Hello!!!

Thursday, January 13, 2011

Job Scopes

Mungkin ramai yang tahu, kerja saya adalah mendispens ubat kepada pesakit. Yang asyik membebel kat kaunter cakap berapa biji ubat kena makan, berapa kali sehari. Ok itu saya lah tu. Tapi tak ramai yang tahu selain daripada itu, job scopes saya lebih luas lagi. Kadang-kadang melebihi daripada jangkauan akal. Seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1. Mengisi bullet stapler
Disebabkan klinik saya kecik, jadi nombor giliran perlu diambil sendiri dan diketip (stapler) sendiri. Jadi tiba masa bila bullet tu dah habis, maka saya perlu memberi bullet kepada pesakit supaya mereka boleh refill stapler tu. Tapi kebanyakan masa, saya terpaksa mengisi sendiri bullet tersebut sebab pesakit tidak tahu cara memasukkan bullet tersebut. Ok demimu pesakit, saya rela.

2. Mengisi kertas nombor giliran
Ini memang tak boleh nak harap kat pesakit lah. Sebab perkara ni canggih sikit daripada mengisi bullet stapler. Jadi kalau dah terdengar pesakit cakap 'Misi, ni mesin dah rosak. Kertas tak keluar'. Memang faham-faham sendiri la angkat bontot ambik roller masukkan dalam mesin.

3. Kaunter pertanyaan/informasi
'Misi, cuba tengok sini ambil darah berapa haribulan?'
'Misi, nanti saya jumpa doktor berapa haribulan?'
'Misi, isteri saya baru bersalin. Saya mahu bagitahu nanti misi datang rumah'
'Misi, ambil nombor mana? Saya mahu jumpa doktor'

Kau nampak? Semua pun ada misi kat depan. Baju aku bukan warna putih pun dia panggil misi jugak.

4. Menjadi translator
'Surya, acetylsalicylic acid and glycerin tu apa?'
'Surya, Concor tu apa?'
'Surya, Micardis tu apa?'

Sedangkan sebelum ni dah tanya dah pasal tu.

Ok tu je yang saya ingat. Rasanya masih banyak lagi. Tapi dah tak ingat apa dia.


-Surya Rahman-

5 Words from you:

anep said...

hahahaha....sian misi ni...

SuryaRahman said...

haha. misi penat. jangan kacau.

Unknown said...

seb bek misi bkn sissy

SuryaRahman said...

sissy tu ape?

Unknown said...

cik pon