Oh. Sesak dada saya ketika membuat aktiviti ini. Ini adalah kali pertama terjadi. Sebelum ni, kalau membuat aktiviti ini, pastinya hati girang, riang, gembira seperti Spongebob dan Patrick Pink di Bikini Bottom. Atau lebih metafora Hagemaru dan ayahnya ketikaa mencuri buah di pokok tepi jalan. HAHA. Tapi kali ini. Sungguh sesak dada saya. Sikit lagi boleh mengalir air mata. Ceh. Ratu drama pulak kau ni. Sikit-sikit mengalir. Jap lagi melimpah. Jap lagi haru biru rumah. HAHA. Cuba kalau aktiviti ini bertujuan untuk balik kampung. Atau bercuti best. Mesti engkau macam Spongebob sekarang ni. HAHA.
Engkau jangan tanya ah kenapa sesak dada. Tapi saya jawab je, saja nak bagitahu anda. HAHA. Saya sesak dada sebab banyaknya barang-barang saya kena tinggal. Oh my. Bawak baju kurung sejumlah 2,3 pasang je. Err. Tipu. Sejumlah 10 pasang je. Macam mana yang berpasang-pasang kena tinggal ni. Kecik hati diorang. HAHA. Belum masuk t-shirt, seluar, tudung yang memang banyak ah kecik hati kena tinggal. Sesak dada nak pilih yang mana kena bawak. HAHA.
Baiklah pembaca. Sila ikuti rentetan pengkemasan barang-barang.
Hello!!!
Friday, July 31, 2009
Aktiviti Mensesakkan Dada
My Words SuryaRahman at 8:54 AM 7 Words from you
Wednesday, July 29, 2009
Unforgotten
Orang kata, zaman belajar adalah zaman paling riang dalam hidup. Mana tak riang, hari-hari riang bersama kawan-kawan riang pergi belajar perkara riang di tempat yang riang. Memang riang kuasa empat belas lah.
Orang kata, masa belajar adalah masa paling enjoy. Mana tak enjoy. Hari-hari pergi enjoy. Nak pergi exam pun kira pergi enjoy jugak. Kena belah katak pun enjoy. Balik exam nanti, enjoy lagi. Setiap hari pun enjoy.
Orang kata, masa belajar, kita rasa nak kerja. Tapi nanti dah kerja, rasa nak balik zaman belajar. Bukan nak belajar balik. Mana tak nya. masa belajar, asyik tak cukup duit. Baru nak shopping selangkah dua, terpaksa mengundur balik. Masa tu memang tanam nekad ah. Nak kerja super saiya punya rajin pastu siap nak buat side income pastu dapat duit bolehlah melepaskan nafsu serakah pada shopping mall.
Unforgettable. Moment zaman belajar yang tak boleh dilupakan. Kalau lupa, kena baca entry ini balik banyak-banyak kali.
- Pergi tengok wayang malam hari adalah menghiburkan. Lebih menghiburkan kalau disertai sedikit shopping bekalan tidur malam kejadian. Tetapi menjadi tidak menghiburkan kalau emak dan ayah tahu perangai syaitan anak mereka ini. Siapa berani bagitahu emak ayah saya, siap engkau eh. Ini amaran ni. Nah. Kasi takut sikit. Bagi amaran kaler merah. Ini amaran tahu!
- Mentangkap katak dekat tasik 7 adalah sangat menghiburkan. Serius. Sangat terhibur mentangkap katak. Sebab, manusia yang sedang menulis entry ini adalah sangat jakun kerana seumur hidup beliau, ini adalah kali pertama beliau menyertai operasi menangkap katak. Memang terhibur ah disertai jeritan halus macam tidak cukup sifat itu. KAHKAHKAH. Engkau jangan tanya siapa yang menjerit. Jangan jugak tanya saya tangkap katak tu ke tak. Lepas itu, katak disimpan dalam bekas tau foo fa tu. Tapi tutup dia dah buat lubang pengudaraan ah. Karang katak mati, sia-sia je. Eksperimen tak jadik. Prof Bakar marah nanti.
- Menstay-up sampai 4 pagi dekat Subang Parade kerana event Brain Awareness bagi kesedaran pada public pasal brain yang mereka miliki. Ah. Ini memang comel. Sebelum tu,membuat video sekeliling KL berlari ala-ala Olimpik siap bawak obor buatan tangan untuk majlis perasmian. Handmade you know! Siap ada sorang mat salleh tu nak ambik gambar dengan kitorang masa dekat Dataran Merdeka. Siap buat aksi konon-konon nak lari. HAHA. Lepas itu, tiup belon sampai semput ah untuk bagi public hari kejadian. Memang comel! Maksud saya belon tu yang comel. Lepas itu bangun lambat pada hari event. Hah. WTH. Memang macam serabut ah pergi event pagi tuh. HAHA.
- Masa first year, Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah bangun menuju padang kawad bersama semangat Kesatria Negara. Dush. Dush. Dush. Mari lawan saya. Tara takut meh. HAHA. Kawad selama dua jam disertai mengutuk komander selama setengah jam selepas itu. Huh. Memang cemerlang ah. Serta menghiburkan. Mana tak terhibur. Komander punya baju ada yang ketat seh. Seksi habis ah kalau tengok dari belakang. KAHKAH. Lepas itu, ada pulak komander konon garang habis ah. Sekali dia tension pasal orang tak takut dengan dia. HAHA. Ada jugak komander usha Kesatria Negara ni. Dapat beb. Selalu nampak diorang naik bas sama-sama. HAHA.
- Masa first year jugak. Mengkutip kupon itu adalah seperti memakan nasi. Tak makan, lapar. Nak pergi beli makan, azab. HAHA. Tapi bila terkenang balik, memang fun ah masa amik kupon. Macam dapat amali lontar jamrah percuma. Serius. Kalau saya tukang bagi kupon tu, saya berdiri atas kerusi pastu buat hujan kupon. Nanti orang ambik kat bawah. Tak payahlah kena serbu. HAHA.
- Pindah rumah adalah fun jugak. Dari seksyen 2 ke seksyen 7. Fun sebab takde mak tiri dah. Duduk rumah bersahaja tanpa perlu angkat botol kicap dan periuk nasik secara paksa. HAHA. Mengangkat barang kepunyaan lima orang menaiki dua kereta comel keluaran tempatan. Memang hebat ah. Rasanya, lebih kurang 15 kali berulang alik membawak barang. Lepas tu angkat barang naik tingkat 4. Ni tak comel. Hilang segala keayuan yang tersimpan selama ini. HAHA. Tapi sangat kagum dengan diri masing-masing. Hebat ah! Gerobok saya je dah lebih 5 kaki. Angkat guna kereta saya sahaja. Tilam 5 gulung angkat pakai kereta Alin. Meja study lagi. Memang hebat ah. Big applause! Lepas je pindah, collapse! Siap lebam-lebam kat kaki langgar apa pun tak tahu. HAHA.
