Hello!!!

Wednesday, July 22, 2009

Kursus Kahwin

Err. Dah nak kahwin, kursus tak pergi lagi. Karang dah start kerja lagi susah nak pergi. Belum hantar permohonan untuk nikah lagi. Nak mohon kena ada sijil kursus kahwin. Kursus kahwin tak pergi lagi. Aiseh.

Dulu masa belum jadi tunangan orang, selalu sangat nampak iklan kursus kahwin ni. Banner la, bunting la. Tapi bila nak pergi, satu apa pun tak nampak. Ceh. Kau sembunyi eh iklan. Takpe. Iklan takde, Google ada.

Pejabat Agama Islam Daerah kat Selangor ada menganjurkan kursus kahwin. Tapi sayangnya, kena book awal. Kalau nak book sekarang, tapi nak pergi hujung minggu ni, memang tak dapat. Melopong je lah. Harus fikirkan alternatif lain. Walaupun tempat jauh, tapi kerana nak kahwin, akan ku gagahkan diri merentasi dunia untuk menuju ke tempat tersebut. Err. Metafora terlebih.

Ada satu tempat yang I jumpa di Putrajaya. Fine, engkau mungkin kata, jauhnya. Kat KL kan melambak tempat kursus kahwin. Banyak memang banyak. Habis I ni macam tahu sangat lah jalan kat KL tu. Kalau setakat pergi Midvalley ke Sogo ke tahu lah. Habis diorang buat kat Midvalley ke kursus kahwin tu. HAHA. Mahu I curi-curi keluar pergi bershopping nanti. Lepas tu Ustaz tu pening mencari sorang lagi peserta kursus hilang dalam aksi (missing in action).

OK dah. Fokus kepada cerita utama. Selalu sangat buat entry tidak berpedoman iaitu melencong dari isi utama kalau cikgu bahasa melayu baca memang sah-sah lah kena tolak markah. Err. Macam melencong lagi. HAHA.

Ini ada satu tempat untuk kursus kahwin di Putrajaya, Precint 16. Sepupu I dah booked kat sini for her pre-marital course. So I inagt nak cuba try test boleh tak I book hari ini, tapi nak pergi weekend ni. Lagipun, Encik Fitri dah beli tiket kapal terbang balik sini weekend ni. Haih. Kena book jugak lah macam ni. Masa kursus: Sabtu 2.30 pm sampai 6 pm. Ahad 9.00 am sampai 6 pm. Emm. Kalau jadi habis je kursus, I kena terus hantar Encik Fitri ke airport la. Hemmm. buku nota dan pen diberikan percuma. Makan 4 kali (I like). HAHA.





2 Words from you:

Haliza Haron said...

Makan 4X. Gile kentang. hehe..
Selamat Berkursus yerk.

p/s: u send me blank email. huhu..

SuryaRahman said...

haha. best kan. dah lah makan percuma.

heh. blank email eh?haha. sorry2.