Hello!!!

Sunday, August 9, 2009

Live From Here

Oh. Dah lama tak membebel di blog sendiri. Malahan hampir terlupa ada membela seekor blog. Rasa macam dah lupa kehidupan terlampau sewaktu bergelar penganggur berhias. HAHA.

Hari ini sudah seminggu saya berada di Sabah Di Bawah angin Bayu membawa diriku. Bermaksud juga hampir seminggu tiada entry di blog sendiri. Except entry terpantas dihasilkan ketika dinner di Kenny Rogers Roaster. Menggunakan WiFi free available di situ. Oh. Mesti anda merasa lega serta kelegaan berpanjangan sebab tiada entry berunsur lara melara merawat luka terpendam sepanjang seminggu ini kan. HAHA. Tiba-tiba hari ini ada pulak entry termuncul. Amik lah engkau.

Hari ini saya mahu menceritakan apa terjadi sepanjang blog belaan tidak mendapat makanan harian.

Amaran. Entry ini dijangka panjang kerana ia adalah entry pukal.

2 Ogos 2009

Hari saya sepatutnya ke Sabah. Tak sepatutnya guna sepatutnya. Memang patut pun. Err. Apakah maksud ayat ni? Entah. Hari saya sensitif tak kisah berada di mana. Saya ke Putrajaya dulu untuk mengkutip Encik Fitri dan mengambil sijil kursus pra perkahwinan. Yahoo. Dah boleh kahwin!!! Err. Apasal nih. Melencong lagi. Dalam perjalanan ke KLIA, ayah telah mengcall saya dari Indonesia (oh, saya tak sempat jumpa ayah sebelum bertolak ke Sabah). Seperti biasalah pesanan-pesanan ringkas dari seorang ayah kepada anak perempuan cun lagi lawa serta kurus yang nak merantau kat tempat orang. Jaga diri baik-baik. Jangan buat yang bukan-bukan. Jangan lupa makan. Dah sampai nanti bagitahu. Memang tersedu sedan lah anak gadis tersebut dalam kereta. Sudah tiada rasa malu mentangis di depan tunang sendiri mentunjuk muka gembeng memang buruk ah nak tengok muka sendiri pun malu. HAHA. Tapi ada satu pesanan ayah yang saya ketawa sambil mentangis. Ayah pesan, tak payah lah bawak kasut banyak-banyak dulu. HAHAHAHAHA. Ayah memang pandai buat lawak. Nampak sangat ayah pun risau dengan ketagihan kasut saya. HAHA.

Di KLIA, tak payah lah cerita kan. Memang hujan tak beringat. Mula-mula tu I dah warn Uda jangan sebut perkataan nangis atau sedih. Sebab dia dah provoke I masa dalam kereta on the way ke KLIA. Naughty Uda. So at first gua steady je beb. Pastu masa dah nak masuk boarding hall, masa salam emak, emak yang start nangis dulu. Saya apa lagi. Hati dah memang sedih. Pastu emak membuat drama swasta di situ. Mestilah saya pelakon utama kan. Kebanjiran lah KLIA. HAHAHAHA. Orang pandang-pandang pun buat tak tahu je. Pastu salam ngan Uda. Beliau tak nangis pula. Salam dengan Along, beliau pun sudah start nangis. Memang sedih ah masa hari kejadian. Dah lah takde tisu. Selamba je kesat air mata guna tudung Uda. HAHA.

Dalam flight pun saya menangis. Lebih kurang sejam setengah saya menangis tersedu sedan. Nasib baik dapat seat sebelah tingkap. Tersorok sikit dari pandangan pramugara terhensem. Encik Fitri pun dah tak tahu nak buat macam mana nak sooth me. Lastly beliau buat lawak mengenai masa depan. HAH. Memang mentakutkan tapi berjaya membuat saya ketawa.


3 Ogos 2009

Pagi-pagi lagi Encik Fitri dah bersiap sedia nak menghantar saya ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Ada 7 orang yang lapor diri pada hari kejadian. 3 UiTm dan 4 UIA. Macam apa yang Prof Mansor cakap, they will ask you where you want to be placed. Mestilah semua orang pun nak KK kan. Siapa yang nak pergi tempat yang jauh kan. So bila die tanya I, saya cakap saya nak KK sebab tunang saya bekerja di KK. Hah. Ambik engkau. Ingatkan dia nak marah. Or at least perli-perli I muda lagi dah nak kahwin. Sekali dia cakap kat guys yang lapor diri jugak ' Melepaslah kamu'. HAHA. That was funny. And sort of mentenangkan I sikit.

