Menyambut Ramadhan di rumah adalah sesuatu yang menggembirakan. Malah lebih bergembira jika memakan makanan kegemaran sekeluarga. Iaitu makanan emak masak. Kalau sendiri masak adalah bukan kegemaran sekeluarga. HAHA. Tetapi Ramadhan kalai ini adalah berbeza dengan yang pernah terlalu dahulu. Selain bergelar Ramadhan terakhir seorang anak dara manis, Ramadhan ini juga adalah bulan pertama kali malang tidak berbau terjadi.
Seperti telah diceritakan di entry lalu bahawa dengan berlagaknya bangganya saya adalah menyambut Ramadhan di rumah. Setelah hampir tiba waktu keberangkatan pulang si anak dara manis, maka saya pun bertolak ke LCCT lebih kurang pukul 6 lebih petang.
Saya adalah ditemani Uda dan Along mentuju ke LCCT sambil membawa bekalan makanan untuk berbuka di persimpangan jalan nanti. Setelah makan di R&R Dengkil, kami pun menteruskan perjalan bersisa 30 jam sahaja itu. Sebaik tiba di tol KLIA, saya mensentuh dan berlalu (TnG) dan menteruskan lagi perjalanan.
Selepas 1km dari tol, saya yang sedang melalui lorong tengah (ada 3 lorong di highway tersebut) melihat terdapat seekor lembu sedang melakukan larian anak di lorong paling kanan. Ceh. Siap tayang punggung dengan saya pulak lembu ini. Lantas saya memperlahankan lembu tersebut untuk bertanya arah. Ceh. Nampak sangat tipu. Eh, bukankah sudah berkata, bulan puasa tidak akan menggoreng entry lagi? Ok. Betulkan kenyataan. Saya membrek kenderaan yang saya naiki supaya sekiranya lembu bertukar fikiran mahu berlari di lorong tengah maka saya sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu.
Namun. Sayang seribu kali sayang. Lembu tidak bertukar arah laluan. Malahan yang bertukar arah adalah seekor Toyota. Seekor Toyota yang sedang berlari laju di lorong sebelah kanan telah terkejut melihat keseksian lembu tersebut berlari anak. Lantas, untuk mengelakkan mencium lembu tersebut, maka seekor Toyota itu cuba mengelak lembu tersebut dengan mengelak ke kiri di mana anak dara manis dan kakak serta adik tak berapa manis HAHA sedang berada di dalam kereta.
Lantas apa terjadi? Maka kereta panduan anak dara manis telah diseret oleh seekor Toyota menuju ke divider. Syukur anak dara manis masih sedang mentekan brek pada aktu kejadian. Maka kereta panduan beliau sempat berhenti dua meter dari divider tembok batu belah batu betangkup itu.
Seekor Toyota pula, telah melanggar divider tersebut dan berpusing menghadap kereta anak dara manis. Syukur sekali lagi, semasa pusingan tersebut, belakang seekor Toyota itu melanggar divider sekali lagi dan mensebabkan kereta tersebut berhenti. Jika tidak, mungkin kereta anak dara manis di langgar dari arah hadapan pula oleh seekor Toyota.
Eh. Faham ke cerita ini?
8 Words from you:
takziah diucapkan.
oh oh kisah ni mengingatkan kepada kisah super green milik bapakku yang aku rongakkan haritu. hee.
naseb baik kesemua anak dara en.rahman x pape...syukur2...
jgan ko x makan daging lembu lepas nih sudaa..=)
azie: terima kasih. takziah kepada kereta rongak itu.
ckin: syukur alhamdulillah. lepas ni nampak daging lembu aku akan makan bersungguh-sungguh beserta dendam kesumat membara. HAHA.
woh. sian kenari ko. aku baru dapat berite. lambat la pule, harap maaf.
p/s : ye aku stuju, pasni ko makan lembu sungguh2! contoh terhebat ialah beger daging double special extra sauce takmau bawang. waaaahhh menguji iman btol lembu ni :P
heh. memang lepas ni lembu nampak aku mesti menggigil cabut lari tak cukup tanah. HAHA.
burger double special. memang menguji imah. slurp. seksyen 2 ke seksyen 7 punye??? HAHA.
adakah kereta ini yg patik jumpa di mid-veli smalam yg berwarna agak lain? patik parking betol2 depan keta yg sebijik mcm dlm gmbr berkenaan... hurm. 100% confident
Heh. Nehi. Nehi. Kereta tersebut sudah terletak dalam pengawasan Laksamana Perodua. Nampaknya, tuan hamba tersalah pandang.
mana la tahu kot2 laksamana perodua bawak keta tersebut pegi bersiar-siar.hahaha..siapa tahu???
Post a Comment