Sejak-sejak nak raya ni, selalu sangat keluar lagu raya kat radio. Pagi petang siang malam lagu raya. Hitz fm pun pasang lagu raya. Dah macam nak raya sangat dah ni. Eh. Engkau ni. Dah tentu lah memang nak raya. Memang lah orang pasang lagu raya. Kalau Muharam baru nak pasang lagu raya, tu memang nak kena lempang je tu.
OK. Fine. Raya. Pasang lagu raya. Main mercun. Buat ketupat reben pastu gantung-gantung dalam ofis. Sampul duit raya staple together pastu gantung sebelah ketupat. Nasib baiuk tak gantung buluh lemang.
Selepas saya berpindah ke Selangor, barulah saya rasa nikmat seorang perantau pulang ke kampung waktu raya. Selama ni memang tinggal di JB kampung pun kat Johor je. Balik kampung tak sempat tidur dah sampai. Bila menetap di Selangor, setiap kali pulang ke kampung, apatah lagi waktu raya, memang best lah. Tak tergambar dengan kata-kata.
Bila belajar di MRSM Kuantan, nikmat perantau semakin menebal. Cewah. Geli I dengar. HAHA. Dari Kuantan ke Port Klang. Kemudian baru bertolak ke Johor. Memang tertebal lah perasaan perantau manis ni.
Bila belajar di UiTM, semangat pulang ke kampung waktu raya terus terasa. Belum balik lagi dah siap-siap plan nak pergi bazar kat Parit Raja malam raya. Syok gile bazar tu. Apa yang syok pun tak tahu. HAHA. Pastu plan dengan cousin lain pergi beraya kat Pizza Hut. Eh. Memang best lah. Pergi bandar pakai baju kurung beraya makan pizza.
Bila dah kerja, semangat pulang ke kampung bertambah-tambah ketebalannya. Baru dua minggu puasa saya rasa macam dah nak raya. Tengok ketupat gantung pun boleh mengingatkan hidangan pagi raya dalam pinggan dah siap dengan ayam kicap dan sambal goreng. Dengar lagu raya boleh menimbulkan rasa sayu tak terhingga. Ceh. Kau buat drama pulak. Tak ah. Ni kisah betul. Rasa sayu yang kadang-kadang rasa macam nak nangis. Ceh. Mengada betullah perantau manis ni. Macam tak pernah berada di perantauan.
Memang betul. Tapi perantauan kali ini, lain dari yang pernah saya lalui.
Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Kesalahan diriku
T_________________T
2 Words from you:
sob sob..sedih yea.haha.. tu belum lg kena beraya di perantauan..mau lebat menanges nanti
err.. bukan setakat lebat..mahu banjir perantauan tersebut. haha.
Post a Comment