Hello!!!

Wednesday, July 15, 2009

100 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Kahwin

Ini adalah senarai perkara yang ingin saya buat sebelum saya berkahwin. Senarai adalah mengikut kepentingan diri sendiri.

  1. Mengkuruskan bentuk badan. Ok jangan berangan lebih. Mesti tak tercapai akalku.
  2. Mendapatkan segulung ijazah berpatutan. Done. Tapi ijazah belum bergulung pasal belum konvo.
  3. Mengerjakan kerja yang berpatutan dengan ijazah belum digulung. Hampir ke situ.
  4. Bercuti serta berjinggo dan beronggeng dengan jayanya bersama kawan-kawan. Done. Last sekali ke Indonesia.
  5. Mendapatkan kaki cantik bebas dari alergi sepi. Err. Err.
  6. Memberi emak ayah duit daripada hasil peluh keringat petani sendiri. InsyaAllah tak lama lagi.
  7. Mencari kawan-kawan yang sudah lama tidak ketemuan seraya mencollect alamat terkini mereka. Err. Belum mula lagi.
  8. Memanjakan diri di spa macam best je bunyi die. Belum survey lagi. Siap rasa nak buat sendiri. HAHAHA.
  9. Merancang bachelorette party versi good girl punya. HAHA. Confirm tak buat.
  10. Membeli buku-buku panduan ke arah rumah tangga harmoni. HAHAHA. Ini kelakar. Tapi untuk ilmu kan. InsyaAllah nanti I beli.
  11. Menghabiskan sisa hidup sebagai anak dara bersama keluarga dan rakan-rakan. Sedang dilakukan.
  12. Belajar memasak sambal udang kaw Along kerana bakal suami *erk geli dengar* mensukai secara banyak. Sob. Sob. I rasa sambal udang I tak sedap. Nanti belajar.
  13. Membeli belah tanpa rasa bersalah. Dah kahwin nanti mesti kena dapatkan izin beliau sebelum pergi membazir. HAHA. Sedang dilakukan.
  14. Idea belum datang.
  15. Masih belum datang.



    Err. Rasa mahu tukar title entry ini kerana tidak berupaya mensenaraikan perkara yang saya ingin buat sebelum kahwin.HAHA.





0 Words from you: