Hello!!!

Monday, July 13, 2009

Rinduku Terhenti

Ah. Engkau jangan buat spekulasi pada tajuk entry ini. Entry ini tiada kaitan dengan si tukang nyanyi. Saya tidak bertanggungjawab kalau anda menggoogle lirik lagu berkenaan sekali termasuk ke dalam blog saya. HAHA. Kalau termasuk jugak, selamat datang je saya ucapkan. Nak air ambik sendiri kat peti ais rumah engkau okey.

Habis tu apasal tajuk entry bersifat kegelian hati ni? Suka hati saya lah nak kasi hati geli ke tidak.

Rinduku terhenti SEKETIKA sahaja.

Hari Sabtu lepas, pagi-pagi lagi saya dah keluar rumah ambik Encik Fitri kat KLIA. KLIA sekarang ni dah macam stesen komuter seksyen 19 pulak pasal kerap sangat menziarah KLIA. Dah macam KLIA tu sebelah rumah je kot. Habis tu takkan tak nak ambik beliau kan. Takkan I sampai hati nak biarkan dia naik KL Transit kan. Ceh. Sebenarnya I sampai hati je nak suruh macam tu. HAHA. Tapi disebabkan saya nak balik Johor dengan beliau, memanglah kena ambik beliau kat KLIA kan. Kalau tak siapa pulak nak isi minyak kereta I dengan bayar tol serta membawak kereta sekali? Siapa? Mestilah dia kan. Dah kata saya ni penganggur berhias. Nak cari sen dalam wallet pun sukar ditemui. Apa lagi yang berbentuk kertas kan. HAHA. Kewangan tahap sadis punya.

Encik Fitri suka membawak kereta menyusuri jalan lama berbanding menggunakan highway. Kata beliau pemandangan adalah sangat indah. Mana taknya. Pokok rambutan bersepah-sepah tepi jalan. Dahlah tak makan lagi. Asal nampak je kaler merah dekat pokok tepi jalan, mulalah nak mengalir air liur kesayangan ni. HAHA. Saya pulak lebih suka guna highway. Lebih senang. Engkau nak bawak 140km/j ke 160 km/j ke ikut suka engkau lah. Kalau kena saman, sendiri bayar. Kalau jalan lama, mahu kena hempuk dengan ketua kampung pasal bawak macam pelesit siap kalau lumba ngan pelesit, pelesit tertinggal kat belakang pasal dia ada gear 1 dengan gear reverse je. Gear 5 tada.

Lantak lah. Dah dia yang bawak kereta. Ikut je lah. HAHA. Setiap kali balik kampung, diet adalah rosak. Ok salah. Betulkan ayat. Setiap kali Encik Fitri balik semenanjung, diet adalah rosak. Ambik engkau. Salahkan beliau pula. HAHA. Peduli apa. Dah dia yang ajak I makan nasi beryani dekat Batu Pahat tu. Mahu tak fail diet I kan. So siapa salah? Mestilah beliau kan. HAHAHAHAH. Gelak syaitan.

Oh. Tapi nasi beryani di situ sangat sedap sehingga menjilat pinggan. Oh. Nampak sangat tipu. Mana ada I bersifat demikian. HAHA. Tapi I memang mengsyorkan lah kepada anda kalau nak makan nasi beryani pergilah situ. I dah banyak kali makan kat situ sebab ayah I suka sangat dengan nasi beryani. Tempatnya adalah di hadapan Putra Specialist Hospital. Kalau dari arah Ayer Hitam atau Kluang, engkau pergi menghala ke arah bandar. Pastu pergi ke arah Summit. Pastu kau jalan depan sikit nampak Putra Specialist Hospital tu sebelah kiri. Tempat makan tu depan je dengan Putra. Pendek kata sebelah kanan kau lah. Kalau engkau dari arah Muar, mestilah jumpa tempat makan tu dulu sebelum kau jumpa Summit kan. Kalau engkau tak jumpa jugak engkau tahanlah mana-mana orang kat situ tanya kat mana tempat kejadian. HAHA. Nampak sangat tak pandai bagi direction. HAHA.

Apa motif memberitahu engkau semua pasal tempat kejadian nasi beryani ni? HAHA. Saja mahu anda juga merosakkan diet anda. MUHAHAHAHA.

