Hello!!!

Thursday, September 17, 2009

Seksanya

Menunggu kedatangan hari cuti yang dah dipohon lebih kurang sebulan yang lalu adalah menseksakan. Ditambah terseksa bila kelibat beliau sudah tak kelihatan di muka bumi KK ini. Malahan teman-teman sekerja yang memeriahkan suasana hari raya juga sudah tiada. Apalah nikmat bekerja bila melihat satu persatu 'perkara biasa terjadi setiap hari' tidak lagi berlaku. Err. Rasa mahu bakar je hospital itu supaya semua orang mendapat cuti peristiwa. HAHA.

Tinggal satu hari lagi. Esok saya akan bekerja dari pukul 8 pagi samapi 2.30 petang secara direct tanpa rehat. Ini berikutan flight yang diawalkan memaksa saya mengugut bos saya supaya memberi perlepasan awal. Untuk mentenangkan kedua pihak, maka bos suruh kerja tanpa rehat. Tak kira lah. Asal saya boleh balik awal dan tak terlepas flight.

Cuti kali ini akan dimanfaatkan sepenuhnya ok fine tak berapa penuh untuk menguruskan hal perkahwinan. Ya. Saya belum memohon kebenaran berkahwin. Encik Fitri dah mensiapkan permohonan berkahwinan beliau. Saya ingat nak buat masa cuti ni. Smabil memohon, sambil beraya kat rumah imam tu. HAHA. Ok. Memang bernas idea itu. Pak Imam, jangan cuti raya balik kampung seminggu pulak tau. Kang tak bernyawa pulak masjid tu.

OK. Nampak sangat saya tengah dalam mood malas sekarang ni. Entry adalah bersifat plain and dull. Kesian kau baca naik juling hah mata. Peduli apa aku. Dah memang malas. Nak buat macam mana. HAHA.

BTW, kekasih hati saya sudah kembali dari Perodua. Yeah. Tak sabar mahu berjumpa wajah baru beliau.

OK. Tamat.




2 Words from you:

Tapak Kaki said...

ok la tu kan..dpt juga cuti dr x dpt langsung..nak ke try beraya diperantauan?haha

Mrs.Qarlista said...

bawak bersabar ye surya..memang seksa nak tunggu cuti..:)