Hello!!!

Monday, July 20, 2009

Kembali

Chirit sudah kembali. Tapi sekejap je. Pantang nampak pintu rumah terbuka, mulalah nak lari-lari keluar rumah secara menggoda supaya jantan-jantan tergoda kat luar. Aiyoh. Tepuk dahi je. Lepas itu, sekarang ini dah taknak main lidi lagi. Lidi? Apa tu? Tak main la. Jantan baru syok. Sabar sahaja dengan beliau. Siaplah kau ayah balik nanti kena marah sebab keluar dengan jantan oren. HAHAHAHA.

Semalam mengadakan lawatan muhibah ke Nilai 3. Cuaca tak panas sangat. Hujan adalah. Okey. Apa yang saya dapat pengajaran di sini ialah pergilah engkau mempusing-pusing dahulu serta melakukan sedikit kerja QS sebelum membeli. Pilihan memang banyak sampai tak terpilih. Sampai mata jadi sakit tengok bunga pahar, sampai kaki jadi bengkak jalan cari kain, sampai tangan jadi longlai bawak kereta ke seluruh pelusuk kawasan itu. Okey. Tipu saja. Exaggerate keadaan sebenar. HAHA. Saja menggoreng anda.

Sungguh banyak pilihan sampai tak terpilih. Ada sekali saya lalu di sebelah keluarga harmoni sedang mempilih-pilih ambik barang letak balik, ambik yang lain pulak pun letak balik kat rak. Kemudian anak lelaki dalam keluarga itu berusia 20-an saya kira berkata "Pergi kedai kat KL kata takde pilihan. Pergi sini yang banyak pilhan pun tak pilih jugak". Hai. Typical lelaki. Perempuan itu kan mahu mentengok-tengok dahulu sebelum membeli. Bukan seperti kamu, nampak,ambil, bayar, masuk kereta, balik. Minta maaf ye lelaki. Saya bercakap berdasarkan ayah saya. Malahan ada satu mall di situ yang mensediakan deretan kerusi plastik menarik hati di kaki lima kedai. Mall itu sangat masak dengan kerenah lelaki. HAHA.

Perhatian: Saya cuma bercakap untuk typical lelaki. Saya tahu ada lelaki yang tidak begitu. Malahan mereka yang berteruja lebih bila membeli barang. Harap maklum. Jangan pula kamu kata saya ini anti-lelaki atau apa. Saya bakal berkahwin ye.

Apa yang saya hendak katakan, pilihan memang banyak. Tapi pandai-pandailah kamu memilih. Ada barang yang di KL pun lebih murah.

BTW, karpet di situ tersangatlah cantik. Rasa mahu membeli je semalam. Nasib baik kereta dah tak muat. Oh, lagi satu, sila bawak pick up kalau nak ke sana. HAHA. Jangan bawak kereta kecik macam saya. Baru beli paper bag dah tak muat dah.

Semalam ialah Hari Hotdog 1901. Beli 6 ketul Hotdog. Sebab semalam 19hb. Setiap 19hb setiap bulan, harga hotdog yang biasanya RM5.90 menjadi RM1.99. Syok weh.





0 Words from you: