Hello!!!

Thursday, August 12, 2010

Keindahan Sabah Yang Engkau Mungkin Tidak Tahu

Kredit kepada Sabah Travel Guide



Entry ini adalah dedikasi khas kepada Hazwan, Reza dan Maryam Jamilah.




Masih ingat kisah aku menangis sesungai? Atau kisah aku hampir menyeludup Chirit ke Sabah? Ingat pula kisah dilema aku sebelum pergi?

Kalau tidak ingat, sila baca semula kisah-kisah tersebut. Siap baik hati tolong korekkan blog ni untuk kau.


Ya. Mungkin kau rasa Sabah tu jauh. Tapi sebenarnya keinginan hati boleh mengatasi segala-galanya. Seperti contoh, walaupun belum bergaji, membeli air ticket secara bundle termasuk tiket untuk lawatan muhibah keluarga ke Sabah. Semuanya boleh dilakukan dengan keinginan hati yang membara-bara-bara-yang-panas-membara.
Tips: Gaji kau nanti kan RM4K++, spend RM500 untuk beli airticket, jadi bolehlah balik barang setiap 2 minggu (kalau ada promotion la).

Kalau di Sabah, kau mungkin berpeluang memanjat Gunung Kinabalu yang berpuncak landai. Eh yang ni pun aku belum buat tahu. Nampak sangat kau orang lebih berpeluang untuk mendaki. Nampak tak keindahannya?

Nampak menarik bukan? Teringin untuk mendaki tapi fizikal macam tidak mengizinkan.

Jika sudah sampai di Gunung, mungkin kau boleh terus ke Kundasang untuk merasa angin gunung dan kehidupan di sana. Kau juga boleh pergi ke Ladang Lembu Desa yang boleh feeling ala-ala kau kat New Zealand. Ini pun aku belum sempat pergi lagi. Huhu.


Menarik kan kan.


Kalau pakai baju yang matching pasti orang ingat di New Zealand.

Kredit gambar kepada Murni

Kemudian kau boleh pergi ke Tunku Abdul Rahman Reservation Park yang mempunyai beberapa pulau terpelihara sumpah air laut cantik, batu karang cantik, ikan cantik, wanita cantik err..Tak macam Sungai Melaka atau Sunagi Seget. Betul. Aku tak tipu.

Pulau dengan air cantik pasir cantik

Serta ikan cantik

Serta wanita cantik phewwwittt


Kalau mahu jauh sikit, kau pergilah Tips of Borneo. Ini juga kategori indah. Memang indah.

Selain itu kau boleh menikmati seafood secara gagah dan berleluasa tanpa halangan ibu bapa. HAHA. Macam lah ibu bapa menghalang.
Ketam dan ikan beradu tenaga. Akhirnya ketam kalah. Terjatuh pinggan.


Kemudian kau boleh pergi ke Water rafting. Baiklah. Ini ada 2 pilihan. Kiulu water rafting atau Padas water rafting. Ini pun aku tak pernah buat sebab tengah trying untuk conceive tak mahu merosakkan uterus dengan hentakan keras. HEHE.

Kredit kepada EndemicGuide

Kalau mahu mentukar angin, nah pergilah ke Labuan. Walaupun tidak ada pape, tapi hey pergilah. Sekurang-kurang nya bila orang cakap, kau boleh bagitahu dengan bangga kau dah pergi Labuan.
Gambar recycle. Mestila kan.


Jadi, marilah ke Sabah. HEHE.


7 Words from you:

ckin said...

balik sini nanti bawalah buah tangan sket eh..haha...

SuryaRahman said...

haha. sempat lagi tu.
kau mahu apa?

Wirdiana said...

syukur entry ni x didedikasi utk aku.. erk!!

ko dpt balik johor eh?

hazwanali said...

terima kasih lah menyejukkan hati aku..semakin lama semakin redha aku untuk pergi..ada macam excited pulak..wahaha..tapi takut pulak dihantar ke tempat yg tidak keruan..berdebar2 rasenye..

K154 said...

Ala kamon la wan.. Bukannya pergi neraka oi.. Sini aku bawak kau ke jalan yang lurus

ckin said...

kate berniaga brooch utk raya...haha, ape lagi, buah tangan brooch la...keh2...

Tapak Kaki said...

terus rasa nak pergi sabah lepas tengok gambar wanita cantik pheewiitt.wakaka