Hello!!!

Wednesday, September 9, 2009

Fastest. More Than Before.

Ini adalah perkara-perkara menarik yang berlaku kepada tuan tanah minggu ini.

  1. Semalam tidur lambat. Pukul 2.30 pagi baru nak terhegeh-hegeh masuk bilik. Serius. Borak dengan Kak Nina sambil tengok cerita ape tah. Akibatnya, pagi tadi bangun pukul 7. Itupun sebab Encik Fitri telefon dia dah ada depan rumah sedia mendespatch saya ke hospital. Serius. Terus melompat dari katil. Serius jugak. Berjanji tak nak tidur lambat malam ni.
  2. Semalam punya semalam, mengalami mimpi ngeri. Maksud saya mimpi indah. Sebab emak suruh kahwin sekarang jugak. Hip hip hurey! Lalalalalala. Tapi masalahnya baju nikah tak pergi hantar tailor lagi. Lepas itu, hantaran tak siap buat lagi. Terus tukar status jadi mimpi ngeri.
  3. Sudah tiga hari saya menghabiskan masa berdiri 6 jam sehari dalam ward menjadi kerani mensalin nota pesakit. Memang mengkagumkan lah. Rasa nak pergi buat bantahan secara besar-besaran mengharamkan penggunaan tulisan cakar ayam kepada pengamal perubatan. Serius. Berdetak-detak neuron saya mentafsir cakaran mereka.
  4. Convocation day adalah ditetapkan pada 27hb Oktober 2009. Ok. Sudah mengconfirmkan sebanyak 3 kali berturut-turut. Tinggal nak beli tiket dan apply cuti sahaja. Tiket MAS tengah murah. Haruskah beli dahulu sebelum apply cuti?
  5. Esok 10 hb September. Penjawat awam mendapat gaji lebih awal bulan ini. Oh. Adakah saya akan dapat esok? Eh, kalau dapat esok, memang blog akan tutup sebulan ah bagi memberi laluan kepada siaran langsung dari pusat membeli belah. Bonus RM 500 x 2 tu saya layakkah untuk mendapat. Haih. Tolonglah bagi. Saya nak beli barang ni. Dah lama tertangguh.
  6. Hidup saya bergelumang dengan misery sekarang. Tidur beralaskan laptop berbantalkan buku. Ok. Memang nampak sangat tipu. Jangan tipu bulan puasa. Tak baik. Ok. Betulkan ayat. Tidur bertemankan laptop terbukak buku terbentang handphone terpegang lampu terpasang. Memang indah ah tidur sebegitu. Macam tidur dekat suite room Hotel Ah Meng Kiat.
  7. Tadi dekat ward, ada seorang doktor. Ok. Maksud saya pengamal perubatan. Dia menghampiri saya dengan gaya macho kepala shining badan bermuscle cewah tapi sumpah memang tak tergoda. Lepas itu dia suruh saya pergi ambil ubat dekat farmasi. !@#$%%^. Fine. Saya pergi. Saya pergi. Tapi hati tak ikhlas. Memang ah. Orang tengah sibuk clerk case ni nak kejar masa cuti nanti dia pulak suruh orang pergi farmasi. Apasal dia tak pergi sendiri je. OK. Fine. Puasa. Terus hilang kesabaran sebab berpuasa. HAHA.



0 Words from you: