Hello!!!

Tuesday, June 16, 2009

Dia Separa Milikku

Sebelum kata memulakan bicara, sebelum lafaz tersusun indah, izinkan saya memohon kemaafan seandainya ada pihak yang terluka dengan tindakan saya. Ceh. Ceh. Apa ini? Siap membuat sekapur sirih seulas pinang dekat entry sendiri. Ingat sedang dalam bahas ala parlimen yang engkau sertai 6 thaun dulu kah? Err. Salah gelanggang.

Tapi, apa yang saya katakan tentang kemaafan di atas itu adalah benar. Sebelum saya berhujah lebih panjang, saya berharap tiada kelukaan di hati pihak tersebut. Ceh. Berkapur lagi.

Puas sudah telinga saya mendapat pertuduhan dari kalangan rakyat jelata. Penat juga mulut saya mahu mempertahankan pendirian saya berhubung kejadian malam Jumaat Keliwon. Err. Tipu saja. Berhubung kejadian tersebut. Penat juga saya menterangkan keadaan terjadi tersebut. Malahan, perkara ini semakin berlarut pula. Daripada satu orang kepada orang yang lain. Macam wabak H1N1 pulak. HAHA. Err. Jangan main-main lagi.

Memang benar, dia separa milik saya. Dan saya sudah jatuh hukum haram untuk menerima suntingan orang lain. Maafkan saya rakan-rakan sekalian. Bukanlah niat untuk membelakangkan kamu sekalian. Namun, pada saya, tidak perlulah hal pertunangan ini diheboh-hebohkan kerana ianya hanya perjanjian mulut dan perjanjian hati bersaksi Allah, 2 belah cincin serta keluarga sahaja. Lagipula, Nabi SAW sendiri pernah bersabda, rahsiakan pertunangan, dan sebarkan pernikahan.Ianya juga adalah permintaan emak saya sendiri supaya pertunangan itu tidak disambut besar-besaran dan tidak dihebah-hebahkan sangat. Janganlah kamu berkecil hati. Sedangkan sanak saudara juga tidak saya jemput, apatah lagi rakan-rakan. Anggaplah ianya hanya moment privasi yang saya ingin abadikan. Dan mustahil saya tidak menjemput anda ketika majlis walimah berlangsung. InsyaAllah. Doakan saya tidak menjadi pelupa.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya hanyalah insan biasa. Bukanlah Beyonce dalam cerita Pink Panther yang menerima cincin berkarat-karat. Saya juga mempunyai hati dan perasaan. Sedih. Janganlah kerana ini, kamu mengatakan saya sudah lupakan kamu, sudah tidak mengenang saat-saat kita bersama dulu. Janganlah kerana itu, kamu terus menekan punat merah pada handsetmu lalu memputuskan panggilan telefon. Terkilan saya dibuatnya. Lantas cerita ini dihebah kepada rakan-rakan yang lain. Dan bertalu-talu juga ungkapan lupa kawan ditiup ke telinga saya. Seperti H1N1. Bisa. Di seluruh hati.

Buat rakan-rakan yang lain, yang mungkin baru tahu tentang cerita ini, terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak. Malah, kerana ini, saya lebih mengenali siapa anda. Saya harap penjelasan ini cukup untuk anda menilai kembali perlauan anda. Apa yang saya minta, hanyalah pengertian dan kemaafan.

Buat Encik Fitri juga, I mintak maaf sebab selalu I kenalkan you pada kawan-kawan I sebagai 'kawan' sahaja sedangkan you kenalkan I pada kawan-kawan you sebagai 'tunang'. Pernah sekali kawan you tanya you siapa I? Awek ke? Tapi you jawab, taklah. Tunang aku. Kalau I kat tempat you, mesti I ketawa-ketawa je. Siap tak nak mengaku you boyfriend I. Err. Gurau saja. Yang penting you tahu hati I kan?

