Hello!!!

Tuesday, June 9, 2009

Awak tak boleh cakap ke?

Dialog 1:

Anak cina: Awak siapa nama?
Anak melayu: Ahmad (melalui SMS)
Anak cina: Mau pegi mane?
Anak melayu: Chemor
Anak cina: Awak tak boleh cakap ke?


Itu petikan dialog daripada sebuah iklan terkemuka sedikit masa dahulu. Hayati pula sedutan iklan tak terkemuka ini.

Dialog 2:
Anak cina: Awak siapa nama?
Anak melayu: Amid (melalui SMS)
Anak cina: Mau pegi mane?
Anak melayu: Chamek
Anak cina: Awak tak boleh cakap ke?


Apakah motif saya mengeluarkan sedutan iklan tersebut?

Err. Luahan perasaan. Saya telah mendapat segugus jemputan kenduri kahwin bersifat dari kawan-kawan yang menyebabkan saya kelihatan seperti aunty-aunty. Bermula dengan Kakak Juju (10hb May), Kak Maria (31hb May) dan Shoty (6hb Jun). Tapi satu kenduri pun saya tak penuhi jemputannya. Aik. Kenapa kah? Bukan kah bila sudah diundang maka jatuhlah hukum wajib ke atasmu untuk terpenuhi undangan tersebut? Err.

Bebanyak maaf saya hulurkan kepada mereka bertiga. Bukanlah dengan sengaja tidak menghadiri kenduri tersebut. Pada hari kejadian, saya juga telah menerima undangan majlis perkahwinan bersifat saudara-mara. Justeru, undangan mereka terpaksa saya hadiri berikutan ugutan comel dari emak yang bersifat 'Kalau engkau tak datang, nanti kenduri engkau takde orang datang'. Aiseh. Tercuak-cuak sekejap hati dibuatnya. Lalu memaniskan wajah yang sedia ada semanis diabetes mengekor emak ke kenduri tersebut.

6hb Jun, saya menuju ke Chemor, Ipoh darul jammed untuk menghadiri kenduri kahwin yang teranjur oleh sepupu arwah Tok Unggut saya. Pagi-pagi lagi sudah menguji kesabaran. Dari rawang dah start jammed. Apa kes? Tak bayar fitrah ke? Err. Takpe. Sabar. Bukan engkau yang memandu pun. Chemor ialah sangat panas pada hari kejadian. Takpe. Dapat menjamu selera dengan 2 mangkuk bubur kacang hijau yang tak semanis saya. Err. Motif? Balik dari Chemor, memandu kenderaan bertayar lima dengan memakai kebaya sopan kain tak belah jalan tersipu-sipu. Anggun sungguh membawak kenderaan sedemikian. Rasa mahu memakaikan kereta dengan kebaya juga. Barulah sama-sama seiring dan sejalan, seindah bunga di taman. HAHA. Tahniah kepada kawanku, Farah. Welcome to the club.

7hb Jun, saya ke Chamek pula. Kali ini ke kenduri perkahwinan anak sepupu ayah saya. Pergi hanya berdua dengan ayah sebab di kuarters saya menetap ini pun ada kenduri juga. Malahan boleh dikatakan saudara juga si penganjur kenduri ini. Nanti, nanti. Surya, Chamek tu kat mana? Ala. Chamek pun tak tau ke? Chamek tu terletak di utara New Zealand. Kalau nak pergi sana lebih kurang 3.5 jam perjalanan berkereta saja. Err. Tipu. Chamek itu di Kluang, Johor. Jemputan bersifat saudara. Rasa nak nangis berikutan emak takde untuk memperkenalkan saudara jauh setahun jumpa kosong kali. Kenduri kahwin baru jumpa. Err. Nasib baik atok ada. Mengikut atok ke hulu hilir nasib baik baju kurung atok takde poket kat depan macam kanggaroo. Kalau tak mesti dah masuk.

