Hello!!!

Sunday, July 11, 2010

Plastik 2

Situasi 1

SR: Ok. Itu je makcik. Bulan depan datang ambil ubat lagi.
Makcik: ~mengeluarkan plastik dari dalam handbag~
SR: Terima kasih makcik bawak plastik sendiri
Makcik: Sekarang mana-mana pergi tidak kasi plastik lagi. Jadi saya bawak sendiri.
SR: Senyum


Situasi 2:

SR: Pakcik ada bawa bahai (plastik)?
Pakcik: Ada. Bulan lalu kamu orang sudah bagitahu kena bawa bahai sendiri.
SR: Terima kasih pakcik.
Pakcik: ~meneruskan cerita bahai dan recycle~


Situasi 3:

Encik: Miss, ada bakul(plastik)kah?
SR: Encik, muatkah masuk dalam beg encik (sambil menunjuk kepada backpack yang beliau pakai. Ubat pun cuma 2 jenis je. Dalam envelope je pulak tu) Kita mahu kurangkan guna plastik sekarang encik.
Encik: Bha. (Sambil berlalu membawa muka malu-malu ayam)


Situasi 4:

Melihat ubat makcik itu yang terlalu banyak dan tiada tanda dia membawa plastik sendiri, lalu

SR: Makcik mahu tempat (plastik) kah?
Makcik: Ndak apa. Aku simpan sini saja (merujuk kepada handbag beliau)
SR: Terima kasih makcik
Makcik: Aku lupa bawa tempat bha ini hari.
SR: Saya bagi satu la. Tapi nanti lain kali makcik bawak ye.
Makcik: Ndak apa. Aku yang lupa bawa. Salah aku.
SR: Melihat makcik itu memasukkan semua ubat ke dalam bag sehingga berjaya.



Terima kasih kepada mereka yang memahami.



2 Words from you:

Unknown said...

makcik ke 4 terbaek!! haha teruskan usaha anda

SuryaRahman said...

Makcik dari kampung lebih memahami daripada makcik dari bandar.

Yeah. I'm not a plastic bag!