- Cuti-cuti Malaysia adalah paling best. Memang best ah. Johor, Melaka, Port Dickson, Langkawi, Perlis, Sabah, Singapore, Penang, Indonesia. Biasanya ahli-ahli kelab akan menganjurkan percutian lepas exam. Konon nak reward diri sendiri lah. Sambil nak lepas tension la tu. Padahal sebenarnya kaki jalan. HAHA. Ada juga percutian yang bukan diuruskan oleh ahli kelab. Seperti Singapore tah siapa yang buat. Dan Penang sekretariat MPP buat. Nama pun student. Banyak manalah sumber pendapatan nak dibawak pergi melancong. Jadi harusla kami mempilih style ala backpackers. Hotel bintangless, makan tempat standard student. Weh. Seronok ape. Cuba kau bayangkan. Memang seronok ahh.
My Words SuryaRahman at 10:11 AM 7 Words from you
Monday, July 27, 2009
Pre Marital Course
Melihat tajuk saja sudah pasti anda tahu ke manakah saya menghilang 2 hari lepas. Ceh. Macamlah anda perasan saya hilang mahu membuat ayat sebegitu. KAHKAH.
2 hari yang indah permai saya habiskan dengan menuntut ilmu di Putrajaya. Rasa penat sangat duduk dalam bilik mendengar orang berceramah. Bukan penat mental. Tapi penat fizikal duduk dalam keadaan duduk. Rasanya sebab sudah lama meninggalkan alam pembelajaran dalam kelas. KAHKAH. Padahal baru 3 bulan saje.
Secara keseluruhannya, tiada pendapat saya hendak lontarkan. Namun, apa yang saya perhatikan, sikap segelintir peserta kursus yang bertindak biadab. Err. Tidak kisahlah siapa kamu di luar. Tetapi bagi saya itu majlis ilmu. Ilmu agama pulak tu. Janganlah dibuat seperti menonton konsert. Setiap kata-kata penceramah disambut dengan kata-kata tidak manis. Bukankah masing-masing bakal mendirikan masjid. Hormatilah rakan-rakan peserta lain.
Okay. Saya tidak menujukan pesanan ini kepada sesiapa. Saya mengingatkan diri saya sendiri sahaja. Saya juga banyak kekurangan. Malahan di majlis ilmu juga kadangkala saya melakukan kesilapan. Jikalau ada, tegurlah saya. Mungkin pada mulanya sentap. Tapi akal akan meredakan emosi setelah beberapa ketika.
Semasa kursus berlangsung, kerap juga apa yang dikatakan tukang bagi ceramah itu terkena pada hidung saya sendiri. Saya akui. Saya bukan jenis lemah lembut sopan santun gemalai macam jeli kelapa dalam bekas puding itu. Kalau saya berbuat demikian, mungkin anda semua boleh membuat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam meraikan kedatangan Surya The Lembutness. Oh. Pelis. Saya tidak betah orang memanggil saya Su. Kerana bagi saya Su itu terlalu lembut di pendengaran dan penglihatan. Oleh itu ia tidak sesuai dengan saya.
Selepas kursus ini, saya banyak membukak mata pada sesetengah perkara yang saya terlupa sebelum ini. Saya juga memikirkan sedalam-dalamnya apa yang Encik Fitri katakan ketika dalam perjalanan menghantar beliau ke airport. Saya juga mempikirkan bentuk penyelesaian yang sesuai. Tidak usahlah saya menceritakan apakah perkara-perkara ini. Belum pernah lagi saya mendedahkan perancangan, perbincangan kami di blog ini. Belum pernah lagi saya mengkeluarkan kenyataan mengaibkan kepada beliau. InsyaAllah tidak akan pernah. Kerana bagi saya itu adalah privasi kami. Belajarlah mensimpan rahsia.
Penat pula beremosi seperti di atas. Ok. Switch mood. HAHA. Ini saya kongsikan sedikit cerita yang disampaikan ketika kursus.
Dalam sebuah kampung tinggallah seorang penternak tua bersama anaknya. Penternak itu tidaklah berapa tua sebenarnya. Hanya beberapa helai rambut hitam di kepalanya. Yang lain sudah bertukar putih. Penternak ini menternak 500 ekor babi. Wah. Kaya nampaknya penternak ini. Kalau seekor babi sudah berharga RM500. Kalau dijual semua. Wah. Ana kaya! Okay. Harga adalah anganan kosong. Penulis tidak tahu harga sebenar. Begitu juga pencerita.
Babi-babi beliau adalah sangat gemuk. Sudah tentulah mereka ini makan banyak kan. Tengok sahaja bentuk badan tidak berbentuk itu. HAHA. Dan oleh demikian, maka tentulah banyak hasil domestik yang dikeluarkan oleh babi-babi tersebut. Penternak ini pula terpikir: "Eh, banyak nya mereka berak. Boleh dijadikan baja ni. Rugi aku kalau dibuang sahaja najis mereka ini". Lantas keluarlah mentol di kepala penternak itu mentandakan beliau sudah mendapat idea. Wink Wink.
Lalu penternak itu pun mentanam sayur kubis di sekeliling kandang babi tersebut. Hari demi hari kubis semakin membesar dengan sihat dan kuat. Maklumlah, sumber nutrien cukup. Babi di dalam kandnag ini semakin geram dengan kemontelan kubis. Lalu mereka berpakat untuk menserang kandang sendiri supaya mereka boleh memakan kubis montel itu. Tamatlah riwayat kubis montel dalam perut binatang haram najis mughallazah kalau terpegang kena samak.
Penternak itu pun kecewa melihat babi makan kubis montel nya. Baru tadi beliau berangan-angan mahu memasak asam pedas kubis montel campur lobak putih hiris sebesar 1 cm. Pelamin anganku musnah!
Penternak masih tidak berpuas hati dengan kemusnahan kubis montel oleh babi durjana. Lalu beliau mentanam tekad untuk mentanam tembakau di tempat yang sama.
Membesarlah daun tembakau dengan sihat. Apa terjadi selepas itu? Adakah babi akan menserang tembakau pula? Oh tidak. Kali ini babi menggigil dalam kandang. Menjeling saja ke daun tembakau boleh membuatkan kepala pinar berpusing siap keluar bintang lagi. Penternak pun ketawa sebesar-besarnya. HAHAHA. Padan muka engkau. Kata penternak.
Anak penternak tadi berasa pelik melanda hatinya dengan sikap babi itu. Lalu bertanya kepada bapaknya.
Anak : Apak, kenapakan babi tidak memakan tembakau seperti kubis? Adakah kerana tembakua tidak montel seperti kubis?
Penternak : Tidak anakku. Babi itu takut jikalau mereka memakan tembakau itu, maka mendapat sakit jantunglah mereka. HAHAHAHA.
Moral of the story: Binatang pun tahu tembakau tak bagus untuk kesihatan. Anda?
p/s: Cerita adalah terdapat penambahan untuk menjadikannya sedap seperti asam pedas. Penulis tidak bertanggungjawab kalau anda tidak memakan kubis mahupun asam pedas lagi selepas ini. (Kubis tu I hentam je lah. Tak ingat tanaman apakah yang disebut oleh tukang bagi ceramah semalam).
LALALALALALALA.
My Words SuryaRahman at 9:44 AM 6 Words from you
Friday, July 24, 2009
Things To Do Before Going To Sabah
- Eat Sizzling Mee kat Foodcourt Tesco or Midvalley. Lepas itu Claypot Rice pulak. Yang berciri seafood TIDAK PAYAH.
Do hair treatment(macamlah kat Sabah tak boleh buat)- Watch TV every day (macamlah engkau tak buat sekarang)
- Girls Day Out.
