Hello!!!

Monday, November 8, 2010

Minggu lalu saya...

Banyak perkara yang terjadi sepanjang minggu lalu. Being a leader for a well known 'more-than-1-hour-waiting-time' pharmacy is not an easy task. Menjawab, memberi alasan, menambah baik, Membetulkan, mengubah kebiasaan you name it. Semua kena buat. Walaupun saya selalu mengadu dengan EF betapa penatnya kerja sekarang tak macam dekat hospital dulu, tapi saya selalu memandang dari sudut positif. Hei, kau takkan dapat pengalaman ni kalau kau masih kat tempat lama. Cakap dengan diri sendiri. Penat, memang penat. Mengadu, tetap mengadu. Menangis, tetap menangis. Tapi, mengalah bukan saya. Err, macam bosan bukan perenggan ni.

Baiklah, cerita lain pulak. EF balik JB minggu lepas. Kemudian kami bertolak ke Port Klang. Err. Sekarang ni rasa macam semakin dimamah usia. Kalau dulu Klang-JB boleh bawak 4 jam tanpa henti. Sekarang ni, paling awal 6 jam kot. Berhenti untuk tidur. Haih. Nampak sangat dah tua. Itupun kira ok la berhjenti sekali je untuk tidur. Masa raya hari tu, berhenti 4 kali jugak lah. Klang-JB 12 jam. Memang tua.

Majlis Along dah selamat berlangsung. Walaupun penat, banyak buat kerja sampai sakit-sakit perut, tidur dalam aircond sampai sakit-sakit pinggang, tapi semuanya adalah berbaloi. Cuma terkilan sebab tak dapat tolong banyak. Baik dari segi kewangan mahupun tenaga. Harap-harap dimaafkan. Emm, rasa tak puas balik Klang kali ni. Mungkin sebab tak terasa masa berlalu. Sebab tu rasa tak puas. Tapi yang best sebab dapat makan Char Kuey Tiow pastu orang belanja sebab tak bawak dompet. HAHA. Terima kasih Mamat. Lain kali belanja lagi eh.

EF dah balik KK. Baru tadi hantar beliau pergi airport. Sekarang, kalau hantar EF ke airport macam dah boleh kawal perasaan. Takde buat adegan drama swasta kat situ. Tapi balik rumah nanti dah tinggal sorang mula lah buak aksi tangisan sebabak. Haih. Bilalah nak berubah.

Ok dah lah. Akhir kata Selamat Pengantin Baru untuk Along dan Eddy. Hadiah korang masih kat kedai. Nanti baru aku ambik. HEHE.


3 Words from you:

hEarTLeSs said...

ajim nanges x? mst die terasa sbb geng bas skolah die dah kawen sob3

SuryaRahman said...

beliau kan macho. mana aci nak nangis semua ni. gagah. hahaha. thanks eh untuk 'hadiah kawin' tu. macam yakin je ko kasik pink. hehe.

hEarTLeSs said...

erk haha aku nak kaler laen tp tu je yg comel n utk new born...yg len sume bsr heheh