Mode pengsan dan senak-senak perut telah melanda penulis ketika ini. Merayau di shopping mall tanpa arah tujuan serta menarik nafas sambil membaca mentera semerah padi bagi mentenangkan hati melihat kedai-kedai kasut menjalankan aktiviti sale tanpa rasa belas kasihan. Memang sesak nafas melintas kedai-kedai tersebut. Memang sedikit waktu lagi pengsan berikutan tiada keupayaan membeli. Haih. C&K menjalankan aktiviti sale sehingga lebih 50%. Pengsan tahu. Mempusing-pusing dalam kedai hampir tiga kali. Last sekali tak beli jugak sebab saiz tiada. Maklumlah saiz kaki model. Memang cepat habis. Sila beri perhatian: saiz kaki model. Saya tak cakap kaki penulis kaki model.Harap maklum. Karang ada pulak yang menyumpah-nyumpah saya mengkatakan saya perasan model. HAHA.
Disebabkan nafsu shopping membuak-buak, tapi kasut membuak-membuak tiada saiz membuak-buak, maka nafsu membuak-buak disalurkan ke aktiviti lain. Mari membeli tiket kapal terbang.
Sesungguhnya, menshopping tiket kapal terbang itu adalah tidak seindah menshopping kasut di mall-mall terpilih. Ceh. Menyampah. Perlu ke letak mall-mall terpilih? Kalau begitu, semua mall ah mall terpilih. Kenapa lah tiket kapal terbang ni tak macam tiket bus je. Padahal nama dah airbus. Kan ke senang perempuan ni balik rumah tiap-tiap minggu. Haih. Memang terkubur lah niat mensertai PBSM kembali. HUHU.
Saya tau, gambar di atas adalah tidak clear. Klik lah kalau berani. Tiada apa pun yang penting. Cuma emel dari MAS dan AirAsia yang mentandakan tiket sudah terconfirm beli. Siap beli tiket masa kahwin nanti. HAHA. Budget cuti lulus je. Gila ah. Pertaruhan berani mati ni. Ni baru kat emel anak dara si cantik manis. Belum lagi pada emel anak teruna perut 1 pack itu. Memang tersenak-senak lah nak bayar bila dapat gaji nanti. Dengan terbelinya tiket ini, maka secara rasminya saya mentambah hutang kepada anak teruna perut bulat itu. HAHA. Eh, saya rasa nak macam ni lah. Nanti raya, I nak bagi ucapan manis kepada anak teruna.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ampunkan kesalahan I pada you dan halalkan makan minum serta hutang piutang I pada you.Ini kalau emak tahu nanti, memang sumpah ah kena bebel 90 hari berturut-turut. HAHA. Ini kalau anak teruna baca ni, memang sumpah ah kena sekeh sekali. HAHA.
2 Words from you:
wawawa...
same lah...takde duit!!!!
T_T
huwaa...
gila ah. tak berduit samalah macam dengan tak bershopping. huwaa!!!
Post a Comment