Belikan kucing makanan lembik dalam sachet macam sedap je diorang makan tak tengok kiri kanan dah.- Mandikan Chirit. Padan muka engkau.
Beli baju batik. Oh. Saya tiada baju batik lagi. Macam mana nih? Batik tipu sudahlah. No money lah nak beli batik betul.Beli tiket kapal terbang. Ini sudah semestinya. Takkan nak masuk luggage Encik Fitri pulak pastu excess luggage masa timbang pastu tak boleh masuk. HAHA.- Siapkan bunga. Sigh. Tawar hati nak siapkan.
- Timbang berat badan. Err. Motif?
- Shopping tiada duit. Takde maksud.
- Beli lab coat. Dah lupa mana letak lab coat. Lab coat? Ape tu?
- Repack buku yang dah masuk kotak. Or should I bawak sekali kotak buku tu? Hah. Budget dah ada rumah je kat sana.
- Pening kepala nak siapkan list ni. Sudahlah.
p/s: Saya sangka saya sudah bersedia. Rupanya tidak. Can we rewind the time back? Please.The time where I can go back home whenever I want. The time where I do not have to care source of income. The time where parents cherish you all the time. Not that they won't do after this. The time where the flowers bloom around me. Err. Okay. Stop it.
Before the tears fall down again.
My Words SuryaRahman at 7:45 AM 5 Words from you
Thursday, July 23, 2009
Berita Tertusuk Jiwa
Sila maafkan saya. Sudahlah anda diberikan entry bertalu-talu semalam. Entry pula berbaur kesedihan dan kegembiraan. Dijangka, entry kali ini juga penuh tipu muslihat bersifat kesedihan.
Err. Maafkan juga kalau ada kesilapan pentaipan perkataan kerana saya mempakai oversized sunshade untuk mengcover bengkak di mata perasan Paris Hilton ah kau ni.Nampak sangat mentipu anda. Malam hari mana adakah orang yang mempakai sunshade. Bukankah namanya sunshade harus dipakai untuk shades sun bukan shades sinaran radioaktif laptop sendiri? Hah. Kantoi mentipu anda.
Beberapa kawan mula mententeramkan saya selepas saya seolah-olah mengalami kemayoran. Maksud saya kemeroyanan kerana terpilih ke Negeri Ssabah. Kemayoran tu name hotel di Indonesia. Ah. Menangis sebanyak 12 jam tanpa henti. Ok. Tipu lagi. Menangis 12 jam henti-henti. Memang hebat ah. Big applause for me. Err. Dengar je orang sebut Sabah, tiket kapal terbang tak kiralah di FB, blog mahupun radio juga bisa mengalirkan air mata. Membawak kereta pun boleh menangis mengenangkan kereta bakal ditinggal di sini. Membeli nasi kerabu pun boleh mencetuskan tangis bila emak kata ' Kat Sabah nanti takde nasik kerabu'. Ah. Emak memang comel lah cakap macam tu. Bikin saya gusar. Ayah telefon tanya dapat mana pun nangis dulu sambil sedu-sedu nak bagitahu jugak dapat mana. HAHA. Sumpah rasa macam umur 5 tahun hari ni.HAHA.
Tapi itu tadi. Sekarang I dah steady. Sebut ah Sabah banyak kali depan I, memang tak gentar ahh. Siap boleh buat joke lagi pasal Sabah. Siap macam nak tempah tiket sekarang je. Siap nak buat Enrich Card sekarang jugak lah dengan harapan boleh naik MAS selalu. Siap nak google rumah sewa murah di Sabah. Siap dah nak buat list dah baju ape kena bawak kasut ape kena tinggal. Ok. Ini boleh menimbulkan sebak. Siapa yang nak jaga kebajikan kasut-kasut I nanti? Ok. Tinggalkan wasiat untuk ALong dan Uda.
Heh. Sekarang mahu merancang masa depan. Rancangan pertama: Err. Belum rancang lagi.
Ah. Sudahlah. Tiada pedoman nak buat entry. Ok. Entry habis.
My Words SuryaRahman at 12:43 AM 0 Words from you
Wednesday, July 22, 2009
Similarity
I still remember. 7 years ago when i got the offer letter from MARA to be accepted as a student at MRSM Kuantan. I'm crying like hell. Like no more tomorrow. Like MRSM Kuantan is a place full of bugs, spider and mobs. Like i will have no friends since no one from my former school got Kuantan.
I still remember. With mata bengkak, i was forced by my mum to go to Supermarket to buy things that is necesary to enter boarding school. I hate that time. It was like halau me from my house. Even the cotton bud pun have to buy new one. I mean new bundle of cotton bud la. Not that i use the used one. Eeiyerk.
At first, yes i cannot accept the new situation. But, day after day, i can managed myself there. I always said to myself: This is your destiny. And Allah has a better plan for me here.
But I left Kuantan with some uneraseable memories that makes me think twice before i go back there. Serious. I hate to be back to Kuantan because of some things.
And now.
I was posted to Sabah. And i'm crying like hell. Eventhough, Encik Fitri is there. And he is my fiance. And he is husband-to-be. But still I don't want to go there.
Like 7 years ago.
Will i end up at Sabah like Kuantan?
Furthermore. Am i going to Sabah with the kerelaan hati or 'saya yang menurut perintah'?
This is your destiny. And Allah has a better plan for me there. InsyaAllah.
My Words SuryaRahman at 2:22 PM 9 Words from you
First Niece. Ever.
Kakak ipar Encik Fitri baru sahaja melahirkan anak pertamanya pagi tadi. He's so happy with that. Macam tahu-tahu je dah beli tiket balik semenanjung weekend ni. Clever girl. HAHA. So congratulation tu Kak Intan and Abang Faizal. We will visit you all this Saturday InsyaAllah.
This girl is the first niece (or should i say niece-to-be since i'm not married to Encik Fitri yet?) I had. Err. Feeling a bit nervous toward the visiting. Saya takut nak pegang baby yang masih kecil. And I'm not good in dealing with kids, no matter what age. Maybe it has been long time ago since I took care of kids that makes me afraid of taking care of them again. HAHA. Do not speculate that sentence.
To the baby girl: Welcome to the world. I'm sorry that i have no birth-day present to give to you since i have no income right now. HAHA. p/s: :Later, can you call me aunty instead of makcik? HAHA.
I feel like I'm too old now. HAHA.
My Words SuryaRahman at 11:40 AM 0 Words from you
Kursus Kahwin
Err. Dah nak kahwin, kursus tak pergi lagi. Karang dah start kerja lagi susah nak pergi. Belum hantar permohonan untuk nikah lagi. Nak mohon kena ada sijil kursus kahwin. Kursus kahwin tak pergi lagi. Aiseh.
Dulu masa belum jadi tunangan orang, selalu sangat nampak iklan kursus kahwin ni. Banner la, bunting la. Tapi bila nak pergi, satu apa pun tak nampak. Ceh. Kau sembunyi eh iklan. Takpe. Iklan takde, Google ada.
Pejabat Agama Islam Daerah kat Selangor ada menganjurkan kursus kahwin. Tapi sayangnya, kena book awal. Kalau nak book sekarang, tapi nak pergi hujung minggu ni, memang tak dapat. Melopong je lah. Harus fikirkan alternatif lain. Walaupun tempat jauh, tapi kerana nak kahwin, akan ku gagahkan diri merentasi dunia untuk menuju ke tempat tersebut. Err. Metafora terlebih.
