Hello!!!

Friday, December 10, 2010

Boleh fikir guna kewarasan akal tak?

Beberapa hari lepas (ok, sebenarnya beberapa minggu lepas) saya terdengar di radio perbualan antara sepasang juruhebah dan seorang pendengar wanita. Entahlah topik apa yang diperkatakan. Apa yang saya dengar tu cuma sedutan daripada siaran pagi tersebut (ketika itu waktu petang). Antara yang dibualkan:

Pendengar: Saya tengah runsing ni. Boss saya asyik ajak saya keluar je.
Juruhebah: Boss awak tu suka awak kot.
Pendengar: Memang pun. Dia dah ajak saya kahwin.
Juruhebah: Ok lah tu. Apa awak tunggu lagi?
Pendengar: Saya memang ok. Tapi masalahnya dia takut nak bagitahu isteri dia.
Juruhebah: Eh awak ni tak takut ke dipanggil perampas?
Pendengar: Eh. Tolong sikit eh. Saya bukan rampas. Kalau rampas tu, ambik bawak lari. Ni sharing eh. Sharing is caring.


Okey. Kau salah konsep kat situ. Sharing is caring, but not this type of sharing. Syuuhh jauh jauh.


Lagi satu. Beberapa hari lepas (yang ni memang beberapa hari lepas), saya terdengar di radio jugak. Tentang pengakuan seorang wanita yang sudah bersuami. Wanita tersebut mendakwa semua teman di facebooknya adalah lelaki. Dia lebih suka berkawan dengan lelaki daripada perempuan. Terutama yang boleh melayan dia (Ok saya tak tau apa maksud dia dengan melayan tu. Scary kot). Bila juruhebah bertanya, suami dia tahu tak kegiatan dia ni. Dia menjawab, suami dia tak tahu. Pernah jugak keluar bersama kawan facebook dia (LELAKI) setelah asyik berbalas komen di facebook.


Nak pengsan saya dengar kisah mereka ini.



p/s: I warned you.

This man is mine!


p/s 2: Selalu emosional kebelakangan ini. Eh, bukan memang selalu emosional ke? HAHA.


-Surya Rahman-

2 Words from you:

Tapak Kaki said...

that man is mine tu..wakakaka..

hEarTLeSs said...

aku dgr gak psl tu..ngok ngek tol mereka2 itu