Hello!!!

Saturday, November 27, 2010

12 years.

Semalam, lunch break kan panjang. Jadi saya berhajat nak menghabiskan masa kat Jusco berdekatan. Sebelum habiskan masa, kena isi perut dulu baru lah larat nak angkat kaki mengelilingi Jusco. Entah kenapa semalam saya tergerak hati nak masuk ke dalam RasaMas yang asik sibuk promote Roaster Lada dia tu. Eh ye ke. Tak ingat lah apa nama promotion die tu.

Masa tengah menikmati makanan tengah hari secara loser (sebab makan sorang-sorang), ada dua orang makcik masuk dan duduk meja depan saya. Tak lah straight depan saya,ada sudut serong sikit. Lama saya perhatikan mereka. Dalam hati berulang kali saya cakap 'Macam familiar orang ni. Saudara aku ke?'. Tak lama lepas tu, ting!! Medulla oblongata saya dah dapat recall siapa mereka berdua.

Jadi selepas siap makan, saya menegur mereka. To my suprise, mereka masih kenal saya. Oh my. Tak payah kenalkan diri pun mereka dah kenal. Jadi, saya dijemput duduk bergosip bersama mereka. There goes my lunch break. Bergosip.

Saya rasa berbaloi dengan pertemuan tu, walaupun singkat. Tapi saya sedikit terkilan sebab mereka tak dijemput ke majlis perkahwinan saya, walaupun saya tak pernah lupakan mereka. Lost contact. lagipun dulu-dulu, manalah ada orang pakai handphone sangat.


Oh. Lupa nak bagitahu. Mereka adalah cikgu saya semasa sekolah rendah. 12 tahun kot tak berjumpa. Tapi kami masih kenal satu sama lain. ALhamdulillah atas pertemuan itu.




-Surya Rahman-

3 Words from you:

azwan said...

heyh,boleh aku tau sape yg ko jumpa tu?..tetiba excited baca 12tahun tu..haha...

SuryaRahman said...

hehe

cikgu haida dengan cikgu ponisah
macam2 dorang gosip.
penat ak dengar.

azwan said...

yoshhh..cikgu kesayangan..cikgu haida..haha..kim salam kat cikgu kalau jumpa lg yer..