Few months left. Err. Sudah menggeletar bila memikirkan banyak lagi yang tak dibuat. Tambah lagi sampai sekarang ni masih tak tahu kena posting kat mana. Sedikit sebanyak perjalanan kelancaran serta kesesakan perancangan terganggu. Dari hari tu plan nak pegi ambik souvenir for guests. Tapi takut pulak kalau dah pergi tiba-tiba dapat surat posting kena kursus fotostat itu ini semua. Tak menggigil kat depan kedai souvenir nanti? Oh. Tidak suka.
Basically, Saya dan Encik Fitri sedang bertungkus lumus dalam pencarian barang hantaran. Ceh macam lah guna peluh keringat petani sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Tiada kaitan. Ada juga yang memberi kata-kata hot and spicy pada saya berkenaan hantaran ini. Mind you. This is my wedding. Berapa banyak dia nak kasi hantaran tu, ikut suka dia lah. Ada dia mintak merayu dengan engkau suruh top up duit hantaran tu? Takde kan? So just shut your mouth. Karang aku bakar rumah kau karang dah takde tempat nak tidur. HAHA. Asyik nak bakar je I ni.
For Him
- Sirih
Quran dan sejadah- Kasut
- Kemeja dan seluar
- Wallet dan belt
PerfumeToiletriesJam- Cincin
- Chocolate
- Food
For Her- Sirih
Telekung dan sejadah- Kasut dan handbag
PerfumeToiletries- Mas kahwin dan cincin
Jam- Chocolate
- Food
Berkenaan dengan cincin untuk Encik Fitri, I tak tahu lah nak belikan ke tidak. Setakat ni memang lah masuk dalam senarai hantaran. Tapi I sendiri rasa macam pelik je if Encik Fitri pakai cincin. Mungkin sebab I tak pernah nampak beliau pakai cincin kot.
Hampir separuh barang hantaran sudah dibeli. Prinsip kami, satu bulan satu barang. Maksudnya, dalam satu bulan, beli satu barang I dan satu barang Encik Fitri. Ada jugak mulut yang bising pasal ni. Ada yang kata beli sekali harung semua kan senang. Tak payah susah-susah pergi banyak kali. Ada jugak yang cakap nanti raya mesti ada sale. Beli waktu tu je lah. Mulut memang senang bercakap. Hakikatnya, saya ini a
cashless-bride-to-be-who-depends-only-on-her-fiance-who-is-not-anak-raja-and-is-working-hard-for our-wedding. Jujur saya katakan, semua barang yang sudah dibeli sekarang ini, kesemuanya adalah tanggungan beliau. Tidak ada satu sen pun yang saya keluarkan untuk membeli barang hantaran ini. Memanglah takde. Dah tentu satu sen dah tak guna sekarang. HAHA. Maka, bagaimana harus kami membeli kesemua barang dalam satu dose?
Satu pengajaran yang saya dapat di sini: If ever anyone wants to get married, don't ask or
don't justified what they do. Yes,
opinions are allowed. But
not criticism. Please. I'm sick with this kind of people. Too kepoh on hantaran things rather than being supportive of what we did. Yes, we do not have any experiences on wedding thing as this is the first, and the last.
Contoh 1Opinion: Eh. Kalau engkau beli nak beli jam, cuba tengok kat kedai ABC. Dia boleh bagi diskaun lebih. Uncke tu baik bla bla bla.
Criticism: Alah. Beli jam macam ni. Baik tak payah. Tak standard ah.
Contoh 2Opinion: Warna hijau memang lawa. Tapi rasanya warna merah lagi naik kot pada engkau.
Criticism: Tak payah lah pakai warna-warna macam ni. Engkau tu dahlah hitam, nanti nampak lagi gemuk. Engkau nak? *
sentap dalam-dalam*
Contoh 3Opinion: Meh sini aku tolong engkau buat bunga.
Criticism: Buat apa nak buat bunga ni? Nanti buang jugak bunga ni lepas guna.
Sigh.
Itu contoh saja ya. Bukan perbualan sebenar.
Nah. Tak pasal-pasal anda pulak yang kena mendengar sentapan hati I ni. Berbulan seh I simpan. Beragak-agak lah kan. Nanti hati I jadi lubuk simpanan sentap susah pulak. Encik Fitri pun belum tahu lagi pasal hal ni.
Dahlah. Tak payah kisah pasal hal itu lagi.
Gasak tak tahu. Nanti cakap cikgu. Aih. Kenapa Hagemaru masuk ni?