadap pesakit kategori kedua. Namun begitu pesakit ini boleh juga menjadi faktor penambah keletihan apabila terlalu banyak soalan di tanya seperti macam mana lovastatin bertindak dalam badan, apa beza dengan gemfibrozil, apa beza atorvastatin dengan lovastatin dan side effect paracetamol.

7. Pesakit Tak Kunjung Tiba

Pesakit seperti ini biasanya malas nak menunggu nombor mereka dipanggil Disebabkan mereka datang semasa peak hour, jadi ambil masa lah nak prepare ubat tu kan. Pulak tu ubat kau boleh cecah 10-15 items satu prescription. Berpeluh kot ketiak kitorang nak prepare ubat kau. Jadi pesakit jenis ini biasanya akan memberitahu bahawa nanti beliau akan datang balik, atau nama lainnya CBL. Nah. Cuba teka apa itu CBL?. Tetapi kadang-kadang pesakit ini terus tak datang untuk collect ubat mereka. Kemudian, terpaksalah kami keluarkan balik ubat-ubat tu daripada packing nya dan membungkus semula. Buat kerja banyak kali kan.

Jadi cukuplah setakat ini jenis-jenis pesakit yang berjaya saya klasifikasikan. Mintak maaf kepada pesakit yang telah saya jadikan sempadan dan tauladan di sini. Sekian.

p/s: Anda pesakit kategori apa?

Tuesday, July 20, 2010

Kerana pulut santan binasa

Hari tu saya nampak staff tempat saya makan kuih buah melaka. Pada waktu sarapan. Pelik kan. Macam tak sesuai. Habis bila pulak masa yang sesuai? Masa perut lapar. HAHA.

Baik. Semasa itu, saya melihat dia makan macam berselera betul lah buah melaka tersebut. Atau nama lain kat sini puteri mandi. Macam tak sesuai kan nama tersebut. HAHA. Tengok dia makan, macam satu kenikmatan. Sampai sekarang saya masih teringat scene beliau menggigit buah melaka tersebut. Rewind dengan gerak perlahan pulak tu. Nah. Menggoda. Disebabkan bulan puasa lambat lagi, jadi tiba-tiba rasa macam ting! baik aku masak sendiri.

Terus ajak suami pergi beli belah dekat supermarket dengan harapan menggunung untuk masak buah melaka alah senang je tu.

Sekali sampai supermarket tu, tengok-tengok takde jual tepung pulut pun. Nak carik kelapa parut pun tak tahu kat mana. Apa lagi nak carik kelapa putih. Serius. Rasa nak nangis. Sampai sekarang masih terbayang-bayang buah melaka kena gigit versei gerak perlahan.

ps: Harap-harap emak membaca blog saya. HAHA.
ps2: Sudah. Jangan fikir bukan-bukan. Tiada kaitan dengan orang ketiga yang belum hadir.
ps3: Tak perlu gambar di sini. Kalau tak kenal, pergi google sendiri. Kalau letak gambar, dikhuatiri keyboard laptop dicemari saliva.



Sunday, July 18, 2010

Senangnya hati!

2 hari lepas, (eh apasal asik cerita perkara 2 hari lepas je nih?), walaupun dengan hati berat, saya gagahkan jugak menuju ke pusat pengambilan darah. Haip haip. Jangan fikir bukan-bukan. Saya pergi semata-mata hanya kesedaran diri untuk memeriksa kesihatan badan sahaja. Ditambah pulak dengan cabaran kawan sekerja yang asyik mengatakan cholesterol level saya mesti tinggi tak payah buat test pun dah tau. Cis.

Nah. Tercabar bukan. Terus puasa dan pagi-pagi pergi mengecohkan pusat pengambilan darah bersama staff yang kecoh jugak. Maka kecoh betul kejadian tersebut. Wah. Ini adalah pengalaman pertama mengambil darah. Selama ni cuma dengar dan tengok. Kali ini saya pula memberi spesimen. Nah. Berdebar bukan main. Dalam hati tu macam-macam fikir.

Agaknya orang tu professional ke baru masuk kerja?
Pandai ke dia carik vein yang sesuai?
Kalau sekali cucuk tak masuk vein, masuk tempat lain, kena cucuk lagi nanti macam mana?
Kalau dia tak jumpa vein pastu cakap lain kali banyak sikit exercise eh kak macma mana. Kan dah malu setaman.

Eh. Memang banyak lah persoalan bermain dekat hati. Eh fikiran pun berfikir jugak. Bila nombor dipanggil terus rasa macam nak berdebar bukan main. HAHA. Tapi muka mesti maintain macho. Habis ada duo orang rakan sekerja jugak di situ. Takkan nak tunjuk muka cuak kan. Macho mesti ada. HAHAHA.

Bila masuk bilik tersebut, bila staff tu start ikat lengan, hati masih takut cuak cuak ayam. Kaki dah start gigil-gigil sikit. Sempat lagi tengok dia label tiub untuk spesimen. 2 tiub. Makaih. Banyak lah pulak. Dah terus pandang depan taknak tengok. Tapi lepas tu jeling lagi. Tengok dia tengah pasang needle kat syringe. Haih. Debar bukan main main lagi. Lebih debar daripada hendak dinikahkan. Eh tak tak. Itu tetap debar nombor satu. HAHAHA.

Dalam tak sedar, saya menggenggam bantal kecil yang dia suruh konon-konon pam supaya darah senang mengalir tu, dengan kuat sampai kuat habis yang boleh jari buat. Sampai dia suruh lepaskan pun tak mahu lepas dah. Cuak habis lah tu. Lepas kejadian tersebut, rasa lengan macam lenguh-lenguh pulak.

Petang dapat result. Oh ini pun bikin cuak-cuak ayam okeh. Berdebar nak tahu cholesterol level. Yang lain tu tak penting sangat. HAHA. Everything is normal okeh. LALALALA. Terus ajak EF makan KFC esoknya. HAHAHAhampeh betul.


p/s: Syafiq, mesti kau nak tengok result aku kan. Meh meh tengok lah. HAHA.


Wednesday, July 14, 2010

Kadang-kadang best.

2 hari lepas, saya berkerja extended hours (2.30 pm hingga 10.30 pm). Oh. Memang rasa nak menangis hari itu. Dahlah pertama kali bekerja sebegitu. Sebelum ni asyik gelakkan Ckin dan Widie sebab diorang kerja waktu pelik-pelik ketika serotonin memuncak. Nah. Kan dah kena sekarang. Nasib baiklah sebulan skali sahaja.

Oh. Sebenarnya saya ingin bercerita tentang hari tersebut. Niat di hati nak bangun lewat pagi tersebut. Faham sahaja lah. Bukan selalu mendapat peluang tersebut. Lagipun, malam sebelumnya saya ambil EF di airport, jadi sampai rumah lebih kurang pukul 1. Namun, pagi tu secara tiba-tiba mata terbukak sendiri pukul 6 pagi. Jadi terkubur impian nak bangun lambat. HAHA.

Oh. Selepas menghantar EF ke pejabat (hantar dengan pandangan sahaja HAHA), saya membuat kerja rumah sikit dan kemudian masak sikit jugak. Lepas siap masak saya bagitahu EF untuk balik makan I dah penat masak ni.

Kemudian, saya terfikir. Oh best jugak macam ni tak payah pergi kerja, duduk rumah bagi suami makan. Eh. Best okey. Ada sesiapa nak hire saya bekerja dari rumah denagn gaji yang sama saya dapat sekarang? HAHA. Mimpi lah kau.




Monday, July 12, 2010

Fact(s)

1. Terkenal sebagai senang menangis. Segala apa semua nak nangis. Ayah marah adik, saya yang nangis, emak cakap kalau jatuh cepat-cepat pergi urut pun nangis, lipat baju Mamat lepas dia lapor diri kat KKBN pun nangis, dekat KLIA nangis-nangis dengan uda dan along, kalau EF outstation, first day dia call mesti akan nangis-nangis macam kena tinggal 2 tahun. HAHAHA. Tapi yang ajaib, masa nikah tak menangis. HAHA.

2. Asal dari Johor. Emak ayah adik along uda pun semua asal dari Johor. Tapi tak pandai masak laksa Johor.

3. Tahun pertama percintaan dengan EF, berat badan naik 17 kg. Syabas, Fitri.

4. Semasa dispense ubat, kalau tangan terkena pesakit, confirm lepas tu terus bangun cuci tangan. Tak kira lah tengah peak hour ke ape. Memang geli.