Ada satu tempat yang I jumpa di Putrajaya. Fine, engkau mungkin kata, jauhnya. Kat KL kan melambak tempat kursus kahwin. Banyak memang banyak. Habis I ni macam tahu sangat lah jalan kat KL tu. Kalau setakat pergi Midvalley ke Sogo ke tahu lah. Habis diorang buat kat Midvalley ke kursus kahwin tu. HAHA. Mahu I curi-curi keluar pergi bershopping nanti. Lepas tu Ustaz tu pening mencari sorang lagi peserta kursus hilang dalam aksi (missing in action).
OK dah. Fokus kepada cerita utama. Selalu sangat buat entry tidak berpedoman iaitu melencong dari isi utama kalau cikgu bahasa melayu baca memang sah-sah lah kena tolak markah. Err. Macam melencong lagi. HAHA.
Ini ada satu tempat untuk kursus kahwin di Putrajaya, Precint 16. Sepupu I dah booked kat sini for her pre-marital course. So I inagt nak cuba try test boleh tak I book hari ini, tapi nak pergi weekend ni. Lagipun, Encik Fitri dah beli tiket kapal terbang balik sini weekend ni. Haih. Kena book jugak lah macam ni. Masa kursus: Sabtu 2.30 pm sampai 6 pm. Ahad 9.00 am sampai 6 pm. Emm. Kalau jadi habis je kursus, I kena terus hantar Encik Fitri ke airport la. Hemmm. buku nota dan pen diberikan percuma. Makan 4 kali (I like). HAHA.
My Words SuryaRahman at 9:40 AM 2 Words from you
Monday, July 20, 2009
Sticky Mode For 3 days!
This is a sticky mode entry. For new entry, kindly scroll down.
Saje je nak tahu pendapat anda mengenai wedding saya yang bakal terbuat ni. So kindly do the poll yang ada kat sebelah kanan ni eh. Thank you. HAHA.
My Words SuryaRahman at 10:49 AM 0 Words from you
Kembali
Chirit sudah kembali. Tapi sekejap je. Pantang nampak pintu rumah terbuka, mulalah nak lari-lari keluar rumah secara menggoda supaya jantan-jantan tergoda kat luar. Aiyoh. Tepuk dahi je. Lepas itu, sekarang ini dah taknak main lidi lagi. Lidi? Apa tu? Tak main la. Jantan baru syok. Sabar sahaja dengan beliau. Siaplah kau ayah balik nanti kena marah sebab keluar dengan jantan oren. HAHAHAHA.
Semalam mengadakan lawatan muhibah ke Nilai 3. Cuaca tak panas sangat. Hujan adalah. Okey. Apa yang saya dapat pengajaran di sini ialah pergilah engkau mempusing-pusing dahulu serta melakukan sedikit kerja QS sebelum membeli. Pilihan memang banyak sampai tak terpilih. Sampai mata jadi sakit tengok bunga pahar, sampai kaki jadi bengkak jalan cari kain, sampai tangan jadi longlai bawak kereta ke seluruh pelusuk kawasan itu. Okey. Tipu saja. Exaggerate keadaan sebenar. HAHA. Saja menggoreng anda.
Sungguh banyak pilihan sampai tak terpilih. Ada sekali saya lalu di sebelah keluarga harmoni sedang mempilih-pilih ambik barang letak balik, ambik yang lain pulak pun letak balik kat rak. Kemudian anak lelaki dalam keluarga itu berusia 20-an saya kira berkata "Pergi kedai kat KL kata takde pilihan. Pergi sini yang banyak pilhan pun tak pilih jugak". Hai. Typical lelaki. Perempuan itu kan mahu mentengok-tengok dahulu sebelum membeli. Bukan seperti kamu, nampak,ambil, bayar, masuk kereta, balik. Minta maaf ye lelaki. Saya bercakap berdasarkan ayah saya. Malahan ada satu mall di situ yang mensediakan deretan kerusi plastik menarik hati di kaki lima kedai. Mall itu sangat masak dengan kerenah lelaki. HAHA.
Perhatian: Saya cuma bercakap untuk typical lelaki. Saya tahu ada lelaki yang tidak begitu. Malahan mereka yang berteruja lebih bila membeli barang. Harap maklum. Jangan pula kamu kata saya ini anti-lelaki atau apa. Saya bakal berkahwin ye.
Apa yang saya hendak katakan, pilihan memang banyak. Tapi pandai-pandailah kamu memilih. Ada barang yang di KL pun lebih murah.
BTW, karpet di situ tersangatlah cantik. Rasa mahu membeli je semalam. Nasib baik kereta dah tak muat. Oh, lagi satu, sila bawak pick up kalau nak ke sana. HAHA. Jangan bawak kereta kecik macam saya. Baru beli paper bag dah tak muat dah.
Semalam ialah Hari Hotdog 1901. Beli 6 ketul Hotdog. Sebab semalam 19hb. Setiap 19hb setiap bulan, harga hotdog yang biasanya RM5.90 menjadi RM1.99. Syok weh.
My Words SuryaRahman at 9:16 AM 0 Words from you
Saturday, July 18, 2009
Surat Terbuka Untuk Chirit
Ke hadapan Chirit tersayang. Semoga engkau sihat dan tidak kebuluran walaupun dah dua hari tak balik rumah makan.
Chirit,
Kemana engkau pergi? Kenapa engkau tak balik rumah? Walaupun aku selalu kacau engkau tidur, tapi aku selalu jugak bagi engkau makan nasi dengan ikan sedap kan. Pastu aku jugak mandikan engkau sampai engkau wangi lepas tu semua jantan kat sini mengusha engkau. Pastu aku jugak mencuci najis-najis engkau yang engkau tinggalkan buat santapan hidung aku. Aku jugak yang menuangkan air dalam gelas supaya engkau boleh minum.Aku jugak yang main lidi dengan engkau supaya engkau ada aktiviti harian selain tidur dan menendang jantan yang cuba mengusha engkau. Aku sangat kagum dengan tendangan engkau. Engkau memang mempunyai aura. Walaupun sudah ditendang, si jantan tetap setia memanggil-manggil engkau. Hebat seh.
Chirit,
Baliklah engkau. Kesian dekat aku. Aku nak main lidi dengan siapa lagi kalau engkau takde. Memanglah ayah tak kasik engkau merendek dengan jantan gemuk kaler oren tu. Tapi kalau engkau balik memang aku tak kasik jugak engkau bercinta dengan beliau. Lagipun jantan tu lah yang engkau selalu tendang kan.
Aku akhiri surat ini dengan rayuan Pulanglah Oh Kucingku Ku Rayu Kepadamu.Err. lagu exist lagi. HAHA.
My Words SuryaRahman at 11:57 AM 0 Words from you
Friday, July 17, 2009
Bedroom Deco
Saya masih haru biru mengenangkan bedroom deco yang tak ternilai oleh imaginasiku. Harap maklum. Tiada darah seni yang mengalir dalam diri saya. Apatah lagi nak mengharapkan ilusi kreatif. Yang saya ada cuma semangat DIY yang membara-bara. HAHA. Cukup buat bekalan untuk melakukan aktiviti-aktiviti bride-to-be.
Untuk bilik tidur, saya tidak mahu sesuatu yang mensaratkan serta mensemakkan pemandangan. Imaginasi terhad saya sekarang ini hanya menginginkan satu bedroom set, lampu di bedside table, few candles and also some flowers. Enough. Saya tak nak the kelambu-kelambu things. Err. Rasa rimaslah bukan kalau melihat siling terlihat kelambu berjuraian. Kalau tengok dalam gelap mahu terkejut mensangkakan itu adalah pontianak harum sundal err tak baik lah mencarut. HAHA.
Emm. Lagi satu, saya rasa saya nak bilik tidur ni dihias bukan dengan theme colour untuk wedding. Boleh? Takut muntah pulak asyik tengok kaler yang same. Dahla pelamin kaler tu, baju kaler tu, souvenir ada tempias kaler tu. Hai. Tetamu balik semua termuntah-muntah. Takpun rabun mata sudah. Tapi saya takut pulak jadi macam warna-warni di aidilfitri. Ambik gambar dalam bilik tidur, baju kaler ni, bilik kaler tu. Hah. Macam mana tu?
And I just simply love damask design and I plan to put something of damask in my wedding. But I dont know where. Kes imaginasi terhad. HAHA.
So friends. Help me!
My Words SuryaRahman at 9:56 AM 4 Words from you
Wednesday, July 15, 2009
100 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Kahwin
Ini adalah senarai perkara yang ingin saya buat sebelum saya berkahwin. Senarai adalah mengikut kepentingan diri sendiri.
- Mengkuruskan bentuk badan. Ok jangan berangan lebih. Mesti tak tercapai akalku.
- Mendapatkan segulung ijazah berpatutan. Done. Tapi ijazah belum bergulung pasal belum konvo.
- Mengerjakan kerja yang berpatutan dengan ijazah belum digulung. Hampir ke situ.
- Bercuti serta berjinggo dan beronggeng dengan jayanya bersama kawan-kawan. Done. Last sekali ke Indonesia.
- Mendapatkan kaki cantik bebas dari alergi sepi. Err. Err.
- Memberi emak ayah duit daripada hasil peluh keringat petani sendiri. InsyaAllah tak lama lagi.
- Mencari kawan-kawan yang sudah lama tidak ketemuan seraya mencollect alamat terkini mereka. Err. Belum mula lagi.
- Memanjakan diri di spa macam best je bunyi die. Belum survey lagi. Siap rasa nak buat sendiri. HAHAHA.
- Merancang bachelorette party versi good girl punya. HAHA. Confirm tak buat.
- Membeli buku-buku panduan ke arah rumah tangga harmoni. HAHAHA. Ini kelakar. Tapi untuk ilmu kan. InsyaAllah nanti I beli.
- Menghabiskan sisa hidup sebagai anak dara bersama keluarga dan rakan-rakan. Sedang dilakukan.
- Belajar memasak sambal udang kaw Along kerana bakal suami *erk geli dengar* mensukai secara banyak. Sob. Sob. I rasa sambal udang I tak sedap. Nanti belajar.
- Membeli belah tanpa rasa bersalah. Dah kahwin nanti mesti kena dapatkan izin beliau sebelum pergi membazir. HAHA. Sedang dilakukan.
- Idea belum datang.
- Masih belum datang.
Err. Rasa mahu tukar title entry ini kerana tidak berupaya mensenaraikan perkara yang saya ingin buat sebelum kahwin.HAHA.
My Words SuryaRahman at 12:41 AM 0 Words from you
Penerbangan Bas
Tadi petang saya nak pergi ambik Encik Fitri balik kursus. Beliau tunggu saya di tepi MidValley. Oleh itu saya pun memandu penuh khusyuk di Federal Highway mentuju MidValley sambil menyanyi riang kerana bakal bertemu beliau sekali lagi.
Sekali sampai kat depan Mentari Court tu jalan jam da.Tapi saya rilek lagi pasal kat situ selalu jam sampai ke Sungei Way tu. Lepas Sungei Way nanti dah tak jam dah. Sekali jam jugak. Saya dah macam 'Eh apahal jam lagi ni'. Hati dah panas dah. Pastu lalu kat simpang ke UM tu, tengok ramai orang berhenti pastu tengok ke bawah. Harap maklum jalan ke UM tu macam naik flyover sikit. Saya suspek ada accident la. Memang accident pun. Tapi lebih dahsyat bila bas Rapid KL terbang dari flyover tu ke jalan motor kat bawah. Boleh?
Cerita lebih lanjut disini.
Hebat gila pemandu tersebut. Tidak bertanggungjawab semata-mata lampu hijau. Source.
My Words SuryaRahman at 12:00 AM 0 Words from you
Tuesday, July 14, 2009
Hunting
Few months left. Err. Sudah menggeletar bila memikirkan banyak lagi yang tak dibuat. Tambah lagi sampai sekarang ni masih tak tahu kena posting kat mana. Sedikit sebanyak perjalanan kelancaran serta kesesakan perancangan terganggu. Dari hari tu plan nak pegi ambik souvenir for guests. Tapi takut pulak kalau dah pergi tiba-tiba dapat surat posting kena kursus fotostat itu ini semua. Tak menggigil kat depan kedai souvenir nanti? Oh. Tidak suka.
Basically, Saya dan Encik Fitri sedang bertungkus lumus dalam pencarian barang hantaran. Ceh macam lah guna peluh keringat petani sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Tiada kaitan. Ada juga yang memberi kata-kata hot and spicy pada saya berkenaan hantaran ini. Mind you. This is my wedding. Berapa banyak dia nak kasi hantaran tu, ikut suka dia lah. Ada dia mintak merayu dengan engkau suruh top up duit hantaran tu? Takde kan? So just shut your mouth. Karang aku bakar rumah kau karang dah takde tempat nak tidur. HAHA. Asyik nak bakar je I ni.
For Him
- Sirih
Quran dan sejadah- Kasut
- Kemeja dan seluar
- Wallet dan belt
PerfumeToiletriesJam- Cincin
- Chocolate
- Food
For Her
- Sirih
Telekung dan sejadah- Kasut dan handbag
PerfumeToiletries- Mas kahwin dan cincin
Jam- Chocolate
- Food
Hampir separuh barang hantaran sudah dibeli. Prinsip kami, satu bulan satu barang. Maksudnya, dalam satu bulan, beli satu barang I dan satu barang Encik Fitri. Ada jugak mulut yang bising pasal ni. Ada yang kata beli sekali harung semua kan senang. Tak payah susah-susah pergi banyak kali. Ada jugak yang cakap nanti raya mesti ada sale. Beli waktu tu je lah. Mulut memang senang bercakap. Hakikatnya, saya ini a cashless-bride-to-be-who-depends-only-on-her-fiance-who-is-not-anak-raja-and-is-working-hard-for our-wedding. Jujur saya katakan, semua barang yang sudah dibeli sekarang ini, kesemuanya adalah tanggungan beliau. Tidak ada satu sen pun yang saya keluarkan untuk membeli barang hantaran ini. Memanglah takde. Dah tentu satu sen dah tak guna sekarang. HAHA. Maka, bagaimana harus kami membeli kesemua barang dalam satu dose?
Satu pengajaran yang saya dapat di sini: If ever anyone wants to get married, don't ask or don't justified what they do. Yes, opinions are allowed. But not criticism. Please. I'm sick with this kind of people. Too kepoh on hantaran things rather than being supportive of what we did. Yes, we do not have any experiences on wedding thing as this is the first, and the last.
Contoh 1
Opinion: Eh. Kalau engkau beli nak beli jam, cuba tengok kat kedai ABC. Dia boleh bagi diskaun lebih. Uncke tu baik bla bla bla.
Criticism: Alah. Beli jam macam ni. Baik tak payah. Tak standard ah.
Contoh 2
Opinion: Warna hijau memang lawa. Tapi rasanya warna merah lagi naik kot pada engkau.
Criticism: Tak payah lah pakai warna-warna macam ni. Engkau tu dahlah hitam, nanti nampak lagi gemuk. Engkau nak? *sentap dalam-dalam*
Contoh 3
Opinion: Meh sini aku tolong engkau buat bunga.
Criticism: Buat apa nak buat bunga ni? Nanti buang jugak bunga ni lepas guna.
Sigh.
Itu contoh saja ya. Bukan perbualan sebenar.
Nah. Tak pasal-pasal anda pulak yang kena mendengar sentapan hati I ni. Berbulan seh I simpan. Beragak-agak lah kan. Nanti hati I jadi lubuk simpanan sentap susah pulak. Encik Fitri pun belum tahu lagi pasal hal ni.
Dahlah. Tak payah kisah pasal hal itu lagi. Gasak tak tahu. Nanti cakap cikgu. Aih. Kenapa Hagemaru masuk ni?
My Words SuryaRahman at 11:00 AM 6 Words from you
Monday, July 13, 2009
Rinduku Terhenti
Ah. Engkau jangan buat spekulasi pada tajuk entry ini. Entry ini tiada kaitan dengan si tukang nyanyi. Saya tidak bertanggungjawab kalau anda menggoogle lirik lagu berkenaan sekali termasuk ke dalam blog saya. HAHA. Kalau termasuk jugak, selamat datang je saya ucapkan. Nak air ambik sendiri kat peti ais rumah engkau okey.
Habis tu apasal tajuk entry bersifat kegelian hati ni? Suka hati saya lah nak kasi hati geli ke tidak.
Rinduku terhenti SEKETIKA sahaja.
Hari Sabtu lepas, pagi-pagi lagi saya dah keluar rumah ambik Encik Fitri kat KLIA. KLIA sekarang ni dah macam stesen komuter seksyen 19 pulak pasal kerap sangat menziarah KLIA. Dah macam KLIA tu sebelah rumah je kot. Habis tu takkan tak nak ambik beliau kan. Takkan I sampai hati nak biarkan dia naik KL Transit kan. Ceh. Sebenarnya I sampai hati je nak suruh macam tu. HAHA. Tapi disebabkan saya nak balik Johor dengan beliau, memanglah kena ambik beliau kat KLIA kan. Kalau tak siapa pulak nak isi minyak kereta I dengan bayar tol serta membawak kereta sekali? Siapa? Mestilah dia kan. Dah kata saya ni penganggur berhias. Nak cari sen dalam wallet pun sukar ditemui. Apa lagi yang berbentuk kertas kan. HAHA. Kewangan tahap sadis punya.
Encik Fitri suka membawak kereta menyusuri jalan lama berbanding menggunakan highway. Kata beliau pemandangan adalah sangat indah. Mana taknya. Pokok rambutan bersepah-sepah tepi jalan. Dahlah tak makan lagi. Asal nampak je kaler merah dekat pokok tepi jalan, mulalah nak mengalir air liur kesayangan ni. HAHA. Saya pulak lebih suka guna highway. Lebih senang. Engkau nak bawak 140km/j ke 160 km/j ke ikut suka engkau lah. Kalau kena saman, sendiri bayar. Kalau jalan lama, mahu kena hempuk dengan ketua kampung pasal bawak macam pelesit siap kalau lumba ngan pelesit, pelesit tertinggal kat belakang pasal dia ada gear 1 dengan gear reverse je. Gear 5 tada.
Lantak lah. Dah dia yang bawak kereta. Ikut je lah. HAHA. Setiap kali balik kampung, diet adalah rosak. Ok salah. Betulkan ayat. Setiap kali Encik Fitri balik semenanjung, diet adalah rosak. Ambik engkau. Salahkan beliau pula. HAHA. Peduli apa. Dah dia yang ajak I makan nasi beryani dekat Batu Pahat tu. Mahu tak fail diet I kan. So siapa salah? Mestilah beliau kan. HAHAHAHAH. Gelak syaitan.
Oh. Tapi nasi beryani di situ sangat sedap sehingga menjilat pinggan. Oh. Nampak sangat tipu. Mana ada I bersifat demikian. HAHA. Tapi I memang mengsyorkan lah kepada anda kalau nak makan nasi beryani pergilah situ. I dah banyak kali makan kat situ sebab ayah I suka sangat dengan nasi beryani. Tempatnya adalah di hadapan Putra Specialist Hospital. Kalau dari arah Ayer Hitam atau Kluang, engkau pergi menghala ke arah bandar. Pastu pergi ke arah Summit. Pastu kau jalan depan sikit nampak Putra Specialist Hospital tu sebelah kiri. Tempat makan tu depan je dengan Putra. Pendek kata sebelah kanan kau lah. Kalau engkau dari arah Muar, mestilah jumpa tempat makan tu dulu sebelum kau jumpa Summit kan. Kalau engkau tak jumpa jugak engkau tahanlah mana-mana orang kat situ tanya kat mana tempat kejadian. HAHA. Nampak sangat tak pandai bagi direction. HAHA.
Apa motif memberitahu engkau semua pasal tempat kejadian nasi beryani ni? HAHA. Saja mahu anda juga merosakkan diet anda. MUHAHAHAHA.
Kepulangan saya kali ini adalah kerana mahu berjumpa pihak bridal di JB. Ingat lagi entry saya live from JB sehari sebelum birthday saya tu? Masa tu balik JB sebab nak carik bridal lah. HAHA. Gila semangat kan Encik Fitri tu. Beliau lah yang nak carik awal-awal. Kami sepakat mengambil D Exclusive Bridal kat Plaza Angsana. Ceh. Memang bestlah kedai tersebut. Mantap siot. Rasa nak kawin hari tu jugak. HAHA. Kalah bridal I dekat sini. Gila ah. Ceh. Lepas itu, Encik Fitri mengkeluarkan idea beliau tentang majlis bertandang nanti. I macam 'wink wink I like!!' HAHA. Tak sangka beliau berperasaan sedemikian. HAHA. Tapi biasalah rancangan sahaja. Perlaksanaan belum tentu menjadi seperti yang dirancang atau tak. Oleh itu apa rancangannya tidak boleh diberitahu buat masa ini. Sekian terima kasih.
Eh. Jangan keluar dulu. Entry belum habis.
