Hello!!!

Monday, July 27, 2009

Pre Marital Course

Melihat tajuk saja sudah pasti anda tahu ke manakah saya menghilang 2 hari lepas. Ceh. Macamlah anda perasan saya hilang mahu membuat ayat sebegitu. KAHKAH.

2 hari yang indah permai saya habiskan dengan menuntut ilmu di Putrajaya. Rasa penat sangat duduk dalam bilik mendengar orang berceramah. Bukan penat mental. Tapi penat fizikal duduk dalam keadaan duduk. Rasanya sebab sudah lama meninggalkan alam pembelajaran dalam kelas. KAHKAH. Padahal baru 3 bulan saje.

Secara keseluruhannya, tiada pendapat saya hendak lontarkan. Namun, apa yang saya perhatikan, sikap segelintir peserta kursus yang bertindak biadab. Err. Tidak kisahlah siapa kamu di luar. Tetapi bagi saya itu majlis ilmu. Ilmu agama pulak tu. Janganlah dibuat seperti menonton konsert. Setiap kata-kata penceramah disambut dengan kata-kata tidak manis. Bukankah masing-masing bakal mendirikan masjid. Hormatilah rakan-rakan peserta lain.

Okay. Saya tidak menujukan pesanan ini kepada sesiapa. Saya mengingatkan diri saya sendiri sahaja. Saya juga banyak kekurangan. Malahan di majlis ilmu juga kadangkala saya melakukan kesilapan. Jikalau ada, tegurlah saya. Mungkin pada mulanya sentap. Tapi akal akan meredakan emosi setelah beberapa ketika.

Semasa kursus berlangsung, kerap juga apa yang dikatakan tukang bagi ceramah itu terkena pada hidung saya sendiri. Saya akui. Saya bukan jenis lemah lembut sopan santun gemalai macam jeli kelapa dalam bekas puding itu. Kalau saya berbuat demikian, mungkin anda semua boleh membuat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam meraikan kedatangan Surya The Lembutness. Oh. Pelis. Saya tidak betah orang memanggil saya Su. Kerana bagi saya Su itu terlalu lembut di pendengaran dan penglihatan. Oleh itu ia tidak sesuai dengan saya.

Selepas kursus ini, saya banyak membukak mata pada sesetengah perkara yang saya terlupa sebelum ini. Saya juga memikirkan sedalam-dalamnya apa yang Encik Fitri katakan ketika dalam perjalanan menghantar beliau ke airport. Saya juga mempikirkan bentuk penyelesaian yang sesuai. Tidak usahlah saya menceritakan apakah perkara-perkara ini. Belum pernah lagi saya mendedahkan perancangan, perbincangan kami di blog ini. Belum pernah lagi saya mengkeluarkan kenyataan mengaibkan kepada beliau. InsyaAllah tidak akan pernah. Kerana bagi saya itu adalah privasi kami. Belajarlah mensimpan rahsia.


Penat pula beremosi seperti di atas. Ok. Switch mood. HAHA. Ini saya kongsikan sedikit cerita yang disampaikan ketika kursus.


Dalam sebuah kampung tinggallah seorang penternak tua bersama anaknya. Penternak itu tidaklah berapa tua sebenarnya. Hanya beberapa helai rambut hitam di kepalanya. Yang lain sudah bertukar putih. Penternak ini menternak 500 ekor babi. Wah. Kaya nampaknya penternak ini. Kalau seekor babi sudah berharga RM500. Kalau dijual semua. Wah. Ana kaya! Okay. Harga adalah anganan kosong. Penulis tidak tahu harga sebenar. Begitu juga pencerita.

Babi-babi beliau adalah sangat gemuk. Sudah tentulah mereka ini makan banyak kan. Tengok sahaja bentuk badan tidak berbentuk itu. HAHA. Dan oleh demikian, maka tentulah banyak hasil domestik yang dikeluarkan oleh babi-babi tersebut. Penternak ini pula terpikir: "Eh, banyak nya mereka berak. Boleh dijadikan baja ni. Rugi aku kalau dibuang sahaja najis mereka ini". Lantas keluarlah mentol di kepala penternak itu mentandakan beliau sudah mendapat idea. Wink Wink.

Lalu penternak itu pun mentanam sayur kubis di sekeliling kandang babi tersebut. Hari demi hari kubis semakin membesar dengan sihat dan kuat. Maklumlah, sumber nutrien cukup. Babi di dalam kandnag ini semakin geram dengan kemontelan kubis. Lalu mereka berpakat untuk menserang kandang sendiri supaya mereka boleh memakan kubis montel itu. Tamatlah riwayat kubis montel dalam perut binatang haram najis mughallazah kalau terpegang kena samak.

Penternak itu pun kecewa melihat babi makan kubis montel nya. Baru tadi beliau berangan-angan mahu memasak asam pedas kubis montel campur lobak putih hiris sebesar 1 cm. Pelamin anganku musnah!

Penternak masih tidak berpuas hati dengan kemusnahan kubis montel oleh babi durjana. Lalu beliau mentanam tekad untuk mentanam tembakau di tempat yang sama.

Membesarlah daun tembakau dengan sihat. Apa terjadi selepas itu? Adakah babi akan menserang tembakau pula? Oh tidak. Kali ini babi menggigil dalam kandang. Menjeling saja ke daun tembakau boleh membuatkan kepala pinar berpusing siap keluar bintang lagi. Penternak pun ketawa sebesar-besarnya. HAHAHA. Padan muka engkau. Kata penternak.

Anak penternak tadi berasa pelik melanda hatinya dengan sikap babi itu. Lalu bertanya kepada bapaknya.

Anak : Apak, kenapakan babi tidak memakan tembakau seperti kubis? Adakah kerana tembakua tidak montel seperti kubis?

Penternak : Tidak anakku. Babi itu takut jikalau mereka memakan tembakau itu, maka mendapat sakit jantunglah mereka. HAHAHAHA.

Moral of the story: Binatang pun tahu tembakau tak bagus untuk kesihatan. Anda?


p/s: Cerita adalah terdapat penambahan untuk menjadikannya sedap seperti asam pedas. Penulis tidak bertanggungjawab kalau anda tidak memakan kubis mahupun asam pedas lagi selepas ini. (Kubis tu I hentam je lah. Tak ingat tanaman apakah yang disebut oleh tukang bagi ceramah semalam).


LALALALALALALA.



6 Words from you:

Mrs.Qarlista said...

hye surya!! kite pun baru pas gi kursus..awak gi kursus kat mane ye??

SuryaRahman said...

hai nad! kite pegi yang dekat putrajaya. awak kat TTDI tu kan? kita tak tau jalan nak gi TTDI. terpaksa lah buat kat putrajaya. pukul 7 dah kuar umah. padahal kursus pukul 9. sob sob.

~MaMa AdRiAn FaRiQuE~ said...

wahhh...da gi kursus erk??
bagus2...
:)

SuryaRahman said...

hehe..iza dah gi kursus belum??

Unknown said...

aku tau sume kat sini tanye pasal kursus kawin. tapi aku di sini bukan nak tanye pasal kursus kawin. aku nak tanye, cite kubis tu nape aku tak paham2 juge? ape kaitan ngan kawin nye :P

SuryaRahman said...

heh. takde kaitan pun. die nak cakap merokok tu perkara yg haram di sisi agama. jadi tidak boleh dibuat. pastuh die pun cite lah pasal kisah ni. HAHA. sian kau tak paham. aku takde bakat nak mencerita semula lah. HAHA.