Hello!!!

Saturday, August 15, 2009

The Preparation

The Preparation 1.
Test.

Malam Jumaat lalu, saya mentinggal seorang diri di bilik, menghayati keunikan sebuah kitab hasil nukilan tah sape tah untuk dibuat bekalan menghadapi test yang tergerun itu.

Kitab pengajian yang dilahirkan pada tahun 1988. Uda, kalau kau buku, macam ni lah rupa kau. HAHA.
Isi kandungan pengajian. Old school gile. Pakai typewriter lagi ni editor die pada masa kejadian. Memang mengundang musibah ngantuk sahaja.

Akhirnya Puteri Snow White pun tidur dengan kitab dwarfnya. Tamatlah kisah beliau bersama kitab dan test.


Hoh. Memang berbesar hati lah dapat tidur secara sengaja pada malam dan tengah hari tersebut ketika lunch break. Memang tiada sikit kekesalan pun bertapak di hati. Memang kalau boleh nak tidur saja tanpa memandang kitab sakti 1988 itu. Sebab test tak jadi!!! Yihuu.

The Pegawai Farmasi tu cakap
I know you're not ready yet because I just passed to you the book yesterday. Nevermind lah, later you come back here and do the test.

Memang mensyukur lah. HAHA. Tidak sia-sia saya mentidur sahaja semalam. Hip hip hurey!


The Preparation 2.
Wedding.

Semenjak bekerja di KK, belum sekali pun saya berpeluang membuat preparation untuk wedding. Bila tengok ticker je rasa menggigil sekejap mempikirkan banyak lagi yang belum dibuat. Tapi menggigil sekejap je. Gigil-gigil merpati. HAHA. Kalau keluar bandar, bukan nak carik barang kahwin. Tapi pergi mencarik pawagam sahaja. Boleh?

Oh. Ada yang bertanya bilakah wedding akan terlangsung. Memang sebolehnya saya tidak mahu memberitahu dahulu memandangkan saya takut ada perubahan tarikh nanti. Saya kan baru bekerja. Tidak tahu status cuti adakah lulus atau tidak. Tapi kalau anda rajin, pergilah mencari ticker tersorok dalam blog ini. Ticker tersebut memang pandai ah main sorok-sorok.

No preparation

Kicai ping = limau ais + asam boi.

K154, kau janganlah membuli pekerja HKL tu. Beliau sudah berusaha menteka sebaik mungkin. Malahan beliau sangat bertanggungjawab mempikirkan kesihatan patient yang sedang batuk koh koh koh itu.

Semua orang adalah pemenang. Bukan pengalah. HAHA. Tapi jawapan yang betul diberi oleh Farah. Hoho. Tepuk tangan semua. Hadiah tunggu dulu ye. Macam mana lah aku boleh lupa kau belajar kat Sabah dulu. Ceh.

Kicai ping ialah minuman yang sedap sebab saya adalah menggemar masam. Jadi segala jenis asam saya telan melainkan asam yang ada bulu tu. Tah ape tah name die tak tahu. Mula-mula, nama kicai ping ini sangat susah untuk saya register dalam otak berkarat saya ni. Kadang-kadang saya sebut beliau Kaci Pang. Ada sekali tu Kapcai Ping. Memang memalukan lah mensebut nama tersebut kepada pengambil order. Sumpah. Rasa nak sembunyi bawah meja je masa tu. Siap nak tarik skirting meja orang sebelah untuk cover lebihan badan yang tak boleh masuk bawah meja tu. HAHA.

Entry tamat.

6 Words from you:

Anonymous said...

hahaha.siot ko capik!aku dah 79% percaye jwpn ko tuh!!pekerje hkl mmg sentiase memikirkan ubatan2..maklumlah penjage stor buat mase skrg nih.haha

^staff HKL^

K154 said...

FRP buat la kat Sabah.. HKL apa ada? Laut pun tadak

Anonymous said...

uhuh.sabah ada pa?mid valley pun takda..

Hazlin said...

itu kicai ping tak buleh bungkus bawak balik semenanjung ka? aku pun nak rase :P

SuryaRahman said...

staff hkl: weh. sini ade 1borneo beb. midvalley pun kalah. sumpah boleh sesat jalan dalam mall tersebut.

hazlin: bungkus boleh. tapi kat kastam tak lepas lah. kan cecair boleh bawak tak lebih 100ml. haha. kau buat sendirik lah. aku kasik resepi.amacam??

Anonymous said...

alamak.mid valley pun aku xpnah abes pusing.kalo 1borneo tu lg besar,agak2 leh x aku bwk skuter dlm tu?xlarat ah.haha