Kepulangan ke JB ni juga sebab i dah terngiang-ngiang nak makan yong tau foo kat Majidee. Sedap weh. Yong tau foo kat Johor adalah lain dari yong tau foo kat Selangor. I suka dua-dua yong tau foo. Tapi sebab jarang dapat yang Johor style, tu yang I nak makan jugak kat Majidee tu. HAHA. Disebabkan I ni dah 10 tahun tak menetap kat JB, jangan tanya I arah jalan ke Majidee ni. Sumpah tak ingat walaupun hari tu dah bersusah paayh mengahfal siap kena pop kuiz dengan Encik Fitri lagi. HAHA. Gila ah. Motif? Saja nak bagitahu I rosakkan diet sendiri. Kali ni Encik Fitri tak bersalah. HAHA.
Kemudian kami ke Pontian. Hah. Mesti anda dah tahu kan kenapa saya ke Pontian? Mestilah nak jumpa Mamat. Ceh. Rindu gile ah kepada beliau. Padahal baru seminggu berpisah. I macam kagum sebab beliau basuh baju guna tangan. Okey. Fine. Memanglah normal masuk asrama basuh baju guna tangan. Tapi he is my little baby brother okey.Err. Kenapa letak baby? HAHA. Ok dah. Bukan tu yang I kagum. I kagum sebab beliau tak nak duit syiling yang I bagi supaya beliau boleh basuh baju guna mesin basuh automatik tu. Ala. Kat asrama memang melambak mesin dahaga syiling tu. Dia taknak okey. Siap kata takpelah basuh guna tangan je. Dan-dan tu I macam nak nangis tapi kontrol cun sebab Encik Fitri ada. HAHA.
I tahu adik I dah besar dah boleh buat air nescafe sendiri guna 3 in 1 walaupun kat rumah buat air milo tak guna 3 in 1. Dah boleh bangun pagi sendiri tapi bila kat rumah tak payah cerita lah nanti beliau malu pulak. Dah boleh mintak rambutan dengan kelapa kat rumah orang pastu siap makcik tu bagi parang nak tetak kelapa masa aktiviti menziarah kampung dijalankan. Dah ada lesen bawak kereta sampai kereta I terpaksa digantung P semula. I bangga dengan dia walaupun result SPM dia tak cemerlang macam orang lain. Walaupun dia sambung belajar cuma di KKBN. Walaupun dia hitam pastu bila berdiri sebelah dia I akan perasan putih melepak HAHA gelak kuat-kuat. Tapi I tetap bangga. Sebab dia adik I. Tapi I sedih sebab dia dah besar. HUWAAA. I ingat lagi dulu I akan pimpin tangan dia bila pergi pasar malam. Tapi bila besar sikit dia dah taknak I pegang lagi takut jumpa kawan sekolah nanti jatuh saham. Ok. Dah. Nanti jadi entry mengenang kisah lama pulak.
Setelah itu, kami menuju ke rumah Mak Long Encik Fitri kat Parit Mesjid. Engkau jangan tanya lah kenapa I tak pergi ke rumah embah I. Takkan nak balik mintak api je kan. Mak Long beliau buat kenduri. I pulak pakai jeans saja. Memang beradab sopan santun lah I ni kan. HAHA. Tak kisahlah walaupun I cuma tolong buat kuih tepung pelita dengan potong tahu je, tapi I berjaya merembat berkat yang banyak bawak balik Selangor. Okay. Dah. jangan spekulasi proses rembatan tu. Takkan lah I sanggup jatuhkan tahap malu I depan bakal keluarga I kan. Mestilah emak Encik Fitri yang bungkus berkat tu. Sampai pulasan kat pokok pun dipetik nak kasi I bawak balik. Belum lagi cempedak kat kebun. Pastu lauk kenduri. HAHA. I like pergi kenduri kat Johor. Berkat mesti ada tau. HAHA.
Emm. Dahlah. Penat mengarang entry tak bermotif ni.
My Words SuryaRahman at 9:52 AM 0 Words from you
Saturday, July 11, 2009
Kerinduan
Entry ini tiada kaitan dengan Encik Fitri. Harap maklum sebelum anda kemuntahan.
Saya adalah anak kedua daripada empat beradik. Along saya sudah bekerja. Saya masih menjadi penganggur berhias. Uda sedang belajar di UiTM manakala Mamat baru mendaftarkan diri di KKBN Ayer Baloi Isnin lepas. Ye. Saya kerinduan kepada beliau. Ini adalah sebab kenapa saya rindu beliau.
- Tiada lagi orang yang menjadi mangsa untuk merebus sosej atau cocktail pada malam hari akibat kelaparan makan malam dicatu oleh perut sendiri.
- Tiada lagi orang yang menjadi mangsa membeli mee di Kedai Wan bila penghuni rumah meningkat ke tahap kebuluran.
- Tiada lagi orang yang menjadi mangsa pergi kedai beli ais, kelapa dan keropok lekor.
- Tidak cukup orang nak main dua sepit. Ayah tak pandai main. Emak lagi pandang serong pada dua sepit. Along asyik terpusing-pusing je tengok kami bermain. Last sekali tinggal saya dan Uda.
- Dahulu, ketika kami cuma ada satu kereta untuk berjalan-jalan, seat kami adik beradik di belakang adalah tetap. Janganlah engkau berani nak ambik seat orang lain. Nescaya tercetus pergaduhan antara penumpang. OK. Tipu. Tak gaduh tapi akan rasa pelik. Mamat akan duduk sebelah saya. Bila dia nak tidur, bahu saya akan menjadi alas tidur dia. Ok. Dah rasa sebak. Taknak cerita lebih lanjut.
- Dahulu, bila saya mendaftar diri ke MRSM Kuantan, Mamat menangis okey masa hantar I. Ini emak yang cerita. Lepas hantar I, dia menangis dalam kereta. I ingat lagi masa ni. Lepas salam mak ayah, I terus jalan tak pandang belakang lagi dah. Kalau boleh nak terbang masuk dalam bilik sembunyi bawah katil. HAHA. Kental habis. Sebab kalau I pandang belakang sure I jadik Neng Yatimah kat situ. Dah kata gembeng. Bila Ho Sang mula ingat balik cerita lama dia dengan Sau Hao pun I boleh nangis. HAHA. Ops. Kalau tak tengok cerita tu, tak usah tanya kenapa saya nangis.
- Awal minggu ini, setiap kali saya melipat baju jemuran, dan ketika itu melipat baju Mamat, hati sebak sangat okey. Sebak boleh meruntun air mata tapi I tahan pasal nak tunjuk macho tak macam Uda baru cakap sikit dah berlinang pastu cakap satu lagi ayat terus berguguran. Mati lah I kalau Uda baca blog ni. Apasal tah sebak I pun tak tahu. Padahal bukan Mamat tu pergi berperang kat sempadan pastu tak tahu balik bila pastu nanti kena bom pastu hilang ingatan ke apa. Aih? Kenapa macam dah takde pedoman dah ayat ni?
Aih. Dahlah. Nanti keyboard berasa masin pastu mendapat tekanan darah tinggi pulak. Mahu pergi menjenguk Mamat lah. Mahu mengketawakan beliau kerana berjaya duduk di asrama. HAHAHAHA.
p/s: Di KKBN itu, ibu bapa saya berjumpa dengan suami kepada cikgu tadika saya. Aiseh. Malunya kalau berjumpa kembali dengan cikgu tadika sendiri. Hai cikgu, sayalah Suryahani yang dulu selalu tak minum milo kat tadika sebab ada susu tu. HAHA.
