Hello!!!

Thursday, January 27, 2011

Pandangan Peribadi

Setiap bulan, paling kurang 2 kali saya akan oncall untuk metadon. Kalau nasib malang, kenalah 3 kali oncall hujung minggu. Kepada engkau yang mungkin tak tahu, metadon ini adalah sejenis rawatan terapi kepada penagih dadah (heroin). Metadon mampu memberikan kesan yang sama seperti heroin, tetapi ia lebih baik daripada heroin. Ini merupakan langkah kerajaan untuk mengelakkan penagih dadah menagih dadah lagi. Mungkin engkau boleh membaca lebih lanjut di sini.

Bila saya dispens metadon kepada mereka, saya selalu terfikir, apakah puncanya sehingga mereka boleh menagih dadah? Salah siapa? Ibu bapa? Keluarga? Persekitaran? Atau diri sendiri? Jawapan paling tepat pastinya diri sendiri. Walaupun ada sebab atau pengaruh daripada luar, kalau hati kuat, pasti tak terjebak kan.

Daripada mereka, kadang-kadang saya belajar sesuatu. Jujur saya katakan, pertama kali saya mendispens metadon, kadang-kadang ada terselit perasaan jijik atau benci. Sebab mereka penagih. Tapi bila dah lama dispens, saya mula berubah fikiran. Kadang-kadang ada rasa hormat pada mereka (walaupun tak semua). Mereka mampu berubah. Daripada kesilapan, menjadi kejayaan. Mungkin tak berapa berjaya, tapi lebih baik daripada sebelum ni. Urine clear. Takde ambik dadah lagi. Ada kerja. Ada keluarga. Sihat. Saya kagum dengan mereka. Ada yang jujur bercerita, susah nak berhenti pada mulanya, tapi bila tengok muka anak isteri, terus rasa tak sanggup nak ambik dadah lagi. Kadang-kadang, ada godaan. Terutama kawan-kawan lama dulu. Tapi sibukkan diri dengan kerja. InsyaAllah boleh lupa.

Tapi masih ada yang menjadikan rawatan terapi gantian metadon ini seperti rawatan ketagih takde duit nak beli dadah. Bila-bila ada duit, pergi beli dadah. Bila takde duit, baru datang ambik metadon. Bila tak dapat, marah-marah, ugut-ugut. Urine selalu sangkut. Positive opiate selalunya. Saya selalu merasakan, alangkah membazirnya duit dihabiskan kepada penagih seperti ini. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk membeli ubat-ubat pesakit kronik kencing manis, darah tinggi. Perangai mereka pun menjengkelkan. Tidak menghormati. Ikut suka hati nak datang pukul berapa.

Pendapat saya, setiap peserta program ini harus dinilai semula samada masih layak atau sepatutnya diberhentikan sahaja. Jangan membazirkan duit pada tempat yang tak sepatutnya.

-Surya Rahman-

0 Words from you: