Hello!!!

Thursday, June 25, 2009

Idealess

Err. Idealess. Siapa-siapa mahu memberikan sepucuk dua idea kepada saya? Tidak mahu lah nanti blog ini kesunyian tanpa sebarang bebelan bermakna dari tuan tanah.

Err. Tidak apalah. Mari membebel tentang progress persiapan kahwin. Idea yang bagus. Masalahnya ialah tiada progress dalam persiapan kahwin. Ceh. Lepas itu ada hati nak membebel tentang persiapan kahwin.

Emm. Saya telah membuat keputusan maha drastik hari itu. Akibat keterdepressan dengan bridal terdahulu, maka saya isytiharkan perang terhadap beliau. Wah. Berani sungguh engkau berperang ye. Tidak mengapa. Saya hanya menjatuhkan hukum bye-bye kepada beliau serta deposit saya. Sob. Sob. Hangus depositku. Sebab musabab ialah dia menaikkan harga dais yang i dah fall in love berkurun lama ku rahsiakan itu. Err. Termasuk lagu Exist pulak. Wah. Wah. Naik tak beringat pulak. Bukan naik ratus-ratus ke ape. Tapi ribu-riban. Sebulan kot gaji saya dapat bila start kerja nanti. Ceh. Kerja pun tak start lagi takkan nak sediakan duit gaji untuk dais itu pulak kan. Meraung beb mengenangkan deposit tu. Baju dia hari itu pun dah match dengan theme colour i. Menangis satu sungai. Ceh. Justin Timbertasik pulak masuk.

Justeru saya telah mentekad untuk mengambil satu lagi bridal baru terjumpa iklan beliau di majalah sedangkan sebelum ini dah selalu tengok di lif plaza berkenaan. Ceh. Nak berahsia pula kat mana tempat itu. Takpe. Tunggu lah nanti I bagitahu jugak. Pendek kata I lagi suka bridal ini sebab dais yang tersuka sehingga mengalir saliva itu adalah tersedia dalam pakej. Wow. Memanglah suka kan. Rasa nak jadi duta je untuk bridal itu. HAHA. KAta kongsi nama yang sama. Haruslah kan. Err. Apa kes?

Bunga-bunga I masih tersangkut dalam kotak. HAHA. Gila ah malas nak buat. Takde kawan bergosip untuk membuat bunga. Yang ada si kucing hitam legam itu buat mengkacau dawai saya. Dia ingat dawai itu ialah lidi permainan beliau lah itu. Chaitt. Buat i naik angin je. Itu belum lagi tengok die merobohkan lipatan baju yang baru selesai dilipat 5 minit lalu. HUHU. Nasib lah engkau kucing. Kalau ayam, sudah ku sembelih dirimu itu. Err. Karangan terpesong.

Kemudian mengenai souvenir. Ah. Pening kepala nak fikir. Malas mahu bagi, boleh? Err. Lempang laju-laju. Habis seumur hidup orang mengenang nanti. HAHA.

Ini lagi pening. Bilakah mahu pergi kursus kahwin ni? Terbosan menanti. Karang perfgi sorang-sorang habis kena sembur karang. Err.

Err. Tahun ini tidak dapat beraya di Parit Raja seperti biasa. Berikutan raya kedua mahu menuju ke Taiping Perak. Aiseh. Kenapa dia buat kenduri kahwin berciri rumah terbuka hari raya? Ini bermaksud malam raya tak dapat pergi Bazar Ramadhan Parit Raja yang best itu. Best sebab malam itu nanti dia buat lelong. Kalau beli baju pun dah kira murah sangat lah tu. Pernah I beli baju kurung harga tinggal 30% je dari yang asal. Saya sangat suka! Err. Sekali tahun ini tidak boleh beraya sebab bertugas di perantauan. Menangis satu sungai lagi. Sob. Sob.

Jadi urutan perkahwinan bersifat sepupu.

  1. Wani - 8 Ogos 2009
  2. Nani - 22 September 2009
  3. Ziha - Februari 2010
  4. Along - ??? 2010. Err. Takut mahu mendedahkan. Along kan baca blog I ni. HAHA.
Saya? Err. Malu mahu bagitahu. HAHAHA. Nantilah i bagitahu. Tunggu i posting dulu. Takut ada apa-apa yang perlu dipinda. Oh. Jangan lah ada halangan berupa itu. Kasihan dengan souvenir saya nanti. Err. Saya juga.

Entry disudahkan dengan mendadak.






2 Words from you:

ckin said...

jap x paham..
dais tu ape eh??

SuryaRahman said...

pelamin.
hehe.