Hello!!!

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Erkk..Rasa saya, macam baru saja menyambut ramadhan dan syawal. Tapi hari ini ramadhan datang lagi. Heh. Macam-macam cerita mengenai Ramadhan. Nantilah. Akan saya goreng juga cerita ini untuk anda. Heh. Tak boleh goreng. Ini bulan penuh berkat. Goreng-goreng cerita tak boleh eh. Cerita kena telus dan murni. HAHA.

Ramadhan kali ini adalah yang teristimewa buat saya. Kerana ia adalah Ramadhan terakhir saya bergelar anak dara manis, InsyaAllah. Eh. Kenapa kena tambah manis di belakang? HAHA.

Heh. Takut pulak nak bercerita panjang-panjang. Kalau tergoreng nanti susah pulak. HAHA.

Tapi ada sesuatu yang saya hendak khabarkan. Tak kira lah apa pun, saya hendak khabarkan jugak kepada anda. Tak kira. Nak jugak!!! Saya berada di rumah emak sekarang ni. Yihuuu!!! Emak nak masak roti jala idaman kalbu untuk buka ni. Slurp. Sedap. Sedap. Hehe.



Gambar adalah digoogle. Terima kasih kepada pengupload. Tidak tahu ambil dari mana.

Selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita berjumpa dengan keberkatan bulan ini.


1 Words from you:

ckin said...

eh..eh...
balik semenanjung ke??
wahaha...bestnye...
btw, selamat berpuasa
makan roti jala tuh banyak2 sket eh
HAHA