Hello!!!

Wednesday, June 17, 2009

Bersedia atau tidak?

Terkejut-kejutlah nampaknya pembaca blog ini. Sudahlah baru dihiburkan dengan entry emosional bertuli-tuli, lepas itu dihidang pulak dengan entry tidak berkaitan dengan kerjaya sekarang sebagai penganggur berhias. Semangat durjana pula yang melanda penulis kali ini. Harapnya mental pembaca masih sihat. Terima lah entry ini. Nanti kalau tiada entry, engkau orang kata saya tidak menjaga kebajikan para pembaca. Ceh. Ceh. Perasan pulak. Abaikan. HAHA.

Susulan dari entry semalam, saya merasa sedikit lega berikutan terdedahnya keharaman saya sekuntum bunga dipetik orang di taman. Haip. Ini dah ada yang chop tahu. Tak boleh pegang sesuka hati. Apa lagi nak petik. HAHA.

Kerana termatinya blog saya satu lagi yang berjudul The Big Day, maka saya terpaksa mensumbatkan entry berciri The Big Day di sini. Jika ada pembaca yang sakit kepala berikutan entry bersifat itu, maaflah ye. Saya tak larat nak bagi makan pada 2 blog. HAHA.

Baiklah. Pembaca sekalian. Sari berita utama. HAHA. Macam berita kat TV1 lah pulak. Aiseh. Tiba-tiba rasa rindu pada RTM Teman Setia Anda. Sudah lama tidak menonton.

6-12 bulan sebelum perkahwinan.

1. Pick date and time for the solemnization ~as long as there's no changes, Done~
2. Pick time and venue for reception ~sila rujuk di atas~
3. Book venue ~InsyaAllah depan rumah sendiri tiada yang berebut~
4. Wedding theme ~Done~
5. Budget ~Encik Fitri, PAMA, Surya? :<~
6. Make-up artist ~Done. Tak adalah artist mane pun. Tapi nak consider lagi. Sigh~
7. Catering ~Rewang lebih berkat. Ceh. Ceh. Pemasak Done~
8. Photographer ~Done~
9. Ring ~Err, Nanti lah dulu. Takut tangan mengembang. Ceh, ~
10. Music/entertainment ~Ayah said Cik Rafi mahu sponsor. Yahuu!~
11. Cake ~Emm. Tak nak buat boleh?~
12. Wedding invitation cards ~Not yet. 2,3 bulan before majlis~
13. Pre-marital course ~Err. Belum. Mengada. Konon nak pergi berdua. Dah sah-sah lah engkau tu PJJ. Tak ke susah nak cari masa yang both free~
14. Gifts/hantaran ~Sedang bertungkus lumus menshopping. HAHA~
15. Bunga pahar ~Belum lagi. Nak gi Nilai asyik ada je yang menghalang.~
16. Dresses ~Belum tempah. Anyone tau tailor yang kemas jahitannya area Klang/ Shah Alam? Bukan Mac taylor ye. Nanti die jahit baju nikah versi tux dengan dress pulak kang~
17. Bridesmaid ~Done. Kena cari baju pulak. Flower girl? tak payah lah. Serabut kepala nak fikir~


Err. Banyak sebenarnya perkara yang mengganggu fikiran saya ketika ini/ Contoh terbaik, bila nak pergi kursus kahwin? Dapat kah bercuti masa kahwin nanti? Di manakah saya akan terposted bertugas? Err. Serabut rasanya. Oleh itu, apabila kadangkala saya dapat mencakap tentang persiapaan ini, kamu sekalian redha saja lah ye. Ingat nak suruh Hazwan jadi wedding planner saya. Tapi beliau sudah menjadi financial manager kakak beliau pula. Ceh. Ceh.

Anyone nak jadi wedding planner I? I seorang bride-to-be yang baik hati, cun meletup, takde marah-marah kalau salah buat kerja, sporting. Ceh. ceh. Mentipu anda dengan dahsyat sekali. HAHA. Abaikan ciri-ciri tersebut di atas. Huh. But I need a wedding planner la. Penat nak fikir seorang diri. Siapa mahu jadi angkat tangan? Nanti saya bagi upah maha karya dahsyat pada majlis walimah tersebut. HEHE.