Ayah telah diusik secara bertuli-tuli oleh saudara beliau. Man, bila engkau nak mantu? (Mantu ialah perkataan jawa untuk menantu). Ayah tersipu-sipu apabila ditanya sedemikian. HAHA. Tipu. Ceh ceh. Asyik tipu je Surya ni. Malas ah nak baca lagi blog ni. Pakcik, makcik, wak, bibik, lek, atok, embah wedok, embah lanang, tunggu saja kedatangan kad jemputannya ye. InsyaAllah, akan tiba nanti.

Sewaktu majlis persandingan berlangsung, saya terfikir sesuatu. Andaikata saya berkahwin di Selangor, yang bermaksud rumah saya diami sekarang ini, perlukah saya membawa adat Johor ketika majlis? Seperti tol, telur pindang dan sebagainya. Err, barongan dan kuda kepang tidak sesekali ye. Jangan engkau minta pula. Nescaya saya suruh engkau yang menjadi barongannya nanti. Niat hati, saya mahu juga memperkenalkan apa yang kami orang Johor sering lakukan di kenduri kahwin seperti yang tertera di atas. Tapi takut nanti orang-orang kat sini terkejut pastu semua tak jadi makan terus balik. Jadi rakan-rakan, sila bagi pandangan anda ye.

Kaki menulis nota: 2 kenduri di atas adalah kenduri yang pertama-tamanya saya mengkeruk orang. Err. Maksudnya, memberi salam keruk. Atau kata orang Johor, nyumbang. Very like aunty-aunty. HAHA.




6 Words from you:

ckin said...

ko pun ikut menyumbang juge?? siyes like aunty2 la...aku nak menyumbang tp xde duit..

pasal telor pindang tuh..definitely aku setuju kalo dibuat..bile lgi org s'gor nk tgok telor pindang kan..takkan nk beli telor pindang yg jual kat jusco tu weh, mesti x sedap..

tol PLUS pun wajiblah dibuat..baru meriah sekalian makcik2 berangan jadi toll gate girl sekejap nnt

Hazlin said...

saye sebagai warga selangor, tak kesah pun kalo ko nak bawak adat johor. kalo ade telur pindang pun best ape. cumenye perlu la ditimbang2 kan sebab merebus telur pindang tidaklah same cam merebus telur biase kan. mungkin ade sedikit pertambahan dari segi mase dan kos perhaps. jadiknye, pikir-pikir kan la yek ;)

♥ miSz FaRaH™ ♥ said...

adekah farah yg dmksdkan itu aku??
ahaha..perasan-!
adoiyai-

SuryaRahman said...

ckin: aku takut makcik makcik tu berlagak seolah menteri kerja raya sebenar sampai diorang demand nak naikkan tol sesuka hati padahal pengantin dah pakai kad plusmiles 5% rebate. HAHA.

memang la aku nyumbang. tapi duit nyumbang tu bapak aku yang bagi. HAHA. lembu punya susu, aku dapat nama. err. aku takde susu. air liur meleleh ade. HAHA.

hazlin: tu lagi satu masalah. mase dan daun-daunan yang pelbagai itu. kang aku masukkan daun sup, daun bawang, daun celery kang baru tau. jadik lah telur pendang. lagi satu masalah pandai ke diorang ni sume nak makan telur pindang. kang die campak je tepi jalan sodih den.

farah: err. bukan. farah chemor. kau farah jb. hehe.

Al-Ibrah said...

org selangor suka jer makan telor pindang..aku nk 24 biji ye surya..tolong simpankan..yg penting ko bg..kalo dia tak nak ko mintak balik bg kat aku..

aku bg pihak lelaki..tak payahlah tol tu..dibuatnye pengantin laki tak cukup duit..kan malu..(aku pepandai je..bukan tau pun pasal tol2 ni)..cukup2lah dgn hantaran tu..

ko cakap kat makcik kerja raya tu..tak cukup ke aku dah bagi makan free..hahaha

SuryaRahman said...

haha.aku suka idea bernas kau hazwan. apasal mesti 24 bijik? ada pape maksud ke? haha.

makcik kerja raya tak jalan makan free. tol tetap kena naik. huhu.