Maafkan I. Mungkin I masih tak bersedia menerima status baru itu. Err. Tak bersedia? Bukan dah 6 bulan ke bertunang? Kadang-kadang I rasa bersalah macam mentipu status you pulak. Tapi dalam hati I, you tunang I. Forever.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang tegar mensimpan cerita ini atas permintaan saya. Yang tidak tegar itu, tidak apa lah. Kita ini kan manusia. Syaitan dah berjanji menggoda sedaya upaya.

Mintak maaf lagi sekali kepada pembaca. Mungkin kesihatan mental pembaca terjejas dengan entry bertalu-talu bersifat emosional. Haih. Nasib engkaulah. Penulis tengah berada dalam keadaan orak waras. Huh.

Namun begitu penulis rasa bermurah hati nak mensidai gambar untuk anda. Rasa dah lama tidak mensidai gambar di sini.Nah, ambik ni.








16 Words from you:

ckin said...

waahh..akhirnye ko buat entry ini..

yg paling aku ingat sekali ialah keterlanjuran ko berkata selepas ko kuar dri bilik interview JPA dulu...tp muke mantain cool je mase tuh..

hey...roka aku still ON okey...ke ko nk tuka apollo spesies len?

SuryaRahman said...

hehe. gile ahh. aku ingat lagi time tu. serius terlepas. gile ah otak aku cube cari ayat cover. yang makan aku goreng tu cume su ngan nora ganu je. boys kat belakang dah pandang semacam je. tak pecaye cite aku la tu.HAHA.

roka? on je. kalau nak tambah apollo lain pun aku terima je. semua kau terima.

p/s: aku terima sponsornya dengan mas sponsor sponsor balik time kau kahwin. HAHA.

Unknown said...

heh takpe la org nak kate ape, toksah kesah la. kang kawin ko jemput la sume. kalo ade yg tertinggal, ko jemput diorg mase ko kawinkan anak ko plak, wakakaka!

SuryaRahman said...

itulah, nak puaskan hati semua orang adallah amat payah.

sepatah kata widie: penat nak jaga hati orang. jaga hati masing-masing sudah.

Unknown said...

huuu tapi aku konpius. kalo tak jage ati orang, orang marah. orang marah, hati sendirik tak senang pulak. camne tu?
-hahaha symptom2 budak2 yang duk umah lame sgt pastu tatau nak buat ape dah-

SuryaRahman said...

susah kan. amik jalan tengah je. kita enjoy! err. ape kes?

balkisomar said...

tahniah surya...kawen nt jmput tau...hehehehe...

SuryaRahman said...

thanks. InsyaAllah tak lupe jemput.

Amalina Ali said...

klu kawen xjmput gak xtau la..
kite ni owg jauh.. aku nk ko sendiri antar kad kat umah aku.. ada paham wahai kawan ku surya rahman??

SuryaRahman said...

err.hantar ke rumah? demand nampak. aku suh fitri je la yang hantar. wakil je. kate ko jiran ngan die. haha.

INTAN MASYITAH RUMLI said...

surya..tahniah atas pertunangan..moga2 segalanya berjalan seperti yang dirancang InsyaAllah..

Apepun, aku menunggu kad kawen ko ye..hehe..

SuryaRahman said...

terima kasih. harapnya begitulah.

insyaAllah, akan aku tak lupe menjemput kau. tiba masanya akan aku kirim jugak kad undangan. doakan segalanya ye.

cik odd said...

hahahha.. ko bgtau jg akhirnye.. tp aku ttp org2 terawal.kiki

SuryaRahman said...

hehe. sorry lah cik odah. tapi i bitau u personally kan after tu. hehe.

selamat kembali ke gelanggang mengutuk. haha.

cik odd said...

aku kembali~ tp tade mase nak nulis... kiki akibat internet telah ku potongkan... almaklumla nganggur.. kiki

SuryaRahman said...

Aku tak kira. Nanti dah keje ko tak nulis jugak, sipa lah kau. Ini amaran tau!

HAHA.