Mode Pengsan 1
Jumaat, 18 hb September. Ceh. Betapa semangat nak balik kampung, sampai pagi tu bangun nak pergi kerja pukul 5 pagi. Kemudian setelah bertungkus lumus di hospital kebanggaan, balik dan terus bertolak ke airport. Dah masuk boarding hall, dah siap buka makan Famous Amos dengan aunty ramah, tiba-tiba ada announcement flight delay satu jam. OK. Thank you.
Mode Pengsan 2
Sampai je ke JB dah di bawa menelusuri kota raya indah permai metafora je tu. Jammed tak beringat ok bandar raya itu. Memang pengsan walaupun tak bawak kereta. Lastly, biarkan mereka yang arif dengan jalan JB saja memandu. Jika tidak arif, sila tidur. HAHA
Mode Pengsan 3
Balik menelusuri bandar raya, merempuh halangan diet pertama. Makan bihun goreng minyak pukul 2.30 pagi. Apa kes?
Mode Pengsan 4
Sabtu, 19hb September. Mensudahkan agenda di JB. Haih. Sempat lagi mencarik barang sebelum balik kampung. Memang sah shopper sejati. Encik Fitri samapi dah malas nak layan. MUHAHAHAHA.
Mode Pengsan 5
Lepas buka bertolak ke Pontian. Sampai Pontian terus ke bandar makan Pizza Hut. Boleh tinggalkan saja Encik Fitri di kampung bersama emak ayah? Haih. Nasib you lah. HAHA. Biasanya raya kedua baru membuat aktiviti makan pizza ini. Tapi terpaksa ditukar ke malam raya.
Mode Pengsan 6
Balik makan pizza, terus beraya rumah Mak Ana. Kemudian bertolak ke bazar pulak. Fine. Balik pukul 2.30 pagi. Fine. Baju tak gosok lagi. Very fine!
Mode Pengsan 7
Ahad, 20 September. Beraya di Pontian. Sempat lah menunggu kedatangan Encik Fitri dan keluarga di kampung. Sekali lagi selamba sahaja meninggalkan tetamu di layan emak ayah. HAHA. Lepas mereka balik, bertolak ke Batu Pahat sambil menyinggah rumah saudara-mara yang mana semua rumah yang terkunjung pun semua tiada orang. Haih.
Mode Pengsan 8
Pukul 9 malam bertolak pulang ke Klang. Haih. Ngantuk. Biarkan mereka yang tidak mengantuk memandu. Yang mengantuk, sila baring di seeat belakang dan tidur dengna nyenyak. Sila.
Mode Pengsan 9
Isnin, 21 September. Bertolak ke Taiping. Pergh. Pengsan. Sampai Taiping pukul 8 malam. Pergi surau untuk memeriahkan majlis pernikahan. Akibat tidak tahu surau yang mana (ada 3 surau berdekatan), sampai surau tersebut, majlis sudah selamat berlangsung. Haih.
Mode Pengsan 10
Selasa, 22 September. Majlis perkahwinan sepupu di Taiping. Very hot man kat sana. Naik hitam yours truly yang dah bertambah hitam ni.
Mode Pengsan 11
Rabu, 23 September. Masa untuk balik Klang. Penat okey berhari-hari hidup macam pelarian.
Samapi rumah pukul 3 petang sebab banyak berhenti dan singgah beraya. isi perut sekejap, kemudian buat HIV test kat klinik kesihatan. Nasib baik bekas jiran ada kerja kat situ. 5 minit sahaja sudah sipa. Hehe.
Kesimpulannya. Yours truly sangat penat.
TEST
2 years ago
2 Words from you:
perghhh raye sakan ko :P
raya terakhir bergelar anak dara manis. haruslah raya sakan. HAHA.
Post a Comment