Hello!!!

Saturday, January 22, 2011

Perihal Mengidam

Perempuan mengandung dan mengidam memang tidak dapat dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Kalau pisah, tak lengkap kehidupan. Tapi pendapat saya, orang tidak mengandung pun kadang-kadang mengidam jugak. Cuma mungkin tak digembar-gemburkan seperti perempuan mengandung. Ataupun tak berapa dilayan sangat seperti perempuan mengandung. HAHA. Nampak tak advantage perempuan mengandung kat situ?

Sehingga kini, saya tidak mengalami perasaan mengidam yang keterlaluan. Emak mertua saya selalu pesan, kalau nak makan apa-apa cakap je. Mak buatkan. Tapi mungkin saya juga tidak ada rasa nak makan apa-apa MELAINKAN kalau ada orang yang menyebut atau makan sesuatu depan saya.

Contoh paling ketara, masa staff saya makan buah melaka@puteri mandi. Masa tu saya masih kat Sabah. Sentiasa teringat-ingat scene dia gigit buah melaka. Balik KL untuk lapor diri, terus suruh emak buat buah melaka. Tapi sebenarnbya, mak adun tepung je. Yang masak saya jugak. Samapi ada yang terlupa letak gula melaka kat dalam tu. Bukan sebiji pulak tu. HAHA. Kesian lah siapa yang dapat hari tu.

Kemudian, Auntie Anne's Pretzel. Tiba-tiba je rasa nak makan sebab ternampak orang makan. Padahal sebelum ni tak pernah makan pun pretzel ni. Nasib baik lah kat JB ni ada. Oleh sebab pretzel ni, saya memaksa EF untuk bawak saya ke Jusco Bukit Indah. Ini memang kes tak ingat jalan walaupun dah banyak kali EF bawak saya pergi sini. Bila sampai depan kedai dia, terus tergamam, eh nak beli perasa apa ni. Eh. Eh. Macam mana ni. HAHA. Kemudian minggu lepas EF bawak saya pergi KSL, shopping mall terbaru kat JB. Jalan-jalan, pusing-pusing, sekali ternampak kiosk Auntie Anne's Pretzel ni. Apa lagi, beli lagi la.

Kemudian, burger tepi jalan. Double special, atas ayam bawah daging. Disebabkan saya tinggal seorang diri, dan burger tepi jalan selalu menjalankan operasi pada waktu malam, maka saya selalu tak dapat beli. Takde kerja saya nak bawak kereta malam-malam seorang diri. Tak payah. Jadi bila EF balik, terpaksa lah buli beliau untuk belikan burger. Biasanya, EF balik daripada main badminton baru dia beli. Dalam pukul 1 la macam tu. Dan saya dah tidur pun pada waktu tu. Bila terbau burger, terus bangun, makan, naik atas, dan tidur semula. HAHA. Now you know why does my weight is shooting up.

Roti bukanlah makanan kegemaran saya. Maksud saya, roti canai dan kawan-kawannya. Kalau diberi bagi makan roti ni sewaktu sarapan, saya akan rasa tak best sampai effect mood sepanjang hari. HAHA. Exaggerate je tu. Tapi sekarang ni saya rasa roti telur adalah roti yang sedap. Sedap macam nak makan setiap hari tapi malas nak pergi beli. Jadi masa EF ada kat sini, petang-petang balik kerja kami pergi makan roti telur kat Restoran Agus. Dulu kalau makan roti, saya tak suka membanjirkan roti tersebut dengan kuahnya. Tapi sejak makan roti banjir Mamat tahun lepas, macam sedap jugak. Jadi sekarang makan mesti kuah banyak.

Setakat ni saya belum pernah mengidam nak makan pelik-pelik yang melampau seperti daging payau ke ikan warna-warni kat pasar SAFMA Sabah tu. Alhamdulillah. Apa yang saya ceritakan di atas ni pun saya lebih suka kategorikan sebagai nafsu. HAHA.

Apa yang saya masih belum dapat makan lagi ialah jemput-jemput ikan bilis + kentang made by Fitri. Dah bagitahu sejak bulan 10 tahun lalu lagi. Sampai sekarang masih tak dapat. Sob sob sob.


-Surya Rahman-

5 Words from you:

Reen Tart Nenas said...

Hi Surya... my sis in law kata, masa pregnant tak elok makan jeruk/asam sbb ia boleh mengundang penyakit kuning pd baby nanti. tp saye xtau la betul ke tak. tp mmg die x makan ms mengandung, n anak die xde pun kuning tu...

SuryaRahman said...

Hi Reen. Ye ke anak ur sis in law tak kuning? Alhamdulillah lah if gitu :> Sihat!

Unknown said...

wehhhh apehal same lak nih??? aku pun terasa nak makan bile ternampak atau org citer...perghhhh beger special ayam atas daging bawah? terbeklah..tambah double cheese

SuryaRahman said...

pastu berat badan pun tambah double kan. HUHUHUHUHU. Masa tu nangis pun tiada berguna.

Unknown said...

weh ape cer nih brt aku nek 2.6kg dokter soh jupe dietician