Hello!!!

Wednesday, January 12, 2011

Kosong

Pagi tadi hantar EF ke airport. EF pulang ke KK. Engkau bayangkanlah. Sebulan EF kat JB. Sebulan jugak saya berkepit je dengan dia. Sampai EF nak main badminton pun saya asyik cakap tak payahlah main. Tak kesian ke dengan I tinggal sorang? Tapi harapan je lah EF tak pergi main. Kasut tertinggal kat rumah pun sanggup patah balik rumah ambik kasut.

Sebulan EF kat JB, sebulan jugak lah saya tak bawak kereta. Ok. Ada lah sekali dua je. Tapi memang sekali dua tu je. Takde lebih pun. Habis hari ni kena bawak kereta semula. Macam rasa pelik. Macam pening kejap sejak bila jalan ni ada lubang dulu macam takde pun.

Sebulan EF kat JB, sebulan jugak lah saya makan berteman. Takde makan sorang-sorang. Habis hari ni, makan depan TV saja yang mampu.

Sebulan EF kat JB, rasa macam adalah tengok wayang sampai 10 kali. Pantang ada cerita baru keluar, terus je nak tengok. Jusco Tebrau tu dah macam tempat permainan pulak. Dah berapa banyak pulak duit habis kat arcade main Photo Hunt dengan 11 ball. Heaven ah masa tu.

Hari ni balik kerja masuk rumah, terus rasa rumah ni kosong. Macam takde perasaan. Terus menangis dua tiga minit. Lepas tu nangis lagi dua tiga jam. Loser. Memang saya loser. tapi cuba kalau kau kat tempat aku. Sama-sama loser lah nampkanya.


-Surya Rahman-

4 Words from you:

pari pari syurga said...

i can feel u babe.. saya juga ibu ''tinggal''. hehehe.


tapi saya ujung mingu saja.

harap awak kuat dan macho!

hEarTLeSs said...

heh i'm one of the loser then. haha kesian kan kte jadik bini tinggal?erk!

SuryaRahman said...

hai pari pari syurga! harap KITA kuat dan macho.tapi saya kuat je, tak macho sebab banyak lemak sekeliling badan. haha.

ziha: loser kan kita ni. sob sob.

Anonymous said...

be strong beb :)
i'll pray for your best
muah2 to baby :X

v.