Hello!!!

Saturday, July 18, 2009

Surat Terbuka Untuk Chirit

Ke hadapan Chirit tersayang. Semoga engkau sihat dan tidak kebuluran walaupun dah dua hari tak balik rumah makan.

Chirit,
Kemana engkau pergi? Kenapa engkau tak balik rumah? Walaupun aku selalu kacau engkau tidur, tapi aku selalu jugak bagi engkau makan nasi dengan ikan sedap kan. Pastu aku jugak mandikan engkau sampai engkau wangi lepas tu semua jantan kat sini mengusha engkau. Pastu aku jugak mencuci najis-najis engkau yang engkau tinggalkan buat santapan hidung aku. Aku jugak yang menuangkan air dalam gelas supaya engkau boleh minum.Aku jugak yang main lidi dengan engkau supaya engkau ada aktiviti harian selain tidur dan menendang jantan yang cuba mengusha engkau. Aku sangat kagum dengan tendangan engkau. Engkau memang mempunyai aura. Walaupun sudah ditendang, si jantan tetap setia memanggil-manggil engkau. Hebat seh.

Chirit,
Baliklah engkau. Kesian dekat aku. Aku nak main lidi dengan siapa lagi kalau engkau takde. Memanglah ayah tak kasik engkau merendek dengan jantan gemuk kaler oren tu. Tapi kalau engkau balik memang aku tak kasik jugak engkau bercinta dengan beliau. Lagipun jantan tu lah yang engkau selalu tendang kan.

Aku akhiri surat ini dengan rayuan Pulanglah Oh Kucingku Ku Rayu Kepadamu.Err. lagu exist lagi. HAHA.





:40:

0 Words from you: