Hello!!!

Wednesday, July 14, 2010

Kadang-kadang best.

2 hari lepas, saya berkerja extended hours (2.30 pm hingga 10.30 pm). Oh. Memang rasa nak menangis hari itu. Dahlah pertama kali bekerja sebegitu. Sebelum ni asyik gelakkan Ckin dan Widie sebab diorang kerja waktu pelik-pelik ketika serotonin memuncak. Nah. Kan dah kena sekarang. Nasib baiklah sebulan skali sahaja.

Oh. Sebenarnya saya ingin bercerita tentang hari tersebut. Niat di hati nak bangun lewat pagi tersebut. Faham sahaja lah. Bukan selalu mendapat peluang tersebut. Lagipun, malam sebelumnya saya ambil EF di airport, jadi sampai rumah lebih kurang pukul 1. Namun, pagi tu secara tiba-tiba mata terbukak sendiri pukul 6 pagi. Jadi terkubur impian nak bangun lambat. HAHA.

Oh. Selepas menghantar EF ke pejabat (hantar dengan pandangan sahaja HAHA), saya membuat kerja rumah sikit dan kemudian masak sikit jugak. Lepas siap masak saya bagitahu EF untuk balik makan I dah penat masak ni.

Kemudian, saya terfikir. Oh best jugak macam ni tak payah pergi kerja, duduk rumah bagi suami makan. Eh. Best okey. Ada sesiapa nak hire saya bekerja dari rumah denagn gaji yang sama saya dapat sekarang? HAHA. Mimpi lah kau.




3 Words from you:

Tapak Kaki said...

rasanya kalau jual kueh kat rumah secara borong mungkin untung lebih kurang sama dengan gaji sekarang.. cuba try test tengok..heehe

hEarTLeSs said...

weh aku tag ko hehe sayemahuhidupgembira

SuryaRahman said...

LK: haha. kuih eh. fikir dulu sebelum buang. haha.

ziha: akan ku gagahkan diri membuat tag tersebut. yang munir tag pun belum buat. haha.