Hello!!!

Saturday, September 5, 2009

Fantasy

Berkawan dengan seorang penggiat (or should I say bekas penggiat) sukan menjadikan saya harus aware dengan keminatan beliau. Yes. I know ramai girls out there yang tak suka dengan bola ni including me. Bagi saya, eh apasal aku nak suka bola lebih baik aku suka Hypnose ke Clinique ke Coach ke. Kan lebih bersesuaian. Fine. Anda dan saya harus sedar. In a relationship, its always about two ways communication. Learn how to give and take. See. See. How I am trying to be baik seh this girl to her fiancee which means in return please I want that C&K shoes please please. HAHA.

Kebelakangan ini, sejak EPL sudah bermula, segala-galanya adalah EPL.


Contoh pertama

SR: You, malam ni kita keluar gi bandar jom. Nak carik baranglah
EF: Kita keluar esok lah boleh tak? Malam ni Man U main. Lawan Arsenal. Kena tengok ni.
SR: Ok. Fine.


Contoh kedua
EF: You, malam ni I nak pinjam broadband you eh.
SR: Kenapa?
EF: Nak tengok livescore apetah saya tak ingat dah.
SR: OK. Bulan ni you bayar broadband. HAHA.

Contoh ketiga

EF: I nak carik jersi baru Man U lah.
SR: Kat Nike hari tu kan ada.
EF: Tak nak. I nak yang kaler hitam biru.
SR: T___T

Contoh keempat

EF: You tolong ambikkan burger. Tadi I dah tempah dengan abang tu
SR: You tak nak pergi sekali ke?
EF: I nak update team ni.
SR: T___T

Memang mencabar bila mendapat boyfriend begini. Ye. Saya adalah bukan penonton bola. Kalau terpaksa, saya boleh tengok. Kalau ada pilihan boleh jalan la EPL ke UEFA ke World Cup ke. Ada aku kisah?

Tapi EPL season ni berlainan dengan EPL sebelum-sebelum ni. Kali ini, bukan setakat di TV, malahan berlanjutan ke Internet pula.

Premier League dan Stadium Astro telah mensediakan satu game untuk peminat-peminat bola. Boleh lah diumpamakan seperti RPG. Ceh pandai-pandai je samakan dengan RPG. Dalam game tersebut, anda bertindak seperti Manager football club anda sendiri.

Maksudnya, bila anda sign up, anda mempunyai sejumlah wang yang tak silap saya 100 juta pound. Dengan wang tersebut, anda boleh membeli player-player yang anda inginkan dalam team anda.

Nampak macam senang kan. Setakat beli player, semua dah susun ikut club masing-masing boleh jugak susun ikut position. Kacang gila ah. Lagi susah beli ikan kat pasar takde label harga kena tanya pakcik ni ikan apa sekilo berapa budget macam tahu harga dah naik ke tidak. Fuh. Ayat senafas. Tapi sebenarnya, membeli player ni adalah memerlukan knowledge anda tentang perkembangan sukan football semasa.

Player boleh dijual beli setiap minggu. Jadi rancangan harus mantap. Anda harus memeriksa jadual perlawanan minggu depan sebelum membuat pertukaran pemain.

Contoh lah. Ini contoh eh. Andai kata Rooney injured last week kena buat treatment, rugi lah anda kalau beli beliau dan letak dalam team untuk next week. Andai kata minggu depan Chelsea lawan Buntley underdog, haruslah beli Drogba jadik captain pastu Cech jadi Goalkeeper kan.

Setiap minggu, point akan dikumpulkan. Setiap player boleh menyumbang markah. Jadi pandai-pandai andalah untuk mensusun team sendiri. This game is like your prediction based on current situation of football world. Which team is going to outshines. Who's going to score. Which player is not good in performance. And the list goes on and on.

Fantasy team di Premier League.

Fantasy team di Stadium Astro.

Team ini akan kekal jadi fantasy. Dan anda akan kekal menjadi fantasy manager.


Pesanan bersifat majulah internet untuk sukan ini di bawa oleh yours truly tunang kepada bekas penggiat sukan.

7 Words from you:

K154 said...

Team apo lak buntley tu? Memang underdog betul tu sampai aku pun xknal!

SuryaRahman said...

Heh. Tu nama samaran lah. Kang kalau aku letak Burnley underdog, nanti ko marah pulak. Ko kan die hard fan Burnley. HAHA.

hanszzz said...

aku suke entry ko kali ni...hahhaa..semoga bahgia...

lots_of_hatred said...

begitu fasih anda meng'explain' seperti anda juga salah seorang dari penggiat sukan..erk.. ko bagi tutorial kat dia ke encik fitri?haha

SuryaRahman said...

hanszzz: Whoa! Lama gile tak dengar cite ko. Ingat dah karam dah. HAHA.

Anyway, tq. And save the date please!

Mr N@Lots_of_hatred: Hehe. Saya sudah berguru dengan beliau 7 hari 7 malam. Theory memang pass sangat dah. Practical. Erk. Biar Encik Fitri saja lah yang buat. HAHA.

lots_of_hatred said...

haha..erk

amalina said...

dari aku x paham da hampir menjdk paham dgn penerangan dari ko wahai cik surya. bf aku pon cam EF jugak. siang mlm pagi petang kejenye nk create team. smpai aku pon terabai. huhuhu..