Hello!!!

Friday, August 28, 2009

Panduan Ketika Malang Tidak Berbau

  1. Do not panic. Saya ulang. Do not panic. Tarik nafas lepas itu hembus. Kalau kamu tidak boleh menarik nafas pada waktu itu, abaikan panduan ini.
  2. Pastikan punca kemalangan. Adakah ianya disebabkan oleh kesengajaan yang dilakukan oleh road bullier atau perompak jalanan. Atau ianya adalah kesilapan serta kecuaian manusia. Eh. Come on lah. Sehebat-hebat road bullier, mereka takkan letak lembu di tengah highway, pastu mereka langgar lembu dengan sengaja untuk mencipta alasan.
  3. Sila telefon your dearest one. Kalau yang paling terdekat itu adalah musuh ketat anda lima tahun tak bercakap pasal dia makan maggi anda sampai habis, maka turunkan lah ego dan mentelefon lah dearest one itu. Sesungguhnya, hati manusia itu dibuat dari seketul darah. Err. Apa kaitan? Dalam kes saya, ayah dan Encik Fitri are the dearest one.
  4. Jika kemalangan bukan dari sifat road bullier atau perompak jalanan, keluar dari kenderaan anda. Jika mampu. Dikhuatiri temperature kereta naik mendadak dan boleh mensebabkan kebakaran atau kemeletupan.
  5. Jika kenderaan anda sudah tiada harapan untuk digerakkan, sila hubungi syarikat insurans anda. Jangan simply guna tow truck yang tiba-tiba saja muncul macam dapat menghidu bau kemalangan 20 km. Hei. Apa guna kita bayar insurans setiap tahun kalau bila dalam kesusahan, mereka tidak membantu. Kesusahan itu maksudnya kemalangan. Bukan kesusahan seperti tidak cukup duit untuk isi minyak balik kampung.
  6. Jika kemalangan bukan berpunca dari anda, sila claim guna insurans pihak berlawanan. Tahukah anda bahawa sekiranya anda tidak pernah claim insurans kereta, dan anda ada hajat mahu menjual kembali kereta tersebut suatu hari nanti, maka nada layak mendapat NCIB (non claim insurance bonus) yang mana anda akan mendapat sejumlah wang berdasarkan percentage tertentu? Heh. Kan dah jadi blog berpendidika pulak. Eh. Ini cerita betul tahu. Bukan goreng.
  7. Untuk mengelakkan anda disaman syarikat insurans, pastikan anda membenarkan pemegang polisi sahaja yang membawa kenderaan anda. Jika orang lain yang bawa dan kemalangan berlaku, anda akan disaman pihak insurans. Itupun jika anda claim denagn insurans anda lah. Hah. Kan dah pening. Ok Delete panduan no 7.
  8. Sila pastikan lesen anda masih hidup ketika kemalangan. Ok. Bukan panduan jugak.
  9. Ok. Dah tak ingat nak memberi panduan apa.
  10. Masih tak jumpa panduan.
  11. Masih tak jumpa panduan.
  12. Last sekali, sila pastikan anda mendapat rawatan sekiranya terdapat kecederaan. Silalah pergi hospital. HAHA. Sempat promote lagi.

Oh. Kereta tak berapa sayang itu sudah siap cerminnya. Hehe. Sekarang sayang beliau terlebih-lebih. Semenjak hari Isnin hari itu, saya pergi kerja berhantar, balik kerja diambil. Bahagia rasanya tidak perlu menerjah jam dengan kaki sendiri. HAHA. Tapi dalam hati ada terdetik pertanyaan, Dia ni takut cermin kereta dia pecah lagi ke? HAHA.




10 Words from you:

ckin said...

Panduan hidup yg sangat berguna...
bagus2...aku sukee panduan nie.

SuryaRahman said...

hehe.


aku balik jb pagi ni!

ckin said...

wah2...balik lagi???
cari barang preparation eh?

SuryaRahman said...

tak ah. saje je balik. heh. aku call ko semalam tak angkat pun.

Amalina Ali said...

balik x btau aku pon.
hampeh pye kawan..!!

ckin said...

aku tgah shopping time tuh kt angsana, x pasan ko call...ayik sgt shopping...haha
aku call ko balik tp x dpt.

SuryaRahman said...

Amalina: Heh. Sorry arr wei. Aku ada kat JB tak sampai 24 jam pun. Tolak tido, ade la lebih kurang 12 jam je aku wujud kat muka bumi JB tu.

Ckin: Gila ahh. Shopping sebelum gaji. Itu memang perkara termantap yang boleh dilakukan oleh kau saje. HAHA.

ckin said...

aku window shopping jek...mak aku yg shopping raya, aku temankan je...wahaha...sungguh sedey, x payah lah dikenang.

Tapak Kaki said...

dont drink n drive :p

SuryaRahman said...

ckin: ceh. takkan kau tak menumpang dua kaki pada mak kau sekali. HAHA.

mr nazirah: hehe. macam comel je panggil macam tu.