Kepulangan saya kali ini adalah kerana mahu berjumpa pihak bridal di JB. Ingat lagi entry saya live from JB sehari sebelum birthday saya tu? Masa tu balik JB sebab nak carik bridal lah. HAHA. Gila semangat kan Encik Fitri tu. Beliau lah yang nak carik awal-awal. Kami sepakat mengambil D Exclusive Bridal kat Plaza Angsana. Ceh. Memang bestlah kedai tersebut. Mantap siot. Rasa nak kawin hari tu jugak. HAHA. Kalah bridal I dekat sini. Gila ah. Ceh. Lepas itu, Encik Fitri mengkeluarkan idea beliau tentang majlis bertandang nanti. I macam 'wink wink I like!!' HAHA. Tak sangka beliau berperasaan sedemikian. HAHA. Tapi biasalah rancangan sahaja. Perlaksanaan belum tentu menjadi seperti yang dirancang atau tak. Oleh itu apa rancangannya tidak boleh diberitahu buat masa ini. Sekian terima kasih.

Eh. Jangan keluar dulu. Entry belum habis.

Kepulangan ke JB ni juga sebab i dah terngiang-ngiang nak makan yong tau foo kat Majidee. Sedap weh. Yong tau foo kat Johor adalah lain dari yong tau foo kat Selangor. I suka dua-dua yong tau foo. Tapi sebab jarang dapat yang Johor style, tu yang I nak makan jugak kat Majidee tu. HAHA. Disebabkan I ni dah 10 tahun tak menetap kat JB, jangan tanya I arah jalan ke Majidee ni. Sumpah tak ingat walaupun hari tu dah bersusah paayh mengahfal siap kena pop kuiz dengan Encik Fitri lagi. HAHA. Gila ah. Motif? Saja nak bagitahu I rosakkan diet sendiri. Kali ni Encik Fitri tak bersalah. HAHA.

Kemudian kami ke Pontian. Hah. Mesti anda dah tahu kan kenapa saya ke Pontian? Mestilah nak jumpa Mamat. Ceh. Rindu gile ah kepada beliau. Padahal baru seminggu berpisah. I macam kagum sebab beliau basuh baju guna tangan. Okey. Fine. Memanglah normal masuk asrama basuh baju guna tangan. Tapi he is my little baby brother okey.Err. Kenapa letak baby? HAHA. Ok dah. Bukan tu yang I kagum. I kagum sebab beliau tak nak duit syiling yang I bagi supaya beliau boleh basuh baju guna mesin basuh automatik tu. Ala. Kat asrama memang melambak mesin dahaga syiling tu. Dia taknak okey. Siap kata takpelah basuh guna tangan je. Dan-dan tu I macam nak nangis tapi kontrol cun sebab Encik Fitri ada. HAHA.

I tahu adik I dah besar dah boleh buat air nescafe sendiri guna 3 in 1 walaupun kat rumah buat air milo tak guna 3 in 1. Dah boleh bangun pagi sendiri tapi bila kat rumah tak payah cerita lah nanti beliau malu pulak. Dah boleh mintak rambutan dengan kelapa kat rumah orang pastu siap makcik tu bagi parang nak tetak kelapa masa aktiviti menziarah kampung dijalankan. Dah ada lesen bawak kereta sampai kereta I terpaksa digantung P semula. I bangga dengan dia walaupun result SPM dia tak cemerlang macam orang lain. Walaupun dia sambung belajar cuma di KKBN. Walaupun dia hitam pastu bila berdiri sebelah dia I akan perasan putih melepak HAHA gelak kuat-kuat. Tapi I tetap bangga. Sebab dia adik I. Tapi I sedih sebab dia dah besar. HUWAAA. I ingat lagi dulu I akan pimpin tangan dia bila pergi pasar malam. Tapi bila besar sikit dia dah taknak I pegang lagi takut jumpa kawan sekolah nanti jatuh saham. Ok. Dah. Nanti jadi entry mengenang kisah lama pulak.

Setelah itu, kami menuju ke rumah Mak Long Encik Fitri kat Parit Mesjid. Engkau jangan tanya lah kenapa I tak pergi ke rumah embah I. Takkan nak balik mintak api je kan. Mak Long beliau buat kenduri. I pulak pakai jeans saja. Memang beradab sopan santun lah I ni kan. HAHA. Tak kisahlah walaupun I cuma tolong buat kuih tepung pelita dengan potong tahu je, tapi I berjaya merembat berkat yang banyak bawak balik Selangor. Okay. Dah. jangan spekulasi proses rembatan tu. Takkan lah I sanggup jatuhkan tahap malu I depan bakal keluarga I kan. Mestilah emak Encik Fitri yang bungkus berkat tu. Sampai pulasan kat pokok pun dipetik nak kasi I bawak balik. Belum lagi cempedak kat kebun. Pastu lauk kenduri. HAHA. I like pergi kenduri kat Johor. Berkat mesti ada tau. HAHA.

Emm. Dahlah. Penat mengarang entry tak bermotif ni.




0 Words from you: