Hello!!!

Saturday, October 13, 2012

18 months Irfan and ....

Minggu lepas Irfan genap 18 bulan. Sudah mendapat dos terakhir imunisasi DTAP yang mana adalah sangat susah untuk mencucuknya. Oh. Irfan yang sekarang ni adalah sangat ligat lasak buas dan ganas. Jangan kata berlari, menendang pun boleh tahan. Salah kan ayah Irfan sebab dah ajar Irfan tendang bola sejak dia belajar berdiri.

Irfan sekarang ni minum susu formula.100% susu formula. Ye. Saya rasa loser sebagai ibu terpaksa memberhentikan penyusuan susu ibu. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan yang akan diceritakan sebentar lagi, maka saya redha. Memang rasa terkilan sebab tak dapat teruskan hingga 2 tahun. Tetapi bila menoleh ke belakang, saya dah susukan dia for a good 17bulan, maka saya dapat menarik nafas lega sedikit.

Tetapi cabaran baru yang muncul adalah bila pukul 2,3 pagi kena bangun pergu dapur buat susu. Oh yang ni memang cabaran besar. Sebelum bi ca selak dan sumbat. Sekarang ni, bangun, masak air, test suhu air, masuk susu, goncang, bagi Irfan, tunggu sampai dia habis susu, then baru boleh sambung tidur. Kau tengok di situ. Betapa perbezaan ketara antara breastfeed dan bottle feed.

Irfan sekarang pandai ambik hati mummy die. Kalau mummy baring, nanti dia pun baring sebelah peluk-peluk mummy. Kalau mummy nangis nanti die datang kat mummy tengok je muka mummy pastu senyum-senyum. Kalau mummy dengan ayah peluk-peluk ke baring sama ke nanti die pun senyum-senyum pastu sibuk datang dekat.

Kalau mummy masak nanti die sibuk mintak dukung nak tengok apa yang kita masak. Kalau menyapu, die pun nak menyapu. Irfan dalam fasa meniru apa yang orang buat. Kalau ayah main tepuk perut, nanti die pun datang tepuk perut sekali. Tengok orang makan jemput-jemput cicah sos, nanti die pun sibuk cicah sos jugak. Nampak orang makan guna sudu garfu, die pun nak sudu garfu jugak.

Vocab Irfan agak terhad kepada ayah mama abah kakak tak nah. Selain daripada tu, Irfan tak banyak menzahirkan perkataan yang boleh difahami manusia lain. Dalam kata lain banyak cakap bahasa sendiri. Ye, saya tahu dia lambat cakap. Tak payah ulang banyak kali.

Oh, berita baik yang perlu dikongsi. I am 20 weeks pregnant! Ye, Irfan akan jadi abang dalam masa 20 minggu lagi. Secara jujurnya, ini adalah di luar jangkaan dan perancangan saya. Masih ingat saya MC panjang bulan puasa lalu? Itu adalah kerana saya bleeding yang bertambah teruk apabila bergerak. I was having menses on june,28th, but it was a bit different from usual menses and it has been there for about a month before i devide to consult doctor. Doktor advice untuk buat upt which turned up positive. Yes, unexpected positive! At least for me. It is a shocking news for me. Masa tahu tu dah hampir 9weeks.

So the doctor diagnosed me with threatened abortion. Treated with duphaston 1/1 bd and RIB (rest in bed). And i was also adviced to stop breastfeed Irfan. Guess what, despite of the treatment, masih bleeding jugak. Then i head to Puteri for a second opinion, which is also the same. So i was on MC since 19th July until 10th august. I was back to work a week before raya which turned up as the laziest and bluesiest week for me.

Secara jujurnya, pada mulanya saya seakan tak boleb terima saya pregnant lagi kerana pada pendapat saya anak saya masih kecil. Dalam perancangan saya, biarlah Irfan dah berumur 2,3 tahun barulah saya mengandung lagi. Saya rasa bersalah pada Irfan kerana tak dapat menyusukan dia sampai 2 tahun. Saya rasa bersalah pada lil baby sebab saya tak sedar kehadiran dia lebih awal. Saya rasa fizikal dan mental saya belum bersedia untuk new baby. Saya rasa keadaan ekonomi keluarga saya pun tak berapa stabil lagi untuk menambah ahli keluarga.

Tapi kuasa Tuhan adalah sangat besar. Tak terlawan. Pujukan suami dan gerakan lil baby melalui scan melembutkan hati saya. Meyakinkan saya ini adalah rezeki aku. Di saat ada rakan kenalan yang berusaha bertahun tahun untuk mendapatkan rezeki ini, tapi Tuhan beri kepada saya rezeki ini. Maka saya sedar sesuatu yang saya terlupa. Kuasa Tuhan dalam menentukan qada qadar hambaNya.

Nah. Sekarang ini sudah masuk minggu ke 20. Sudah separuh perjalanan. Saya dijangka akan melahirkan pada 26hb Feb. Mengandung yang kali ini agak berbeza daripada yang dulu. Kali ini saya agak lembik. Terutama awal kehamilan. Selalu pitam (mungkin kerana bleeding atau puasa). Sekarang ni kerap sakit pinggang. Hampir setiap hari. Kadang-kadang bila berjalan terasa tulang dan tulang berlaga. Haha. Sudah macam orang tua pulak. Alhamdulillah, kali ini mengandung ada teman. Tak berseorangan macam dulu. Ada suami, ada anak. Sangat bersyukur.

Jadi, mohon anda semua mendoakan yang terbaik buat keluarga saya. Amin.