Kasihan dengan pembaca blog ini. Berhari-hari tiada dihiburkan dengan entry sadis-madis goreng pun sodap dari penulis. Nasib baik tiada yang ke rumah penulis lalu melempar batu mensembunyi tangan atau menghantar bom kentut melalui emel kepada penulis. Err. Penulis sudah terperasan mempunyai pembaca blog ribu-riban. HAHA.
Err. Macam-macam telah berlaku pada penulis sepanjang percutian memblogging ini. Antara yang penulis lakukan ialah bercuti dengan pesakit terduga Tuberculosis. Oh my! Takutnya! Jangan risau. Penulis tidak terjangkit dengan TB tetapi penulis menjangkitkan wabak 'mari berkahwin' kepada teman-teman pernah berperjuangan. HAHA. Err. Kenapa penulis memanggil diri penulis sebagai penulis sedangkan oenulis tidak menulis tetapi berperasan seperti penulis? Err. Jawapan paling senang: Ini blog saya. Tidak suka, boleh keluar. Kalau suka, boleh baca. Err. Tergarang lagi.
Apakah 'Sepuluh' yang hendak penulis ceritakan hari ini? Adakah:
- Sepuluh kilogram berat badan yang telah ternaik selama 1 bulan menjadi penganggur berhias?
- Saiz kasut berubah menjadi saiz 10 UK?
- Mendapat sepuluh ekor anak kucing secara serentak?
- Meroyan selama sepuluh hari berikutan kegagalan bershopping secara maksima?
Err. Teett. Jawapannya ialah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sepuluh perangai pelik
- Penulis suka menggosok mata secara berleluasa sehingga mengkeluarkan bunyi pertembungan kelopak mata dengan bebola mata. Err. Bunyi tersebut sangat dahsyat sehingga Widie pernah memandang penulis dengan muka mentakutkan seolah-olah mata penulis sudah jatuh dari tempat beliau. Alin pula mentakutkan penulis dengan ancaman penulis bakal menjadi raccoon seperti kakak beliau. Kata beliau. HAHA. See my tail. Got stripe already. HAHA.
- Penulis tidak akan sama sekali memakan kepala sotong sebaliknya tidak akan menolak sama sekali sotong goreng tepung yummylicious. Kepala sotong adalah menggelikan hati penulis. Err. Membiarkan tentakel beliau masuk ke dalam alimentary canal penulis adalah satu penseksaan zahir dan batin. Kepala sotong, keluar sekarang.
- Penulis mensayangi blog tadahan bebel seperti anak itik tok wi mandi dalam kolam. Blog ialah best. Selain tempat tadahn bebel, blog ialah tempat pengupdatean data-data peribadi kawan-kawan.Yelah. Takkan engkau nak mentelefon semua kawan-kawan engkau untuk memberitahu engkau pergi makan di mapley pula. Atau engkau mengSMS semua orang yang wujud dalam phone book handset untuk mengumumkan engkau dan boyfriend engkau bergaduh sehingga bercucuran air mata bila mengenangkan. Eh. Eh. Kenapa masuk lagu Aishah ni?
- Penulis mempunyai symptoms penyakit OCD. Obsessive-Compulsive Disorder. Contoh pertama: Uda, aku dah kunci kereta belum tadi? Betul ke dah? Contoh kedua: Alin, esok paper PHM 576 pukul 9 DK H kan? Bertanya sebanyak 2 kali 2 hari berturut-turut. Pastu takut kena lempang ngan Alin, pergi tanya kat orang lain pulak. HAHA. Contoh ketiga: malam-malam sebelum tidur mesti check pintu rumah dah kunci belum. Sedangkan penulis telah kunci sebaik masuk rumah tadi. Aiseh.
- Penulis terlalu suka mentonton Hagemaru banyak kali sehari. Penulis terlalu mensukai Hagemaru sehingga penulis rasa mahu Hagemaru menjadi emcee pada majlis perkahwinan penulis. Masalahnya, penulis takut ketawa seperti syaitan di atas pelamin lepas itu mak mertua memandang dan sambil menggeleng dan berkata ' dah terlambat nak reject'. HAHA. Err. Sekali mak mertua pun ketawa juga melayan Hagemaru. HAHAHAHA.
- Penulis mempunyai kuasa membeli belah super saiya walaupun tidak berduit nafsu tetap ada barang tetap beli duit pinjam dulu. Err. Jauhkan penulis dari kad kredit. Nescaya beliau mampu menghabiskan had maksima kredit dalam satu jam. Err. Satu hari lah. Kata shopper sejati.
- Penulis tidak makan tahu. Tahu itu adalah tahu yang buat sambal goreng makan ngan ketupat sedap tu. Err. Tekak penulis tidak boleh menerima makanan berciri lemah gemalai itu. Sumpah. Tapi tempe makan pula. Sedangkan bahan asas adalah sama. Yang lebig pelik, egg tofu makan pula. Meh sini, lempang diri sendiri selaju mungkin.
- Dahulu penulis suka melilitkan tuala di leher selepas mandi seolah-olah muffler. Ceh. Berangan sejak kecil nampaknya. HAHA. Selepas itu pasti akan ada syarahan berkelajuan 120km/j dari emak. Err. Tadah telinga saja lah. Tetapi perangai pelik ini hilang apabila membesar dengan sihat dan kuat selepas memasuki asrama sepenuhnya. Malu kot kawan tengok. Dah lah baru kenal. Karang dia kata I ni tak waras kot tengah-tengah panas memakai muffler ciptaan tuala mandi.
- Penulis tiada idea
- Nanti ada idea, penulis sambung.
0 Words from you:
Post a Comment