Hari ini hari Rabu. Seperti biasa saya akan pergi kerja di hospital hampir roboh. Pukul 6.50 pagi saya sudah menggerakkan kereta belum sayang sangat mentuju ke hospital hampir roboh. Sebelum pergerakan kereta dilancarkan, haruslah memulakan dengan doa menaiki kenderaan serta mempakai oversized sunshades sebab matahari sudah mentinggi dan saya akan mensilau membawak kereta. Heh. Alasan sahaja itu. Memang sudah perasan Paris Holton. Tak pakai sunshades pun rase Holton jugak. HAHA.
Saya sampai di perkarangan tempat letak kereta pada jam 7.20 pagi. Masih banyak tempat kosong untuk di parking. Maka saya memilih untuk meletak kereta di tempat letak kereta terpilih. Ceh. Nak jugak letak terpilih di situ. Macam lah peraduan tempat letak kereta pujaan hati. HAHA.
Saya teruskan perjalanan ke kawasan hospital dengan kaki. Matahari memancar dengan terik. Kereta bertali barut melimpas kawasan hospital. Saya melintas jalan dengan mentarik sedikit kain ke atas supaya langkah lebih panjang seiring dengan ketinggian. Ah. Memang hilang ah cun bila melintas jalan sambil mentarik kain dan melari-lari anak.
Kemudian saya pergi punch card dan mentuju kantin untuk mengambil breakfast keperluan penting tak boleh skip tapi selalu skip sebab nanti sakit perut makan breakfast pagi-pagi. Menu hari ini adalah mee-borik-asid-goreng.
Kemudian saya mentuju ke farmasi dan menjalankan tugas dengan tak berapa ikhlas. Ceh. Ceh. Boleh mengaku macam tu pulak.
Eh. Apakah motif di sebalik karangan di atas? Macam membosankan lah pulak menceritakan riwayat hidup seorang anak dara manis.
Ini adalah cerita sebenar. Yang atas tu baru intro sahaja. HAHA. Kasihan anda tertipu dengan saya. Setelah jam mentunjukkan pukul 5, saya mula rasa resah gelisah duduk tak senang diri tak mahu. Ok. Hari ini punch card balik tak cemerlang. Pukul 5.06 minit. Ah. Rosak rekod saya punch card balik pukul 5.00. HAHA.
Saya pun mentuju kereta sambil berbual mesra dengan tunang melalui telefon. Ceh. Itu pun mahu beritahu kah? WTH. Apabila saya hampir ke kereta, saya melihat ada 3 orang jejaka tak berapa manis sedang duduk berhampiran kereta tak berapa sayang itu. Mereka seakan-akan bercakap dengan saya. Ceh. Nak mengurat lah tu. Tak main lah beb. Gua dah ada yang punya!
Saya cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Baru je nak start enjin kereta, saya mentengok melalui cermin jangan pandang belakang, saya melihat tingkap belakang sudah pecah. OMG. Apasal boleh pecah ni? Hati bertanya secara rambang.
Dalam masa yang sama, 3 orang jejaka tak berapa manis itu menuju ke kereta dan memberitahu punca sebenar kereta tersebut berada dalam keadaan begitu. Rupa-rupanya mereka lah punca kejadian ini. Ceh. Ceh. Bikin gua gusar je. Menggigil jugak lah penulis pada waktu itu. Sebab itu kan bukan kereta saya.
Cermin pecah sebab terkena batu terpelanting. Batu terpelanting sebab 3 jejaka tak berapa manis itu mempotong rumput. 3 jejaka itu mempotong rumput kerana hospital suruh. Jadi siapa harus bayar kerosakan ini? Jawab! Jawab!
Saya dah mengantuklah. Tidak larat mahu menggoreng ceritalagi. Hai. Di sini memang tidur awal je. Tidak mampu mentahan mata ke pukul 11 pun. HAHA.
p/s: Kereta tak berapa sayang itu berada di bengkel Perodua sekarang. Nasib baik Service Centre itu masih sudi melayan walaupun sudah pukul 6 ketika itu. Waktu beliau tutup adalah 5.10pm. HAHA. Macam comel je waktu perniagaan begini. Kereta terpaksa ditahan2,3 hari demi mepastikan kesihatan beliau. Oh. Esok saya harus menaiki teksi pergi kerja. Sigh.
6 Words from you:
nasib baik tgk cermin jgn pandang belakang dulu. kalo x, mesti berdesup jerk drive.
ko buat aku rase seram nak parking kat tempat dekat ngn kaw rumput dah lepas nie...huhu...btw, sgt jeles lah dgn ko sbb cemerlang punch card pkul 5pm, aku paling awal pun penah punch kol 5.01 pm, itu pun dah bangga abes dah, haha...aku slalu around 5.20pm bru punch...
hooo aku nak nyebok gak. aku average punch 5.05 pm :P
Wahaha. Mesti la aku selalu menang. Sini time balik 4.55 pm. Xde punch card plak tu. Kesimpulannya, aku balik suke-suke je. hehe.
haliza: fuh. memang nasib baik lah tengok. biasanya tade pun nak tengok2 belakang macam tu. haha.
ckin: aku pun dah tanak parking kat sebelah rumput. biarlah kereta kena panas lepas ni, tapi nak parking situ lagi, nehiiii!
alin: aku palik lambat punch card 5.05 pm. haha. saja nak berlagak ngan kau. tapi tu setakat nilah.
azie: heh. apasal takde punch card pulak????
kt sini tersangat la sempoi.sume staf tulis attendance dalam buku. kt tpn tu tulis waktu datang je ade. aku tgk waktu balik xde orang tulis pun.so, aku wat time balik sendiri.hehe.
Post a Comment