Hello!!!

Wednesday, December 8, 2010

Dengan Hanya RM1

Berada dalam bidang kesihatan yang berkaitan dengan orang awam, saya banyak menyaksikan berbagai jenis ragam manusia. Saya pernah mengkategorikan jenis-jenis pesakit seperti dalam entry ini. Tapi hari ini saya taknak cerita tentang jenis pesakit. Saya nak cerita susah payah kehidupan sebagai pendispens.

Berdepan dengan berbagai jenis ragam manusia sepanjang hari, kadang-kadang saya mudah menaik angin. Belum pun pukul 8 pagi, dah ada yang mengutuk mengata. Macam-macam lah yang cuba dicarik kesalahannya. 'Datang awal tu bukak je lah. Nak duduk-duduk lagi. Nanti kau bagi ubat, duduk jugak sepanjang hari'. Mulut sedap mengata. Nak je aku tarik dia masuk dalam kau buat kerja aku, aku tolong kau ambikkan ubat kau.

Belum lagi yang nampak saya bercakap menggunakan handphone. Memang lagi panjang lah dia punya mengata. Tak tau pulak saya tengah adjust dengan klinik lain nak pinjam ubat sebab ubat klinik sendiri dah habis.

Belum lagi yang lebih bijak daripada doktor. 'Saya dah suruh dia tulis ubat mata. Kenapa takde bagi?' Kau nampak ayat dia tu. Suruh doktor tulis. Tak boleh tahan. Bijak yang amat.

Belum lagi yang berdegil umur anak baru setahun habis semua ubat dia nak padahal ubat tu tak elok untuk bayi.

Belum lagi yang mengamuk ubat takde stok, kita supply untuk sepuluh hari je. Dia punya mengamuk naik angin, mengalahkan lembu yang huuf huuf kejar kain merah yang orang kibar tu (tak tau apa nama dia).

Belum lagi yang menaikkan suara sebab tak nak ikut prosedur. Tak nak ambik nombor. Kita tanya nama, dengan angkuh menjawab, 'Situ kan ada tulis. Tak reti baca?' Orang tanya ada sebab. Kenapa kau tak nak jawab? Tak ingat nama sendiri?

Belum lagi yang nak pergi luar negara, sibuk nak mintak ubat untuk 2 bulan. Bila kita cakap takde stok (read: klinik kesihatan hanya menyimpan stok untuk sebulan sahaja), dia punya melenting, macam nak pecah cermin penghadang depan kaunter tu. Kau ada duit nak pergi melancong, nak beli ubat takde duit ke?

Belum lagi yang warganegara asing (read: Indonesian) yang demand mengalahkan rakyat sendiri. Baru ambik ubat 2 hari, dah nak ambik ubat lagi untuk bulan depan punya. Alasan, nak balik Indon. Nanti takde ubat. Meruap-ruap hati aku ni. Pergi balik check kat negara kau lah.


Sudahlah. Hari ini memang emosional. Tapi sebagai kesimpulan, dengan hanya RM 1, kau dapat full package of treatment. Consultation, lab investigation, medication. Apa lagi yang kau nak? Kau bawak RM 1 pergi kedai runcit, dapat tak beli panadol sepapan? Kau bawak RM1 pergi klinik swasta, dapat ubat batuk selesema demam antibiotik tu?


p/s: Hargailah apa yang dah diberikan. Berapa banyak kerajaan dah spend budget untuk kesihatan, tapi berapa banyak yang faham tentang itu.
p/s 2: Ini tiada kaitan dengan politik.


-Surya Rahman-

6 Words from you:

Tapak Kaki said...

orang yang kibar kain merah tu nama dia metador..

"jadilah pesakit seperti ibu saya.. bila ada baki ubat yang tak habis, ibu saya hantar balik ke farmasi.."(testimoni puji mak sendiri ini boleh digunapakai dalam iklan kementerian kesihatan)

SuryaRahman said...

Hehe. Pulangkan lah ubat yang lebih. Mahal harga ubat-ubat tu.

hazwanali said...

betul tu..rm1 je pun.. kat sabah org takde pun sejahat macam ni..once in the blue moon je berlaku..kalo kat semananjung tu, almost everyday..serius nk cakap kat tepon pun rasa serba salah sebab pt pandang2, padahal cakap pasal kerja..

Norahsikin Mohd Saman said...

Setuju sesangat lah, kalo dah byr rm1 jgan lah nk demand macam dah bayar rm100 pulak...diorang ni byk sgt karenah, kat sini pun sama, wat sakit hati jep

hEarTLeSs said...

yeahhhh cek perut free jer tp cek kt panel swasta pon free gak tp aku ttp g klinik gomen apsal ek?

Syuhaida said...

weh, aku rase nk share je entry2 ko psl patient/ubat ni. hahaha