Hello!!!

Saturday, August 1, 2009

Leaving

I'm going to leave this place. I'm going to somewhere totally new and strange to me. Memang tiada hati rasa lah mahu mentulis tentang kahwin perkahwinan baju french lace veil 11 meter kasut 5 inci setengah aisle kaler merah dais kaler ooopss tunggu dulu tak boleh bagitahu. Memang lupa ah pasal kahwin ni. Siap boleh lupa esok dah hari Sabtu kena ambik sijil kursus kahwin kat tempat kursus hari tu. Siap boleh lupa nak print borang permohonan kebenaran berkahwin. Eh. Memang lupa lah nak berkahwin. Macam lah tarikh kahwin tu 10 tahun lagi nak buat lupa.

Hari-hari makan tak berselera. OK. Tipu. Selera bertambah. Lebih-lebih lagi bila didesak oleh Siti Nafsu yang mengeluarkan ayat seperti 'Kat Sabah takde makanan tersebut. Makanlah banyak sikit'. Ok. Terang-terang lemak bagi signal menggeletar risiko pembesaran lagi. Diet memang fail sejak 3 minggu lepas. Padahal baru tau dapat posting kat Sabah minggu lepas. Nampak sangat mensalahkan Sabah dalam kejadian ni. HAHA.

Saya sudah bosan mengkemas barang keperluan ke Sabah. Masalah besar melanda. Memang besar ah masalah ni. Memang dah dijangka sejak 2 minggu lepas. Memang dah agak dah. Beg mesti tak muat. Tu banyak lagi belum masukkan. Kasut sebanyak 5 pasang belum dipilih dari rangkaian kasut terjaga. Buku dah pilih tapi takda tempat nak masuk dah. Boleh tak nak pos je buku tersebut? Atau tinggal lebih baik? Kalau tinggal, tu namanya tempah batu nisan sendiri. HAHA.

Saya terharu terhadap pelawaan seorang rakan saya yang sama-sama terposted di Sabah. Beliau mahu ambik saya di airport (Encik Fitri ada di semenanjung sekarang dan flight dia Ahad malam. Flight saya Ahad petang). Memang terharu ah. Bukan apa. Beliau tinggal di Tamparuli. Jauh tu nak pergi ke Kota Kinabalu. Untuk perhatian, Kota Kinabalu akan lebih dikenali sebagai KK sahaja selepas ini di dalam blog ini. Sekian terima kasih. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau tapi saya takut menyusahkan kitak. Lain kali saja ya. HAHA. Praktis berkomunikasi dalam Sabahan language. Or should I learn Tagalog? Ok. Over la tu. HAHA. Engkau nak berlakon cerita Pangako Sayo ke ape?

Ini mahu menceritakan kisah stupid dilakukan oleh seorang stupido bernama Surya bukan nama sebenar usia 23 tahun bukan usia sebenar. Okay. Anda MUNGKIN bodoh bila tak tahu apa itu TouchNGo dan Smart Tag. Tapi anda adalah bodoh kalau masa lalu Smart Tag, kau halakan yang card face ke sensor tapi bila lalu TouchNGo, kau halakan bahagian hitam kat Smart Tag reader tu ke sensor. Ok. Faham apa saya cuba sampaikan? Tak faham dah. Pergi google gambar Smart Tag reader tu baru anda faham. Cepat pergi. I arahkan ni. HAHA.Memang stupid ah rasa nak tendang perut sendiri sejuta kali. Nasib baik tak boleh tendang. HAHA.

Okay. Entry habis secara mendadak. Bye.



2 Words from you:

Unknown said...

weh. ko gi sane nanti truskan menulis blog tau. teringin juge aku nak tau, kot2 pasni ko terer cakap tagalog ke. mane la tau, patient ko cakap tagalog pastu otomatik pule ko cakap tagalog. hebat tuuuuu :P

SuryaRahman said...

huhu. aku check kat sane takde coverage maxis broadband. celcom adalah. so tengok keadaan lah macam mana nanti. huhu.

sesungguhnya aku baru tau pasal bahasa tagalog beberapa hari lepas. mungkin beberapa tahun lagi baru mampu bercakap. haha.