5. Selepas kahwin, tak pernah kisah pasal kereta comot ke, tayar tak cukup angin ke, servis kereta ke, road tax mati ke. Semua serahkan pada EF untuk Viva Espana dan ayah untuk kenariku.

6. Dulu selalu survey baju la kasut la apa la. Sekarang asyik survey sofa la, dining set la, bar chair la, kipas la, lampu la. Haih. Priority dah berubah. Tua sudah.

7. Pernah jadik best student physics masa kat MRSM. Tapi hakikatnya, physics is not my fav subject. Dan tak faham konsep dia. HAHA. Masa tu hafal je segala formula yang ada dalam buku.

8. Taknak balik ke Matriks Perak walaupun gagang panggil sirih balik. Tak mungkin. Nehi. I takut dengan Charlie!

9. Suka tengok cerita horror. Tapi nanti malam teringat-ingat pastu takut nak pergi tandas. HAHAHA. Loser betul aku ni.

10. Masa kecik dulu umur 5 tahun, masa tu dalam kereta, lalu depan rumah orang tua-tua, terus cakap dengan ayah 'Ayah, nanti ayah dah tua angah hantar ayah pergi sini eh'. Sampai sekarang ayah mesti ungkit hal ni. HAHA. 5 tahun weh. Mana tau rumah orang tua-tua tu untuk yang anak dah tak sayang. Ingatkan memang bila dah tua kena masuk rumah tua. Buat malu aku saja. HAHAHA.

11. Satu-satunya negeri belum dijejaki dalam Malaysia ialah Sarawak. Fitri, take note please! Hehe.

12. Ribena mobile peach, indomie kari kapitan dan dahfa. Memang tiada tandingan.

13. Honeymoon? Belum lagi. HAHA.


Ok dah. Nanti sambung.


Sunday, July 11, 2010

He is coming back

Ok. Cepat-cepat kemas rumah.
Cepat-cepat sapu dan mop lantai.
Cepat-cepat ganti cadar.
Cepat-cepat gosok baju.
Cepat-cepat simpan rahsia.


Eh eh. Surya kemas rumah? Pelik kan. Pelik kan. HAHAHAHA. Nih masih sakit hati namanya.



Plastik 2

Situasi 1

SR: Ok. Itu je makcik. Bulan depan datang ambil ubat lagi.
Makcik: ~mengeluarkan plastik dari dalam handbag~
SR: Terima kasih makcik bawak plastik sendiri
Makcik: Sekarang mana-mana pergi tidak kasi plastik lagi. Jadi saya bawak sendiri.
SR: Senyum


Situasi 2:

SR: Pakcik ada bawa bahai (plastik)?
Pakcik: Ada. Bulan lalu kamu orang sudah bagitahu kena bawa bahai sendiri.
SR: Terima kasih pakcik.
Pakcik: ~meneruskan cerita bahai dan recycle~


Situasi 3:

Encik: Miss, ada bakul(plastik)kah?
SR: Encik, muatkah masuk dalam beg encik (sambil menunjuk kepada backpack yang beliau pakai. Ubat pun cuma 2 jenis je. Dalam envelope je pulak tu) Kita mahu kurangkan guna plastik sekarang encik.
Encik: Bha. (Sambil berlalu membawa muka malu-malu ayam)


Situasi 4:

Melihat ubat makcik itu yang terlalu banyak dan tiada tanda dia membawa plastik sendiri, lalu

SR: Makcik mahu tempat (plastik) kah?
Makcik: Ndak apa. Aku simpan sini saja (merujuk kepada handbag beliau)
SR: Terima kasih makcik
Makcik: Aku lupa bawa tempat bha ini hari.
SR: Saya bagi satu la. Tapi nanti lain kali makcik bawak ye.
Makcik: Ndak apa. Aku yang lupa bawa. Salah aku.
SR: Melihat makcik itu memasukkan semua ubat ke dalam bag sehingga berjaya.



Terima kasih kepada mereka yang memahami.



Saturday, July 10, 2010

Kau buat kelakar ke?

Seorang kawan berjantina lelaki yang baru berkahwin barang 2, 3 minggu bertanya kepada saya.

