Hairan dengan tajuk entry kali ini. HAHA. Title entry tiada kaitan dengan isi entry. Apa kes?
Kasihan pembaca blog ini. Berhari-hari tiada dihiburkan entry dari pihak penulis. HAHA. Perasan pula engkau ini Surya. Dahlah. Berhenti merepek.
Err. Blog adalah sunyi dari khabar berita kerana saya telah mendating dengan beliau. HAHA. Gembira besar kerana Encik Fitri sudah kembali dari kursus pertapaan di kaki bukit. Oleh itu saya menghabiskan masa sebanyak berhari-hari dengan beliau yang menyaksikan kami mentonton wayang berhari-hari juga. Transformers memerlukan multiple cursing seperti 'it hurts la stupid' (ketika aksi pergaduhan robot-robot alaf baru) dan 'her body is bloody hell beutiful' (ketika menjeles dengan watak kedua utama). Manakala Ice Age 3 memerlukan kekuatan abdomen untuk menggelak sepenuh perut. Buck, you are the new Jack Sparrow. HAHA.
Saya menteman Encik Fitri ke Litar Go Kart Shah Alam kerana beliau mahu membeli tayar go kart. Nasib baik tayar go kart. Kot kalau dia nak beli tayar kapal terbang, mahu aku teman dia sampai Germany agaknya. HAHA. Sambil tunggu tu Encik Fitri membual dengan seorang budak kat tepi litar tu. Bila Encik Fitri tanya budak tu "Kat Malaysia ni dah main kat mana?" Sekali budak tu jawab " Kat Malaysia ni dah boring main".Pastu Encik Fitri tanya "Paling jauh main kat mana?" Budak tu jawab "Italy". Ambik engkau. Tengok muka macam biasa-biasa je. Macam yang selalu nampak kat padang bola sekolah je tu. Tapi ambik engkau. Naik kereta Murano okay. Saya pun naik Murah Beno je. Tersedut air liur sendiri. HAHA. Nama dia Muhammad Lokman Hakim bin Roslan. Aku ingat sampai mati lah engkau budak!
Apa lagi yang saya buat 2 hari ini? Emm. Oh. Badan menggigil sebab melihat kawan-kawan pernah berperjuangan sudah menjalankan aktiviti medical check up. Oh. Kena buat dekat government jugak ke? Alah. Takkan saya nak buat sekarang pulak. Nanti ada yang doktor tu tulis saya uremia pulak. Apa kes? Karang tak pasal-pasal medical check up saya dapat 9G pulak. Gagal. HAHA.
Err. Sebenarnya hari ini adalah birthday tunang saya. HAHA. Sangat geli mempanggil beliau tunang. Ok.Rewind. Sebenarnya hari ini adalah birthday Encik Fitri. Ini adalah ucapan hari jadi untuk beliau.
Selamat hari ulang tahun yang ke 23. I berharap semoga hubungan kita kekal bahagia seperti sekarang dan kita masing-masing sabar menghadapi sebarang ancaman dan anasir-anasir pihak luar yang boleh tersabitkan di bawah ISA. Err. Macam salah ucapan. Ini sepatutnya ucapan anniversary. HAHA. Ok. Serius.
I berharap semoga you sihat walafiat dan semoga you sentiasa diredhai Allah SWT. Semoga you rajin bekerja dan membuat overtime supaya kenduri kahwin kita nanti ditaja sepenuhnya oleh you. Semoga you banyak kursus di semenanjung supaya boleh berjumpa melepas rindu di dada. Semoga you banyak membuat kerja luar masa kerja supaya you dapat cuti ganti dan berfoya-foya di sini. Semoga you terus buncit supaya I tak rasa bersalah bila perut I buncit jugak. Semoga berat badan you terus naik supaya berat badan kita nampak jauh beza. Semoga you berjaya mencari durian idaman supaya boleh pos pada I. Semoga abang you berjaya mengesahkan posting I di JB. Tulus ikhlas, tunangmu di perantauan. HAHA. Err. Nampak sangat mempentingkan diri.
Ok yang ni serius punya. I berharap segala yang terbaik untuk you, dunia dan akhirat.
Sekian. Saya yang menurut perintah.
Err. Untuk kawan-kawan PH 210 05/09, bersabar ye. Kementerian Kesihatan belum meeting lagi untuk penempatan kita.
TEST
2 years ago
6 Words from you:
bukan uremia la surya, tp haematuria lerr...kat KK aku gie tuh dia x bgi pun wat urine test kalo tgah haematuria
huhu.lambat lagi lah baru aku boleh buat medical check up.
heh lupe lak. aritu aku tanye mak aku, dier kate pun taleh. tunggu takde hematuria baru bleh la. kang kalut pulak org lab kene centrifuge sample :P
sekali aku nye mense 10 hari. pastu nak tunggu test siap ada yang seminggu ada yang 2 minggu, bila plak aku nye med check up nak siap?
aku isik sendiri je lah borang tu. senang sikit. haha.
yang benar. dr surya tipu rahman.
hahahah.. bodo betol aku ni.. aku pk ko saket ke kene hematuria.. BODO nye ODAH!!!!!! lembab giler
Haha. Odah tertipu!
Post a Comment