Hello!!!

Tuesday, June 2, 2009

Campur Lagi

Entry berciri campur adalah entry kegemaran saya kerana saya bebas untuk bercerita secara rawak tanpa memikirkan samada isi kandungan menepati kehendak tajuk ataupun tidak. Kalau cikgu Bahasa Melayu baca pun markah karangan tidak dipotong sebab isi masih tidak menyongsang tajuk. Maka sekali lagi saya menghasilkan entry campur hari ini.

Minggu lepas adalah minggu yang tersibuk buat saya sehingga ayam dan kambing belaan saya kebulur tak diberi makan. Terus mereka tersawan-sawan lapar lalu mencari penternak baru. Err. Kucing tidak pula kebulur.

Hari Selasa lalu, saya telah mengkeluarkan diri dengan kawan yang bersama-sama mempontengkan diri dari praktikal lantas menuju ke Jusco Bukit Tinggi mahupun Pusat Bowling Klang Parade secara tegar. Mereka itu adalah Hazwan dan Anip. Pempelawaan mereka untuk mengiceskating adalah ditolak secara gerun kerana keserikan jatuh telentang di tengah-tengah ice rink pada zaman muda mudi dahulu. Kejatuhan itu adalah kerana kasut ice skating yang dipakai pada masa kejadian tidak berciri tajam mengikis ais membentuk kesan geseran bersifat padu dan bukan lah akibat ketiadaan skill. Err. Macam kena tipu lagi. HAHA. Apalah Surya ni. Mentipu anda saja. Dah lah taknak baca lagi blog ini.

Err. Saya telah terkejut dengan berita kepulangan yang dinanti. Encik Fitri meminta saya mengambil beliau di KLIA. Aiseh man. I tengah selekeh macam kambing tak mandi pagi ni you suruh i amik you pulak. Err. Kambing? Syoohh.

Encik Fitri telah membuat ajakan berciri mata terbeliak mulut ternganga air liur meleleh. Err. Tipu lagi. Mari pergi Genting Highlands! Err. Takut la pulak. Mampu ke kereta saya itu mendaki tanah tinggi tersebut. Genting Highlands adalah tidak sebest yang tersangka seperti diwar-warkan oleh mereka di luar sana. Itu pendapat saya la. Bukan nya tak best langsung. Tetapi, mendukacitakan apabila saya mengalami pedih perut akibat harga makanan yang mahal melampau itu. Maggi Hot Cup RM4? What? Mark up tinggi gila. Boleh kering tekak aku nak bayar makanan. Aiseh. Engkau bayar ke makanan kat situ hari itu? HAHA.

Selepas turun dari Gneting Highlands, kami bertolak menuju ke kampung halaman tercinta. Sangat penat okey. Walaupun saya tidak mendrive kenderaan bertayar lima itu, namun oleh kerana saya telah berjanji dengan Encik Fitri untuk meneman beliau mendrive ke Johor. Oleh itu, dengan gigih saya menahan mata dari terpejam. Huhu. Seksa.

Kepulangan saya ke Johor adalah kerana jemputan perkahwinan dua pupu, Wan Kembang atau nama betulnya Sarizawati, yang berlangsung pada 31hb Mei 2009. Err. Setelah 23 tahun hidup baru mengketahui nama betul Wan Kembang. Entah apa sebab nya beliau dipanggil begitu. Nak kata beliau berbadan besar, amat tidak benar sama sekali. Takpe. Abaikan. Tiada kaitan.

Ke dulu kecik-kecik die tembam? Sebab tu panggil begitu? Pastu dah besar takkan nak panggil Wan Kecut pulak. HAHA.

Tujuan kedua saya balik kampung adalah untuk menjenguk embah saya yang sudah dikeluarkan dari wad. Alhamdulillah. Beliau dalam keadaan sihat. Melihat beliau senyum, sudah cukup menyenangkan hati. Terselit juga rasa bersalah membuatkan beliau ternanti-nanti kepulangan saya. Maafkan Angah, Embah.

Tujuan ketiga adalah untuk berjumpa Encik Amin Osman yang merupakan kawan ayah. Encik Amin, saya sudah tempah kamu ye. Jangan kamu lupa pulak. HAHA.

Balik dari kampung, ayah telah mensinggah di Bukit Pasir, Muar untuk membeli durian dan manggis. Saya suka. Saya suka. Makan secara dos berlebihan. HAHA. Ayah, nanti beli lagi ye.

Semalam pula, saya menghantar Encik Fitri ke KLIA. Err. Benci. Kenapa kena balik Sabah lagi? Err. Meroyan sekejap.

Balik dari KLIA, saya menjalani praktikal suri rumah tangga. Err. Apa terjadi? Err. Tinggal berseorangan. Emak, Ayah, Along, Uda dan Mamat semua pergi kerja. Err. Membuat kerja berciri bibik. Membasuh baju sebanyak 8 rounds. Err. Basuh baju ke basuh mesin basuh sekali? HAHA.

Sudahnya, saya kepenatan sehingga hari ini. Err. Sudahlah. Mahu menamatkan cerita tidak bermoral ini.


0 Words from you: