Hello!!!

Monday, January 3, 2011

Waldrobe Disaster

Being 25 weeks pregnant, I am having this problem. No. It is not as big as morning sickness (as I haven't had one). Neither as problematic as leg or abdominal cramping. Waldrobe malfunction. Oh my.

Sebelum ni pergi kerja boleh lagi sarung baju kurung. Tapi faham-faham la. Sampai bila je boleh tahan. Nak pakai pun kain tu naik sampai atas atau turunkan ke bawah perut. Tu je pilihan yang ada. Pilihan baju kurung yang boleh pakai pun dah makin berkurangan. Sampai satu tahap, minggu lepas pakai baju ni, minggu depan pun pakai baju tu jugak. Biarlah apa orang nak kata. Dah terpaksa.

Jadi atas kesedaran diri dan badan yang tak boleh masuk lagi dalam baju kurung, maka terpaksalah beralih kepada maternity wear. Macam pelik. Tapi memang pelik pun. Yang best tentang perkara ni ialah peluang untuk shopping. Yang tak best pulak, kau dah tak boleh ikut saiz dulu. Semua pun kena try jugak. Lagi satu, harga yang boleh tahan mahal jugak. Nak cukupkan baju untuk seminggu pun dah tersemput-semput nak beli. Jadi memang akan nampak baju yang sama je lah dipakai untuk beberapa bulan akan datang ni.

I am gaining weight like a shooting rocket, man. Belum pernah saya mempunyai rekod berat ini dalam sejarah hidup. Rasa macam nak nangis. Tapi tak pernah nangis pun. HAHA. Somemore, I am pregnant. So ada alasan lah kan kalau berat naik. (Do you remember my trip to east coast last week? For the total of 5 days, I gained 8 kg, man!). I think, disebabkan saya check dekat klinik sendiri, tu yang staff nurse kat situ takut nak marah saya. Kalau orang biasa, mungkin dah habis kena berleter 3 bulan lepas. HAHA. Baiklah. Cukup tentang berat. Padahal entry ni tajuk waldrobe disaster.

Kesimpulannya, saya tengah fikir nak pakai baju apa esok.


p/s: I started 1st Jan with oncall. And I ended it with nausea, vomiting and diarrhea probably due to food poisoning. Or should I say seashell poisoning?



-Surya Rahman-

3 Words from you:

Norahsikin Mohd Saman said...

jom shopping!!! weh, perut kau dah besar ke sbb kau cakap baju kurung dah tak muat... nak tengok!!!
haha...sorry lah agak excited nak tengok perut kau...last time jumpe tak brape nmpk lagi..hehe

g_dah86 said...

sokong..nak tgk perut ko jgk..upload la pic :D

SuryaRahman said...

Ngeh ngeh ngeh. Tengoklah nanti. Gambar asik simpan dalam kamera je. Nak transfer malas habis.

Ckin: Mahu shopping juga!!!