4 Words from you:

Unknown said...

tidak le aku ingin menjadik wedding planner ko tapi disebabkan a)kebosanan tahap dewa tak mampu nak digambarkan dgn kate2, dan b) berdasarkan observations aku ke atas wedding2an sepupu sepapat aku yg tak terkire byknye, make jgn dilupe perkare yg kecik2 ni :
1) cop tok kadi awal2. kang tetibe berebut tok kadi naye jek.
2) encik pengantin lelaki jangan lambat semase ke akad. aku penah tgk ade akad yg pengantin terlambat sebab sesat ke ape ntah pastu tok kadi kene lari gi next couple yg nak kawin haritu. tak ke haruuuu.
3) mari blaja posing. buat muke tak malu jek aritu. anggap la ko juara america's next top model season yang ke-88. senyum je sepanjang mase walopun rase penat gile cam nak pengsan. erk, ko taleh pengsan tau nanti. not allowed :P
4) kalo tanak wat cake, boleh ganti ngan pulut kuning atau wajik. ade orang buat jek, pastu nampak cam sopan sebab ikut adat gitu, tapi kene pikir gak sebab takut terbuang sbb ade yg tak makan pulut pulak kang.
5) pahar, kalo ko tak sempat gi sampai ke nilai, kat jln tar pun ade. ko bli, balik tambah riben sendirik. kerah tenage pekerje yg ade keliling ko, hahaha!
6) kalo serious nak pakai flower girls, adelah disarankan untuk dibuat rehearsal sejuta kali terutamanye yg melibatkan budak2 kecik yg comel2 ni. eeee geram aku, kang tibe arinye, mase tu la nak nangis nak mak dier la, mase tu la nak mintak eskrem la gule2 la. ini adelah cerite benar, haha :P
7) sebenarnye takde rules pun. it's your day. do it your way. lantak le org nak ckp ape, tapi korg jek yg ade hak yg sah nak menentukan hale tuju majlis ni. so, enjoyyyyyyyyy!!!
p/s : huuuu tolong la cepat keje, aku dah tak larat la idup camni, dok ngomen blog orang aje T_T

SuryaRahman said...

err. tersedak-sedak aku baca komen kau. haha. berikut adalah sari berita utama.

1.aku tgah mencari masa sesuai untuk pegi pejabat agama. to be honest, tak tau cane nak g pejabat agama kat sini. sob. sob.

2. itu memang masalah. lagi-lagi pihak sana tak biasa jalan area umah aku. err. kene pakai navigator ke?haha.

3. perlu diakui, kaku siot!kalau g casting america's next top model, belum masuk pimtu diorang dah reject permohonan. ni lagi nak posing depan org ramai. huhu. sakit kepala dah nak pose cane. haha.

4.orang yang tak makan pulut kuning dan wajik itu ialah aku sendiri. huhu. aku tukar jadi potong ayam golek boleh?

5.jalan tar tu kat bunga reben ke? kat sayang you aku tengok ari tu cam mahal. to remind you, i pengantin tidak berduit. haha.

6.macam penah dengar cerita flower girls tu. hehe. ari tu ckin kate die nak jadi flower girl aku. engkau nak join ke? haha. kalau orang pengsan aku tak jamin. hehe

7. but i still need other's opiion. sakit kepala weh fikir sorang2. nak cite kat orang takut terbeban. blog la tempat tadahan membebel.

p/s: die kata akhir bulan 7 eh paling awal posting. aiseh. i dah gain 3kg. sob. sob.

p/s lagi: nasib ade tempat nak kurangkan bosan, kalau blog tak wujud, agaknya kita tengah kira berapa ekor semut dalam rumah kita kan. haha.

ckin said...

alin...jom la jadi flower girl surya...hakhak..confirm nnt org tengok kite jek...x tgok pengantin dah...hehe

surya: kalo ko nk potong ayam golek, reserve sket utk aku tau...wahaha... aku makan pulut..tp wajik x berapa sgt...haha..cam aku pengantin plak...kui2..

serius ke ko dah gain 3kg...huuu...aku ni tatau la brape kg dah naik...umah xde weighing scale...keje makan jek..huuu

okeh...aku nak gie bersenam jap...huu

SuryaRahman said...

orang tengok kau je? confirm kau tak boleh jadik flower girl. haha. jatuh saham i.

haha. rase pelik pulak takde acara potong memotong kan. tapi aku bukan suka sangat kek. pulut n wajik lagi la tak sentuh. ayam golek nak potong cane. kang de betul-betul tergolek jatuh dari meja ape kes.

err. baik kau beli weighing scale tu. walaupun die amat menakutkan tapi die la yang menunjukkan betapa tak sedar dirinya aku ni. haha.

weh, nak ikut gi senam!