My Words SuryaRahman at 1:43 AM 4 Words from you
Friday, July 3, 2009
Wedding notes
1. How old are you?
~ 23 years old. Young and energetic. Err.
2. Are you single?
~ Err. There are two rings on my hand. Bonded.
3. At what age do you think you'll get married?
~ I want to get married at 25. But i guess i have to at 23.
4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
~ no one with me right now. HAHA. I'm not that silly. InsyaAllah will be the best answer.
5. If not, who do you want to marry?
~ Muhammad Fitri A. Rahman. Pedulik apa aku. Nak dia jugak.
6. Who will be your bridesmaid & bestman?
~ Bridesmaid will be a bride-to-be jugak. Kasik die rasa menggigil sebelum masa beliau menggigil. HAHA.
~ Bestman. Err. Tak tahu lah sapa.
7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
~ Emm. Garden wedding is not suitable in Malaysia regarding of weather. Same goes to beach wedding. Plus beaches kat Malaysia nak jumpa yang cantik jauhlah pulak dari rumah. Yang ada dekat dengan rumah yang spesies kapal lalu. Takkan nak buat kat situ pulak kan. So. Traditional wedding.
8. Where do you plan to go on honeymoon?
~ I don't plan. We don't plan. It depends on the leave. HAHA. It supposed to be HUHU. Not HAHA.
9. How many guests do you think you'll invite?
~ Not more than 1k. Kalau tak ada yang balik tangan kosong je.
10. Will that include your exes?
~ Err. Err. Macam mana nih. Tak pernah fikir pasal nih. Aiseh.
11. How many layers of cake do you want?
~ Err. Tak nak kek. Tak nak. Kek tak sedap la. HAHA. Nak ayam golek jugak!
12. When do you want to get married, morning or evening?
~ Lepas Asar InsyaAllah.
13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
~ Mestilah lagu Selamat Pengantin Baru or Direnjis-renjis song tu. Takkan nak main lagu Buttons PCD pulak. Karang tak pasal-pasal pengantin tunjuk taring sebenar menari bagai PCD depan mak mertua.
14. Do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
~ Pakai tangan sudah. Baru sedap nasi tersebut kerana air tangan sendiri. HAHA.
15. Champagne or red wine?
~ Sirap. Nak limau gi beli sendiri. Kedai dekat je. HAHA.
16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
~ The official honeymoon would be months after the wedding. I think so.
17. Money or household items?
~ Both please. HAHA. Yes, saya memang tamak lagi hina.
18. How many kids would you like to have?
~ I want 3 but he wants 4. So? Bergantung pada rezeki.
19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
~ Anything regards to honeymoon is not planned yet. Be patient, will you?
20. Whose wedding plan would you like to know next?
1. You.
2. You.
3. You.
4. You.
5. You.
Doesn't matter if you are not getting married this year.
My Words SuryaRahman at 4:58 PM 4 Words from you
Labels: Tag
Thursday, July 2, 2009
Hairan
Hairan dengan tajuk entry kali ini. HAHA. Title entry tiada kaitan dengan isi entry. Apa kes?
Kasihan pembaca blog ini. Berhari-hari tiada dihiburkan entry dari pihak penulis. HAHA. Perasan pula engkau ini Surya. Dahlah. Berhenti merepek.
Err. Blog adalah sunyi dari khabar berita kerana saya telah mendating dengan beliau. HAHA. Gembira besar kerana Encik Fitri sudah kembali dari kursus pertapaan di kaki bukit. Oleh itu saya menghabiskan masa sebanyak berhari-hari dengan beliau yang menyaksikan kami mentonton wayang berhari-hari juga. Transformers memerlukan multiple cursing seperti 'it hurts la stupid' (ketika aksi pergaduhan robot-robot alaf baru) dan 'her body is bloody hell beutiful' (ketika menjeles dengan watak kedua utama). Manakala Ice Age 3 memerlukan kekuatan abdomen untuk menggelak sepenuh perut. Buck, you are the new Jack Sparrow. HAHA.
Saya menteman Encik Fitri ke Litar Go Kart Shah Alam kerana beliau mahu membeli tayar go kart. Nasib baik tayar go kart. Kot kalau dia nak beli tayar kapal terbang, mahu aku teman dia sampai Germany agaknya. HAHA. Sambil tunggu tu Encik Fitri membual dengan seorang budak kat tepi litar tu. Bila Encik Fitri tanya budak tu "Kat Malaysia ni dah main kat mana?" Sekali budak tu jawab " Kat Malaysia ni dah boring main".Pastu Encik Fitri tanya "Paling jauh main kat mana?" Budak tu jawab "Italy". Ambik engkau. Tengok muka macam biasa-biasa je. Macam yang selalu nampak kat padang bola sekolah je tu. Tapi ambik engkau. Naik kereta Murano okay. Saya pun naik Murah Beno je. Tersedut air liur sendiri. HAHA. Nama dia Muhammad Lokman Hakim bin Roslan. Aku ingat sampai mati lah engkau budak!
Apa lagi yang saya buat 2 hari ini? Emm. Oh. Badan menggigil sebab melihat kawan-kawan pernah berperjuangan sudah menjalankan aktiviti medical check up. Oh. Kena buat dekat government jugak ke? Alah. Takkan saya nak buat sekarang pulak. Nanti ada yang doktor tu tulis saya uremia pulak. Apa kes? Karang tak pasal-pasal medical check up saya dapat 9G pulak. Gagal. HAHA.
Err. Sebenarnya hari ini adalah birthday tunang saya. HAHA. Sangat geli mempanggil beliau tunang. Ok.Rewind. Sebenarnya hari ini adalah birthday Encik Fitri. Ini adalah ucapan hari jadi untuk beliau.
Selamat hari ulang tahun yang ke 23. I berharap semoga hubungan kita kekal bahagia seperti sekarang dan kita masing-masing sabar menghadapi sebarang ancaman dan anasir-anasir pihak luar yang boleh tersabitkan di bawah ISA. Err. Macam salah ucapan. Ini sepatutnya ucapan anniversary. HAHA. Ok. Serius.
I berharap semoga you sihat walafiat dan semoga you sentiasa diredhai Allah SWT. Semoga you rajin bekerja dan membuat overtime supaya kenduri kahwin kita nanti ditaja sepenuhnya oleh you. Semoga you banyak kursus di semenanjung supaya boleh berjumpa melepas rindu di dada. Semoga you banyak membuat kerja luar masa kerja supaya you dapat cuti ganti dan berfoya-foya di sini. Semoga you terus buncit supaya I tak rasa bersalah bila perut I buncit jugak. Semoga berat badan you terus naik supaya berat badan kita nampak jauh beza. Semoga you berjaya mencari durian idaman supaya boleh pos pada I. Semoga abang you berjaya mengesahkan posting I di JB. Tulus ikhlas, tunangmu di perantauan. HAHA. Err. Nampak sangat mempentingkan diri.
Ok yang ni serius punya. I berharap segala yang terbaik untuk you, dunia dan akhirat.
Sekian. Saya yang menurut perintah.
Err. Untuk kawan-kawan PH 210 05/09, bersabar ye. Kementerian Kesihatan belum meeting lagi untuk penempatan kita.
My Words SuryaRahman at 1:25 PM 6 Words from you