Hello!!!

Tuesday, December 7, 2010

Cubaan kali keempat

Ini adalah cubaan kali keempat untuk menulis entry bagi hari ini. Daripada pagi lagi, bila tulis separuh jalan je, rasa macam 'Eh takde mood nak sambung tulis. Tak payah lah publish.' Memang loser kan.

Hari ini permulaan tahun baru untuk umat Islam. Tahun baru, azam pun pasti kena baru kan. Masalahnya, azam tahun lepas dah tercapai ke? Kalau tak tercapai tak kisahlah. Sambung lagi lah untuk azam tahun ni. Azam tu kira macam target kita jugak. Kalau tercapai, tahniah kepada diri sendiri. Kalau tak tercapai, lu pikirlah sendiri kan apa sebabnya. Contoh lah. Azam tahun ni kau nak kurus 20 kg daripada tahun lepas. Tapi kau pergi makan macam seminggu tak jumpa nasi. Macam mana azam kau nak tercapai. Cakap tak serupa bikin. Eh eh. Macam cakap depan cermin pulak. HAHAHAHA.

Baiklah, hari ni saya nak mengketengahkan beberapa perkara yang menarik perhatian saya baru-baru ini (atau dah lama, tapi baru nak cerita).

1. Teman kamu bercerita tentang duit simpanannya

Ceh. Ayat tak boleh blah. Macam dalam majalah Remaja pulak. Okey okey dah. Teman kamu itu berdegar degar menceritakan duit simpanannya. Khabarnya sebulan boleh menyimpan Rm1k ++. Siap perli orang lain lagi (yang berjawatan sama dengannya) 'Macam mane lah kau manage duit kau sampai sebulan nak simpan 2,3 ratus pun susah. Aku boleh simpan sampai RM1500 sebulan.' Waahhh. Meh sini aku jawabkan.

Kalau makan, kereta, bil-bil, minyak, entertainment masih mak ayah tanggung lagi, tak payah kata RM1500, RM3000 pun aku boleh simpan setiap bulan.
Mind your words. Kesian kot kat kawan yang diperli oleh kau tu. Dahlah tinggal kat kawasan segitiga emas, minyak, tol, parking, tak payah cakap la. Tanggung adik sekolah lagi. Simpan duit nak kahwin lagi. Kau pulak tinggal kat tempat yang masih boleh jumpe nasi lemak harga lima posen. Nak perli pun tengok sekeliling beb. Makan hati kot kawan tu. Kau dapat saving berapa banyak pun sebulan, zakat ada bayar tak?

2. Seseorang yang kamu kenali meminta bersubahat

Okey. Seseorang yang kamu kenali bersifat beliaulah paling mulia dan menurut ajaran agama dengan sebaiknya (read: tazkirah percuma akan diberikan si dia kalau ada sesuatu tak kena). Satu hari, kamu terjumpa si dia menaiki motosikal bersama boyfriendnya. Sambil lalu di hadapan kamu, sambil itu si dia meletakkan jari di mulutnya, sebagai tanda 'Kalau mak bapak aku tahu, aku jolok mulut kau'. Ok. Ok. Itu macam kasar sangat. Maksud lain ialah 'Shut up.' Okey. Mind your own ass la kalau kantoi ngan mak ayah kau.

3. Teman seusia kamu menggunakan gaya bahasa kanak-kanak riang

Okey. Gaya bahasa kanak-kanak adalah seperti:

ItEw - Itu
Tyt0 - Tidur
CaMAt - Selamat
0t - Kot
Sekadar memberi beberapa contoh. Yang lain saya tak tahu apa maksud nya.

Tolong lah weh. Kau hantar SMS kat aku macam ni, sah-sah lah aku reply ' Bahasa sanskrit mana kau belajar ni. Aku tak paham kot ape kau cakap'. Serius. Kenapa ada yang sanggup guna huruf kecik dan besar secara selang seli? Tak kisah la kat email ke SMS ke. Tak ke itu lebih menyusahkan? Kau cuba terangkan kat aku sini.



Ok dah. EF suruh saya masuk tidur.


-Surya Rahman-

6 Words from you:

azwan said...

apew la awkak niew..ta sporting langsung...kahkahkah..aku suka no.3..gewli auu...haha

hEarTLeSs said...

hahahaha no 3 plg best tu aku anggap bdk kurang upaya pny bhs kih3 tp no 1 tu aku dah bese dah kene perli bese la org terlebih duit ni takde ape yg nak dilaburkan so labur la kt mulut

SuryaRahman said...

wan: ni la dia contoh Teman Seusia menggunakan gaya bahasa kanak-kanak riang. TOLONGLAH weh geli gila okeh. Nak je aku hantar kau pergi menuntut ngan CIkgu Haida balik. HAHA.

ziha: mulut memang tak berinsurans kan.lempang sedas baru tau.Suka hati lah nak simpan berapa banyak sebulan. HAHA.

hEarTLeSs said...

haha i likeeee

Tapak Kaki said...

kalau dapat turunkan 20kg, kompem leh jadi juara the biggest loser asia..haha

hazwanali said...

i loole this entry..kalo yg no 1 tu, aku pun sama kot..nk simpan byk tak boleh sbb semua kene tanggung sdr kot..

yg no 3 tu..tu mmg xblh terima..eloknya bagi tumit ni kat biji mata dia..serius aku takkan baca tulisan org paleolitik mcm tu..