Lelaki itu: Eh Surya, kau balik kerja masak tak kat rumah?

Saya pulak menjawab dengan jujur.

SR: Kadang-kadang aku masak. Kalau Fitri ajak makan luar, aku tak masak. Kalau aku sakit kepala, sakit perut, aku tak masak. Kalau Fitri masih kenyang aku tak masak.

Lelaki itu: Eh, apa punya isteri lah kau ni. Isteri aku setiap hari masak. Tengah hari pun aku balik rumah makan ape dia masak.

SR: Ooh. (Sambil gelak-gelak ayam)

Lelaki itu: Kau kemas rumah setiap hari ke?

Sekali lagi dengan jujur. Walaupun begitu dah mula rasa malas nak menjawab.

SR: Fitri yang kemas rumah. Aku...(terus dipotong oleh lelaki itu)

Lelaki itu: Eh teruknya kau ni. Apasal pulak Fitri yang kemas rumah. Isteri aku tiap-tiap hari sapu lantai, mop lantai bla bla bla. Aku tak payah buat pape pun.

SR: Angkat kening.





Kau memang buat kelakar. Sibuk sangat nak compare bagai. Nak puji isteri pun tengok tempat hokey. Isteri engkau tu tak kerja. 24 jam duduk rumah. Dah tentu lah semua urusan rumah ditanggung beres. Kalau dia tak buat memang wajar lah disebut teruk. Nak sangat compare dengan aku? Meh. Tanya lagi soalan kau? Apa lagi nak tahu. Aku basuh tandas tak? Aku kenal sayur tak? Aku pandai potong ayam tak? Nanti aku jawab semuanbya tak. Kasik chance kau up kan isteri kau lagi.





Loser. Nak compare, pergi lah compare dengan yang setaraf. Yang sama-sama fulltime housewife. Lepas tu jangan mengeluh depan aku duit tak cukup nak beli peti sejuk la nak beli tv lah nak beli hampagas la nak bayar sewa rumah la nak bayar kereta la nak bagi emak la. Sendiri jaga rumah masing-masing.





Hahahaha. Man, you are loser.





Thursday, July 8, 2010

Plastik

Situasi 1

SR: Pakcik, nanti lain kali datang recycle plastik ni ye. Kita tak bagi plastik lagi lepas ni.
Pakcik: Kenapa pula? Ini negeri kaya bha. Banyak duit buat beli plastik.


Situasi 2

SR: Pakcik, nanti lain kali datang, recycle plastik ni ye. Kita mahu kurangkan guna plastik sekarang.
Pakcik: Ini kan harta kerajaan. Kenapa kamu tak mahu kasik pulak?


Situasi 3

SR: Makcik, nanti lain kali datang bawak plastik sendiri ye. Kita tak bagi plastik lagi lepas ni.
Makcik: Itu kan banyak lagi (sambil tunjuk plastik dalam laci saya). Kenapa tak mahu kasik pulak?


Situasi 4

Dalam satu supermarket, seorang lelaki kelihatan marah-marah apabila diberitahu perlu membayar 20 sen untuk sehelai plastik. Berhamburan kata kurang ajar diberikan kepada cashier.


Kesimpulan: Susah nak ubah kebiasaan. Tapi tak salah mencuba untuk kebaikan.



Monday, July 5, 2010

Demam

Hari tu, sebab tak dapat tengok F1 kerana tiket di pos ke Sabah, terus terdemam selama satu malam.


Hari tu jugak, sebab Argentina kalah 4-0 kepada Germany, terus terdeamm satu petang.



Fitri, Fitri.



Friday, July 2, 2010

Its you

I don't need flowers to fall in love with you.
With your jokes, and your giggle, and your attention, I melt for the thousands time.
If and only if I could go back to the time where we were 11,
I would ask that Surya to not wasting any time,
and just waiting for the time.
I nagged at you when you watched football all the night
But when you were not around, I watch it, as it brings you closer to me.
Oh, I know that I'm being fussy
But then, you will always layan me
I know that I'm asking you to do some house chores
But you helped me more than I'm asking to
I lay down here all alone and realized that you are my sunshine, my only sunshine.
You're 24 today.
And my heart will always be with you for the next 24^n years.




Oh, why so jiwang ni?