Akhirnya acara merebut KK dimenangi oleh UiTM stud. Saya dan Syafiq di Queen, Stella di Likas, 2 girls from UIA di Tawau and 2 guys from UIA di Sandakan. Phew. Dapat jugak KK. I text Encik Fitri and just to tease him I told him that i got Sandakan. HAHA. Masa he fetched me back, dia cakap, right after i texted him bagitahu dapat Sandakan, he told his colleague merangkap housemate which name is Abang.

EF: Abang, tunang aku dapat Sandakan la.
Abang: Ye ke.
EF: Habislah menangis lagi lah dia ni kang.
Abang: ~Hopeless face~

HAHA. You terkena dengan I encik Fitri. LALALALA.

Siap pada hari kejadian. Hehe. Semua pun terkejut kitorang punya setengah jam je siap.


4 Ogos 2009


Lapor diri di Queen. Well. I tak start kerja lagi. Selain lapor diri, I pergi KWSP buat akaun. Then pergi imigresen buat passport biru. Lunch berjam-jam dekat 1B. Dah petang baru masuk hospital HAHA. Then kira-kira gaji dengan PT Kak Hakimah. Oh. Part ni memang I like!!!! Mantap gila ah. Smile. Smile. Smile. Dah tak nangis dah. HAHA.

5 Ogos 2009

Still tak kerja lagi. Pergi buat medical cehck up. Teman Syafiq amik result kat Tuaran, pergi imigresen buat pas kerja. Head back to Queen. Buang-buang masa buat claim and isi borang tak habis-habis dari hari Isnin. Ambik punch card semalam lupa ambik. Hah. Memang heaven lah. Yihuuuu!!!

LALALALA. Nampak tak alasan tulis kat situ 2 hari tak punch card?


6 Ogos 2009

Start kerja today. Two weeks kat Manufacturing and Prepackaging while Syafiq dekat OPD. Pagi tu prepare Aqueuos Morphine saje. Sebab dah takde kerja dekat Mfg, so saya pun mensibuk-sibuk dekat OPD. HAHA. And i'm doing some retail therapy dekat OPD. They called filling as shopping. HAHA. Everyday I shop till drop. HAHA. Later at night pergi tengok movie Land Of The Lost.

7 Ogos 2009

Macam semalam jugak. Takde kerja sangat. Just prepare Syrup Phenytoin. Kemudian pergi OPD. Tengah hari break balik rumah. Oh. Menarik. Malam pergi 1B dinner di KRR, beli Celcom Broadband (Oh Maxis Broadband, I'm sorry. I cheated on you) and tengok movie The Proposal.



That was the simplified version of my life for last week. FYI, I live at Putatan, rumah kawan Encik Fitri. And I drive his car to work which means he has to jog to work. I don't pay my dinner but I guess after dapat paycheck takkan tak bayar kan. HAHA. I lost at Putatan couple times this week which means I lost sense of direction sebab tak pay attention bila Encik Fitri explained. I hit a divider when reversing the car which means Hey Surya alert! This car has no reverse sensor. Oh. So much things happen. But best of all, I have a job now. I'm not jobless.

Err. With that, I thank you.





8 Words from you:

ckin said...

pssttt...
berape beza elaun dkt sana dgn dekat sini...nk tahu juge
heheh

K154 said...

Elaun sini sikit ja.. Takda Pepsi..

Oit best la main guinea pig ko ni.. Memukau

SuryaRahman said...

ckin: tak beza sangat pun. macam syafiq kata, kat sini kan takde pepsi. HAHA.

syafiq: tu bukan guinea pig la. hamster kurus. HAHA.

SuryaRahman said...

heh syafiq. bila dah terpublish entry baru ni, bermaksud celcom broadband adalah berkesan. aku amik yang 68 je.

ckin said...

oowh, yeke...aku ingat beza banyak sangat2....haha
nnt aku pos pepsi kasi same korang yea..

SuryaRahman said...

haha. makan kat sini mahal siot. aku tekujat-kujat tengok harga makanan. belum tengok portion die plak. besar tak ingat.
kau jangan harap lah jumpe aku bulan 12 ni berupa bentuk hour glass. huhu.

hazwanali said...

aku pun ada broadband celcom rm68..br beli smalam..

macam nk mati aku takde internet n takde tv dll..tapi matu kutu ah..

ape lg surya masaklah kalo mahal..aku kat melaka ni tak de sesapa..wahaha

pharmacist laki melayu ade 3 ke 4 org jer..sedey tak..tu pun blm kenal..

SuryaRahman said...

haha. same lah kita.pakai yang rm68 sudah.

aku takde internet tak mati lagi la.pasal aku ade fitri. haha. GATAL.

nak masak?jangan harap! fitri dah siap merayu pun aku buat pun tak tahu je. MUHAHAHAHA. aku memang keji. tunggu kawin ah baru aku masak.

kat tempat aku pun tak ramai melayu.maksud aku melayu islam. kalau kira guna jari tangan pun masih ada lebih agaknya.